Semaian Biji Benih Tembikai Susu

 Assalamualaikum dan hai semua 

Semaian Biji Benih Tembikai Susu

Beberapa hari lepas CCL ada beli sebiji tembikai susu.. Saiznya tak adalah besar sangat, tapi tak kecil juga kira sedang-sedang sahaja. Lepas potong dan makan isi dia, biji-biji tembikai susu tu CCL tak buang macam tu saja.

biji benih tembikai susu, semaian biji benih tembikai susu, pokok tembikai susu, cara biakkan anak benih tembikai susu, cara tanam biji benih tembikai

CCL saja lempar biji-biji tu dalam satu polybag hitam yang sebelum ni asyik tumbuh rumput-rumput kecil sahaja. Daripada dibiarkan kosong, baik cuba tanam mana tahu menjadi kan.. Lepas lempar biji tu, CCL gembur-gemburkan sikit tanah dalam polybag tu..Tak sangka pulak, lepas dua tiga hari… bedesup naik anak pokok hasil daripada biji benih tembikai susu tu. Banyak juga yang tumbuh. Nampaklah daun-daun kecil mula keluar dari tanah.

Bila tengok semaian dah mula hidup macam ni, mestilah rasa seronok. Ada juga rasa teruja nak tengok pokok ni membesar nanti. Mana tahu ada rezeki, boleh merasa hasil tembikai susu tanam sendiri.. CCL harap-harap pokok tembikai susu ni membesar dengan elok dan tak diganggu serangga perosak. Sekarang ni cuma perlu rajin siram dan tengok perkembangannya dari semasa ke semasa.

Kalau menjadi nanti, boleh lah CCL kongsi cerita lagi tentang perkembangan pokok tembikai susu ni.. 



0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan