Assalamualaikum dan salam sejahtera
TIPS MUDAH KETIKA MENGORENG MASALODEH / KUIH VADEY AGAR TIDAK HANCUR Masalodeh atau dikenali sebagai kuih vadey ni merupakan salah satu makanan tradisi india . Dah lama teri2ndin nak makan . So ada masa lapang kat umah, memandangkan bahan pun ada so better buat sendiri . Percubaan pertama buat masalodeh ni alhamdulillah menjadi walaupun diawalnya takut jugak . Takut adunan hancur lebur time mengoreng , tapi alhanmdulillah CCL berjaya buat tanpa hancur lebur .
Tips agar masalodeh / kuih vadey tidak hancur lebur
- Adunan kacang dhal harus dimesin halus.
- Adunan yang telah dikisar tidak boleh terlalu kering
- Goreng dalam minyak yang penuh dan betul - betul panas .
Bahan - bahan untuk membuat masalodeh rangup dan sedap
- Kacang dhal
- Jintan manis
- Bawang merah
- Daun kari
- Garam
- Cili kering
- Minyak
Cara membuat masalodeh / kuih vadey
1. Rendam kacang dhal semalaman
2. Cili kering, bawang merah dan daun kari dimayang harus ikut kuantiti kacang dhal.
3. Kacang dhal yang sudah disejat air lalu dimesin halus dan dicampurkan ke dalam ramuan yang sudah disediakan.
4. Gaul rata, dan tambahkan sedikit garam .pastikan purata kacang dhal yang dimesin halus haruslah banyak dari kacang dhal yang dikisar kasar.
5. Bulatkan dan leperkan doh.jangan terlalu nipis agar tidak keras semasa goreng.
6. Panaskan minyak , dan masukan perlahan-lahan masalodeh ke dalam kuali dengan api yang sederhana . Alih-alihkan masalodeh dan siap untuk dimakan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
TIPS MUDAH MEMBUAT ROTI JALA MENGGUNAKAN BOTOL MINERAL SEBAGAI ACUAN tengok bahan-bahan nak buat roti jala ni mudah, teringin pulak nak try buat tapi masalahnya acuan untuk roti jala tak ada pulak di dapur ni . Tapi korang jangan risau , tanpa acuan roti jala pun korang boleh juga membuat roti jala ni . Macam mana ? Hah meh nak kongsi ..
Diy botol mineral water sebagai acuan roti jala
Sediakan satu botol mineral dan tebukkan 2 lubang pada penutup botol air .
Bahan-bahan membuat roti jala
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1sb minyak
- 1 biji telur
- Pewarna kuning
Cara mudah membuat roti jala .
1. Blendkan semua bahan- bahan tersebut .
2. Panaskan kuali dan sapukan sedikit sahaja minyak pada kuali.
3 . Kiraikan roti jala atas kuali yang panas .
4. Biarkan dalam kuali selama 1minit or 2 minit dah boleh diangkat dan boleh lipat gulungkan .
5. Siap ! Boleh dicicah bersama kari ayam ataupun sardin .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RM800 DUIT RAYA UNTUK DIMENANGI 10 PEMENANG DALAM CONTEST "MASAK APA TU ? " Memandangkan musim PKP ni ada sesetengah orang yang pendapatannya sedikit berkurangan tidak seperti sedia kala . Alangkah gembiranya kalau dapat duit raya bukan RM50 , bukan RM100 tapi RM800 .wahh banyak bukan , kalau dapat boleh buat belanja dapur dan belanja family kan .
So korang para suri rumah, isteri-isteri dan wanita serta tidak ketinggalan jugak sesiapa sahaja yang gemarkan memasak dan mencuba sesuatu resepi yang kreatif dia luar jangkaan . Hahh CCL, nak bawa korang join satu contest ni. Mana tahu rezeki korang untuk menang RM800 kan .Alangkah gembiranya dihati ..
Contest kali ni dibawa khas dari Yakult Malaysia yang diberi nama "Masak Apa Tu "
Syarat - syarat untuk join contest "Masak Apa Tu"
- Tangkap gambar / video hasil masakan korang ( kalau korang gunakan produk Yakult dalam masakan lagi bagus, peluang tinggi untuk menang )
- Muat naik gambar / video masakan korang ke laman sosial media di Instagram / Facebook dengan penggunaan hashtag #YakultMasakApaTu
- Pastikan akaun laman sosial media korang public
Mudah bukan syarat-syaratnya . Peluang besar untuk korang menang RM800 jika korang gunakan produk Yakult dalam menu masakan tersebut.
Yakult mencari 10 pemenang untuk memenangi RM800 Duit raya . Ayuh join .
Dah ada idea ke nak masak apa tu ?
Oh lupa nak bagi tahu . Tarikh akhir contest ini akan berakhir pada 30 Mei 2020 .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
CARA MUDAH AKTIF DEBIT CARD CIMB UNTUK ONLINE PURCHASE Zaman sekarang ini semuanya dihujung jari , nak beli barang , nak bayar bill, dan macam-macam lagi segalanya dihujung jari . Mudah bukan ? Tapi mak sure debit card korang ada duit yang mencukupi , aktif tanpa sebarang masalah barulah semua urusan berjalan dengan lancar sekaligus menjimatlan masa korang .
Tetapi kalau debit card korang buat hal itu satu masalah jugak, semua kerja terpaksa ditangguhkan . So hari ni CCL nak tanya korang pernah tak debit card korang jadi deactive ? walhal debit card tue sentiasa korng guna untuk sebarang transaksi pembayaran mahupun pembelian online
Dua hari lepas, debit card CCL problem untuk pembelian online . Pada hari yang sama jugak CCL guna debit card cimb bank untuk transaksi pembayaran, settle semua bayaran bill yang ada , barulah jari-jari CCL godek-godek apps shopee untuk membuat transaksi pembelian online menggunalan debit card yang sama .
Eh tiba-tiba shopee cakap "ops bayaran gagal " . Eh tiba-tiba gagal . Oklah try buka akaun CIMB Click untuk check baki yang ada dalam akaun mana tahu tidak mencukupi dari jumlah yang nak di online purchase tu . .ok dah betul-betul confirm amaun yang ada dalm akaun lebih dari mencukupi . Oklah CCL try submit payment untuk barang tu sekali lagi. Lagi sekali "ops bayaran gagal " halamak dah kenapa ni !!
Dan tiba-tiba terima SMS dari CIMB macam yang tertera kat bawah ni .
Ok CCL ikut je arahan seperti yang diarahkan dalam SMS tu . Banyak kali jugak try tapi no respone dari pihal CIMB . Ok husnudzon mungkin ambil sedikit masa untuk solvekan . Hari berikutnya try submit payment tapi gagal jugal then sekali lagi terima SMS yang sama . Geram jugak padahal dah ikut step yang disampaikan berulang kali tapi no respone .
So macam mana CCL settlekan masalah debit card CIMB untuk online purchase ni ?
Cara paling mudah dan korang tak payah tertunggu- tunggu .Call CIMB +60362047788 dan bercakap dengan pegawai perbankan, cakap je korang ada masalah Debit Card untuk pembelian online tidak aktif . So nak minta aktifkan . Tapi korang kena siap sedia dengan soalan-soalan yang pegawai perbankan akan tanya .
Antara soalan-soalan yang pegawai perbankan tanya kepada CCL adalah
- Bagitahu number ic
- Adakah akaun ini akaun persendirian ataupun kongsi dengan sesiapa
- Baki jumlah yang ada dalam akaun bank korang
- Tarikh transaksi terakhir serta jumlah transaksi terakhif yang korang buat .
Hahh ! Dengan menjawap 4 soalan ni. korang just tunggu dalam 10 ke 15 minit . Ok done .pegawai perbankan dah settle masalah tersebut , dan debit card dah terus aktif untuk pembelian online tanpa tunggu lama-lama .
So korang diluar sana yang ada problem yang sama macam CCL just terus call +60362047788 . Mudah dan cepat .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa itu Bungkusit !
Bungkusit is malaysian fastest on-demand services food and parcel within 1 Hour . Yang mana rider-rider Bungkusit boleh membeli makanan, hantar parcel , hantar sebarang dokumen, boleh tolong membeli barangan di pasar, hantar barang dan lain-lain lagi .
Apa yang best tentang Bungkusit ini
Bestnya adalah Bungkusit ini beroperasi selama 24 jam.roperasi . So kalau korang lapar pagi-pagi buta. Bungkusit boleh belikan!
And its more flexible app. Hurry up!.
Macam mana dengan harga yang Bungkusit tetapkan ?
Harga mengikut jarak dari pickup ke tempat korang (drop off) memang berbaloi kalau korang gunakan bungkusit ni . Dan juga ada discount tau. Hanya perlu muat turun app bungkusIt!
Cara untuk order makanan anda di IKEA secara “take away” menggunakan bungkusit
1. Muat-turun aplikasi bungkusit
2. Pilih “What do you need to deliver > Food”
3. Pilih “Click here to order now”
4. Di bahagian Food Store Location/Pick Up Location, masukkan alamat “IKEA”
5. Tekan “ADD”
6. Drop Off Location, masukkan nama anda & alamat lengkap rumah anda
7. Masukkan setiap satu “Food Name” & “Quantity” makanan anda.
8. Submit!
Takeaway di IKEA Restaurants bermula dari 10am sehingga 5pm setiap hari
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
RESEPI ONDE-ONDE BUAH MELAKA
Sejak- sejak bulan puasa dan musim PKP ni , ada masa spend time kat rumah so kita try resepi-resepi . Satu hari satu kuih .Bila semangat nak membuat itu ada dan akhirnya semua resepi yang di cuba menjadi , rasa wahh seronok sangat-sangat.
Hari ni try satu resepi kuih "onde-onde buah melaka" . Kuih ni cair di dalam mulut sebab apa ? Hahh sebabnyaa kuih ini kalau time mengunyah memang isinya gula merah akan melimpah cair ke dalam mulut.time makan tak boleh gigit cikit-cikit, memang campak je seketul dalam mulut
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT ONDE-ONDE BUAH MELAKA
- 1 cawan tepung pulut
- 2sb tepung beras
- Daun pandan (dikisar untuk ambil pati pandan )
- Pewarna pandan (kalau nak warna nampak cun)
- Gula melaka
- Air
- Garam
- Kelapa parut
1. Kukus kelapa parut yang digaul bersama sedikit garam untuk tambah rasa lemaknya.
2. Kisarkan beberapa helai daun pandan , tambahkan sedikit air dan,pewarna pandan .tapiskan untuk ambil pati pandan sahaja.
3. Campurkan tepung pulut dan tepung beras dalam satu bekas untuk diuli.
4.masukkan pati pandan yang siap dikisar dan ditapis tadi ke dalam tepung.masukkan sikit demi sedikit dan teruskan uli tepung tersebut sehingga tepung menjadi doh yang tidak terlalu lembik.
5. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih untuk proses merebus buah melaka.
6. Potongkan gula melaka kecil-kecil untuk dijadikkan inti dalam buah melaka.
7. Tarik sedikit doh tadi dan uli bulat-bulat dan leperkan atas tapak tangan .Letakan gula melaka yang sudah dipotong dadu ditengah-tengah lalu uli semula sehingga membentuk membulat.
8. Onde-onde buah melaka yang sudah siap dimasukkan gula melaka boleh ditebus ke dalam air yang siap mendidih, rebus onde-onde buah melaka sehingga masak dan terapung ke atas .
9. Boleh angkat onde-onde buah melaka yang terapung, masukkan ke dalam kelapa parut dan salutkan semua bahagian .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI KEK COKLAT KUKUS YANG SANGAT-SANGAT MOIST Ini kali kedua percubaan membuat kek menjadi dengan jayanya. Dulu pernah sekali buat kek tapi tak terlalu berjaya . Frust dan rasa rugi bahan walaupun sudah ikut resepi yang ditetapkan sebijik-sebijik .
But percubaan kali kedua setelah lama tak buat kek akhirnya menjadi jugak . Alhamdulillah . Dapat makan sebijik kek moist yang memang begitu moist .
Sapa yang suka kek coklat moist boleh follow resepi di bawah
Bahan A
Blend semua Bahan A dalam 3 minit makesure semua sebati
1 Cawan Serbuk Koko
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Susu Cair
1 Cawan Gula
1 Cawan Minyak
3 Biji Telur
1 ¼ Cawan Tepung Gandum ( Ayak )
1/2 Sudu Besar Baking Powder
1/2 Sudu Besar Soda Bikarbonat
Cara- cara membuat kek coklat kukus
1.Gaul Bahan A & Bahan B sehingga sebati
2.Gaul adunan sehingga sebati, tapiskan adunan tersebut sebelum masukkan ke dalam loyang agar tidak ada ketulan tepung yang tersesat.
3Masukkan dalam loyang ( Boleh letak marjerin/Planta keliling loyang supaya tak melekat ) dan Kukus 45 Minit dengan Api yang Sederhana
Bahan untuk membuat Topping Coklat
4 Sudu Besar Marjerin/Planta/Minyak
7 Sudu Besar Susu Pekat
8 Sudu Besar Susu Cair
Cara-cara membuat topping coklat
1. Satukan semua bahan-bahan dan gaul sehingga sebati.
2. Didihkan bahan tadi di atas dapur dengan api yang perlahan sehingga semua bahan larut
Kek yang telah siap dikukus selama 45minit, disejukkan sebentar dan dicurahkan topping coklat di atas kek .Taburkan sedikit badam hancur dan siap untuk di makan .