Hari Israk Mikraj 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hari Israk Mikraj 2024 hari Israk Mikraj adalah hari untuk memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu pada 27 Rejab. Peristiwa ini adalah peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang digelar sebagai peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW .

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Surah Al-Israa’: 1

hari israk mikraj , peristiwa israk mikraj , cuti peristiwa negeri israk mikraj


Tarikh Israk Mikraj 2024

Tarikh sambutan Israk Mikraj 2024 adalah pada 8 Februari 2024 (Khamis), iaitu bersamaan dengan 27 Rejab 1445H.

Perkara ini telah dinyatakan dalam Takwim 2024 Miladiah / 1445-1446 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berdasarkan Panel Pakar Falak.


Cuti umum negeri sempena Israk Mikraj 

Hari Israk Mikraj termasuk dalam Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri iaitu hanya sesetengah negeri sahaja yang mengambil cuti pada hari tersebut.

Negeri-negeri yang mengambil cuti sempena hari Israk Mikraj adalah negeri KedahNegeri SembilanPerlis dan Terengganu sahaja


6 iktibar dari peristiwa Israk Mikraj

  1. kuasa Allah SWT adalah tiada batas
  2. iman dan akidah yang teguh asas kepada sifat keislaman yang sejati
  3. Allah SWT maha pengampun lagi maha mendengar
  4. kita harus sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT waktu susah dan senang
  5. perintah solat adalah satu ibadah yang digariskan ketentuannya oleh Allah SWT
  6. anjuran memberi dan menyebarkan islam 

semoga perkongsian hari Israk Mikraj 2024 ini bermanfaat. 





Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Salam Israk & Mikraj. Pahang tak cuti. kerja la hari ni. hihihi

    BalasPadam
  2. Salam Israk Mikraj.. Thanks atas perkongsian :D

    BalasPadam
  3. salam israk mikraj untuk CCL jugak

    BalasPadam
  4. Selamat menyambut Israk Mikraj.

    BalasPadam
  5. peristiwa Israk Mikraj menjadi salah satu pembuktian keimanan terhadap kebenaran Baginda SAW kerana ia merupakan satu mukjizat besar...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan