Assalamualaikum dan hai semua
Biskut Raya 2026 | Biskut Mazola Kacang Peas Malam ni lepas berbuka tadi, CCL terus ajak mak buat kuih raya. Tapi sebelum tu CCL tanya dulu mak sama ada larat atau tidak. Bukan apa, CCL nak minta tolong mak uli adunan biskut raya. Selebihnya biar CCL yang buat sendiri.. Bila mak CCL pun onz, apa lagi… teruslah CCL mulakan projek kuih raya pertama untuk tahun ni.
Antara bahan utama yang digunakan ialah serbuk kacang peas yang CCL beli melalui Shopee baru-baru ni. Thank you juga pada uguys yang sporting teka biskut apa yang CCL nak buat hari tu.
Biskut pertama untuk tahun ni ialah Biskut Mazola Kacang Peas. Seperti beberapa tahun sebelum ni, kalau CCL tak buat sendiri pun CCL mesti akan beli. Kiranya biskut mazola ni memang wajib ada setiap kali raya.. Selalunya CCL beli atau makan mazola klasik kacang tanah tu je.. Tapi tahun ni nak buat kelainan sikit. Tak nak lagi versi kacang tanah, CCL upgrade sikit kepada biskut mazola kacang peas pula. Cewahh… bunyi macam eksklusif pula kan.
First time juga sebenarnya CCL buat mazola versi kacang peas ni. Mak CCL tolong uli adunan dulu, lepas tu step seterusnya CCL sambung sendiri. Mak CCL ada juga tolong masukkan dan bakarkan biskut dalam oven..
Alhamdulillah, dua kali adunan bahan dapatlah lebih kurang 100 biji biskut mazola kacang peas. Itu belum kira yang dah masuk dalam mulut dua tiga biji… biasalah, habuan rasa-rasa dulu kan.
Seronok juga sebenarnya bila dapat buat kuih raya sendiri. Tahun lepas semua CCL beli je. Tahun ni terasa nak rajinkan diri sikit buat sendiri. Lagi pun sekarang ni harga kuih raya pun boleh tahan mahal juga.
Uguys pula macam mana? Dah mula buat kuih raya ke belum
Assalamualaikum dan hai semua
Bahan-bahan puding jagung
- 1 tin jagung berkrim
- 1 tin susu cair
- 1 kotak kecil santan
- ⅔ cawan susu pekat
- ⅓ cordial jagung
- ½ sudu kecil garam
- Sedikit pewarna sirap
- 1 cawan tepung kastard
Bahan-bahan kuah kastard
- 1 tin susu cair
- 3 sudu susu pekat
- 1 ½ sudu tepung kastard
Cara membuat puding jagung versi Khairul Aming
- Gaulkan 1 tin jagung berkrim bersama susu cair, santan, susu pekat .. lalu masukkan kordial jagung .. tambah sedikit garam dan sedikit pewarna sirap .gaul sebati dan campurkan tepung kastard bersama 1 cawan air
- Masak bahan tersebut sehingga menjadi pekat lalu masukkan ke dalam bekas dan taburkan hirisan jagung .
- Untuk sos kastard pula, masukkan 1 tin susu cair bersama susu pekat lalu masukkan tepung kastard , masak sehingga sos sedikit pekat lalu tuangkan sos tersebut atas puding .
Siap dihidangkan
Assalamualaikum dan hai semua
10 Mac 2026 | 2 Tahun Tanpa Raut Wajah Susuk Badan Arwah Tok Hari ni 10 Mac 2026..Hampir-hampir juga CCL terlupa tarikh ni. Tarikh yang menyimpan satu kenangan yang sangat mendalam dalam hidup CCL.. Pada tarikh inilah CCL kehilangan arwah tok, mak kepada ayah CCL.
Pagi tadi sebelum pergi kerja, CCL sempat singgah ziarah pusara arwah tok. Lepas rindu sikit. Walaupun hakikatnya CCL tahu… yang dapat dilihat sekarang cuma tanah dan batu nisan sahaja..Tak ada lagi raut wajah arwah tok, tak ada lagi suara arwah tok yang suka membebel itu ini.. yang tinggal sekarang cuma kenangan..Kalau rindu, hanya gambar yang boleh ditatap...kalau teringat, hanya pusara yang boleh CCL ziarahi.
Hari ni genap dua tahun pemergian arwah tok. CCL masih ingat lagi saat tu. Arwah tok pergi beberapa hari sebelum Ramadan tiba. Memang terasa sayu sangat waktu tu..Semoga arwah tok ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diberikan ketenangan di sana.
Al-Fatihah buat arwah tok..Moga tenang di taman syurga..
Assalamualaikum dan hai semua
Rupa Puding Karamel , Menjadi Ke Tidak ? Semalam sebelum nak tidur, CCL sempat masuk dapur sebab teringat dah beberapa hari adik lelaki CCL request nak makan puding karamel...Puding ni memang antara dessert favourite adik dengan CCL juga.. Lepas tengok ramai cuba resepi daripada Khairul Aming tu, CCL pun teringin juga nak buat. Tapi bila pergi cari bahan, cheese pula rata-rata out of stock. Jadi malam tadi CCL buat saja guna apa yang ada. Semua bahan lengkap kecuali cheese. Maka terjadilah puding karamel tanpa cheese. Kira menderhaka sikitlah dengan resepi KA tu. Hehe.
Masa tengah buat puding karamel sorang-sorang di dapur, tiba-tiba teringat pula kenangan lama. Dulu masa arwah tokwan CCL masih ada, setiap kali bulan puasa mesti hampir setiap minggu arwah akan beli puding karamel untuk cucu-cucu dia makan. Sekarang arwah tokwan dah tak ada… jadi jaranglah nak makan puding karamel. Bukan tak boleh beli, boleh saja. Cuma kadang risau kalau terbeli puding karamel yang bau hanyir telur.
Jadi kali ni atas permintaan adik, CCL gagahkan juga buat sendiri. Sambil-sambil tu terkenang memori lama dengan arwah tokwan. Tiba-tiba rasa rindu pula. Apa khabar lah arwah tokwan di sana..
Bancuhan puding karamel tu CCL tuang dalam bekas yang ada.. Muat-muat saja dalam periuk pengukus.. Lepas tu kena kukus dan tunggu sampai siap. Bila dah cukup masa dan buka penutup periuk kukus… CCL tengok pun macam tertanya-tanya dalam hati, jadi ke tidak ni? Harap-harap menjadi lah ya.
Lepas tu bagi sejuk sikit sebelum masukkan dalam peti ais. Sekarang tak sabar pula nak tunggu esok. Macam mana lah rupa dan kejadian puding karamel CCL ni nanti. Jadi cantik ke… atau sebaliknya?
Assalamualaikum dan hai semua
Bahan-bahan untuk spaghetti Bolognese
- Spaghetti
- Daging kisar beku
- 1 batang seleri
- 1 ulas bawang holand
- 1 lobak merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 tin tomato puri
- 2 biji tomato (dikisar)
- 1 sudu oregano
- 1 sudu chili flakes
- Garam
- Lada hitam
- 1 helai daun salam
- 1 kiub pati lembu
- Taburan keju parmesan
Cara membuat spaghetti Bolognese versi Khairul Aming
- hancurkan daging kisar, goreng daging kisar tanpa minyak sehingga sedikit garing ..
- untuk sos, masukkan saleri, bawang holand, lobak merah dan bawang putih dalam chopper dan tumis sehingga sedikit layu
-masukkan tomato puri bersama 2 biji tomato yang dikisar halus .
- masukkan satu sudu oregano, chili flakes, sedikit garam dan serbuk lada hitam . Masukkan sehelai daun salam daun kiub pati lembu ..tambah sedikit air dan gaul sehingga masak dan pecah minyak ..
-sos Bolognese siap dihidangkan bersama spaghetti ..taburkan sedikit cheese parmesan .
Assalamualaikum dan hai semua
Bahan-bahan untuk pretzels
Cara membuat pretzels Khairul Aming
- Campurkan 1 ¼ cawan air, yis dan gula perang bersama tepung gandum . Uli sehingga menjadi doh . Biarkan doh mengembang selama 30 minit
- Potong doh tersebut memanjang atau ikut citarasa sendiri
- Rendamkan potongan doh tadi ke dalam campuran 1 cawan air dengan soda bikarbonat . Tabukan sedikit garam kasar ke atas doh lalu bakar dalam ketuhar dengan suhu 250óc selama 5minit
- Nak nampak pretzels berkilat sapukan pretzels yang siap dibakar tadi dengan mentega cair
- Pretzels tadi siap dihidangkan bersama coklat Nutella mahupun makan bersama sos cheese .
Assalamualaikum dan hai semua
Bumi Perlis Hujan
Sekian lama bumi Perlis tak boleh berpisah dengan cuaca hangat lit-lit . Panas terik dari pagi sampai ke petang, kadang rasa bahangnya sampai menusuk ke kulit. Nak keluar rumah pun kena fikir dua tiga kali,... Tapi petang ni lain pula ceritanya. Alhamdulillah… hujan rahmat turun mencurah-curah membasahi bumi Perlis. Sekali dengan dentuman manja guruh di langit..bagi tanda yang hujan kali ni memang betul-betul nak turun. Hujan lebat, basah betul jalan dan halaman rumah.
Paling best mestilah bau hujan tu. Bau tanah, bau jalan tar yang kena air hujan tu memang ada aura tersendiri. Automatik rasa segar, tenang, dan nyaman.. Panas yang seharian terasa macam terus hilang dibawa angin hujan.
Selepas lama bumi Perlis disimbah panas terik, akhirnya Allah turunkan juga hujan sebagai penyejuk...Alhamdulillah… terima kasih Allah atas hujan rahmat ini. Semoga bumi Perlis terus dilimpahi keberkatan
Assalamualaikum dan hai semua
Bahan-bahan untuk chocolate Mousse
Cara membuat chocolate Mousse versi Khairul Aming
Panaskan cooking cream, lalu campurkan coklat cip daun gaul sehingga coklat cip cair dan adunan menjadi pekat . Lalu sejukkan adunan tersebut.
Putarkan whipping cream sehingga mengembang , lalu campurkan dengan adunan coklat tadi yang telah disejukkan . Tuang ke dalam cawan lalu sejukkan selama beberapa jam
Selamat mencuba