AGAR- AGAR PISANG MENGGUNAKAN SUSU NILOFA PASTINYA LAGI SEDAP


Assalamualaikum dan salam sejahtera .

AGAR- AGAR PISANG MENGGUNAKAN SUSU NILOFA PASTINYA LAGI SEDAP   Nak masak ni semestinya perlu ada kreativiti jugak . Baru menu yang kita buat tak jemu-jemu untuk di makan . Kali ni CCL nak share dengan korang resepi pemanis mulut. Boleh dihidangkan selepas makan .


RESEPI, AGAR-AGAR PISANG SUSU NILOFA, SUSU NILOFA, AGAR-AGAR PISANG , MENU BERASASKAN SUSU NILOFA, RESEPI AGAR-AGAR MUDAH DAN SEDAP, RESEPI AGAR-AGAR PISANG SUSU NILOFA,


Selalunya kalau korang teringin makan agar- agar, menu yang selalu korang buat agar-agar biasa, agar-agar berasaskan susu cair, agar-agar telur, agar-agar santan . Why not kali ni CCL nak share satu resepi "Agar-agar pisang menggunakan susu nilofa" .Semestinya menu yang mudah dan sedap di makan seisi keluarga .


Bahan-bahan membuat agar-agar pisang susu nilofa

RESEPI, AGAR-AGAR PISANG SUSU NILOFA, SUSU NILOFA, AGAR-AGAR PISANG , MENU BERASASKAN SUSU NILOFA, RESEPI AGAR-AGAR MUDAH DAN SEDAP, RESEPI AGAR-AGAR PISANG SUSU NILOFA,


  • Susu nilofa
  • Serbuk agar-agar
  • Pisang
  • Perisa pandan

Cara cara membuat agar-agar pisang susu nilofa


RESEPI, AGAR-AGAR PISANG SUSU NILOFA, SUSU NILOFA, AGAR-AGAR PISANG , MENU BERASASKAN SUSU NILOFA, RESEPI AGAR-AGAR MUDAH DAN SEDAP, RESEPI AGAR-AGAR PISANG SUSU NILOFA,


1.  Didihkan 1 hingga 2 pek susu nilofa bersama serbuk agar-agar (mengikut kesesuaian hidangan) sehingga larut .

2. Masukkan adunan pertama ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 20 hingga 30 minit .

3. Selepas lapisan pertama tadi siap disejukkan selamat 20 minit, susun beberapa biji pisang atas adunan yang pertama tadi untuk nampakkan tekstur yang cantik semasa dopotong nanti.

4. Untuk membuat lapisan kedua . Caranya adalah sama seperti membuat lapisan pertama . Didihkan 1 hingga 2 pek susu nilofa bersama serbuk agar-agar, kacau sehingga larut dan masukkan sedikit pewarna pandan . Masak sehingga adunan betul-betul sebati .

5. Sejukkan sekejap dalam 2 hingga 3 minit sebelum dituang ke atas lapisan pisang serta lapisan pertama tadi . 

6. Setelah adunan lapisan kedua sedikit sejuk barulah tuang ke dalam bekas lapisan pertama tadi dan sejukkan sehingga 20 ke 30 minit di dalam peti sejuk . Siap boleh potong cantik- cantik .


TARIKH TUTUP JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KANGAR 23 JUN 2020


Assalamualaikum dan salam sejahtera



TARIKH TUTUP JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KANGAR 23 JUN 2020 Jawatan Kosong terkini di Majlis Perbandaran Kangar
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kangar seperti berikut:

JAWATAN KOSONG, JAWATAN KOSONG PERLIS , JAWATAN KOSONG TAHUN 2020, MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, JAWATAN KOSONG MPK PERLIS, JOBCARI MALAYSIA


1. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
2. Penolong Jurutera JA29
3. Penolong Pegawai Penilaian W29 
4. Penolong Akauntan W29 
5. Pembantu Penilaian W19 
6. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19



PERMOHONAN
Permohonan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Sila semak syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik (RUJUK IKLAN).

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online. Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk di temuduga.

Lokasi : PERLIS
Tarikh Tutup Iklan : 23 JUN 2020


Maklumat lanjut boleh  klik di 

SYARAT MOHON BANTUAN KERAJAAN RM50 BAGI PENGGUNA E-WALLET YANG LAYAK


Assalamualaikum dan salam sejahtera



SYARAT MOHON BANTUAN KERAJAAN RM50 BAGI PENGGUNA E-WALLET YANG LAYAK  Perdana Menteri Tan Sri Muyuddin mengumumkan pelaksanaan rancangan e-Penjana bernilai RM750 juta, Untuk mendorong orang ramai menggunakan pembayaran tanpa tunai atau menggunakan dompet elektronik, Kerajaan mengumumkan akan beri Percuma e-wallet RM50 kepada pengguna e-wallet yang layak!



INISIATIF COVID19, BANTUAN KERAJAAN COVID19, SENARAI BANTUAN KERAJAAN COVID19, E-WALLET, SYARAT MOHON BANTUAN E-WALLET RM50, CARA MOHON E-WALLET RM50, APLIKASI MYSEJAHTERA 


Bukan hanya dapat kredit RM50, tetapi juga kupon tambahan RM50! Walau bagaimanapun, ganjaran e-dompet RM50 yang diterima hanya akan digunakan untuk penggunaan kedai fizikal. Pelan e-Penjana ini akan diedarkan pada bulan Julai dan 15 juta orang dijangka mendapat manfaat!

Untuk mendapatkan ganjaran e-dompet RM50 + kupon RM50 ini, anda mesti memenuhi kelayakan berikut!
– Warganegara Malaysia (berumur lebih dari 18 tahun)
– Pendapatan tahunan kurang dari RM100,000
– E-dompet sendiri
– Mesti memuat turun APLIKASI MySejahtera

Pada masa ini, kerajaan belum mengumumkan 
e-dompet mana yang akan ambil bahagian. Sekiranya korang ingin menerima hadiah e-dompet RM50, korang mesti terus memperhatikan berita terkini yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

CARA MOHON BANTUAN KERAJAAN RM300 UNTUK IBU TUNGGAL DAN OKU


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


CARA MOHON BANTUAN KERAJAAN RM300 UNTUK IBU TUNGGAL DAN OKU 190,000 ribu golongan orang kurang upaya (OKU) dan 150,000 ibu tunggal yang disenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terima bantuan sebanyak RM300!


 INISIATIF COVID19, BANTUAN KERAJAAN SEMASA COVID19, SENARAI BANTUAN KERAJAAN SEMASA COVID19, BANTUAN KEPADA GOLONGAN IBU TUNGGAL DAN OKU, BANTUAN KERAJAAN RM300, INFO

Kerajaan akan memberikan  bantuan sekali sebanyak RM300  kepada ibu tunggal dan OKU untuk mengurangkan beban hidup mereka!
Hanya ibu tunggal dan OKU yang berdaftar di Kementerian Kebajikan yang dapat bantuan ini! Sekiranya anda layak tetapi belum mendaftar, korang boleh membuat permohonan sekarang melalui iwanita.jpw.gov.my! (jika tidak dapat buka website, cuba lain masa.)

Ibu tunggal yang disebut termasuk:
– Wanita bercerai dengan hak penjagaan anak
– Wanita yang tidak bercerai tetapi pasangannya tidak mampu bekerja
– Wanita yang belum berkahwin mempunyai anak

Elaun ini dijangka dikeluarkan sebelum Raya Haji! Cepat dan kongsi dengan ibu tunggal yang korang kenal!

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

RESEPI GABUNGAN KEK BATIK DAN CHEESEKUT YANG PASTINYA SANGAT SEDAP


Assalamualaikum dan salam sejahtera


 RESEPI, RESEPI KEK, RESEPI KEK TANPA OVEN, RESEPI KEK BATIK, RESEPI CHEESEKUT, RESEPI KEK BATIK VS CHEESEKUT, GABUNGAN KEK BATIK BERSAMA CHEESEKUT , CHEESEKUT MUDAH , KEK BATIK MOIST, KEK BISCHOQCHEESE,


Korang penggemar kek ? Lagi-lagi yang sukakan kek batik mahupun kek cheese . Pernah tak terfikir alangkah seronoknya dapat makan kedua-dua kek ini, kek batik dan kek cheese dalam satu . Wahhh sedap bukan. Pernah tak korang terfikir nak gabungkan kek batik dan kek cheese ini menjadi satu kek ? Mesti tak pernah kan . 

Hah ! Sini CCL nak bawa korang jelajah resepi gabungan kek batik bersama kek cheese . Terpandang satu posting dari El Nilufer berkongsikan satu resepi yang rata-rata orang yang melihat kek ni semuanya nak tahu kek apa ni ? Resepi apa kek ini ? Fuhh kreativiti yang ada itu membuatkan semua yang terpandang kek ini rasa ingin tahu . Rup bentuk kek ini jugak menarik perhatian ramai sehinggakan mendapat 1.8k share . Wahhh ! Banyak kan . 


 RESEPI, RESEPI KEK, RESEPI KEK TANPA OVEN, RESEPI KEK BATIK, RESEPI CHEESEKUT, RESEPI KEK BATIK VS CHEESEKUT, GABUNGAN KEK BATIK BERSAMA CHEESEKUT , CHEESEKUT MUDAH , KEK BATIK MOIST, KEK BISCHOQCHEESE,


BAHAN - BAHAN MEMBUAT KEK BATIK 
  •  biskut marie
  • Susu pekat
  • Butter
  • Serbuk koko
  • Esen vanilla 
  • Coklat ganache
  • Susu cair

CARA MEMBUAT KEK BATIK 

1. Cairkan 170g butter (atau ¾ drpd seketul butter tu) bersama ½ tin susu pekat.Boleh letak dalam Microwave sekejap dalam 30sec.pastu kacau-kacau atau boleh masukkan dalam kuali sampai sebati boleh tutup api.

2.Masuk serbuk koko dalam 6sudu besar.kacau sehingga sebati hilang ketul-ketul. 

3. Masuk vanilla esen 2sk. Sebati tu, pecah-pecahkan  masuk biskut marie pon boleh, biskut hupseng pon boleh. Guna sepeket tu. Ni sukatan utk sepeket. Gaul sekata.

4.Guna loyang yg dalam.Alas baking paper atau plastik. Pastikan plastik/paper tu boleh ditarik nanti, so pastikan besar ye.
Kalau ade loyang boleh bukak tepi tu bole je pakai.

5.Dah masuk tekan-tekan adunan kek batik tu. Lepas tu boleh tuangkan choc ganache.Untuk choc ganache pakai dala 200g dark choc bar/coin + 1 sudu besar butter + ¼ cup susu full cream. Siap !


 RESEPI, RESEPI KEK, RESEPI KEK TANPA OVEN, RESEPI KEK BATIK, RESEPI CHEESEKUT, RESEPI KEK BATIK VS CHEESEKUT, GABUNGAN KEK BATIK BERSAMA CHEESEKUT , CHEESEKUT MUDAH , KEK BATIK MOIST, KEK BISCHOQCHEESE,



BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT CHEESEKUT

  • 250g cream cheese
  • Esen vanila
  • Gelatin
  • Biskut hup seng
  • Susu cair 
  • Nestum

CARA-CARA MEMBUAT CHEESEKUT

1. Untuk membuat cream cheese korang memerlukan 250g cream cheese (nak cheese lebih tebal boleh lebihkan cheese) + ¾ drpd 1 tin susu pekat, 2sk esen vanilla. 
Mix kan. Takkisahlah blender ke mixer ke. Janji lots of mix 

2 tambah sikit gelatin 1sk  dibancuh dgn suku cup air panas. Sebab taknak cheese cair sangat. Nak cheese dia stabil. 

3. Biskut hup seng sebungkus. Celup dalam susu satu demi satu dan susun atas kek batik tadi. Kemudian layer dgn cheese. Tabur nestum. Ulang2. buat 4 layer. Siap.

4 Masuk peti ais. Dah sejuk boleh tarik plastik/kertas tu keluar dr loyang. Maka bersatulah mereka berdua. Dan bersemadi di dalam perut.

Resepi asal : El Nilufer



9 JENIS TANAMAN HIASAN DI DALAM RUMAH YANG MAMPU MEWUJUDKAN RASA TENANG DALAM DIRI


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

9 JENIS TANAMAN HIASAN DI DALAM RUMAH YANG MAMPU MEWUJUDKAN RASA TENANG DALAM DIRI Sebenarnya kalau korang nak tahu banyak tau kelebihan hias pokok hijau di dalam rumah Selain mampu membersihkan udara dalam rumah, menjadikan pokok hidup sebagai hiasan dalam rumah mampu mengurangkan tahap stress. Pokok hidup dalam rumah mampu juga mewujudkan rasa tenang dalam diri. Ini disebabkan pokok hidup menghasilkan oksigen untuk pernafasan dan menyingkirkan toksin dan bahan cemar dalam udara.


 TIPS, TANAMAN POKOK, POKOK HIASAN DI DALAM RUMAH, SNAKE PLANT, POKOK HIJAU BAGI KETENANGAN, POKOK VIRAL,JENIS POKOK TANAMAN YANG SESUAI DI DALAM RUMAH


So bagi korang yang tidak pernah tanam pokok akan timbul kerisauan paling utama, takut pokok mati, terlupa siram ataupun kehadiran serangga dalam rumah. Untuk korang  yang ingin menjinakkan diri dengan pokok hidup dalam rumah, teknik meletakkan pokok di dalam air adalah langkah pertama untuk bermula.

Meletakkan pokok yang mampu hidup dalam air sangat bagus untuk yang kesibukan kerana pokok yang diletakkan didalam air tidak memerlukan penjagaan yang rapi berbanding yang ditanam dalam pasu bertanah.

Banyak pokok yang mampu hidup tanpa tanah, hanya perlu direndam sahaja dalam balang berisi air. 

Antara pokok yang sesuai ialah:

1. Chinese evergreen
TIPS, TANAMAN POKOK, POKOK HIASAN DI DALAM RUMAH, SNAKE PLANT, POKOK HIJAU BAGI KETENANGAN, POKOK VIRAL,JENIS POKOK TANAMAN YANG SESUAI DI DALAM RUMAH


2. English ivy
TIPS, TANAMAN POKOK, POKOK HIASAN DI DALAM RUMAH, SNAKE PLANT, POKOK HIJAU BAGI KETENANGAN, POKOK VIRAL,JENIS POKOK TANAMAN YANG SESUAI DI DALAM RUMAH


3. Flamingoblume


4. Lucky bamboo


5. Monstera


6. Pothos


7. Snake plant


8. Spider plant


9. Wandering jew



Kalau korang teringin nak deco-deco guna pasu tanaman hiasan gantung boleh terjah entri ini

➡ TOP 15 TANAMAN HIASAN GANTUNG YANG SESUAI UNTUK OUDOOR DAN INDOOR

TOP 15 TANAMAN HIASAN GANTUNG YANG SESUAI UNTUK OUTDOOR DAN INDOOR


Assalamualaikum dan salam sejahtera

TOP 15 TANAMAN HIASAN GANTUNG YANG SESUAI UNTUK OUTDOOR DAN INDOOR  Ramai yang berminat nak hias-hias kediaman dengan tumbuhan hiasan, malangnya kadang-kadang hasrat korang terbantut disebabkan kawasan tanah yang terhad atau tiada langsung especially bagi korang tinggal di rumah pangsa dan kondominium . Sangat susah nak deko-deko kan . 

TANAMAN HIASAN GANTUNG, TANAMAM HIASAN DI OUTDOOR, TANAMAN HIASAN DI INDOOR, POKOK HIASAN GANTUNG, TIPS, TIPS DEKO-DEKO


Selalunya pilihan yang boleh dibuat ialah tanam pokok kecil dalam pasu kemudiannya susun tepi-tepi dinding koridor rumah . Tapi ada juga cara lain yang korang boleh lakukan dengan menanam pokok dalam pasu gantung .Pasu kecil boleh di gantung dan boleh diletakkan di ruang persekitaran yang sesuai

Antara 15 tanaman hiasan gantung yang sesuai untuk korang untuk korang letakkan di outdoor mahupun di indoor . 


Pokok tapak angsa


 Pokok labah-labah

 Pokok tanduk rusa


 String of nickels


 Pokok ekor kucing


 String of pearls


Pokok paku sarang burung


Trailing jade


 Pokok sirih gading


Ripple peperomia


Pokok udara/angin


Pokok periuk kera


Pokok air mata ibu


Pokok paku suplir


Pokok paku boston

INISIATIF PIHAK AYAM BRAND MALAYSIA MENUBUHKAN PANTRI MAKANAN UNTUK MEMBANTU PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN AMAL RUMAH TEDUH DI KANGAR, PERLIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kolaborasi, event campaign , ayam brand malaysia, pantri makanan komuniti, ayam brand with you, inisatif piham ayam brand dalam membantu komuniti perlis, program amal, komuniti perlis, rumah amal teduhan kangar perlis, senarai rumah kebajikan di perlis


INISIATIF PIHAK AYAM BRAND MALAYSIA MENUBUHKAN PANTRI MAKANAN UNTUK MEMBANTU PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN AMAL RUMAH TEDUH DI KANGAR, PERLIS  Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru.



Kolaborasi, event campaign , ayam brand malaysia, pantri makanan komuniti, ayam brand with you, inisatif piham ayam brand dalam membantu komuniti perlis, program amal, komuniti perlis, rumah amal teduhan kangar perlis, senarai rumah kebajikan di perlis

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.Sebagai contoh, di Perlis, Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Rumah Teduh Perlis di Jalan Sekolah Derma usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.

“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Rumah Teduh Perlis, Puan Shahida.


Kolaborasi, event campaign , ayam brand malaysia, pantri makanan komuniti, ayam brand with you, inisatif piham ayam brand dalam membantu komuniti perlis, program amal, komuniti perlis, rumah amal teduhan kangar perlis, senarai rumah kebajikan di perlis


Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.

“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang
mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Shahida.





Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.





“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.

Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.




“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.

Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut.

Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini.





Pantri makanan Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Rumah Teduh Perlis,  #AyamWithYou terletak di No 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.

POPIA PISANG COKLAT RANGUP SEMUDAH 3 BAHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

POPIA PISANG COKLAT RANGUP SEMUDAH 3 BAHAN  Hari ni CCL nak share dengan korang satu resepi yang sememangnya mudah dan sangat sedap . Boleh dijadikan juadah untuk berbuka, menu sarapan pagi mahupun menu petang hari . 

Pernah makan popia dalamnya berintikan pisang dan coklat ? Hah jarangkan orang jual digerai-gerai . Kalau teringin nak makan , bahan serta cara penyediaannya cukup ringkas . 


RESEPI , RESEPI MUDAH, POPIA, POPIA PISANG, POPIA PISANG COKLAT, POPIA PISANG C9KLAT RANGUP, POPIA PISANG SALUT COKLAT, POPIA PISANG NUTELLA,


BAHAN-BAHAN POPIA PISANG COKLAT RANGUP 

  1. Kulit popia
  2. Pisang
  3. Nuttela / coklat bar cadbury
  4. Minyak


CARA PENYEDIAAN POPIA PISANG COKLAT RANGUP 

RESEPI , RESEPI MUDAH, POPIA, POPIA PISANG, POPIA PISANG COKLAT, POPIA PISANG C9KLAT RANGUP, POPIA PISANG SALUT COKLAT, POPIA PISANG NUTELLA,


1. Sediakan beberapa keping kulit popia.CCL  gunakan dua keping kulit popia dalam setiap gulungan . 

2. Sapukan nutella atas permukaan kulit popia dan letakkan pisang yang telah dipotong .

3. Nak lagi sedap korang boleh letakkan coklat bar cadbury, nanti bila dh siap goreng  coklat bar tersebut akan cair dalam mulut timr korang makan . 

4. Gulungkan popia dan gamkan hujungnya bersama bancuhan tepung jagung supaya kulit popia betul-betul melekat . 

5. Biarkan sebentar dalam beberapa minit, barulah digoreng dalam minyak yang penuh dan api yang sederhana . Goreng balik-balikkan dan siap dihidang .


" PROGRAM MAGGI® BUBUR LAMBUK " LANGKAH SETERUSNYA DALAM " PROGRAM BANTUAN NESTLE CARES COVID-19 "


Assalamualaikum dan salam sejahtera


INFO , KOLABORASI,PROGRM MAGGIE, PROGRAM NESTLE, PROGRAM BANTUAN NESTLE CARES COVID-19


" PROGRAM MAGGI® BUBUR LAMBUK " LANGKAH SETERUSNYA DALAM " PROGRAM BANTUAN NESTLE CARES COVID-19 " Pihak MAGGI dan Nestle Mengagihkan 120,000 Bubur Lambuk berkhasiat dan 20,000 Pek Makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik . Berbekalkan semangat Ramadan, MAGGI® menyediakan makanan untuk lebih 120,000 rakyat Malaysia sepanjang bulan puasa. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada sumbangan RM15 juta Nestlé Malaysia dalam usaha membantu memerangi wabak Covid-19 di bawah inisiatif Nestlé Cares selaras dengan komitmen Syarikat untuk menyokong rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini.


 INFO , KOLABORASI,PROGRM MAGGIE, PROGRAM NESTLE, PROGRAM BANTUAN NESTLE CARES COVID-19



Sudah menjadi satu tradisi yang diamalkan MAGGI® sejak bertahun-tahun lamanya untuk mengagihkan makanan tradisional MAGGI® bubur lambuk kepada orang ramai untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Tahun ini, lebih 120,000 mangkuk MAGGI® bubur lambuk diagihkan bersama 20,000 Pek Makanan dan Minuman Nestlé kepada keluarga B40 dan para pelajar, masyarakat kurang bernasib baik yang meliputi rumah-rumah kebajikan dan rumah anak yatim, petugas penjagaan kesihatan serta petugas barisan hadapan yang lain termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera yang memainkan peranan penting dalam perjuangan negara kita menentang pandemik.


Cik Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Kami bertuah kerana dapat meneruskan usaha kami untuk mengagihkan makanan berkhasiat kepada rakyat Malaysia. Walaupun ini adalah inisiatif tahunan MAGGI® yang diadakan sepanjang bulan puasa, tetapi tahun ini dilihat lebih penting bagi kami untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan, dan juga menunjukkan penghargaan kami kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras pada masa sukar sekarang.”




Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad Encik Juan Aranols menambah, “Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong masyarakat yang memerlukan sebagai sebahagian daripada program bantuan Nestlé Cares Covid-19 kami.Sesungguhnya ini sangat bermakna bagi kami. Ramadan merupakan masa untuk menunjukkan belas kasihan dan bersedekah. Kami berharap usaha dari MAGGI ini akan memberi perbezaan positif bagi banyak pihak, begitu juga inisiatif lain dalam persiapan di bawah jenama kami yang berbeza. Semuanya akan terus mencerminkan matlamat Nestle untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat, serta komitmen khusus kami untuk menyokong keluarga Malaysia di saat-saat memerlukan ini.”

Bagi mencerminkan matlamat Kumpulan untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat, Nestlé terus komited dalam memainkan peranannya untuk membantu rakyat Malaysia menempuhi masa-masa yang sukar ini melalui inisiatifnya yang pelbagai.