INCOME PERTAMA DARI SAYS / 8SHARE






alhamdulillah, , hari jumaat lepas yana dah cashout says
yana untuk kali pertamanya. . 
so hari nieyh dah hari khamis, , sesaje tengok email . . 

tengok2 pihak says ada hantar email . . 
diorang ada hantar check





kalau dah pihak says dah hantar check , , maknanya
duit dah bank - in dalam account bank yana. . . 



so yana terus buka account bank, , 
try check sama ada duit dh masuk @ belum .. . 
so buka-buka alhamdulillah
duit says yana yang pertama selamat berpindah ke dalam account yana. . 

ha x lama lagi yana nk cashout says untuk kali kedua pulak. . . 
about nuffnang pulak, , dah boleyh cashout
tapi sekali pown xpernah cashout, , sebab susah kowt. . 
cek akan dihantar ke rumah dah tue kena tunggu lama, , 
dah dapat cek kena pulak pe g bank , ,kalau nuffnang macam says kan senang
transfer terus je dalam bank , x payah menunggu lama. . 
entah sampai bila yana boleyh cashout nuffnang walaupown earning dah mencapai angka ***

korang yang belum daftar says dan teringin nak daftar. . 

Leuniey Natasha dah Bertudung ke ?




af10ea50c12311e2a0fd22000aa8039a_7

isteri kepada khairul fahmi che mat. . 
atau lebih dikenali sebagai apek. . 
sape lagi kalau bukan 
leuniey natasha, , yang kini bertudung


Leuniey Natasha & Khairul Fahmi
Dalam tak sedar, sudah hampir 5 bulan pasangan ini melangsungkan perkahwinan. Dan pada bulan Mac yang lepas, para peminat telah dikhabarkan dengan berita mengatakan Leuniey sudah pun mengandungkan anak Khairul Fahmi Che Mat.
Tidak dapat dipastikan samada benar atau tidak khabar angin tersebut, namun selepas melihat akaun Instagram Leuniey baru-baru ini, isteri kepada penjaga gol kebangsaan itu dipercayai sudah berhijrah.
Menerusi laman Instagramnya, Leuniey dilihat selesa dan tidak kekok memakai tudung. Dia yang berusia 22 tahun ini juga kelihatan lebih cantik dan menawan dengan tudung yang dipakainya.
Leuniey Natasha, gaya Leuniey dengan tudung dan juga spek mata hitamnya membuatkannya kelihatan seperti Abby Abadi. Anda rasa?
4e345cf6c1de11e2b7f822000a1fb726_7
Ada macam Abby Abadi tak?
kalau betul leuniey dah brhijab. .alhamdulillah
teruskan, , , yer :)

altimet mengamuk ? kenapa ?







Habis kecoh di laman Twitter yang Altimet sekarang ni tengah bengang marahkan sebuah syarikat pengurusan muzik gara-gara single terbarunya telah diperdengarkan di radio.
Melalui akaun Twitter milik Altimet, perkara itu tidak sepatutnya terjadi kerana mereka telah merancang untuk mengeluarkan lagu baru itu selepas raya.
1
Konflik ini berpunca apabila pengurusan Warner Music dan label yang bekerjasama dengan Altimet, Kartel telah membocorkan single terbarunya itu. Mungkin ada salah faham dalam perancangan mereka yang membuatkan benda macam ni jadi.
2
Kami sendiri belum berkesempatan mendengar single terbaru oleh Altimet itu, tapi mereka yang telah mendengarnya di ERA fm mengatakan lagu itu sangat sedap dan mendapat sambutan yang cukup baik.
3
Tapi apapun respon positif yang diberikan peminat, Altimet masih tak mampu mengawal kekecewaannya bila rancangan tak berjalan seperti yang dirangka.
4

FREE SAMPLE DAH SAMPAI





alhamdulillah free sample yang yana resquest dh pown selamat
sampai menuju ke rumah yana dalam keadaan baik. . 
tQ jugak pada abang posmen yang x putus-putus berkunjung ke rumah yana, , :)



hari tue yana ada resquest free sample biore uv aqua. . 
cosmetic dari jepun nieyh. . .
agak lama jugak yana request cream nieyh. . .
so hari ini dah sampai pown. . .

bila buka sampul surat tersebut, , macam rasa bau limau jew. . 
buka isi dalam tengok oh biore uv aqua rupanya. . 
serius wangi sangat krim nieyh. . 
try sapu sikit kt pp cream nieyh. . . 
terbau limau yang amat menenangkan. . .  

biore uv aqua nieyh adik beradik sunblock jugak. . 
melindungi kulit kita dari panas matahari. . .
kalau nak keluar rumah elok lha pakai krim nieyh. . . 




satu lagi free sample nieyh. . ini untuk kucing. . 
yana resquest whiskas untuk si kucing comel yana. . 
agak lama jugak kena tunggu beberapa minggu baru sampai sample whiskas nieyh. . 
so boleyh bagi kucing yana try nak tnya diorang sedap x makan whiskas nieyh,,hehe
x kan yana pulak nak rasa kn, , 

actually dapat 2 sample, , ingatkan kecil aje,,rupa-rupanya besar jugak. . 
boleyh thn 3 @ 4 hari si kucing makan...


apa-apa pown masih menanti produk lain lagi
yang yana resquest. . harap-harap akan sampai secepat mungkin dirumah. . 
sapa yang x suka kan dapat produk free :)


Samarinda: Epilog Cinta Kirana







drama terbaru yang akan disiarkan di tv3 pada 22 mei ini. . 
dalam slot samarinda iaitu drama EPILOG CINTA KIRANA

yang menariknya yana tak sabar nak tengok citer nieyh 
nak tahu sebab apa. . penyanyi singapura
yang terkenal dengan lagu 'SAYANG-SAYANG'
iaitu alif aziz. . bakal berlakon dalam drama nieyh



x sabar nak tunggu kemunculan alif aziz dalam drama tersebut. . 

ok buat pengetahuan korang jugak, , drama nieyh
diadaptasikan dari novel jugak..
tapi novel tersebut bukan nama EPILOG CINTA KIRANA
tapi nama novel tue 'MENCARI JALAN KE SYURGA'




Para pelakon yang bakal menjayakan drama ni adalah Tasha Shilla ( dayang kirana ),Rozita Che Wan ,Shukri Yahaya dan Aliff Aziz,nazim othman.


jom baca sinopsis tersebut..



Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza. 
Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.

 

Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.

Shahrul yang pada mulanya mempunyai agenda untuk membalas dendam, tidak mampu menolak perasaan yang mula berputik kerana kebaikan dan keinsafan Khirana. Khirana berdepan dengan pelbagai dugaan bermula dengan kehilangan seorang kawan yang amat dikasihi sehinggalah dia hampir mati buat kali keduanya kerana dendam seorang isteri yang mengalami tekanan jiwa. Di saat Shahrul cuba mengecapi kebahagiaan bersama Khirana dan di saat Khirana mula mengingati semula sejarah silamnya, Khirana ditikam kerana dendam seorang isteri. Namun jodoh Khirana dan Shahrul masih utuh. Mereka akhirnya mengecapi bahagia di perantauan kerana Shahrul terpaksa melepaskan segala miliknya di Malaysia untuk menyelamatkan satu-satunya adik lelakinya.

Apakah yang telah dilakukan oleh adiknya dan apakah sejarah hitam yang telah Khirana lakukan sehingga nyawa mesti dibalas dengan nyawa? Siapakan yang membunuh kawan baik Khirana? dan siapa pula yang cuba membunuh Khirana untuk kali kedua?

Siti Nordiana Temui Pengganti Arwah Achik






Nama Siti Nurdiana atau lebih dikenali sebagai Nana, sememang sudah sebati dengan pasangan duetnya Achik Spin, namun ajal telah menjemput Achik pergi terlebih dahulu akibat daripada kemalangan jalanraya pada tahun 2010. Selepas pemergian Achik, nampaknya Nana seolah hilang pasangan duet yang terbaik yang tak mungkin dicari ganti.
Achik dan Nana nama yang begitu sinomin untuk pasangan duet sehingga digelar pasangan duet popular sekitar tahun 2000 dan pernah digosipkan bercinta. Namun, gosip percintaan itu terhenti apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing.

Seperti yang kita tahu, suara arwah Achik Spin mempunyai keunikan tersendiri dan sukar disamakan oleh penyanyi lain. Biarpun ketiadaan Achik, Nana tetap akan mendendangkan lagu hits mereka berdua iaitu Memori Berkasih, Gurauan Berkasih, Luahan Hati Kekasih dan Resipi Berkasih setiap kali persembahannya kerana itu adalah peminatnya sendiri.
Bagi Nana sendiri kenangan manis bersama arwah Achik sememangnya sukar untuk dilupakan bahkan dia berasa janggal apabila terpaksa menyanyikan lagu duet mereka secara Solo.


Namun, sejak kebelakangan ini Nana dilihat sering berduet dengan seorang lelaki yang suaranya persis arwah Achik ketika mendendangkan lagu duet di setiap persembahannya. Ramai yang menggangap Nana sudahpun temui pengganti arwah Achik sebagai pasangan duet.
“Tetapi apabila peminat dah minta, terpaksalah saya menyanyikannya juga. Bagaimanapun sekarang saya sudah ada pengganti Achik tetapi bukanlah secara kekal. Jika anda mendengar suaranya, saling tak ubah seperti suara Achik, tambahan dia adalah peminat kami berdua.
“Namanya Alan dan saya berjumpa dengannya ketika saya membuat persembahan di sebuah pusat beli-belah di ibu kota. Hari itu saya menyanyikan lagu Memori Berkasih dan saya jemput mereka yang hadir ke pentas menyanyikan lagu itu bersama saya. Alan naik dan kami terus berduet dan semua yang mendengar suaranya terus terpegun.
“Sejak itu kami berdua serasi dan saya selalu mengajaknya mengadakan persembahan bersama terutama pada hujung minggu. Sampai ke Labuan, Sabah, saya membawanya. Bagaimanapun, dia tak boleh ikut saya selalu kerana dia bertugas sebagai guru di Serdang, Selangor.
“Pun begitu Alan tidak mahu terlalu menonjolkan dirinya kerana dia menyanyi kerana hobi, tidak serius mahu menjadi penyanyi,” jelas Nana.

 
Kami berkesempatan untuk menemubual dengan Alan sendiri tentang adakah dia akan serius menyanyi dan sekaligus menjadi pengganti arwah Achik. Alan, berkata dia tiada niat untuk menggantikan arwah Achik kerana keunikkan suara arwah tiada tandingan.
Malah Alan memberitahu bahawa dia menyanyi bersama Nana hanya sekadar suka-suka dan tidak berniat untuk masuk secara serius dalam industri hiburan tanahair, dan turut mengakui dia memang sudah lama meminati pasangan duet Achik dan Nana.

lagu terbaru siti nordiana
versi baru lagu siti nordiana
klip video

cerekarama : mentol ku









sekali lagi tomok terjebak dalam bidang lakonan. . 
drama pertama tomok ialah SUAMIKU JURURAWAT
dalam slot cerekarama. . tomok bergandingan pelakon yang tidak kurang
hebatnya iaitu yana samsudin. .  .

sesiapa yang terlepas @ masih belum tengok lakonan 
tomok bersama yana samsudin,,boleyh-boleyh la
tengok video di bawah





sekali lagi tomok tampil belakon dalam slot cerekarama jugak. . 
kali ini tomok bergandingan dengan pelakon
yang diberi nama killafairy


minta maaf dan jangan salah faham yer, , gambar kat atas bukan
bini kedua tomok. . 
tapi ini ialah kilafairy & tomok dalam lakonan mentolku

sesape yang tengok cerekarama semalam pastinya tidak kering gusi. . 
melihat telatah tomok yang memegang watak sebagai
amran a.k.a mentol yang takut pada kegelapan. . 
so. . mentol sentiasa kena buli dengan rakan sepejabatnya & 
rakan serumahnya. . kecian mentol nieyh. . 

and then satu insiden yang tidak disengajakan. . 
mentol tersalah masuk toilet perempuan. . 
maka itu lha first time mentol bertemu dengan kilafairy yg memegang
watak ain. . sejak mereka berjumpa. . ain ada mengajar mentol muay thai . . 
untuk tujuan menghilangkan rasa fobia mentol kepada kegelapan




pada masa yang sama. . si ain nieyh jugak takut pada kegelapan . . 
sama jugak dengan si mentol . . 
and then jodoh diorang. . akhirnya sampai ke jinjang pelamin. . 
kekurangan diorang berdua ialah takut pada kegelapan. . 




memang x kering gusi tengok citer nieyh. . . 
rasa macam nak tengok lagi,,hehehe
lakonan tomok memang hebat




live streaming Johor Darul Takzim vs Pahang 19 Mei 2013






 Pertemuan antara pasukan dari Pantai Timur, Pahang menentang kelab dari Selatan iaitu Johor Darul Takzim pastinya menjadi tumpuan pada malam ini. Perlawanan antara Johor Darul Takzim vs Pahang akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos pada jam 8.45 malam.



Bagi yang tidak dapat turun ke Stadium, anda boleh juga menyaksikan perlawanan Darul Takzim vs Pahang secara langsung di Astro Arena 801 pada jam 8.45 malam dan boleh jugak di tonton melalui online live streaming dengan klik link di bawah.


 , link 1 , link 2

header aisyah humaira






selamat pagi semuanya, , dan salam ceria. . . 
entah x tahu nak update story apa hari nieyh. . 
so . .dpat jugak ideanya. . . 

hari tue yana ada sponser 5 header untuk satu GA nieyh. . 
nak tahu sapa yang menang, , 
ha salah sorang pemenang tue ialah
blogger aisyah humaira. . 
yana pasti korang semua kenal dah kan kalau
korang dah lama terjebak dunia blogging nieyh. . . 

aisyah humaira pown resquest header yang dia nak. . 
warna header bertemakan pink dan biru. . 
dan words dia ialah indahnya bercinta selepas berkahwin. . 

so mula-mula takut jugak nak buat. . 
tapi kena buat jugak sebab aisyah humaira pemenang header . . 
so dh siap semuanya header, , yana inbox aisyah humaira. . 
alhamdulillah dia suka sangat..


jom tengok komen-komen tentang header yg yana buat
untuk aisyah humaira










Live Streaming Kelantan VS Selangor 18 Mei 2013 Liga Super 2013




Kelantan akan menanti kunjungan Selangor dalam saingan Liga Super, di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini. The Red Warriors (TRW) turun dengan misi membalas dendam selepas kecundang 0-2 kepada Merah Kuning pada pertemuan pusingan pertama Liga Super di Stadium Shah Alam, 15 Februari lalu.


Saksikan Live Streaming Kelantan vs Selangor 18 Mei 2013 secara online bermula malam ini.
Aksi saingan Liga Super pada Sabtu yang membabitkan perlawanan di antara Kelantan melawan Selangor Stadium Sultan Muhammad Ke IV jam 8.45 malam ini akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi Astro Arena saluran 801.
Link Live Streaming Kelantan VS Selangor 18 Mei 2013 Liga Super 2013

sinopsis novel : be my wife

HUBUNGAN baik yang terjalin di antara Elman dan Hannah sejak dari kecil retak dek satu insiden. Walaupun bukan salah Hannah, namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata Elman hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. Perasaan SAYANG itu bukan susah untuk menjadi BENCI...

Kerana harta, Elman akur dengan permintaan ibu bapanya asalkan harta keluarganya tidak jatuh ke tangan orang lain. Walaupun dulu memang sayang, dulu memang cinta, namun perasaan itu telah lama terkubur. Fikir Elman, keperitan yang dia alami tak seteruk layanannya terhadap Hannah!

Lain pula di pihak Hannah. Rasa hormat kepada Elman yang berpangkat abang kepadanya sejak dari kecil, membuatkan dia hanya menerima cara layanan lelaki yang bergelar suami itu. Syurga di bawah tapak kaki suami, kan? Menguburkan rasa cintanya kepada lelaki lain dan menerima jiran sebelah sebagai suami bukan suatu keputusan yang mudah baginya. Hati merintih dan doa tidak pernah terputus.

“Abang, kenapa abang pakai apron terbalik?” - HANNAH

‘Terbalik?! Aiyayai! Buat malu betul! Dahlah dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu!’- ELMAN

“Abang Elman yang masak?” - HANNAH

“Then? Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni?”- ELMAN

Tapi... Kalau dah namanya duduk sebumbung, siapa kata cinta tak boleh berputik kembali di antara lelaki dan perempuan? Saat cinta mula berkembang, Allah menguji mereka dengan pelbagai ujian.

Sekuat mana hati Hannah kepada Elman? Permintaan yang bermula daripada paksaan... bagaimana pengakhirannya?
 

pihak says tipu yana ke ? ?




salam pagi jumaat buat kaum hawa dan kaum adam di dunia nieyh. . 
hari jumaat penghulu segala hari. . 
hari jumaat minggu ke-3 dalam bulan mei
sekian lama buat says atau lebih dikenali sebagai 8share.
hari nieyh merupakan hari pertama yana cashout earnings says...




sebenarnya dah lama yana daftar says nieyh . . 
dari tahun lepas lagi, , 
alih-alih x pandai nak guna says ini...ingatkan says macam 
iklan nuffnang juga,,rupa-rupanya berbeza sekali. . 
yang boleyh yana katakan iklan says lebih masyuk dari nuffnang. . 
x payah tunggu bertahun-tahun nak cashout




yana daftar thun lepas..earnings masih kosong sebab yana x tahu nk guna macam mana..
so yana buat account baru. . 
3 april 2013 lahirnya account says yana buat kali kedua. . 
3-april until 17 mei 2013
earnings says dh seratus lebih. . 
so dh boleyh cashout..memandangkan ini kali pertama
yana nak cashout says. . so tak nak tunggu lelama lagi. . 
isnin hari tue yana try cashout sebanyak rm50 dulu. . 
ada simpanan lagi dlm says tue. . 
alih-alih tengok x boleyh cashout. . 
perasaan mula fikir bukan-bukan tentang says. . 
eh says nieyh mesti tipu. . 
kenapa masa nak cashout x boleyh  ?
so yana try hantar email kepada pihak says




says penipu ke ?
eh tidak. . ceritanya macam nieyh . . 
kan yana cakap ini account says yana yang kedua,,
maknanya ada 2 account says. . 
account says yang pertama dh lama yana tinggalkan. . 
so sebab x boleyh cashoutnya ada dua account dan kedua-duanya detail yg sama
so xboleyh cashout ler..
so yana ada email kat pihak says,,macam mana nk cashout
earning. . terasa macam nak mangis pown ada..
yer lha, , ingatkan dah x boleyh cashout..
so pihak says iaitu yuna, , 
opppsss ! ! bukan yuna penyanyi tue ok..hehehe
yuna balas email yana, , 





so nampaknya yana terpaksa deactive account says yana yg lama. .
dah email pihak says cakap nak deactive account. . 
tunggu beberapa hari account says dh pown deactive. . . 
yehh,,,yeh.....

so pagi tadi . .ingat nk cashout rm 50 jew ..
memandangkan earning hari nieyh naik sebanyak rm 1o ..so try cashout rm100. . 
alhamdulillah boleyh pown


status cashout masih pending. . .
xsabar nak tunggu dia complete. .  :)
p/s:setiap seorang hanya boleh mempunyai satu account sahaja untuk daftar says,ingat tue nanti jadi
macam yana pulak , ,waktu nak cashout baru gelabah sana sini :)