cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Assalamualaikum dan salam sejahtera

TAWARAN SHOPEE BERSIAP SEDIA UNTUK RAYA DARI KESELESAAN RUMAH ANDA Hai korang tak lama lagi Ramadhan akan berakhir, bulan syawal bakal menjelma. Walaupun kita semua masih dalam PKPB tak salah meraikan Aidilfitri dengan keluarga tersayang .Ingin dapatkan tawaran Raya terbaik? Jomlah CCL nak bawa korang semua Raya Bersama Shopee mempunyai segalanya.


 INFO , SHOPEE, KOLABORASI BERSAMA SHOPEE, JOM RAYA BERSAMA SHOPEE, TAWARAN HARI RAYA DI SHOPEE,

Berlangsung dari sekarang hingga 26 Mei 2020, kempen ini menawarkan tawaran hebat untuk keperluan harian, peralatan rumah, baju Raya dan banyak lagi untuk persiapan Raya korang. Lebih baik lagi, korang boleh bersiap-sedia untuk Raya dari keselesaan rumah anda:


Dapatkan lebih melalui wang Ringgit korang dengan pelbagai barang keperluan harian dari serendah RM10 dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM19. Korang juga boleh Menikmati lebih banyak penjimatan dengan diskaun hingga 80%, tawaran RM1 untuk produk-produk kegemaran dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM10 dari 12 tengah malam hingga 2 pagi semasa Pesta Jualan Raya pada 14 dan 15 Mei.


Rindukan bazar Ramadan? Layari Selangor E-Bazar Raya untuk dapatkan juadah Raya kegemaran korang dan lain-lain. Walaupun korang tidak dapat menikmati bau kepak ayam bakar atau murtabak kambing, e-bazar ini harus dikunjungi. Dapatkan ayam, daging lembu, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kubis, mangga, tembikai serta cili, dan makanan laut segar beku seperti Kembong, Tongkol, dan Selar dari segmen hasil segar dan beku Shopee tanpa meninggalkan rumah.

 INFO , SHOPEE, KOLABORASI BERSAMA SHOPEE, JOM RAYA BERSAMA SHOPEE, TAWARAN HARI RAYA DI SHOPEE,

Skuad Selebriti Shopee mengalu-alukan ahli terbaharunya, Neelofa! Kunjungi kedai rasmi Naelofar untuk Koleksi Raya 2020. Dapatkan inspirasi dan ketahui trend terkini untuk tampil bergaya Raya ini dari Style by Shopee.


 INFO , SHOPEE, KOLABORASI BERSAMA SHOPEE, JOM RAYA BERSAMA SHOPEE, TAWARAN HARI RAYA DI SHOPEE,

Kadangkala, persiapan untuk Raya agak memenatkan. Perlukan satu lokasi utama untuk mendapatkan segala keperluan Raya? Ciri terbaharu Shopee, Salam by Shopee, mempunyai koleksi produk terbaharu dari pelbagai kategori seperti peralatan solat, produk kosmetik mesra wuduk dan fesyen muslimah di Koleksi Terkini, hidangan Raya lazat serta ramuan masakan di Resipi Raya jenama dan produk yang disahkan halal hanya di Pilihan Halal.



Peringatan masuknya waktu solat melalui fungsi Azan dan juga baucar hebat di Baucar Terhad yang memberikan tawaran lebih hebat.


Walaupun tahun ini sambutan Raya agak berlainan, Shopee tetap membawakan hiburan dan kegembiraan Hari Raya kepada anda untuk dinikmati bersama seisi keluarga di rumah


Shopee Live


Tontoni kandungan menarik yang direka khas buat pengguna seperti program makanan, sesi senaman oleh pakar kecergasan, dan ulasan produk serta kandungan lain yang berkaitan dengan penonton Muslim termasuk kelas membaca Al-Quran.


Shopee Games


Hafal pergerakan tarian di Joget Shopee; tangkap kuih-muih di Shopee Tangkap dan berseronok dengan permainan kegemaran ramai Goyang Shopee, Shopee Throw, Lucky Raya dan One or Not untuk memenangi syiling Shopee, baucar dan juga televisyen 43 inci.


Duit Raya


Meskipun keadaan kini menyukarkan kita untuk memberikan Duit Raya kepada ahli keluarga tersayang, Shopee telah mencipta cara yang seronok, selamat dan mudah untuk pengguna memberikan e-Duit Raya melalui e-dompet ShopeePay.


Walaupun aktiviti kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara atau rakan kurang digalakkan, berikan kejutan kepada ahli keluarga atau rakan anda dengan mengirimkan hadiah Raya kepada mereka. Koleksi Tradisi Muhibbah Eid Signature Market mengandungi produk sihat seperti kurma Mariami dan Healthy Nut Mix yang sesuai dijadikan hadiah istimewa; ia boleh didapati dengan harga eksklusif di Shopee dari 14 hingga 18 Mei.


Lindungi diri anda dengan pelan insurans oleh Great Eastern Takaful di Shopee. HospeeFamily ialah pelan perlindungan 3 bulan yang memberikan manfaat bagi kemasukan hospital disebabkan oleh penyakit atau kecederaan dan sejumlah manfaat kematian akibat kemalangan sebagai penumpang di dalam kenderaan persendirian atau awam. Manfaat yang sama turut diberikan kepada hingga 2 orang ahli keluarga terdekat.



Kempen Raya Bersama Shopee disokong oleh jenama kegemaran rakyat Malaysia - Nestle, Nestle Nutrition, P&G, Unilever, Enfagrow, Friso Gold, Pediasure, Vinda, L’Oreal, Wipro Unza, Mentholatum, Beiersdorf, Elianware, Mr DIY, Photobook Malaysia, Arctic Hunter, realme, Black Shark, Skechers, Bagstation, Voir, Carlo Rino dan Lim Tayar.

Jom raya bersama shopee.


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 

RESEPI ONDE-ONDE BUAH MELAKA 
Sejak- sejak bulan puasa dan musim PKP ni , ada masa spend time kat rumah so kita try resepi-resepi . Satu hari satu kuih .Bila semangat nak membuat itu ada dan akhirnya semua resepi yang di cuba menjadi , rasa wahh seronok sangat-sangat.



 RESEPI, ONDE-ONDE BUAH MELAKA, RESEPI ONDE-ONDE BUAH MELAKA, CARA MUDAH MEMBUAT ONDE-ONDE BUAH MELAKA, ONDE-ONDE BUAH MELAKA SEDAP, GAMBAR ONDE-ONDE BUAH MELAKA


Hari ni try satu resepi kuih "onde-onde buah melaka"  . Kuih ni cair di dalam mulut sebab apa ? Hahh sebabnyaa kuih ini kalau time mengunyah memang isinya gula merah akan melimpah cair ke dalam mulut.time makan tak boleh gigit cikit-cikit, memang campak je seketul dalam mulut 

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT ONDE-ONDE BUAH MELAKA


  • 1 cawan tepung pulut
  • 2sb tepung beras
  • Daun pandan (dikisar untuk ambil pati pandan )
  • Pewarna pandan (kalau nak warna nampak cun)
  • Gula melaka
  • Air
  • Garam
  • Kelapa parut

CARA MUDAH MEMBUAT ONDE-ONDE BUAH MELAKA

1. Kukus kelapa parut yang digaul bersama sedikit garam untuk tambah rasa lemaknya.

2. Kisarkan beberapa helai daun pandan , tambahkan sedikit air dan,pewarna pandan .tapiskan untuk ambil pati pandan sahaja.

3. Campurkan tepung pulut dan tepung beras dalam satu bekas untuk diuli.

4.masukkan pati pandan yang siap dikisar dan ditapis tadi ke dalam tepung.masukkan sikit demi sedikit dan teruskan uli tepung tersebut sehingga tepung menjadi doh yang tidak terlalu lembik.

5. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih untuk proses merebus buah melaka.

6. Potongkan gula melaka kecil-kecil untuk dijadikkan inti dalam buah melaka.

7. Tarik sedikit doh tadi dan uli bulat-bulat dan leperkan atas tapak tangan .Letakan gula melaka yang sudah dipotong dadu ditengah-tengah lalu uli semula sehingga membentuk membulat.

8. Onde-onde buah melaka yang sudah siap dimasukkan gula melaka boleh ditebus ke dalam air yang siap mendidih, rebus onde-onde buah melaka sehingga masak dan terapung ke atas . 

9. Boleh angkat onde-onde buah melaka yang terapung, masukkan ke dalam kelapa parut dan salutkan semua bahagian .





Assalamualaikum dan salam sejahtera .



IKLAN RAYA 2020 : HUSMAT FURNITURE PERLIS ( SOFA RAYA MAK )

Kasih Ibu Tiada Gantinya
“Ibu telah membesarkanmu dengan penuh kasih sayang tanpa henti tanpa nanti...Tidak pernah meminta balasan kemewahan darimu, hanya menanti kepulangan mu bersama pelukan manja serta senyum tawamu pengubat rindu hati ibu... Sayangi hargai ibu selagi ada."

Assalamualaikum dan salam sejahtera

RESEPI KEK COKLAT KUKUS YANG SANGAT-SANGAT MOIST Ini kali kedua percubaan membuat kek menjadi dengan jayanya. Dulu pernah sekali buat kek tapi tak terlalu berjaya . Frust dan rasa rugi bahan walaupun sudah ikut resepi yang ditetapkan sebijik-sebijik . 


RESEPI, KEK COKLAT MOIST, KEK COKLAT MOIST KUKUS, CARA MEMBUAT KEK COKLAT MOIST SUKATAN CAWAN, KEK C9KLAT LEMBAB SUKATAN CAWAN, RESEPI KEK KUKUS, RESEPI KEK COKLAT LEMBAB YANG MUDAH, CARA MEMBUAT TOPPING COKLAT, TOPPING COKLAT KEK, CARA MUDAH BUAT KEK, KEK COKLAT LEMBAB,


But percubaan kali kedua setelah lama tak buat kek akhirnya menjadi jugak . Alhamdulillah . Dapat makan sebijik kek moist yang memang begitu moist . 

Sapa yang suka kek coklat moist boleh follow resepi di bawah


Bahan A 
Blend semua Bahan A dalam 3 minit makesure semua sebati 




1 Cawan Serbuk Koko
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Susu Cair
1 Cawan Gula
1 Cawan Minyak
3 Biji Telur

 Bahan B 




1 ¼ Cawan Tepung Gandum ( Ayak )
1/2 Sudu Besar Baking Powder
1/2 Sudu Besar Soda Bikarbonat


Cara- cara membuat kek coklat kukus



1.Gaul Bahan A & Bahan B sehingga sebati




2.Gaul adunan sehingga sebati, tapiskan adunan tersebut sebelum masukkan ke dalam loyang agar tidak ada ketulan tepung yang tersesat.



3Masukkan dalam loyang ( Boleh letak marjerin/Planta keliling loyang supaya tak melekat ) dan Kukus 45 Minit dengan Api yang Sederhana 


Bahan untuk membuat Topping Coklat

4 Sudu Besar Marjerin/Planta/Minyak
7 Sudu Besar Susu Pekat 
8 Sudu Besar Susu Cair
1/2 Cawan Serbuk Koko 


Cara-cara membuat topping coklat


RESEPI, KEK COKLAT MOIST, KEK COKLAT MOIST KUKUS, CARA MEMBUAT KEK COKLAT MOIST SUKATAN CAWAN, KEK C9KLAT LEMBAB SUKATAN CAWAN, RESEPI KEK KUKUS, RESEPI KEK COKLAT LEMBAB YANG MUDAH, CARA MEMBUAT TOPPING COKLAT, TOPPING COKLAT KEK, CARA MUDAH BUAT KEK, KEK COKLAT LEMBAB,

1. Satukan semua bahan-bahan dan gaul sehingga sebati.


RESEPI, KEK COKLAT MOIST, KEK COKLAT MOIST KUKUS, CARA MEMBUAT KEK COKLAT MOIST SUKATAN CAWAN, KEK C9KLAT LEMBAB SUKATAN CAWAN, RESEPI KEK KUKUS, RESEPI KEK COKLAT LEMBAB YANG MUDAH, CARA MEMBUAT TOPPING COKLAT, TOPPING COKLAT KEK, CARA MUDAH BUAT KEK, KEK COKLAT LEMBAB,

2. Didihkan bahan tadi di atas dapur dengan api yang perlahan sehingga semua bahan larut


RESEPI, KEK COKLAT MOIST, KEK COKLAT MOIST KUKUS, CARA MEMBUAT KEK COKLAT MOIST SUKATAN CAWAN, KEK C9KLAT LEMBAB SUKATAN CAWAN, RESEPI KEK KUKUS, RESEPI KEK COKLAT LEMBAB YANG MUDAH, CARA MEMBUAT TOPPING COKLAT, TOPPING COKLAT KEK, CARA MUDAH BUAT KEK, KEK COKLAT LEMBAB,

Kek yang telah siap dikukus selama 45minit, disejukkan sebentar dan dicurahkan topping coklat di atas kek .Taburkan sedikit badam hancur dan siap untuk di makan . 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


8 GARIS PANDUAN YANG SEMUA ORANG WAJIB IKUT 6 BULAN INI. CCL nak tanya ni, korang punya bisnes dalam industri mana? Yang makan gaji, company korang sekarang dalam industri mana? Fikirkan.Kalau korang bukan dalam industri essential atau bukan penjawat awam, korang kena ready dipotong gaji, atau dibuang kerja.

Korang kena faham kenapa kerajaan bagi macam-macam bantuan kewangan, siap bagi tangguh komitmen dengan bank moratorium 6 bulan.Maksudnya, walaupun wabak ni akan selesai dalam masa by Mei, tapi kesan ekonominya mungkin sampai hujung tahun ni atau awal tahun depan.


PERSEDIAN SEMASA PKP, UPGRADE SIMPANAN KECEMASAN SEMASA PKP, SIDE INCOME SEMASA PKP, TIPS JIMAT CERMAT DI MUSIM PKP,,TINGKATKAN SECURITY RUMAH SEMASA PKP


Masa wabak ni dah tamat nanti, banyak bisnes-bisnes kena start from zero semula, simpanan habis, staf dah tak ada, stok tak ada. Mencabar bukan ? Yes sangat mencabar.Nampak macam effect kepada orang bisnes, tapi kena faham yang bila orang bisnes effect, pekerjanya yang makan gaji juga akan terkesan.

Sebab tu kerajaan siap-siap bagi benefit kepada kita dan rangsangan kewangan up to 6 months. Bukan saja-saja nak bagi. Semuanya bersebab.

Jadi, CCL senaraikan apa yang kita kena buat selama 6 bulan ni. Tak kirakan sekarang korang masih bergaji atau tak. Buat saja!

1. Wajib upgrade simpanan kecemasan. Kalau sebelum ni ada 3 bulan gaji CCL, naikkan jadi 6 bulan gaji. Contoh, gaji korang RM2,000 dah ada simpanan RM6,000. Maka korang kena simpan kaw-kaw sampai cukup RM12,000.

2. Semua orang kena ligat fikir cari side income. Kalau korang rasa kerja korang stabil pun, buatlah side income juga. Nak upgrade simpanan kecemasan cepat-cepat kan.

3. Elak tambah hutang baru melainkan korang dah ada 12 bulan simpanan kecemasan. CCL rasa sekarang ni semua orang tak hingin tambah hutang baru. Ha!

4. Jimat cermat. Sepanjang PKP ni memang banyak boleh jimat. Iyalah, duduk rumah saja. Petrol, tol, parking semua tak payah bayar dah. Yang gaji masih jalan, mesti banyak lebihan duit. Yang income tak jalan, tengah resah gelisah.

5. Kalau korang banyak rumah, korang boleh refinance atau jual beberapa rumah supaya korang dapat instant cash up to 12 bulan simpanan kecemasan. Ini cara ekspres.

6. Bila dah rasa selesa dengan simpanan kecemasan yang ada, duit lebihan tu korang laburkan dalam platform pelaburan yang kau faham dan diiktiraf. Jangan sampai kena scam pula ya.

7. Buat peruntukan khas untuk sedekah. Dalam masa ekonomi macam ni, mesti ramai orang hidup makin susah. Iyalah, ramai orang dibuang kerja, unemployment rate akan naik. Selalu kita berdoa supaya dilimpahkan dengan rezeki. Ramai yang tak sedar, sebenarnya kita kena bersedekah barulah rezeki yang masuk itu cukup dan berkat.

8. Kalau boleh, tingkatkan security rumah kau. Bila unemployment meningkat, kadar jenayah pun meningkat. Yang duduk dalam perumahan gated and guarded bertuah. Tapi stil kena upgrade security rumah masing-masing ya.

Macam CCL kata tadi, walaupun hari ni kita rasa kerja kita macam tak terjejas dengan COVID-19 ni, better kita semua kena follow juga 8 perkara yang CCL kongsikan tu.
Prepare for the worst!

Semoga kita semua mampu cipta 6-12 bulan simpanan kecemasan segera dan survive untuk melalui fasa ekonomi yang genting dan mencabar tahun ni.


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


LANGKAH PERMOHONAN PULANG DARI KAMPUNG KE RUMAH SENDIRI AKAN BERMULA PADA 25 APRIL 2020 Bila dapat berita "green light" boleh balik kampung ..masing-masing berseronok dengan harapan boleh berbuka puasa dengan family di kampung, malahan boleh balik kampung stay sana sampai menjelang aidilfitri . But jangan keliru yer pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara)  bagi kelonggaran kepada family yang berada di kampung halaman untuk pulang ke rumah sendiri  sahaja .

INFO PKP, PENGAWASAN KAWALAN PERGERAKKAN, LANGKAH PERMOHOHANAN PULANG KE KAMPUNG SEMASA PKP, RENTASAN SEMPADAN, LANGKAH PERMOHONAN PULANG KE RUMAH SENDIRI SEMASA PKP


Permohonan dalam dua cara iaitu :

Permohonan atas talian  dengan hanya muat turun aplikasi GerakMalaysia

atau

Permohonan di balai polis (Bagi yang tiada telefon pintar)

1.  Anda perlu hubungi balai polis berdekatan untuk membuat temujanji terlebih dahulu.
2. Hadir ke balai polis mengikut tarikh temujanji yang diberi dan memohon kebenaran pulang ke rumah sendiri

Walaubagaimanapun, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini.



Assalamualaikum dan salam sejahtera 


SINOPSIS DRAMA THE KING ETERNAL MONARCH Drama korea yang satu ini menceritakan tentang hubungan dua orang yang berasal dari dua dunia yang berbeza iaitu dunia korea zaman sekarang dan dunia korea dalam bentuk konstitusional monarki."


K-DRAMA, KOREAN DRAMA, SINOPSIS THE KING ETERNAL MONARCH, FULL EPISOD THE KING ETERNAL MONARCH, THE KING ETERNAL MONARCH, DRAMA TERBARU LEE MIN HO,


Lee Min Ho yang menjadi tunjang utama drama ini memegang watak sebagai seorang raja yang bernama Lee Gon dan digandingkan bersama Kom Go Eun yang memegang watak sebagai Jung Tae-eul



K-DRAMA, KOREAN DRAMA, SINOPSIS THE KING ETERNAL MONARCH, FULL EPISOD THE KING ETERNAL MONARCH, THE KING ETERNAL MONARCH, DRAMA TERBARU LEE MIN HO,


Permasalahan dimulai ketika Iblis lepas ke dunia manusia dan membuka pintu penghubungan dunia paralel.Hal tersebut membuat Kaisar Lee Gon (Lee Min Ho) berusaha menutup pintu penghubung dunia paralel. Lee Gon merupakan kaisar generasi ketiga Korea. Para penduduk melihatnya sebagai orang yang amat tenang, tampan, pintar, layaknya penguasa yang sempurna. Namun, Lee Gon sesungguhnya sensitif, kompulsif, dan lebih menyukai angka dibandingkan pembicaraan tidak jelas.

Sementara itu, Jung Tae Eul (Kim Go Eun) merupakan detektif yang ingin melindungi banyak orang termasuk orang-orang yang ia sayangi.



Assalamualaikum dan salam sejahtera

SENARAI WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA BAGI SELURUH NEGERI DI MALAYSIA PADA TAHUN 2020

INFO, INFORMASI,WAKTU IMSAK TAHUN 2020, WAKTU BERBUKA PUASA TAHUN 2020, SENARAI WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA BAGI SELURUH NEGERI DI MALAYSIA PADA TAHUN 2020


  1. WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH PERLIS
  2. WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 NEGERI KEDAH
  3. WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH PULAU PINANG
  4. WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 NEGERI PERAK
  5. WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 BAGI NEGERI SELANGOR
  6. WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH NEGERI SEMBILAN
  7. WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH MELAKA
  8. WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH JOHOR
  9. WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH NEGERI PAHANG
  10. WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 BAGI NEGERI TERENGGANU
  11. WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH KELANTAN
  12. WAKTU IMSAK DAN,BERBUKA PUASA TAHUN 2020 BAGI SELURUH WILAYAH PERSEKUTAN
  13. WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 BAGI NEGERI SARAWAK
  14. WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 BAGI NEGERI SABAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera


FORMULASI HEBAT "LUMINOUS LUSH MOIST " LIPMATTE CREAMY DARI HAUS COSMETIC Lipstik dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Ia merupakan salah satu kosmetik yang paling banyak disukai oleh wanita termasuk juga CCL. korang jugak mesti tahu lipstik ni tersedia dalam pelbagai jenis warna yang boleh disesuaikan dengan warna bibir , harganya pun lebih murah jika dibandingkan dengan produk kosmetik yang lain. 


Sekarang ni banyak lambakan pilihan lipstik yang ditawarkan oleh brand-brand kosmetik lokal atau pun antarabangsa. Tapi yang sering menjadi masalah ketika pakai lipstik adalah tak tahan lama. lipstik jenis ini mudah hilang, apalagi setelah makan, perkara tersebut turut menjadi masalah pada CCL sebagai pemakai lipstik . 


So hari ni CCL nak memperkenalkan satu lipstik yang membuatkan CCL jatuh hati pada lipstik tersebut



LIPMATTE TAHAN LAMA DARI HAUS COSMETIC



REVIEW PRODUK , LIPMATTE DARI HAUS COSMETIC , PRODUK HAUS COSMETIC, APA ITU LUMINOUS LUSH MOIST, KELEBIHAN LIPMATTE CREAMY DARI HAUS COSMETIC


Tampil bergaya dengan lip matte keluaran Haus Cosmetic dengan 12 pilihan warna moden .Disebabkan peka dengan kehendak ramai gegadis manis yang sukakan lipmatte, Haus Cosmetic pun tidak ketinggalan jugak untuk ikut trend ini.So Muncul la lipmatte yang teksturnya creamy yang dlmenghasilkan formulasi "Luminous Lush Moist " 



FUNGSI UTAMA "LUMINOUS LUSH MOIST LIPMATTE DARI HAUS COSMETIC



REVIEW PRODUK , LIPMATTE DARI HAUS COSMETIC , PRODUK HAUS COSMETIC, APA ITU LUMINOUS LUSH MOIST, KELEBIHAN LIPMATTE CREAMY DARI HAUS COSMETIC


KELEBIHAN UTAMA LIPMATTE DARI HAUS COSMETIC


  • Mempunyai testur yang ringan dan lembut
  • Anti rekahan pada bibir
  • Anti gelap pada kawasan bibir
  • Tak mengeringkan kawasan bibir
  • Bebas comot dan senang dioleskan pada bibir
  • Selamat digunakan tanpa mengandungi bahan kimia
  • Mempunyai tekstur warna yang lebih pekat yang dapat menutupi bahagian bibir dengan satu sapuan ke bibir sahaja


5 BAHAN UTAMA YANG TERDAPAT DALAM LIPMATTE HAUS COSMETIC




12 WARNA YANG MENAWAN DARI LIPSTIK HAUS COSMETIC 



Lipmatte dari Haus Cosmetic ini didatangkan dalam 12 warna yang menarik. Warna-warni ini boleh digunakan pada bila-bila masa dan keadaan tidak kira sama ada anda berkulit cerah mahupun gelap.. Kebiasaannya mereka yang berkulit gelap memang susah untuk memilih warna lipstik. Tapi jangan bimbang, dengan 12 warna menawan ini, semua tona kulit sesuai dipadankan.





Nak tahu kehebatan Lipmatte creamy dari Haus Cosmetic ni kenalah cuba sendiri. Korang pasti tak menyesal ! 


Untuk pembelian terus hubungi mereka.
Website : HAUS COSMETIC



Asalamualaikum dan salam sejahtera 

SEGMEN PERTUKARAN BLOGLIST OLEH ABAM KIE



Klik banner untuk join 


Syarat-syarat segmen ini adalah seperti berikut:

1. Buat satu entri/blog post bertajuk 'Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie'. 

2. Follow blog Abam Kie. Jika dah lama follow atau add, abaikan saja.

3. Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink di post ini sahaja. 

4. Letakkan URL blog Abam Kie i.e. www.zukidin.com di dalam blog list

5. Siap semua, publish entri anda.


TEMPOH PENYERTAAN:  17 APRIL hingga 10 MEI 2020

Assalamualaikum

RESEPI : KARIPAP ROTI GARDENIA BERINTIKAN SARDIN Ada tak kat sini pengemar karipap ? Sini CCL nak share satu resepi mudah untuk pengemar-pengemar karipap. Actually CCL tak da pandai masak sangat, pernah satu ketika dulu try buat karipap ni. Dah try uli-uli doh karipap. Cantik kejadian karipap bila siap goreng alahai keras macam batu . Mungkin portion tepung tak kena gaya so tak menjadi lah karipap .


RESEPI, RESEPI MUDAH, KARIPAP SARDIN , KARIPAP ROTI GARDENIA, KARIPAP ROTI GARDENIA BERINTIKAN SARDIN, RESEPI KARIPAP MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA, CARA MUDAH MEMBUAT KARIPAP TANPA TEPUNG

And now hari ni CCL tunjuk kat korang semua resepi yang paling-paling mudah.tak perlu main dengan tepung. Kali ni buat karipap pakai roti gardenia . Lagi senang sangat takda ambil masa yang la . Jangan tak percaya dengan hanya roti gardenia ni pun korang dah dapat makan karipap 




BAHAN-BAHAN
  • sardin
  • Minyak
  • Bawang
  • Cili padi
  • Roti gardenia
  • Kepingan cheese

CARA-CARA



1. Panaskan minyak, masukkan,bawang merah yang dicincang halus, masukkan sardin dan masukkan cili padi. Didihkan seketika dan boleh masukkan dalam bekas dan hancurkan sardin tersebut seperti dalam gambar korang boleh menggunakan sudu ataupun garpu.



2. Roti gardenia tersebut korang wajib giling sehingga nipis macam dalam gambar yer . Takutnya nanti bila korang goreng dalam minyak yang panas takda la dia serap minyak . Make sure giling roti sehingga nipis .



3. Untuk kepilkan karipap korang boleh cuba tekapkan dengan cawan tak pun guna kepil acuan karipap . CCL hanya gunakan acuan karipap untuk kepilkan.
Letakkan roti gardenia yang siap digiling, letak cheese dan sedikit inti sardin.



4. Karipap yang sudah disiap kepilkan. Make sure korang jangan letak inti melebihi had , takut-takut nanti terbuka yer .



5. Panaskan minyak dalam kualli dan masukkan karipap,goreng karipap tidak perlu lama cuma alih-alih biar garing dah boleh angkat. Jangan sampai hangit yer


RESEPI, RESEPI MUDAH, KARIPAP SARDIN , KARIPAP ROTI GARDENIA, KARIPAP ROTI GARDENIA BERINTIKAN SARDIN, RESEPI KARIPAP MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA, CARA MUDAH MEMBUAT KARIPAP TANPA TEPUNG

6.karipap yang dah siap digoreng .tak da serap minyak kalau korang betul-betul nipiskan roti gardenia tersebut.


Selamat mencuba.





Assalamualaikum dan salam sejahtera


APA ITU THERMOMIX SERTA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN THERMOMIX Dua tiga hati ni kan lalu lalang di di laman sosial media facebook tentang "thermomix" . Apa itu Thermomix ? Adakah ia sebuah filem ? Hahhh korang jangan salah sangka yer Thermomix ini bukan sebuah filem ianya berkenaan sebuah alatan dapur yang semakin viral dan menyebabkan para wanita dan isteri gusar dan tidak senang duduk, iaitu Thermomix TM6 atau digelar bibik atau pembantu dari Jerman.


INFO , INFORMASI, THERMOMIX, ALATAN DAPUR THERMOMIX, APA ITU THERMOMIX, KEKURANGAN THERMOMIX, KELEBIHAN THERMOMIX, CARA PENGGUNAAN THERMOMIX


Viralnya thermomix ini sebenarnya mungkin kerana pengaruh social media influencer, bila dilihat di media sosial, artis seperti Anis Nabilah, Permaisuri Agung dan beberapa artis terkenal lain yang turut mempunyai thermomix, ramai yang kagum dan takjub dengan kebolehan alatan dapur ini.

Carian ilmiah berkenaan Thermomix sebenarnya kalau korang nak tahu Thermomix  ini telah dihasilkan di Jerman sejak tahun 1950-an. Ya, begitu lama sebenarnya. Ketika itu, Thermomix, airfryer, bread maker agak terkenal di sana, tetapi tidak di Malaysia. Itu adalah tahun 2008. Kini, segala alatan yang disebutkan itu menjadi idaman para suri rumah.


INFO , INFORMASI, THERMOMIX, ALATAN DAPUR THERMOMIX, APA ITU THERMOMIX, KEKURANGAN THERMOMIX, KELEBIHAN THERMOMIX, CARA PENGGUNAAN THERMOMIX


Thermomix yang dibangunkan dan dipatenkan oleh syarikat Vorwerk yang berpusat di Jerman dijual dengan harga RM 7188 seunit. Apa yang membuatkan ia mahal? Teknologinya yang mahal sebenarnya. Thermomix menggabungkan pelbagai alat dalam satu, alatan seperti pengisar, dapur gas, menyiapkan smoothies dan lain-lain. Pendek kata, semua alatan dapur dalam satu alat sahaja.


CARA PENGUNAAN THERMOMIX


INFO , INFORMASI, THERMOMIX, ALATAN DAPUR THERMOMIX, APA ITU THERMOMIX, KEKURANGAN THERMOMIX, KELEBIHAN THERMOMIX, CARA PENGGUNAAN THERMOMIX


jika korang mahu menyediakan mayonis, korang hanya perlu masukkan semua ramuan dan tinggalkan. Setelah 10 minit, mayonis akan siap. Jika korang mahu menyediakan mayonis sendiri, mungkin perlu memukul mayonis berkenaan dan meletakkan ramuan satu per satu. Senang kata, thermomix ni menjimatkan masa dan mengurangkan stress para wanita



KELEBIHAN YANG ADA PADA THERMOMIX


 INFO , INFORMASI, THERMOMIX, ALATAN DAPUR THERMOMIX, APA ITU THERMOMIX, KEKURANGAN THERMOMIX, KELEBIHAN THERMOMIX, CARA PENGGUNAAN THERMOMIX



  • Thermomix juga boleh mengekalkan suhu. Berdasarkan pembacaan CCL, thermomix ini juga boleh digunakan untuk pelbagai suhu, panas dan sejuk atau memasak biasa. 
  • Memudahkan urusan memasak, hanya pilih resepi di skrin, kemudian masukkan bahan-bahan dan tinggalkan sehingga menu tersebut masak
  • Dapur tak bersepah
  • Ada function self cleaning yang memang heaven sangat 

Nah, banyaknya kelebihan thermomix, mari kita lihat apa yang Thermomix tidak dapat lakukan.


KEKURANGAN YANG ADA PADA THERMOMIX


 INFO , INFORMASI, THERMOMIX, ALATAN DAPUR THERMOMIX, APA ITU THERMOMIX, KEKURANGAN THERMOMIX, KELEBIHAN THERMOMIX, CARA PENGGUNAAN THERMOMIX



  • Thermomix TM6 fungsinya pengisar,pengukus,pengadun dan multipurpose cooker. Bakar tak boleh. Perlu dibakar asing dalam oven
  • tidak boleh menggoreng sehingga tumisan pecah minyak atau menghasilkan kerangupan ayam goreng seperti menggunakan dapur gas biasanya disebabkan amaun minyak yang digunakan adalah lebih sedikit.Pastinya makanan lebih sihat dengan Thermomix. Sama konsep dengan air fryer.
  • tidak boleh digunakan untuk memasak dengan tekanan tinggi seperti periuk N.
  • Walaupun Thermomix boleh digunakan untuk menguli bahan adunan roti dan pastry tapi, ia tidak dapat  membakar.
  • thermomix juga sebenarnya agak kecil, jadi untuk keluarga besar, rasanya ia agak kurang praktikal. 
  • Thermomix ini juga menggunakan elektrik, jadi apabila blackout, pastikan ada gas memasak ya!
  • Terlalu moden. Ada orang suka old school, suka masak cara lama, kena berdiri lama, banyak guna perkakas pun tak apa. Thermomix ni masak cara moden dan relax.
  • Mudah rambang mata sebab terlalu banyak resepi yang ada dalam Thermomix. Lebih 55 ribu resepi dari seluruh dunia, pre-programmed. Takut asyik layan tengok gambar resepi je kat screen Thermomix terlupa nak masak.
  • Tak boleh guna jika black out tak ada elektrik. 
  • Jadi berebut nak masak kat dapur. Semua orang tiba-tiba pandai masak sebab Thermomix guide step by step, klik next next je terus siap .


INFO , INFORMASI, THERMOMIX, ALATAN DAPUR THERMOMIX, APA ITU THERMOMIX, KEKURANGAN THERMOMIX, KELEBIHAN THERMOMIX, CARA PENGGUNAAN THERMOMIX


Jadi, tepuk dada, tanyalah poket jika korang memerlukan pembantu rumah dari Jerman ini. CCL masih setia menggunakan dapur gas biasa dan bangga dengan dapur yang masih teguh bekerja keras .

So korang ada duit lebih, Thermomix hanyalah salah satu dari jenama yang mempunyai alatan sebegini, korang juga boleh melihat alat yang sama dari Tefal, Bellini dan Kitchen Aid. CCL masih gemar melihat percikan minyak di dapur, percikan dan warna cili sambal serta mengisar menggunakan blender biasa.

Orang biasa, alatan biasa. Orang luar biasa, alatan pun luar biasa. Jika memutuskan korang mahu membelinya, pastikan ia worth every penny!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ▼  2026 (85)
    • ▼  Mac (31)
      • Biskut Raya 2026 | Dari Biskut Buah Pinggang Jadi ...
      • Biskut Raya 2026 | Tart Nenas
      • Tembikai Rose Sparkling | Khairul Aming
      • Biskut Raya 2026 | Samperit Susu
      • Biskut Raya 2026 | Chocolate Cornflakes Chruncy
      • Semaian Biji Benih Tembikai Susu
      • Moreh Satay Lepas Jalan Bazar
      • Biskut Raya 2026 | Biskut Makmur
      • Jus Tembikai Oren | Khairul Aming
      • Udang Masak Tempoyak Petai| Khairul Aming
      • Biskut Raya 2026 | Biskut Mazola Kacang Peas
      • Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
      • Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Na...
      • Wordless Wednesday | Backdrop Raya
      • 10 Mac 2026 | 2 Tahun Tanpa Raut Wajah Susuk Bada...
      • Rupa Puding Karamel , Menjadi Ke Tidak ?
      • Spaghetti Bolognese | Khairul Aming
      • Pretzels | Khairul Aming
      • Bumi Perlis Hujan
      • Chocolate Mousse | Khairul Aming
      • Misi Pencarian Serbuk Kacang Hijau & Kacang Badam ...
      • Udang Masak Tempoyak Petai | Khairul Aming
      • Tauhu Sumbat Crispy | Khairul Aming
      • Shopee Live 1 Pagi, Tercheckout Tumbler ZUS Coffee...
      • Wordless Wednesday | Gerhana Bulan 13 Ramadan 1447H
      • Siakap Stim Bersantan | Khairul Aming
      • Juara Ruang Komen Februari 2026 : Blogger Roziah @...
      • Aiskrim Goreng | Khairul Aming
      • Mineral Bubble 0² & Collagen Plus Bird Nest
      • Gulai Ayam Padang | Khairul Aming
      • Hadiah Screenshot Pageview Blog Kak Cie Dah Sampai!
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (473)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (62)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

SUBSCRIBE & FOLLOW

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

BLOGLIST

  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
  • Mulan
    Taqabbalallahu minna waminkum
  • Blog Begins At Forty
    March 20, 2026
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: 29 RAMADAN 1477 :.
  • SURIA AMANDA
    Menu Iftar Day 29
  • cikcappuccinolatte
    Biskut Raya 2026 | Dari Biskut Buah Pinggang Jadi Hati
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Masak apa 29 Ramadan
  • Drawing the Words
    Dapat Parcel Misteri
  • Bola Katok
    Gigih ke bandar cari sticker ZUS Coffee x Butterbear.
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Cerita kuih raya
  • Nieyl's Life Story
    Menu Berbuka Puasa Day 22
  • Hidup Itu Indah
    Pulang Kampung
  • KakmimDotCom
    Beli Apa di Tiktok
  • Sii Nurul
    Terima Hadiah dari Blogger Etuza
  • Ciktom
    Rakam Kenangan Raya Anda di The Empire Studio – Studio Baru di Pulai Perdana
  • Coffee Break With Me
    Progress Larian #4
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

MOST VIEWED POST

  • PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2018
  • Semaian Biji Benih Tembikai Susu
  • Biskut Raya 2026 | Chocolate Cornflakes Chruncy
  • Biskut Raya 2026 | Samperit Susu
  • Moreh Satay Lepas Jalan Bazar
  • Jus Tembikai Oren | Khairul Aming
  • RESEPI DONUT CHEESE LELEH
  • CEK NUFFNANG BAGI TAHUN 2017 SELAMAT SAMPAI
  • NAK TERIMA ATAU TIDAK TAWARAN BERKOLABORASI BERSAMA ZALORA MALAYSIA
  • Udang Masak Tempoyak Petai| Khairul Aming

MARCH 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte