Assalamualaikum dan hai semua
Juara Ruang Komen Julai 2026 | Blogger SN Faaezahh !
Macam biasa, bila masuk je minggu pertama setiap bulan, rutin wajib CCL mestilah check Juara Ruang Komen.. Cara ni jerr yang dapat CCL hargai rakan-rakan blogger yang sentiasa rajin singgah, baca entri dan tinggalkan komen dekat blog CCL.
Terima kasih sangat-sangat buat semua yang sudi support blog CCL.. Tak kisahlah komen sekali atau berkali-kali, CCL tetap hargai setiap satu. Uguys ni lah yang buat CCL rasa bersemangat nak terus update blog walaupun ada masa tak dak idea nak menulis..
Tahniah juga buat Top 10 Pengomen bulan Julai 2026. Terima kasih sebab sentiasa memeriahkan ruang komen blog CCL.
Dan... tibalah masa yang ditunggu-tunggu.. Juara Ruang Komen bagi bulan Julai 2026 jatuh kepada Blogger SN Faaezahh Tahniah Faa! ..
Teringat pulak, bulan lepas CCL yang jadi juara top komen dekat blog Faa. Bulan ni giliran Faa pula merangkul gelaran juara dekat blog CCL. Alhamdulillah... orang kata rezeki dikongsi bersama. Semoga persahabatan dan sokongan sesama blogger ni terus berkekalan sampai bila-bila.
Faa, jangan lupa emailkan nama penuh, alamat dan nombor telefon ke virgoyana61@yahoo.com ya. CCL nak kirim sikit hadiah yang tak seberapa sebagai tanda terima kasih kerana sentiasa setia memberi sokongan pada blog CCL.
Buat yang belum berjaya kali ni, jangan risau. Masih ada peluang untuk bulan-bulan seterusnya. Teruskan singgah dan tinggalkan komen. Mana tau bulan depan nama blogger lain pulak yang naik sebagai Juara Ruang Komen.
Sekali lagi, terima kasih buat semua yang sentiasa ada..Semoga ada rezeki untuk bertemu lagi dalam Juara Ruang Komen Ogos 2026 nanti..


0 Comments
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan