Viu | Drama Bayangan Dendam

 Assalamualaikum dan hai semua 

Viu | Drama Bayangan Dendam Hai semua! Korang tengah cari drama baru tak? Kali ni CCL nak kongsi sedikit tentang drama terbaharu terbitan Viu Original yang bertajuk Bayangan Dendam .. Drama yang mula ditayangkan pada 22 Oktober 2026 ni menampilkan barisan pelakon seperti Nadhir Nasar, Erysha Emyra dan Sophia Albarakbah. Kalau uguys  suka drama yang penuh dengan konflik percintaan, pengkhianatan dan misteri kematian, rasanya drama ni boleh masuk dalam senarai tontonan..

Info Drama Bayangan Dendam

  • Platform: Viu
  • Tarikh tayangan: 22 Oktober 2026
  • Jumlah episod: 12 episod
  • Waktu siaran: Setiap Khamis dan Jumaat, pukul 12 tengah hari
  • Pengarah: Helmi Yusof
  • Syarikat produksi: Global Film Station Sdn Bhd
  • Lagu tema (OST): Dendam Dalam Luka – Ernie Zakri

Barisan pelakon Drama Bayangan Dendam

 Nadhir Nasar sebagai Farhan, Erysha Emyra sebagai Ariana dan Sophia Albarakbah sebagai Melissa. Turut membintangi drama ini ialah Emelda Rosemila, Yusuf Bahrin, Mia Nasir, Faha Azhar dan Azlan Mokhtar.


Drama viu, drama bayangan dendam, sinopsis drama bayangan dendam, tonton online drama bayangan dendam, full episode drama bayangan dendam


Sinopsis Bayangan Dendam

Kisah bermula apabila Melissa meminta sahabat baiknya, Ariana, untuk memerhatikan teman lelakinya, Farhan, sepanjang Farhan melanjutkan pelajaran di luar negara. Kebetulan pula Ariana belajar di universiti yang sama, jadi dia bersetuju untuk membantu Melissa.. Tapi siapa sangka, daripada sekadar menjalankan tugas sebagai seorang sahabat, Ariana akhirnya jatuh cinta dengan Farhan. Aduh, lain yang dirancang, lain pula yang jadi! ..

Pengkhianatan dua insan yang dipercayainya membuatkan Melissa terpaksa menerima kenyataan pahit. Hubungan antara mereka bertiga semakin rumit, lebih-lebih lagi apabila Ariana mula mengesyaki Farhan dan Melissa masih mempunyai hubungan sulit. keadaan menjadi semakin misteri apabila Melissa ditemukan meninggal dunia dan kematiannya pada awalnya disyaki sebagai kes bunuh diri.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku kepada Melissa? Adakah kematiannya berpunca daripada kisah cinta tiga segi ini, atau ada rahsia lain yang masih tersembunyi? 

Mesti penonton tertanya-tanya siapa yang sebenarnya bersalah dan apa yang berlaku di sebalik kematian Melissa.


0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan