RESEPI CHICKEN WRAP YANG SIMPLE DAN SEDAP


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 



RESEPI , RESEPI CHICKEN WRAPS, CARA BUAT CHICKEN WRAPS YANG SANGAT MUDAH, CHICKEN WRAPS RANGUP DI DALAM, ROTI TORTILLA, ROTI MISSION, ROTI TORTILLA UNTUK CHICKEN WRAP, CHICKEN WRAP SEDAP


 

RESEPI CHICKEN WRAP YANG SIMPLE DAN SEDAP Tiga empat hari yang lepas memang dah keluar ke pasaraya topup barang dapur . Topup barang sikit-sikit je . So semalam teringat nak makan yang simple-simple sahaja . So masuk dapur tengok bahan semuanya ada . Maka terhasillah chicken wrap hasil air tangan CCL .




RESEPI , RESEPI CHICKEN WRAPS, CARA BUAT CHICKEN WRAPS YANG SANGAT MUDAH, CHICKEN WRAPS RANGUP DI DALAM, ROTI TORTILLA, ROTI MISSION, ROTI TORTILLA UNTUK CHICKEN WRAP, CHICKEN WRAP SEDAP

Bahan-bahan 


-bawang merah 

-kobis

-lobak merah

-ayam

-mayonis

-sos cili



RESEPI , RESEPI CHICKEN WRAPS, CARA BUAT CHICKEN WRAPS YANG SANGAT MUDAH, CHICKEN WRAPS RANGUP DI DALAM, ROTI TORTILLA, ROTI MISSION, ROTI TORTILLA UNTUK CHICKEN WRAP, CHICKEN WRAP SEDAP

Cara penyediaan 


1.Goreng ayam , CCL pakai brand ayamas so rasa spicy sikit . Siap goreng potongkan kecil-kecil


2.bawang merah, kobis dan lobak merah dihiris halus lalu digaulkan bersama mayonis


3.Sangaikan roti tortilla dalam kuali yg panas tanpa minyak . CCL pilih brand mission . Untuk roti tortilla ni ada banyak pilihan , ada original, oatmeal dan onion . So CCL pilih yang ada onion . 


4.Roti tortilla yang siap disangai boleh dimasukkan sayur , ayam dan pippingkan sos cili . Tapi bahan-bahan tak perlu banyak nanti susah nak gulung . Siap untuk dimakan .



RESEPI , RESEPI CHICKEN WRAPS, CARA BUAT CHICKEN WRAPS YANG SANGAT MUDAH, CHICKEN WRAPS RANGUP DI DALAM, ROTI TORTILLA, ROTI MISSION, ROTI TORTILLA UNTUK CHICKEN WRAP, CHICKEN WRAP SEDAP


Lepas siap macam biasa hantar gambar chicken wraps ini pada cuma ni . Nak bagi rasa pun jauh . Biasa lah hidup PJJ ni banyak yang kena berkorban . Lepas suami balik je dari kerja terus dia pulak masuk dapur buat chicken wraps . Tengok laa perbezaan chicken wraps suami vs chicken wraps isteri . 



RESEPI BISKUT MAZOLA , HANYA GUNA 4 BAHAN CONFIRM JADI SEDAP


Assalamualaikum dan salam sejahteta . 


RESEPI BISKUT MAZOLA , HANYA GUNA 4 BAHAN CONFIRM JADI SEDAP Biskut mazola ni antara biskut lagend jugak . Bila tengah-tengah buat biskut mazola ni teringat pulak dekat abah Roslee, dia memang sukakan biskut mazola . Begitu juga  salah satu favourite CCL .Mudah sangat nak buat biskut Mazola ni . Bahan-bahan pun mudah je . 



RESEPI , RESEPI BISKUT MAZOLA , BISKUT MAZOLA , RESEPI KUIH RAYA, RESEPI MUDAH BISKUT MAZOLA



BAHAN-BAHAN BISKUT MAZOLA 


-2 cawan kacang tanah (sangai kacang tanah tanpa minyak dan diblender kering)

-½ gula aising (diayak)

-2 ½ tepung gandum (diayak)

-1 cawan minyak mazola



CARA MEMBUAT BISKUT MAZOLA 


  1. Campurkan kacang kisar , gula aising, tepung gandum . Kemudian gaul sehingga sebati .

  2. Masukkan minyak mazola sedikit demi sedikit dan uli sehingga dapat tekstur tepung yang sempurna .

  3. Kalau tekstur adunan tepung dah ok , boleh la mula bentukkan biskut mazola ikut bentuk yang hangpa suka .

  4. Sebagai hiasan, korang boleh letakkan hiasan kacang di atas biskut . CCL hanya sapu kuning telur sahaja.

  5. Bakar dalam oven dengan suhu 150c dalam 20 minit  . 


Selamat mencuba .

SYAWAL KAN SEBULAN, KETUPAT PALAS MASIH ADA LAGI


Assalamualaikum dan salam sejahtera



ketupat palas, ketupat pulut hitam, ketupat frozen ,


SYAWAL KAN SEBULAN, KETUPAT PALAS MASIH ADA LAGI Rayakan sebulan, ala walaupun semua rakyat Malaysia beraya dalam mood PKP , tak dapat balik kampung tetapi mood raya tetap ada juga kan . Raya dan ketupat tiada berpisah . Ini kali ke-3 mak CCL buat ketupat . Memandangkan daun palas masih ada lagi . So boleh la buat ketupat . 


Pagi raya ada ketupat, tapi tak buat banyak sebab raya kan tak boleh ziarah ke mana-mana . So buat ala kadar untuk family sahaja makan . Bekalan daun palas masih ada lagi , masih boleh digunakan lagi kalau daun palas disimpan dengan cara yang betul agar daunnya tak kering dan kecut . 


Lepas puasa enam , mak buat lagi sekali . Makan dengan serunding daging . Sedap jugak , dan hari ni pun mak buat ketupat untuk habiskan sakit baki daun palas yang ada . Tak,banyak tapi cukup la untuk kami satu keluarga untuk makan  .CCL suka makan ketupat dicicahkan bersama dengan rendang mahupun serunding . 


Sedap .


LET"S RAYA VIBES DENGAN SHARP RE-RAYA ! BERPELUANG MENANG HADIAH GEMPAK



Assalamualaikum dan salam sejahtera 





LET"S RAYA VIBES DENGAN SHARP RE-RAYA ! BERPELUANG MENANG HADIAH GEMPAK Setiap tahun, syarikat korporat di Malaysia pasti akan tampil dengan video kreatif sempena Aidilfitri.Bukan sekadar hiburan, kemunculan iklan raya turut dinanti seluruh rakyat Malaysia kerana mesej yang ingin disampaikan melalui setiap video diterbitkan.

Meskipun sambutan Syawal tahun ini berbeza daripada kebiasaan, ia tidak menghalang untuk umat Islam menyambutnya dalam kesederhanaan dan menikmati video raya yang disediakan. Menang Hadiah Percuma





Ha dah alang-alang anda nak beli barangan yang kami sebutkan di atas tadi ni, kami ada satu cara untuk anda dapat hadiah percuma dari setiap pembelian barangan seperti TV, peti sejuk, mesin basuh, air con, kitchen appliances dan banyak lagi ni di SHARP!





Kacang goreng jer gais. Caranya macam ni, dengan setiap pembelian RM350 ke atas anda dah boleh join contest dan berpeluang memenangi hadiah.Ada 20 hadiah setiap fasa dalam tempoh 2 minggu ni. Bermula 1 Mei hingga 30 Jun. So jangan lupa masuk tau. Yang penting anda perlu beli dulu barangan dari SHARP.Eh hadiah percuma tu bukan kaleng-kaleng yer gais. Antaranya peti ais, tv, microwave dan banyak lagi weh. Juling mata nengoknye…Maunya dapat hadiah ni gais, betul Raya sakan.





Join Juga Online Mini Game!

Bukan itu jer, ada lagi gais….anda juga boleh sertai ONLINE MINI GAME! Anda tak perlu beli apa-apa barang pun boleh join tau. Dan paling best, berpeluang untuk menang hadiah juga.




Gempak betul lah! Memang SHARP betul murah hati ke apa nak kasi hadiah padu macam ni. Haish, rugi sangat kalau anda tak join. FREE jer ui. Klik LINK INI untuk join mini game dari SHARP ini.

Untuk info lanjut anda klik link di bawah ni okay!

Facebook: DI SINI
Instagram: DI SINI
SHARP Re-Raya: DI SINI

TEMA BAJU RAYA 2021 : DUSTY GREEN AND MINT GREEN



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 



TEMA BAJU RAYA 2021 : DUSTY GREEN AND MINT GREEN Masih bulan syawal lagi, so nak hapdate cerita tentang syawal .Setiap tahun memang CCL akan decide tema baju raya . Tahun ni CCL memilih tema baju raya CCL sekeluarga termasuk suami ialah tema pastel colour . warna dusty green more to mint green , ala-ala hijau light gitu . So far semuanya beli online . Mudah nak matching colour lagipun tak sempat nak beli kain nak cari tailor lagi . Memang setiap tahun CCL akan prefer untuk beli online sahaja . Jimat masa dan tenaga . 



J ARMANI BAJU MELAYU KELUARAN JLABELLAA ATELIER (Baju Melayu Suami)





  • warna mint green seakan- akan dusty green 

  • Baju melayu cutting slim fit 

  • Material kain memang premium moroccan crepe , memang sangat- sangat selesa 

  • Ada butang di baju melayu so hangpa tak perlu pening-pening nak cari butang baju melayu yang sesuai untuk J Armani baju melayu keluaran JLABELLA ATELIER ni . 

  • Walaupun cutting slimfit, design pada bahagian tangan ada hidden zip , so mesra wuduk sangat . Memang sangat-sangat mudah untuk korang nak ambill wuduk. 

  • Terdapat satu sahaja poket di bahagian dada . 

  • Pinggang seluar bergetah dan ada zip serta ada poket kiri dan kanan .



AIYANA KURUNG DARI JEERO ZEEROL (baju CCL)





  • Warna baju dusty green light

  • Cutting baju adalah baju kurung moden 

  • Material kain dari Dubai Crepe sangat-sangat selesa tak panas 

  • Baju Aiyana Kurung ni sangat simple kerana ia hanya ada full lace di bahagian tangan sahaja . Memang nampak cantik . 

  • Aiyana kurung ni jugak ada cutting . CCL pakai saiz XS so tak terlalu besar dan tak terlalu kecik . Sangat selesa walaupun ada cutting sedikit ia tetap loose

  • Ada BF friendly dan ada hidden zip pada bahagian tangan memudahkan lagi hNgpa nak ambil wuduk . 

  • Pinggang kain bergetah sahaja.



ADRIAN KURTA DARI JEERO ZEROL (Baju ayah dan adik lelaki)





  • Warna baju dusty green

  • Material kain sangat-sangat selesa juga . Tak panas 

  • Ada butang pada bahagian leher seakan-akan butang pada baju kemeja 



RAFINNA JUBAH DARI JEERO ZEROL (Baju emak)





-warna baju dusty green

-material kain juga sangat selesa , tak jarang dan tak panas 

- ada zip untuk BF friendly

-design yang sangat simple , ada lace pada bahagian tangan dan ditambah juga dengan ropol kepuk-kepuk di bahagian pengelangan tangan .nampak cantik sangat 

-ada hidden zip pada bahagian tangan 



RAFINNA KURUNG DARI JEERO ZEROL (Baju kurung moden adik perempuan)





-warna baju dusty green

-material kain juga sangat selesa , tak jarang dan tak panas 

- ada zip untuk BF friendly

-design yang sangat simple , ada lace pada bahagian tangan dan ditambah juga dengan ropol kepuk-kepuk di bahagian pengelangan tangan .nampak cantik sangat 

-ada hidden zip pada bahagian tangan 

-baju kurung moden ada cutting yang sangat selesa.

-pinggang kain bergetah



Itulah serba sedikit yang CCL dapat reviewkan untuk hangpa semua . So hangpa yang mana berkenan dengan design-design baju , hangpa boleh terjah website JLABELLA ATELIAR dan juga website JEERO ZEROL .  Satu company yang sama cuma brand sahaja yang berbeza 


Oh lupa nak bagitau hangpa yang mana tengah cari baju set couple warna yang sama amat dialu-alukan untuk jenguk website ini . Kecuali baju kanak-kanak sahaja tiada . 


website Jlabella 

CIMS MITI : SURAT PERMOHONAN BEROPERASI SYARIKAT PKP BERMULA 1 JUN 2021 SEHINGGA 14 JUN 2021


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


CIMS MITI : SURAT PERMOHONAN BEROPERASI SYARIKAT PKP BERMULA 1 JUN 2021 SEHINGGA 14 JUN 2021 Terdahulu telah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 8 malam Ahad, 30 Mei, 2021 syarikat pembuatan yang telah berdaftar dengan CIMS 3.0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini senarai pekerja mereka. Syarikat pembuatan yang belum mendaftar dengan CIMS 3.0, boleh membuat pendaftaran bermula Isnin, 31 Mei 2021, pada 1 petang. siaran media MITI telah memaklumkan bahawa CIMS 3.0 akan digunakan sebagai pusat sehenti untuk pendaftaran syarikat dalam sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi bermula 1 hingga 14 Jun 2021 

Permohonan Beroperasi MITI: Cara Daftar & Login CIMS 3.0

Kalau korang dah pernah mendaftar semasa PKP 1.0 tempoh hari melalui sistem CIMS 2.0, surat tersebut tidak boleh digunakan lagi dan telah terbatal.korang tidak perlu mendaftar lagi, namun hanya perlu memuat turun surat pengesahan pendaftaran terkini melalui sistem CIMS dengan log masuk dan kata laluan yang sama.

Jika korang belum pernah mendaftar, sila daftar melalui laman web MITI https://notification.miti.gov.my


SURAT PERMOHONAN MITI, CARA DAPATKAN SURAT PERMOHONAN MITI, DAFTAR MITI, CARA DAFTAR MITI, APA ITU MITI ,Info, DAFTAR MITI, CETAK SURAT PERMOHONAN MITI

SURAT PERMOHONAN MITI, CARA DAPATKAN SURAT PERMOHONAN MITI, DAFTAR MITI, CARA DAFTAR MITI, APA ITU MITI ,Info, DAFTAR MITI, CETAK SURAT PERMOHONAN MITI


Jika belum pernah berdaftar, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.miti.gov.my
  2. Klik CIMS 3.0
  3. PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) akan dipaparkan
  4. Klik DAFTAR
  5. Klik SENARAI SOP TERKINI untuk membantu syarikat anda diberi KELULUSAN untuk beroperasi semasa PKP 2.0
  6. Setelah selesai membaca SOP MITI, klik ✓ pada kotak pengesahan.
  7. Korang akan diarahkan untuk mengisi maklumat berikut:
    • Isikan Nama Penuh
    • Isikan Email
    • Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
    • Masukkan Kata Laluan
    • Masukkan Kata Laluan sekali lagi
    • Masukkan No Lesen Pengilang ATAU No Pendaftaran SSM dan No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
  8. Klik Daftar
  9. Setelah berjaya,korang akan menerima Pengesahan Pendaftaran Syarikat dan Kebenaran Beroperasi MITI seperti di bawah.
SURAT PERMOHONAN MITI, CARA DAPATKAN SURAT PERMOHONAN MITI, DAFTAR MITI, CARA DAFTAR MITI, APA ITU MITI ,Info, DAFTAR MITI, CETAK SURAT PERMOHONAN MITI


Panduan Muat Turun Surat Kebenaran MITI Di CIMS 3.0

Bagi yang sudah berdaftar di CIMS 3.0 sebelum ini dan syarikat korang adalah di dalam sektor yang dibenarkan beroperasi, koramg hanya perlu log masuk ke CIMS dan muat turun surat baharu (panduan di grafik).

Sila rujuk langkah di bawah untuk memuat turun surat kebenaran MITI yang terkini.

SURAT PERMOHONAN MITI, CARA DAPATKAN SURAT PERMOHONAN MITI, DAFTAR MITI, CARA DAFTAR MITI, APA ITU MITI ,Info, DAFTAR MITI, CETAK SURAT PERMOHONAN MITI

Bagi yang belum berdaftar, klik tutorial ini utk panduan https://youtu.be/CGwCIak7xs8

Korang juga boleh merujuk video pendaftaran / permohonan beroperasi MITI dalam video di bawah: https://www.miti.gov.my/redir/pkp/cims.html

SOP MITI

  • Majikan bertanggungjawab untuk memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran untuk membolehkan pergerakan pekerja dalam tempoh PKP.
  • Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa adalah wajib membawa sesalinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja/surat pengesahan majikan.
  • Ini bertujuan mempermudahkan pergerakan kenderaan komersial dan juga pergerakan pekerja antara kediaman dan tempat kerja.
  • Pihak MITI telah memaklumkan kepada pihak PDRM berhubung perkara ini bagi memudahkan pergerakan di operasi sekatan jalan raya (SJR).
  • Majikan yang didapati melanggar dan tidak mematuhi SOP akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan.


eBelia : RM300 JUTA KREDIT e-TUNAI UNTUK 2 JUTA BELIA DAN PELAJAR SEPENUH MASA DIBUKA 1 JUN 2021

 



 

Assalamualaikum & salam sejahtera


eBelia : RM300 JUTA KREDIT e-TUNAI UNTUK 2 JUTA BELIA DAN PELAJAR SEPENUH MASA DIBUKA 1 JUN 2021 Program eBelia (“eBelia”) yang merupakan sebuah inisiatif kredit e-tunai bernilai RM300 juta akan dibuka kepada sekitar dua (2) juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun 2021. Ianya bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (“IPT”) tempatan berdaftar.


Di bawah Belanjawan 2021, sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan bagi menyalurkan RM100 kredit e-tunai bagi setiap belia yang layak. Kerajaan telah menambahbaik inisiatif ini dengan peruntukan tambahan sejumlah RM100 juta di bawah program PEMERKASA yang diumumkan Mac lalu, menjadikan keseluruhan peruntukan bagi program ini sebanyak RM300 juta. Dengan faedah tambahan ini, setiap penerima layak mendapat nilai kredit berjumlah RM150, berbanding RM100 sebelum ini.


INFO, E-BELIA, BANTUAN KHAS COVID-19, BANTUAN KHAS PKP , BANTUAN KHAS UNTUK E-BELIA, E-BELIA RM150, CARA TEBUS BANTUAN RM150



eBelia akan ditawarkan melalui empat (4) penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet, yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta1 pengguna aktif, dan jaringan lebih 1 juta2 peniaga di dalam dan luar talian. Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai ini, yang akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk cash back, baucar, mata terkumpul atau coins oleh penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen.



Inisiatif eBelia ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang:


Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003); atau

Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar

Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.


Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021. Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.



HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM BAGI TEMPOH 27 MEI 2021 SEHINGGA 2 JUN 2021

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM BAGI TEMPOH 27 MEI 2021 SEHINGGA 2 JUN 2021 Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 27 Mei 2021 sehingga 2 Jun 2021 adalah ditetapkan seperti berikut:



HARGA MINYAK , HARGA MINYAK TAHUN 2021

harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM2.61 seliter;

harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan

harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.



Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.


Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

SELESAI RESTOCK BARANG DAPUR


Assalamualaikum dan salam sejahtera


SELESAI RESTOCK BARANG DAPUR Alhamdulillah petang tadi CCL selesai restock barang dapur di salah satu pasaraya berdekatan rumah . Alhamdulillah orang tak ramai sangat , tetapi sebelum masuk terpaksa beratur untuk mengambil number giliran . Disebabkan ada number giliran so keadaan dalam pasaraya tersebut tidak begitu sesak . Nak memudahkan lagi CCL dah siap buat Senarai barang untuk dibeli . 




Alhamdulillah dengan adanya senarai tersebut sedikit sebanyak memudahkan operasi pencarian barang . Alhamdulillah semua barang dapat dibeli . 

Sikit lagi penuh raga hehe . Cukup laa restock apa yang perlu . 


TAK "PANIC BUYING" TAPI RESTOCK KELENGKAPAN BARANG DAPUR

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


TAK "PANIC BUYING" TAPI RESTOCK KELENGKAPAN BARANG DAPUR  Hari ni dah penghujung bulan Mei . Gaji pun dah masul dalam akaun bank . So kena topup keperluan barang dapur yang mana perlu . Memandangkan esok 1 June 2021 satu Malaysia dah diisytiharkan lock down . So ini bukan salah satu "panic buying" tetapi nak tak nak memang kena hari ni memang kena keluar untuk restock barang dapur . 



Perangai setiap kali nak keluar beli barang dapur , CCL wajib listingkan barang-barang apa yang nak dibeli , supaya mudah nak diingat dan tak ada la barang yang tertinggal nanti . Antara barang yang dah kehabisan stok , tak banyak . Macam CCL listkan di dalam gambar . 


Topup yang mana perlu dan barang tambahan untuk masakkan . So hangpa semua dah restock barang rumah ke ?? Jangan panic buying tau . Supermarket, pasar borong untuk kelengkapan barang-barang dapur tetap beroperasi macam biasa ikut ketetapan masa . So tak perlu panic buying takutnya beli banyak-banyak terutama bahan basah , tersimpan dalam peti ais. So beli yang mana perlu . Dah habis boleh topup yang baru . Tak salahkan . Jangan membazir time-time sekarang ni ekonomi tak menentu . 

SENARAI SOP PKP MKN YANG TIDAK DIBENARKAN BERMULA 1 JUNE 2021 - 14 JUNE 2021

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 





SENARAI SOP PKP MKN YANG TIDAK DIBENARKAN BERMULA 1 JUNE 2021 - 14 JUNE 2021


KAWALAN PEGERAKAN 

  • Merentas negeri dan daerah
  • Pasangan jarak jauh
  • Pelawat perniagaan jangka pendek kecuali dengan kebenaran PDRM
  • Ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak kecuali ibu bapa yang kedua-duanya bekerja di dalam perkhidmatan yang dibenarkan oleh Kerajaan mengikut kapasiti kenderaan

PENDIDIKAN
  • Semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah selain di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain
  • Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM, institusi pendidikan swasta kategori sekolah dan pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat kemahiran, pusat bimbingan dan lain-lain yang berdaftar di bawah KPM
  • Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)  kecuali kepada pelajar IPT yang berkeperluan

PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN
  • Dine-in dan perkhidmatan park & dine
  • Pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu
  • Operasi kafe siber dan pusat siber
  • Aktiviti fotografi
  • Agensi nombor ramalan, lumba kuda dan kasino
  • Operasi spa, refleksologi, pusat urut
  • Wellness dan salun kecantikan
  • Perkhidmatan pedicure dan manicure 
  • Kedai gunting rambut 
  • Kedai perabot  
  • Pusat cuci kenderaan 
  • Kedai barang kemas 
  • Kedai buku dan alat tulis 
  • Kedai aksesori kenderaan 
  • Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
  • Kedai alat permainan 
  • Kedai peralatan sukan 
  • Kedai bunga/ nurseri

OPERASI PERKHIDMATAN  SWASTA
  • Tidak dibenarkan bagi sektor swasta yang tidak disenaraikan dalam perkhidmatan perlu 

MESYUARAT 
  • Mesyuarat bersemuka tidak dibenarkan 

SEKTOR PERTANIAN , PENTERNAKAN , PERIKANAN,PERLADANGAN DAN KOMODITI
  • Tidak dibenarkan kecuali bagi tujuan sara hidup

TASKA , TABIKA DAN TADIKA 
  • Taska, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun . Tidak dibenarkan kecuali hanya untuk anak-anak di mana kedua-dua ibu bapa dan penjaga merupakan petugas barisan hadapan dan bekerja dalam perkhidmatan perlu.

SUKAN DAN RIADAH
  • Program latihan berpusat termasuk kejohanan atau pertandingan tertutup secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) Tidak dibenarkan kecuali dengan menggunakan konsep Camp Based Training
  • Program latihan berpusat termasuk perlawanan latihan secara kuarantin bagi pasukan-pasukan dalam Malaysian Football League (MFL) Tidak dibenarkan kecuali dengan menggunakan konsep Camp Based Training
  • Pengoperasian semua fasiliti atau premis sukan dan rekreasi
  • Penganjuran kejohanan atau pertandingan atau perlawanan tempatan dan antarabangsa
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar atau merentas kawasan arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa

INDUSTRI KREATIF 
  • Pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung merangkumi animasi, penggambaran filem, drama, promosi, sitkom dan seumpamanya, termasuk aktiviti seni tari, seni teater, seni muzikal, persembahan kebudayaan dan warisan serta seni muzik tidak dibenarkan kecuali bual bicara dan live streaming secara individu 
  •  Penyiaran secara rakaman atau secara langsung tidak dibenarkan kecuali program berbentuk penyampaian maklumat (selain daripada hiburan) seperti berita, forum dan bual bicara 
  • Pawagam dan pawagam pandu masuk tidak dibenarkan 
  • Persembahan di lounge hotel dan aktiviti indoor atau outdoor busking tidak dibenarkan

SEMINAR  , BENGKEL , KURSUS , LATIHAN DAN CERAMAH
  • Latihan dalam perkhidmatan tidak dibenarkan kecuali latihan yang sedang berjalan menerusi kaedah Camp Based Training
  •  Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, pameran, ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) secara bersemuka tidak dibenarkan 
  •  Institut latihan memandu dan pusat latihan maritim tidak dibenarkan 
  •  Pusat Latihan Penerbangan tidak dibenarkan 

AKTIVITI HIBURAN
  • Aktiviti di kelab malam atau pub 
  • Aktiviti di panggung wayang 

MAJLIS SOSIAL
  • Majlis Rasmi atau Tidak Rasmi Kerajaan dan swasta 
  • Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial 
  •  Menerima tetamu atau pelawat di kediaman kecuali kes-kes kecemasan dan perkhidmatan penghantaran (delivery) 

PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
  • Produk tarikan pelancong awam seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, extreme, adventure, nature parks dan lain-lain  
  • Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain 
  •  Taman Tema, Pusat Hiburan Keluarga, indoor playground dan karaoke termasuk karaoke keluarga  
  •  Aktiviti pelancongan ke luar daerah dan negeri • Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia tidak dibenarkan 


i-sinar : CARA TUKAR AMAUN SECARA ONLINE (PINDAAN PENGELUARAN)

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


INFO ,APA ITU KWSP,CARA SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE,SEMAK KWSP DENGAN MUDAH, i-sinar , CARA TUKAR AMAUN i-sinar SECARA ONLINE , MOHON i-sinar , DAFTAR AKAUN i-sinar


i-sinar : CARA TUKAR AMAUN SECARA ONLINE (PINDAAN PENGELUARAN) Selepas KWSP dan Kementerian Kewangan membenarkan permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat, fungsi untuk membuat pindaan telah diwujudkan di dalam portal isinar.kwsp.gov.my.

Justeru, ramai yang masih tidak tahu jumlah permohonan pengeluaran i-Sinar sebenarnya boleh ditukar.

Berikut merupakan cara menukar jumlah pengeluaran i- Sinar akaun KWSP anda :

#1 Cara tukar amount i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my


Berikuti ialah cara untuk buat pindaan pengeluaran amaun i-Sinar:

  • Log Masuk i-Sinar di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  • Tekan butang Pindaan Pengeluaran
  • Masukkan Nombor MyKad / MyPR
  • Masukkan Nombor Telefon Bimbit
  • Tick kotak Saya bukan robot
  • Tekan butang Teruskan
  • Nombor OTP akan dihantar melalui SMS
  • Isikan nombor OTP
  • Tekan butang Sahkan OTP
  • Anda kini berada di bahagian PINDAAN PENGELUARAN I-SINAR
  • Masukkan maklumat berikut:Nama Penuh
  • Nombor MyKad
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Alamat Surat MenyuratUntuk bahagian
  • Amaun dimohon, sila berikan perhatian agar tidak membuat kesilapan lagi.
  • Semak Amaun Pilihan Terdahulu
  • Semak Amaun Kelayakan Keseluruhan
  • Masukkan Amaun Pilihan Baharu
  • Sila tarik amaun seperti yang dikehendaki. Contohnya, jika anda layak RM10,000, tarik sehingga habis sehingga amaun menunjukkan jumlah RM10,000.
  • Tick kotak untuk pengesahan bahawa semua maklumat adalah benar; dan anda juga telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Perakuan yang dikehendaki oleh KWSP
  • Tekan butang
  • TeruskanPermohonan pindaan pengeluaran iSinar anda kini sudah selesai


Berikut merupakan beberapa kesilapan lazim yang  sering dilakukan oleh orang ramai semasa mengemaskini i-Sinar

Antaranya ialah:

  • Anda tersilap memilih amaun pembayaran yang sepatutnya
  • Kalau anda boleh keluarkan maksimum RM10,000; keluarkanlah RM10,000
  • Anda juga perlu berhati-hati semasa memilih jadual pembayaran
  • Anda harus faham, jumlah amaun pengeluaran bulan pertama itu seharusnya lebih besar dari bulan-bulan yang lain
  • Jangan tersilap memasukkan Nombor Kad Pengenalan. Jika tersalah, anda tidak akan berjaya login ke dalam sistem
  • Jangan tersilap memasukkan nombor telefon. Jika tidak, anda akan mengalami kesukaran untuk mendapat OTP melalui SMS
  • Sila kemaskini nombor telefon anda sebelum mohon iSinar