Assalamualaikum dan hai semua
Juara Ruang Komen Januari 2026 : Blogger Sii Nurul !! Tahun ni masuk tahun ketiga CCL mencari “Juara Ruang Komen” pada setiap bulan di blog CCL. Alhamdulillah, dapat juga CCL kongsi sedikit rezeki walaupun hadiah yang diberi bukanlah barangan mahal-mahal .. sekadar tanda penghargaan buat yang setia singgah dan meninggalkan komen..
Untuk tahun ni, CCL terfikir nak buat sedikit kelainan dalam cara pemilihan juara, Sama ada nak kekalkan cara lama atau nak pilih siapa paling banyak komen.. atau boleh cuba cara baru, pilih Top 10 pengomen dan buat cabutan guna wheel of names... CCL masih dalam fasa fikir-fikir lagi ..
Tapi untuk permulaan Januari 2026, CCL kekalkan dulu cara biasa iaitu memilih Juara Ruang Komen berdasarkan jumlah nama paling banyak tersenarai dalam Top 10.
✨ Tahniah buat Blogger Sii Nurul !! ✨
Terima kasih sudi singgah ke lembaran cerita lama-lama dalam blog CCL dan tinggalkan komen untuk bacaan CCL. Setiap komen memang CCL baca tauu, bukan lalu macam tu jerr.. Lagi terharu sebab hampir setiap minggu mesti ada je komen dari blogger Sii Nurul, walaupun pertengahan bulan Januari CCL agak kurang keluarkan entri blog. Tetap setia menyokong memang sangat dihargai . Untuk Nurul boleh kongsikan detail ke email CCL virgoyana61@yahoo.com untuk CCL berikan sedikit hadiah manis-manis sebagai tanda penghargaan ..
Tahniah dan terima kasih juga kepada semua yang tersenarai dalam Top ten ruang komen .. Apa pun, CCL harap ruangan komen blog ni terus meriah macam biasa. Jangan malu-malu tinggalkan jejak, walaupun komen ringkas.


0 Ulasan
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan