Sarapan Secawan Kopi & Sandwich Tuna

 Assalamualaikum dan hai semua 

Sarapan Secawan Kopi & Sandwich Tuna Pagi tadi memang tak teringin nak makan berat. Perut pun rasa nak sesuatu yang ringan je .. cukup dengan secawan kopi panas dan sandwich tuna..Lagi satu best bila sarapan macam ni, tak rasa terlalu kenyang sampai mengantuk. Badan pun rasa ringan je nak bergerak buat kerja,  kalau makan berat sangat pagi-pagi ni, mulalah rasa lemau, mata pun asyik rasa nak terpejam..


White coffee zus ngopi, zus ngopi , kopi sachet dari zus, kopi sachet, sandwich tuna spicy sandwich tuna, sandwich 7-eleven, jenis sandwich di 7-eleve

CCL beli sandwich tuna dari 7-Eleven.. Inti tuna dia lembut dan ada rasa pedas-pedas sedikit ..   memang sesuai sangat untuk sarapan yang tak terlalu mengenyangkan tapi tetap bagi tenaga...sekadar lapik perut pagi-pagi , bukan nak makan banyak pun, asalkan perut tak kosong.

Secawan ' White Coffee' CCL beli kopi sachet dari 'Zus Ngopi' ..bancuh kopi tu pun sebenarnya antara “me time” paling simple. Bunyi air panas kena serbuk kopi, bau wangi naik perlahan-lahan… haaa situ dah rasa macam recharge sikit mood sebelum hadap apa-apa urusan hari tu. 

Hidup ni ada hari kita rajin masak, ada hari kita pilih yang mudah. Yang penting jangan tinggal sarapan terus. Esok-esok entah sarapan apa pula…

Makan Laksa Johor

 Assalamualaikum dan hai semua 

Makan Laksa Johor Pagi tadi lepas balik jogging, CCL singgah sekejap dekat satu kedai vendor. Dari dessert sampai ke makanan berat, satu-satu CCL belek.

Tiba-tiba mata tertangkap dekat satu Tupperware yang ada label Laksa Johor. Haa sudahh. Lama betul CCL tak makan laksa Johor, rasanya dah bertahun-tahun kot.. Tanpa fikir panjang, terus capai satu. Harga pun cuma RM8.50 je. Pada CCL memang murah, siap dalam Tupperware lagi. Senang nak simpan, senang nak makan.

Laksa johor, resepi laksa johor, resepi kuah laksa johor, laksa johor guna spaghetti, bahan laksa johor, makanan laksa johor

Petang tadi baru sempat makan. Buka je penutup, terus naik bau kuah dia… fuhh, memang membangkitkan selera! Alhamdulillah, rasa dia memang sedap, kena sangat dengan tekak CCL.

Laksa Johor ni unik. Dia bukan guna laksa biasa, tapi guna spaghetti. Memang takkan sama macam laksa utara ..Itu yang buat dia lain dari laksa-laksa lain. Kuah dia pun pekat, berempah, rasa ikan dia memang padu. Bila gaul sekali dengan ulam-ulaman dan sambal cili, memang bertambah-tambah dibuatnya.

Throwback Birthday 2025 : Dapat 2-Tier Plastic Drawer Organizer

 Assalamualaikum dan hai semua 

Throwback Birthday 2025 : Dapat 2-Tier Plastic Drawer Organizer CCL nak throwback balik cerita tahun lepas… time birthday CCL November 2025 yang lalu , banyak benda yang masih belum sempat dikongsi dalam blog untuk kenangan akan datang. So, jomlahhh CCL  throwback  semula!

Birthday 2025 Throwback birthday, Birthday gift, 2-tier plastic drawer organizer , Makeup organizer, senarai hadiah birthday untuk kawan perempuan

Birthday 2025 Throwback birthday, Birthday gift, 2-tier plastic drawer organizer , Makeup organizer, senarai hadiah birthday untuk kawan perempuan


Birthday 2025 Throwback birthday, Birthday gift, 2-tier plastic drawer organizer , Makeup organizer, senarai hadiah birthday untuk kawan perempuan

Salah satunya hadiah yang CCL dapat dari kawan adalah 2-tier plastic drawer organizer. Suka sangat! .. CCL dah letak atas meja, bersama-sama dengan makeup drawer organizer yang lain. Drawer ni ada dua tingkat, sangat comel dan praktikal.CCL dah isikan dengan getah pengikat rambut dan juga koleksi lipstik. Senang sangat nak susun dan cari bila perlu. Memang berguna dan meja makeup pun  nampak kemas tersusun .. 

Terima kasih pada si pemberi . Semoga murah rezeki selalu . .

Benda Dah Post

 Assalamualaikum dan hai semua 

Benda Dah Post Entri kali ini sekadar catatan kecil.. Semalam CCL ada kongsikan satu video ziarah kubur arwah tok di IG Story dan juga Facebook Story. Video ringkas, tanpa banyak kata, cuma sekadar nak luah kenangan dan rasa rindu yang ada..Dalam video tu.. CCL ada tuliskan tarikh genap 6 tahun pemergian arwah tok..Tapi rupa-rupanya tersalah tarikh pula  sepatutnya 14 Januari,tapi yang tertulis ialah 16 Januari. CCL dah perasan lepas adik CCL DM bagitau salah tarikhhhh !! . Benda dah post ! 


Enam tahun dah .. Masa terus berjalan, tapi kenangan dengan arwah tok masih tersimpan kemas dalam ingatan. Ada rindu yang tak perlukan tarikh tepat untuk diingati. Cukup sekadar doa yang tak pernah putus..apa pun, niat CCL cuma satu  mengingati dan mendoakan arwah tok.


Al-fatihah 



Genap 6 Tahun Pemergian Arwah Tok

 Assalamualaikum dan hai semua 

Genap 6 Tahun Pemergian Arwah Tok  Masa berlalu begitu pantas, walaupun dah 6 tahun ,crindu tetap terasa ada.. Petang tadi, masing-masing ada kelapangan, jadi CCL sekeluarga sepakat balik kampung untuk menziarahi kubur arwah tok dan tokwan.

balik kampung ziarah kubur, doa untuk arwah, pemergian orang tersayang

Sekitar jam 5.30 petang barulah pergi di tanah perkuburan. Walaupun hari dah petang, cuaca masih terasa panas dan terik. Di hadapan pusara, doa menjadi penghubung rindu yang tak pernah putus. Tiada lagi bicara, hanya Al-Fatihah dan doa yang mampu dikirimkan.


balik kampung ziarah kubur, doa untuk arwah, pemergian orang tersayang

Selesai berdoa, kami duduk seketika di sisi pusara.. walaupun panas masih terasa. Dalam diam, kenangan lama datang satu persatu ..suara arwah tok, senyuman sederhana, dan nasihat yang suatu masa dulu sering diulang.. Semoga arwah tok dan tokwan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. 

Rindu itu tetap ada, cuma disampaikan melalui doa dan ingatan. Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi cahaya buat mereka di sana.



Pokok Bromeliad Dah Sampai

 Assalamualaikum dan hai semua 

Pokok Bromeliad Dah Sampai Minggu lepas, awal bulan Januari, CCL ada berkongsi dalam satu entri tentang CCL membeli beberapa pokok bromeliad melalui aplikasi Shopee. Tak sangka, hanya dua hari selepas itu, courier sudah selamat menghantar pokok-pokok tersebut di hadapan rumah. Cuma hari ni baru ada masa untuk draft entri .. 


pokok bromeliad, beli pokok bromeliad online, pokok bromeliad shopee , anak pokok bromeliad, pengalaman beli pokok online,pokok hiasan rumah, pokok hiasan dalam pasu, penjagaan pokok bromeliad, pokok hiasan cantik

Kotak coklat yang sampai tu taklah besar mana, tapi di dalamnya terisi tiga corak pokok bromeliad yang cantik. Masa buka kotak tu memang berdebar-debar juga, risau kalau ada pokok yang rosak sepanjang penghantaran. Alhamdulillah, semuanya sampai dalam keadaan elok.. Seller memang balut dengan sangat kemas walaupun ini hanya anak pokok bromeliad. Setiap pokok datang bersama pasu kecil berisi tanah, dibalut rapi dengan plastik pembungkus dan dilapik sekali lagi menggunakan surat khabar lama. Kemas dan teliti, memang puas hati.


pokok bromeliad, beli pokok bromeliad online, pokok bromeliad shopee , anak pokok bromeliad, pengalaman beli pokok online,pokok hiasan rumah, pokok hiasan dalam pasu, penjagaan pokok bromeliad, pokok hiasan cantik

Menariknya lagi, seller turut sertakan free gift baja pokok..

Sekarang ni, anak-anak pokok bromeliad tersebut CCL sudah pindahkan ke dalam pasu yang lebih besar, bagi ruang untuk mereka membesar dengan lebih selesa. Insya-Allah, bila dah besar sikit nanti, CCL akan kongsikan gambar pula dalam entri seterusnya.

Recap Pemenang Top Commentators Sepanjang Tahun 2025

 Assalamualaikum dan hai semua 

Recap Pemenang Top Commentators Sepanjang Tahun 2025 Tahun 2025 dah pun melabuhkan tirainya. Banyak cerita, banyak kenangan, dan yang paling manis ruangan komen yang sentiasa meriah sepanjang tahun .. Terima kasih tak terhingga CCL ucapkan buat semua yang sudi singgah, membaca, meninggalkan komen panjang berjela, pendek berisi, komen menyokong, bergurau, sampai yang setia datang diam-diam tapi tetap ada. Ada beberapa nama yang memang konsisten yang sering ada dalam Top 10 Commentators hadir dari awal tahun sampai hujung tahun, tak pernah gagal menceriakan setiap entri.

Top Commentators november, top Commentators blog, pemenang top Commentators,senarai top Commentators, cara masuk senarai top Commentators

Untuk entri kali ni CCL nak recap balik senarai pemenang untuk tahun 2025 dsri bulan Januari sehingga bulan Disember 

Top Commentators of January 2025 - Blogger NA

CCL hadiahkan handbag 

Boleh baca entri https://me-soul-searching.blogspot.com/2025/02/hadiah-terima-parcel-besar.html

Top Commentators of February 2025 - Blogger Cuya

CCL hadiahkan long purse 

Boleh baca entri https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/03/hadiah-top-komentar-ccl-dah-sampai.html

Top Commentators of Mac 2025 - Blogger Tot

CCL hadiahkan telekung 

Boleh baca entri https://hiduptot.blogspot.com/2025/04/hadiah-dari-ccl.html

Top Commentators of April 2025 - Blogger Tot

CCL hadiahkan tiffin (mangkuk tingkat)

Boleh baca entri https://hiduptot.blogspot.com/2025/05/terima-hadiah-top-commentators-april.html

Top Commentators of May 2025 - Blogger Sembang Sorang

CCL hadiahkan sejadah

Boleh baca entri https://sembangsorangla.blogspot.com/2025/06/hadiah-awesome-dari-ccl.html

Top Commentators of June 2025 - Blogger Taufik

CCL hadiahkan tumbler 

Boleh baca entri https://ini-cara-hidupku.blogspot.com/2025/07/akhirnya-hadiah-yang-dinanti-tiba-juga.html

Top Commentators of July 2025 Blogger Taufik

CCL hadiahkan kain pelekat 

Top Commentators of August 2025 - Blogger Cik Suka Taip

CCL hadiahkan chopper blender 

Boleh baca entri ni https://ciksukataip.blogspot.com/2025/10/swiss-thomas-chopper-blender-dari.html

Top Commentators of September 2025 - Blogger Rawiwa

CCL hadiahkan set mangkuk seramik 

Boleh baca entri https://rawiwa.blogspot.com/2025/11/hadiah-top-commentators-of-september.html

Top Commentators of October 2025 - Blogger Lydia

CCL hadiahkan body Shower Aura 7 bunga Dato Aliff Syukri.

Boleh baca entri https://lydiamiza.blogspot.com/2025/12/hadiah-daripada-ccl-dah-sampai.html

Top Commentators of November 2025 - Blogger Azhafizah

CCL hadiahkan portable hand fan 

Top Commentators of December 2025 - Blogger NA

CCL hadiahkan tumbler  

Boleh baca entri https://me-soul-searching.blogspot.com/2026/01/terima-hadiah-pengomen-utama-blog-ccl.html


Terima kasih kerana terus setia walau topik entri bertukar-tukar dari cerita harian, kerja, travel, berkebun, sampai entri santai yang entah ke mana arah  . InsyaAllah untuk tahun 2026 CCL akan teruskan lagi pencarian top Commentators bagi menghargai rakan blogger . untuk tahun ni rasanya nak buat kelainan sedikit .. mungkin yang dicari bukan hanya komen siapa yang banyak ..atau mungkin pemilihan pemenang berdasarkan wheel of the names ..  CCL akan fikirkan semula .. or uguys ada cadangan ?? 


Masalah Had Following Blog | Dari 2K Tinggal 200

 Assalamualaikum dan hai semua 

Masalah Had Following Blog | Dari 2K Tinggal 200 Beberapa bulan lepas, CCL ada perasan satu benda pelik.. Blog CCL gagal nak follow blogger baru, termasuk juga rakan blogger lama yang baru CCL kenal hasil blogwalking dari blog rakan-rakan lain.. Masalah pertama yang CCL perasan tak boleh nak follow blog diorang langsung.

Mula-mula CCL ingat mungkin blog CCL yang bermasalah. Puas juga la CCL cari punca, tapi tak jumpa-jumpa...Lepas beberapa hari, barulah perasan rupanya ada rakan blogger lain pun alami masalah yang sama. Rupanya sekarang ni blog ada limit following, tak boleh melebihi 1,000 blog.Aduhh… memang satu masalah juga kan ..

Masalah follow blog , Had following blog, Limit 1000 following, Unfollow blog, Blogwalking

Bila CCL check balik, rupa-rupanya CCL follow hampir 2,000 blog, bermakna CCL kena remove (unfollow) sebahagian blog yang ada, barulah boleh follow blog baru. .Mula-mula CCL cuba unfollow beberapa blog yang dah lama tak aktif, lepas tu cuba follow blog baru… tapi masih tak boleh.Nak tak nak, memang kena unfollow..

Proses nak unfollow ni pula ambil masa juga, bukan sekejap, makan masa beberapa hari jugaklah.. CCL tapis satu-satu.. ada blogger yang last aktif tahun 2013,ada yang blog dah dipadam, ada juga yang domain expired.. semua tu CCL tapis satu per satu.


Masalah follow blog , Had following blog, Limit 1000 following, Unfollow blog, Blogwalking

Tapis punya tapis… akhirnya tinggal 200 lebih sahaja..Terkejut juga la CCL, daripada empat angka, tinggal tiga angka. Memang dasyat !!  Tapi alang-alang dah tapis tu, tak apa lah kan. .Kita anggap bagi ruang dan nafas baru pula.

Lepas following dah tinggal tiga angka ni, barulah CCL boleh follow blogger baru dengan mudah.. Masalah pun selesai ..


6 Januari 2026 | First Day Kerja untuk Tahun Ini

 Assalamualaikum dan hai semua 

6 Januari 2026 | First Day Kerja untuk Tahun Ini Sebenarnya entri ni CCL publish kelmarin… tapi tak apa lah kan, lambat sehari je..Kelmarin merupakan first day CCL tumbprint masuk kerja bagi sesi tahun 2026..Untuk tahun ni, CCL ada satu azam kecil nak tumbprint masuk kerja awal 5 minit...Tahun lepas selalunya tumbprint sharp-sharp time, kadang-kadang awal dua tiga minit je. So okayyy… tahun ni kita upgrade sikit .. Kalau dapat awal 10 minit, lagi cun kan? Itu je azam kecil CCL untuk tahun ni. Setakat sekarang lahhh ..tapi afa lagii azam-azam lain untuk tahun ni ..

Macam biasa, first day kerja tu nak kata sibuk sangat pun tak juga. Lebih kepada settle kerja-kerja hujung bulan yang tertangguh. Maklumlah, cuti hujung tahun kan panjang… Ujung tahun 2025 CCL dah mula cuti, tambah pula dengan cuti sekolah, memang rasa lama juga tak masuk kerja.


First day kerja 2026 Entri blog santai, Azam tahun baru, Kehidupan kerja, Rutin kerja harian, Tahun baru 2026,

Tengok-tengok kalender… eh, dah nak masuk seminggu kita semua berada dalam tahun baru. Rasa macam sekejap betul masa berlalu.Kalender yang CCL guna tahun ni pun pemberian daripada kawan. Jadi tak ada beli atau tempah kalender khas..Company pun tahun ni tak ada bagi kalender untuk staff, tak pasti la bajet ka, terlupa ka.. tapi memang tak ada lahh ..


First day kerja 2026 Entri blog santai, Azam tahun baru, Kehidupan kerja, Rutin kerja harian, Tahun baru 2026,

Kat ofis pun ada satu stand kalender besar, itu pun dah cukup untuk rujukan harian..Oh ya, dalam kalender tu siap ada info bisnes kawan CCL. Jadi kalau uguys datang Perlis dan nak sewa kenderaan (kereta, van atau motosikal), boleh terus contact nombor telefon yang tertera dalam kalender tu..Hehe… sekali jalan promote bisnes kawan-kawan, tak salah kan..

Pagi tadi settle apa yang patut, balik kerja pun dah malam.Letih sikit, recharge badan kejap… dan time macam ni lah sempat jenguk-jenguk blog

Shopee Wrap 2025 : Rekod Membeli-belah di Shopee !

 Assalamualaikum dan hai semua 

Shopee Wrap 2025 : Rekod Membeli-belah di Shopee Tak sangka, bila buka Shopee Wrap, terus terkejut , rupanya dah lebih 10 tahun CCL setia dengan Shopee dan jumlah pesanan pula mencecah 735 orders!.. Patutlah troli Shopee tu sentiasa penuh, kejap kosong lepas bayar, kejap penuh balik.


Shopee Wrap 2025, Shopee Wrap 10 Tahun,  Shopeholic sejak 2016, Tips beli barang online berbaloi, Shopee addict Malaysia, Shopee haul / Shopee review

CCL memang boleh dikategorikan sebagai Real Shopeholic sejak tahun 2016. Bukan jenis shopping setiap hari, tapi bila buka Shopee… susah nak tutup tanpa scroll sampai habis.


Shopee Wrap 2025, Shopee Wrap 10 Tahun,  Shopeholic sejak 2016, Tips beli barang online berbaloi, Shopee addict Malaysia, Shopee haul / Shopee review

Bila tengok Shopee Wrap, baru sedar dalam hampir 10 tahun, CCL dah buat 735 order. Tak hairanlah parcel macam tak pernah putus.735 order dalam 10 tahun bukan setiap hari shopping, dalam 735 order ni bukan barangan CCL sahaja tauu .. ada barang mak adik dan mak saudara CCL juga . Kadang diorang ada minta tolong orderkan barang itu barang ni .. 


Shopee Wrap 2025, Shopee Wrap 10 Tahun,  Shopeholic sejak 2016, Tips beli barang online berbaloi, Shopee addict Malaysia, Shopee haul / Shopee review

seronok sebenarnya tengok statistik membeli-belah sendiri, tapi ada satu bahagian yang buat CCL hairan,  Shopee kata Sim Card antara barang paling kerap dibeli, sedangkan CCL tak pernah pun beli sim card di Shopee .. 


Shopee Wrap 2025, Shopee Wrap 10 Tahun,  Shopeholic sejak 2016, Tips beli barang online berbaloi, Shopee addict Malaysia, Shopee haul / Shopee review

Shopee Wrap, juga ada paparkan  kategori t-shirt dan blouse antara yang paling banyak CCL beli. Tak pelik pun sebenarnya, sebab pakaian jenis ni memang praktikal untuk kegunaan harian. 


Shopee Wrap 2025, Shopee Wrap 10 Tahun,  Shopeholic sejak 2016, Tips beli barang online berbaloi, Shopee addict Malaysia, Shopee haul / Shopee review

Full stomach, full energy… for Shopee! Memang betul pun. Bukan shopping dalam keadaan kelam-kabut, tapi lebih kepada “me time”..tengok-tengok barang, banding harga, baca review, dan kalau rasa berbaloi… terus checkout. Mungkin sebab tu juga CCL digelar
“the ultimate chill + checkout champion”.


Shopee Wrap 2025, Shopee Wrap 10 Tahun,  Shopeholic sejak 2016, Tips beli barang online berbaloi, Shopee addict Malaysia, Shopee haul / Shopee review

434.5 jam dihabiskan semata-mata layan Shopee Live. Kalau kira-kira, memang banyak masa juga tu…Tapi sebenarnya bukan sekadar tengok kosong. Shopee Live ni jadi tempat CCL survey barang, dengar penjelasan penjual, tengok kualiti kain, saiz sebenar, dan kadang-kadang tunggu harga jatuh live-live sebelum checkout.Ada masa tu buka live sambil buat kerja rumah,ada masa sambil baring sebelum tidur, dan ada juga yang niat “tengok sekejap”…


Shopee Wrap 2025, Shopee Wrap 10 Tahun,  Shopeholic sejak 2016, Tips beli barang online berbaloi, Shopee addict Malaysia, Shopee haul / Shopee review

pembelian paling mahal CCL adalah Tab..


Shopee Wrap 2025, Shopee Wrap 10 Tahun,  Shopeholic sejak 2016, Tips beli barang online berbaloi, Shopee addict Malaysia, Shopee haul / Shopee review

Sepanjang bertahun-tahun ni, jumlah perbelanjaan di Shopee mencecah RM21,107. Bila tengok angka tu, CCL memang terdiam sekejap. Rasa macam terus nak install apps Shopee tu .hehehe . Tapi kalau difikirkan balik ia terkumpul dalam tempoh lama, dan kebanyakannya untuk keperluan. macam CCL katakan, pembelian barang 700 order tu bukan barang CCL seorang jer tau .. ni termasuklah barang-barang adik, mak, mak saudara CCL kadang diorang minta tolong CCL order kan .. 


Shopee Wrap 2025, Shopee Wrap 10 Tahun,  Shopeholic sejak 2016, Tips beli barang online berbaloi, Shopee addict Malaysia, Shopee haul / Shopee review

Certified Trendsetter bajet King/Queen. Ingatkan CCL bagi awards banyak beli cadar king or queen .. hehe ..bila baca kat bawah tu baru faham ..Shopee beri gelaran Certified Trendsetter Bajet Queen, satu pengiktirafan untuk pengguna yang bijak guna voucher, Shopee Coins dan diskaun sehingga berjaya checkout dengan harga paling jimat.


Shopee Wrap ni bukan setakat tunjuk angka atau statistik, tapi jadi satu kenangan juga kan , kenangan tabiat dan perjalanan shopping CCL sepanjang hampir 10 tahun ni. Tunggu lagi 10 tahun , agak-agak Shopee Wrap cecah RM40K  pulak .. risauuuu 


Supermoon Malam 3 Januari 2026

 Assalamualaikum dan hai semua 

Supermoon Malam 3 Januari 2026 Semalam, masa nak keluar pergi rumah arwah tok dan arwah tokwan, CCL jalan kaki saja. Tak jauh pun, selang beberapa buah rumah dari rumah CCL. Kebetulan malam tu ada buat makan-makan kecil dengan adik-beradik sebelah ayah. Semua pun tengah cuti, jadi inilah masanya nak curi masa berkumpul sama-sama.


supermoon Januari, bulan penuh Januari, fenomena supermoon,supermoon Malaysia, gambar bulan penuh, gambar supermoon

Sedang melangkah ke sana, CCL terpandang ke langit. MasyaAllah… langit malam semalam cerah luar biasa. Lengkap pula dengan supermoon yang bersinar terang. Bulan penuh bercahaya dengan lingkaran yang cukup cantik. Tenang melihatnya. Rasa macam Allah sedang berbicara tanpa kata. Allah hadiahkan keindahan ini sebagai pembuka awal Januari.


supermoon Januari, bulan penuh Januari, fenomena supermoon,supermoon Malaysia, gambar bulan penuh, gambar supermoon

CCL terus capai telefon, buka kamera, snap beberapa keping gambar. Walaupun sekadar kamera telefon, tetap tak mampu menafikan kecantikan bulan malam tu. Cantik tak terkata, indah dipandang..

Malam ni pula, CCL keluar lagi menjenguk langit. Tapi supermoon dah tak kelihatan seperti malam semalam, supermoon ada tapi  terlindung di sebalik awan. Tak pa lah sebab keindahan semalam sudah cukup tersimpan dalam memori dan juga dalam gambar.

supermoon Januari, bulan penuh Januari, fenomena supermoon,supermoon Malaysia, gambar bulan penuh, gambar supermoon

Ada perkara yang indah cukup untuk dikenang, tak perlu berulang kali muncul di depan mata.Allah tunjukkan sesuatu yang cantik bukan untuk lama, tapi cukup untuk kita ingat dan bersyukur.


Check Performance Blog

 Assalamualaikum dan hai semua 

Check Performance Blog CCL sebenarnya baru lepas blogwalking blog rakan-rakan blogger , bukan blogwalking kosong-kosong tauu sekali CCL hantar komen pukal .. komen pukal tauuu bykan pukau .. uguys jangan silap .. bahaya tu .. haahaa .. yang mana belum terkena komen pukal dari CCL uguyss sabar jap tauu ..akan menyusul .. tadi giliran blogger kak Adnil Linda .. lepas sesi ziarah entri beliau ada laa satu entri ni Blog performance -pengaruh Kak Min .. lepas baca CCL pun terpengaruh juga untuk check performance blog ..rasanya dah lama tak check . 


performance blog, result performance blog, prestasi blog, GTmetrix, GTmetrix grade A, web performance, blog laju, blog loading pantas, blog speed test, check performance blog, status performance blog, performance blog terkini

Biasalah… bila blog dah lama bernyawa, kita pun kadang tertanya-tanya .. “Blog aku ni berat ke ringan sebenarnya?”


performance blog, result performance blog, prestasi blog, GTmetrix, GTmetrix grade A, web performance, blog laju, blog loading pantas, blog speed test, check performance blog, status performance blog, performance blog terkini


Buka
GTMetrix, tekan analyze…

Keputusan keluar dan ya, boleh tarik nafas lega sikit.

GTmetrix Grade: A

Performance 96%

Structure 93%

Tak adalah perfect 100%, tapi untuk blog yang kadang aktif, kadang tidak update, ini pun dah cukup buat hati CCL rasa senang.


performance blog, result performance blog, prestasi blog, GTmetrix, GTmetrix grade A, web performance, blog laju, blog loading pantas, blog speed test, check performance blog, status performance blog, performance blog terkini

Largest Contentful Paint: 1.0s 

Blog cepat paparkan content utama. Tak sempat ugyus scroll pun, dah nampak isi.kira alhamdulillah sangat kan..

Total Blocking Time: 79ms

Rendah. Maksudnya blog tak berat dengan script yang mengganggu.

Cumulative Layout Shift: 0.07

Tiada drama layout melompat-lompat masa loading.


Pendek kata, blog rasa smooth bila dibuka. Apa pendapat korang tentang blog CCL ? .smooth ?? Loading lambat ??  Perlahan-lahan baiki, sikit-sikit kemas, yang penting konsisten ..


Sebenarnya ada terfikir tahun baru nak tukar template baru .. header blog baru .. tapi plan tu terkubur seketika waktu ..sibuk kekangan kerja ..nantilah kalau rajin-rajin nak check coding blog .. 


performance blog, result performance blog, prestasi blog, GTmetrix, GTmetrix grade A, web performance, blog laju, blog loading pantas, blog speed test, check performance blog, status performance blog, performance blog terkini

header comel minimalist tu pun hasil rekaan dari blogger akak Azhafizah .. boleh baca entri CCL  Free Header dari Blogger Azhafizah . Akak Fizah bagi header ni tahun 2021 .. bermakna hampir 5 tahun juga CCL pakai header dari akak Fizah .. lama jugak kan .. big thanks to blogger  akak fizah create header ikut citarasa CCL .. 



Kutip Cili Kampung Belakang Rumah

 Assalamualaikum dan hai semua 

Kutip Cili Kampung Belakang Rumah 

Cili kampung, pokok cili kampung, sambal cili kampung, cili kampung segar, harga cili kampung, tips jaga pokok cili, level pedas cili kampung , idea masakan dengan cili kampung

Tengahari tadi lepas ayah CCL  mesin rumput di kawasan belakang  rumah, CCL nampak pokok cili kampung yang tumbuh sesat situ… haish, tak sangka cilinya  dah banyak merah menyala! Memang cantik mata memandang, tapi pedasnya jangan cakap lah… 


Cili kampung, pokok cili kampung, sambal cili kampung, cili kampung segar, harga cili kampung, tips jaga pokok cili, level pedas cili kampung , idea masakan dengan cili kampung

Cepat-cepat masuk dapur, ambil bekas & gunting. Petik satu-satu cili kampung yang dah masak ni. Alhamdulillah, dapat juga banyak. Seronok bila tengok hasilnya ..pokok pun tumbuh dengan sendiri tanpa penjagaan rapi ..ibarat dapat hadiah dari pokok belakang rumah kan .. 


Cili kampung, pokok cili kampung, sambal cili kampung, cili kampung segar, harga cili kampung, tips jaga pokok cili, level pedas cili kampung , idea masakan dengan cili kampung

Kalau beli dekat kedai? Confirm mahal berbanding cili padi biasa. Tapi bila kita petik sendiri… rasa dia lain macam. Segar dan pedas semula jadi. Memang puas hati bila masak sambal atau tumis dengan cili ni, terus rasa makanannya naik level! . Pedasnya usah dibagitahu lahh .. Pedas tahap siapa berani, siapa tak berani tahan air mata.



Jom Lah Clear Almari

 Assalamualaikum dan hai semua 

Jom Lah Clear Almari Masuk je tahun 2026, terus rasa nak clear almari..Bila nampak poster infak pakaian ni lalu di Facebook, memang CCL terus bersemangat. Bukan sebab apa… sebab boleh buat ruang baru dalam almari . Happy sebab apa? Sebab boleh clearkan almari lagi! Lagipun dah masuk tahun 2026 kan. Bukannya saiz badan makin membesar yerrr. Selalunya kalau bulan puasa memang ada je tempat untuk infak pakaian. Tapi kali ni tak sempat tunggu puasa ,awal tahun dah ada program pembelian pakaian terpakai & infak pakaian terpakai. Memang tepat pada masanya!

clear almari, infak pakaian terpakai, sumbangan pakaian terpakai, derma pakaian terpakai, program infak pakaian, pakaian terpakai masih elok

So tunggu apa lagi… inilah masa untuk clear almari. Baju yang masih elok tapi dah tak nak pakai tu, bolehlah kita infakkan kepada golongan yang memerlukan. Ehh rasanya macam tiap-tiap tahun infak pakaian je CCL ni .

clear almari, infak pakaian terpakai, sumbangan pakaian terpakai, derma pakaian terpakai, program infak pakaian, pakaian terpakai masih elok

Baju yang masih elok tapi dah tak pakai tu sayang kalau disimpan lama-lama. Jadi kali ni CCL infakkan beberapa helai baju kurung, t-shirt, seluar jeans dan juga tudung bawal. Adik perempuan CCL pun join sekali ,ada baju yang dah tak padan, terus masuk beg infak.Tak apa lah, janji pakaian masih elok dipakai tak koyak, tak lusuh. Barulah si penerima rasa gembira dan selesa nak pakai.

clear almari, infak pakaian terpakai, sumbangan pakaian terpakai, derma pakaian terpakai, program infak pakaian, pakaian terpakai masih elok

Ni pulak bahagian tudung bawal… yang masih elok-elok belaka. Kesan kerongsang pun sikit sahaja. Orang perempuan dengan tudung memang susah nak berpisah kan ..Asyik nak beli yang baru je, jadi yang dah jarang pakai tu eloklah kita bagi pada yang lebih memerlukan.

Bagus juga program macam ni diadakan. Sekurang-kurangnya dapat galakkan orang ramai untuk sumbangkan pakaian terpakai daripada terus buang ke dalam tong sampah.Baju lama kita, mungkin rezeki baru untuk orang lain ..