FORMULASI HEBAT "LUMINOUS LUSH MOIST " LIPMATTE CREAMY DARI HAUS COSMETIC


Assalamualaikum dan salam sejahtera


FORMULASI HEBAT "LUMINOUS LUSH MOIST " LIPMATTE CREAMY DARI HAUS COSMETIC Lipstik dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Ia merupakan salah satu kosmetik yang paling banyak disukai oleh wanita termasuk juga CCL. korang jugak mesti tahu lipstik ni tersedia dalam pelbagai jenis warna yang boleh disesuaikan dengan warna bibir , harganya pun lebih murah jika dibandingkan dengan produk kosmetik yang lain. 


Sekarang ni banyak lambakan pilihan lipstik yang ditawarkan oleh brand-brand kosmetik lokal atau pun antarabangsa. Tapi yang sering menjadi masalah ketika pakai lipstik adalah tak tahan lama. lipstik jenis ini mudah hilang, apalagi setelah makan, perkara tersebut turut menjadi masalah pada CCL sebagai pemakai lipstik . 


So hari ni CCL nak memperkenalkan satu lipstik yang membuatkan CCL jatuh hati pada lipstik tersebut



LIPMATTE TAHAN LAMA DARI HAUS COSMETIC



REVIEW PRODUK , LIPMATTE DARI HAUS COSMETIC , PRODUK HAUS COSMETIC, APA ITU LUMINOUS LUSH MOIST, KELEBIHAN LIPMATTE CREAMY DARI HAUS COSMETIC


Tampil bergaya dengan lip matte keluaran Haus Cosmetic dengan 12 pilihan warna moden .Disebabkan peka dengan kehendak ramai gegadis manis yang sukakan lipmatte, Haus Cosmetic pun tidak ketinggalan jugak untuk ikut trend ini.So Muncul la lipmatte yang teksturnya creamy yang dlmenghasilkan formulasi "Luminous Lush Moist " 



FUNGSI UTAMA "LUMINOUS LUSH MOIST LIPMATTE DARI HAUS COSMETIC



REVIEW PRODUK , LIPMATTE DARI HAUS COSMETIC , PRODUK HAUS COSMETIC, APA ITU LUMINOUS LUSH MOIST, KELEBIHAN LIPMATTE CREAMY DARI HAUS COSMETIC


KELEBIHAN UTAMA LIPMATTE DARI HAUS COSMETIC


  • Mempunyai testur yang ringan dan lembut
  • Anti rekahan pada bibir
  • Anti gelap pada kawasan bibir
  • Tak mengeringkan kawasan bibir
  • Bebas comot dan senang dioleskan pada bibir
  • Selamat digunakan tanpa mengandungi bahan kimia
  • Mempunyai tekstur warna yang lebih pekat yang dapat menutupi bahagian bibir dengan satu sapuan ke bibir sahaja


5 BAHAN UTAMA YANG TERDAPAT DALAM LIPMATTE HAUS COSMETIC




12 WARNA YANG MENAWAN DARI LIPSTIK HAUS COSMETIC 



Lipmatte dari Haus Cosmetic ini didatangkan dalam 12 warna yang menarik. Warna-warni ini boleh digunakan pada bila-bila masa dan keadaan tidak kira sama ada anda berkulit cerah mahupun gelap.. Kebiasaannya mereka yang berkulit gelap memang susah untuk memilih warna lipstik. Tapi jangan bimbang, dengan 12 warna menawan ini, semua tona kulit sesuai dipadankan.





Nak tahu kehebatan Lipmatte creamy dari Haus Cosmetic ni kenalah cuba sendiri. Korang pasti tak menyesal ! 


Untuk pembelian terus hubungi mereka.
Website : HAUS COSMETIC


SEGMEN PERTUKARAN BLOGLIST OLEH ABAM KIE


Asalamualaikum dan salam sejahtera 

SEGMEN PERTUKARAN BLOGLIST OLEH ABAM KIE



Klik banner untuk join 


Syarat-syarat segmen ini adalah seperti berikut:

1. Buat satu entri/blog post bertajuk 'Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie'. 

2. Follow blog Abam KieJika dah lama follow atau add, abaikan saja.

3. Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink di post ini sahaja. 

4. Letakkan URL blog Abam Kie i.e. www.zukidin.com di dalam blog list

5. Siap semua, publish entri anda.


TEMPOH PENYERTAAN:  17 APRIL hingga 10 MEI 2020

CARA MEMBUAT KARIPAP RANGUP TANPA MENGGUNAKAN TEPUNG


Assalamualaikum

RESEPI : KARIPAP ROTI GARDENIA BERINTIKAN SARDIN Ada tak kat sini pengemar karipap ? Sini CCL nak share satu resepi mudah untuk pengemar-pengemar karipap. Actually CCL tak da pandai masak sangat, pernah satu ketika dulu try buat karipap ni. Dah try uli-uli doh karipap. Cantik kejadian karipap bila siap goreng alahai keras macam batu . Mungkin portion tepung tak kena gaya so tak menjadi lah karipap .


RESEPI, RESEPI MUDAH, KARIPAP SARDIN , KARIPAP ROTI GARDENIA, KARIPAP ROTI GARDENIA BERINTIKAN SARDIN, RESEPI KARIPAP MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA, CARA MUDAH MEMBUAT KARIPAP TANPA TEPUNG

And now hari ni CCL tunjuk kat korang semua resepi yang paling-paling mudah.tak perlu main dengan tepung. Kali ni buat karipap pakai roti gardenia . Lagi senang sangat takda ambil masa yang la . Jangan tak percaya dengan hanya roti gardenia ni pun korang dah dapat makan karipap 




BAHAN-BAHAN
  • sardin
  • Minyak
  • Bawang
  • Cili padi
  • Roti gardenia
  • Kepingan cheese

CARA-CARA



1. Panaskan minyak, masukkan,bawang merah yang dicincang halus, masukkan sardin dan masukkan cili padi. Didihkan seketika dan boleh masukkan dalam bekas dan hancurkan sardin tersebut seperti dalam gambar korang boleh menggunakan sudu ataupun garpu.



2. Roti gardenia tersebut korang wajib giling sehingga nipis macam dalam gambar yer . Takutnya nanti bila korang goreng dalam minyak yang panas takda la dia serap minyak . Make sure giling roti sehingga nipis .



3. Untuk kepilkan karipap korang boleh cuba tekapkan dengan cawan tak pun guna kepil acuan karipap . CCL hanya gunakan acuan karipap untuk kepilkan.
Letakkan roti gardenia yang siap digiling, letak cheese dan sedikit inti sardin.



4. Karipap yang sudah disiap kepilkan. Make sure korang jangan letak inti melebihi had , takut-takut nanti terbuka yer .



5. Panaskan minyak dalam kualli dan masukkan karipap,goreng karipap tidak perlu lama cuma alih-alih biar garing dah boleh angkat. Jangan sampai hangit yer


RESEPI, RESEPI MUDAH, KARIPAP SARDIN , KARIPAP ROTI GARDENIA, KARIPAP ROTI GARDENIA BERINTIKAN SARDIN, RESEPI KARIPAP MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA, CARA MUDAH MEMBUAT KARIPAP TANPA TEPUNG

6.karipap yang dah siap digoreng .tak da serap minyak kalau korang betul-betul nipiskan roti gardenia tersebut.


Selamat mencuba.




APA ITU THERMOMIX SERTA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN THERMOMIX


Assalamualaikum dan salam sejahtera


APA ITU THERMOMIX SERTA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN THERMOMIX Dua tiga hati ni kan lalu lalang di di laman sosial media facebook tentang "thermomix" . Apa itu Thermomix ? Adakah ia sebuah filem ? Hahhh korang jangan salah sangka yer Thermomix ini bukan sebuah filem ianya berkenaan sebuah alatan dapur yang semakin viral dan menyebabkan para wanita dan isteri gusar dan tidak senang duduk, iaitu Thermomix TM6 atau digelar bibik atau pembantu dari Jerman.


INFO , INFORMASI, THERMOMIX, ALATAN DAPUR THERMOMIX, APA ITU THERMOMIX, KEKURANGAN THERMOMIX, KELEBIHAN THERMOMIX, CARA PENGGUNAAN THERMOMIX


Viralnya thermomix ini sebenarnya mungkin kerana pengaruh social media influencer, bila dilihat di media sosial, artis seperti Anis Nabilah, Permaisuri Agung dan beberapa artis terkenal lain yang turut mempunyai thermomix, ramai yang kagum dan takjub dengan kebolehan alatan dapur ini.

Carian ilmiah berkenaan Thermomix sebenarnya kalau korang nak tahu Thermomix  ini telah dihasilkan di Jerman sejak tahun 1950-an. Ya, begitu lama sebenarnya. Ketika itu, Thermomix, airfryer, bread maker agak terkenal di sana, tetapi tidak di Malaysia. Itu adalah tahun 2008. Kini, segala alatan yang disebutkan itu menjadi idaman para suri rumah.


INFO , INFORMASI, THERMOMIX, ALATAN DAPUR THERMOMIX, APA ITU THERMOMIX, KEKURANGAN THERMOMIX, KELEBIHAN THERMOMIX, CARA PENGGUNAAN THERMOMIX


Thermomix yang dibangunkan dan dipatenkan oleh syarikat Vorwerk yang berpusat di Jerman dijual dengan harga RM 7188 seunit. Apa yang membuatkan ia mahal? Teknologinya yang mahal sebenarnya. Thermomix menggabungkan pelbagai alat dalam satu, alatan seperti pengisar, dapur gas, menyiapkan smoothies dan lain-lain. Pendek kata, semua alatan dapur dalam satu alat sahaja.


CARA PENGUNAAN THERMOMIX


INFO , INFORMASI, THERMOMIX, ALATAN DAPUR THERMOMIX, APA ITU THERMOMIX, KEKURANGAN THERMOMIX, KELEBIHAN THERMOMIX, CARA PENGGUNAAN THERMOMIX


jika korang mahu menyediakan mayonis, korang hanya perlu masukkan semua ramuan dan tinggalkan. Setelah 10 minit, mayonis akan siap. Jika korang mahu menyediakan mayonis sendiri, mungkin perlu memukul mayonis berkenaan dan meletakkan ramuan satu per satu. Senang kata, thermomix ni menjimatkan masa dan mengurangkan stress para wanita



KELEBIHAN YANG ADA PADA THERMOMIX


 INFO , INFORMASI, THERMOMIX, ALATAN DAPUR THERMOMIX, APA ITU THERMOMIX, KEKURANGAN THERMOMIX, KELEBIHAN THERMOMIX, CARA PENGGUNAAN THERMOMIX



  • Thermomix juga boleh mengekalkan suhu. Berdasarkan pembacaan CCL, thermomix ini juga boleh digunakan untuk pelbagai suhu, panas dan sejuk atau memasak biasa. 
  • Memudahkan urusan memasak, hanya pilih resepi di skrin, kemudian masukkan bahan-bahan dan tinggalkan sehingga menu tersebut masak
  • Dapur tak bersepah
  • Ada function self cleaning yang memang heaven sangat 

Nah, banyaknya kelebihan thermomix, mari kita lihat apa yang Thermomix tidak dapat lakukan.


KEKURANGAN YANG ADA PADA THERMOMIX


 INFO , INFORMASI, THERMOMIX, ALATAN DAPUR THERMOMIX, APA ITU THERMOMIX, KEKURANGAN THERMOMIX, KELEBIHAN THERMOMIX, CARA PENGGUNAAN THERMOMIX



  • Thermomix TM6 fungsinya pengisar,pengukus,pengadun dan multipurpose cooker. Bakar tak boleh. Perlu dibakar asing dalam oven
  • tidak boleh menggoreng sehingga tumisan pecah minyak atau menghasilkan kerangupan ayam goreng seperti menggunakan dapur gas biasanya disebabkan amaun minyak yang digunakan adalah lebih sedikit.Pastinya makanan lebih sihat dengan Thermomix. Sama konsep dengan air fryer.
  • tidak boleh digunakan untuk memasak dengan tekanan tinggi seperti periuk N.
  • Walaupun Thermomix boleh digunakan untuk menguli bahan adunan roti dan pastry tapi, ia tidak dapat  membakar.
  • thermomix juga sebenarnya agak kecil, jadi untuk keluarga besar, rasanya ia agak kurang praktikal. 
  • Thermomix ini juga menggunakan elektrik, jadi apabila blackout, pastikan ada gas memasak ya!
  • Terlalu moden. Ada orang suka old school, suka masak cara lama, kena berdiri lama, banyak guna perkakas pun tak apa. Thermomix ni masak cara moden dan relax.
  • Mudah rambang mata sebab terlalu banyak resepi yang ada dalam Thermomix. Lebih 55 ribu resepi dari seluruh dunia, pre-programmed. Takut asyik layan tengok gambar resepi je kat screen Thermomix terlupa nak masak.
  • Tak boleh guna jika black out tak ada elektrik. 
  • Jadi berebut nak masak kat dapur. Semua orang tiba-tiba pandai masak sebab Thermomix guide step by step, klik next next je terus siap .


INFO , INFORMASI, THERMOMIX, ALATAN DAPUR THERMOMIX, APA ITU THERMOMIX, KEKURANGAN THERMOMIX, KELEBIHAN THERMOMIX, CARA PENGGUNAAN THERMOMIX


Jadi, tepuk dada, tanyalah poket jika korang memerlukan pembantu rumah dari Jerman ini. CCL masih setia menggunakan dapur gas biasa dan bangga dengan dapur yang masih teguh bekerja keras .

So korang ada duit lebih, Thermomix hanyalah salah satu dari jenama yang mempunyai alatan sebegini, korang juga boleh melihat alat yang sama dari Tefal, Bellini dan Kitchen Aid. CCL masih gemar melihat percikan minyak di dapur, percikan dan warna cili sambal serta mengisar menggunakan blender biasa.

Orang biasa, alatan biasa. Orang luar biasa, alatan pun luar biasa. Jika memutuskan korang mahu membelinya, pastikan ia worth every penny!

FILEM " PIHU " ADAPTASI DARI KISAH BENAR YANG BERLAKU DI APARTMENT DI NEW YORK TAHUN 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera 




FILEM , FILEM PIHU, SINOPSIS FILEM PIHU, PIHU, PIHU ADAPTASI DARI KISAH BENAR, HINDUSTAN, FILEM HINDUSTAN, FULL MOVIE PIHU


FILEM " PIHU " ADAPTASI DARI KISAH BENAR YANG BERLAKU DI APARTMENT DI NEW YORK TAHUN 2017 Filem PIHU diangkat dari kisah nyata yang terjadi di apartemen di New York tahun 2017 di mana seorang anak bernama Pihu yang terkurung di apartemen selama 3 hari untuk bertahan hidup. Pihu (Myra Vishwakarma) merupakan anak berusia dua tahun dan orang tuanya bernama Puja (Prema Sharma) dan Gaurav (Rahul Bagga) memberikan pesta untuk Pilu. Di malam hari, Usai Pihu pergi untuk tidur, Orang tua Pihu mengalami konfrontasi besar.



FILEM , FILEM PIHU, SINOPSIS FILEM PIHU, PIHU, PIHU ADAPTASI DARI KISAH BENAR, HINDUSTAN, FILEM HINDUSTAN, FULL MOVIE PIHU

Mereka sering mengalami banyak perkelahian seperti hal itu di masa lalu. Keesokan hari, Gaurav berangkat menuju kota Kolkata untuk melakukan keperluan kerja pagi. Sebab dia tidak mampu menanggung trauma masalah dalam pernikahan dirinya, Puja mengkonsumsi pil dan dia mengakhiri hidup dirinya sendiri. Pihu terbangun di samping di tubuh Puja yang tidak bernyawa. Akan tetapi Pihu tidak mampu memahami bahwa Ibunya sudah tidak ada lagi. Pihu berusaha untuk dapat membangunkan Puja akan tetapi tidak berhasil. Sementara itu Gaurav menghubungi Puja untuk dapat memarahinya sebab tidak mengemasi tasnya dan juga memberitahukan bahwa dia lupa untuk mematikan setrika.



Akan tetapi Pihu menjawab telepon dan oleh karena usianya yang masih muda, Pihu tidak mampu memberi tahu ayahnya mengenai kondisi ibunya kini. Pihu juga merasa lapar dan pergi menuju dapur untuk dapat minum susu dan makanan ringan. Akan tetapi dia membuat kekacauan pada saat dia berusaha memanfaatkan kompor gas, oven microwave dan juga kulkas. Pihu juga secara tidak sengaja mengaktifkan geyser. Apa yang terjadi berikutnya menjadi inti film....apa yang terjadi beikutnya selamat saksikan filmnya lengkap....

Ada pesan moral dalam film ini untuk para orang tua, harap hadapi masalah rumah tangga dengan bijak dan baik jangan sampai ambil jalan pintas karena menjadi korban pertama adalah anak2.




Apa yang membuatkan cerita ni sangat menarik dan buat meremang bulu roma orang ialah bila Pihu try to do everything on her own. Since mak dia tak bangun-bangun dia buat semua sendiri without knowing benda tu sebenarnya bahaya. Apa yang kita boleh expect daripada budak dua tahun? 

CCL share beberapa benda bahaya yang berlaku .Umur baru 2 tahun. apa je la dia nak buat selain main kan? dia duduk ni dekat rumah 2 tingkat tau. nak turun ke tingkat bawah pun 1 step 1 step ajer langkah nya. Dia kejut-kejut mak dia (Pooja) tapi mak dia tak bangun.


  • Pihu pernah panjat penghadang dekat balkoni sebab patung dia terjatuh
  • pernah masuk dalam peti ais dan pintu peti ais ditutup rapat dari dalam.fuhh ! Tume ni memang berdebar
  • iron terbuka.. Salah satu baba paling mendebarkan apabila Pihu memegang tapak iron yang sedang panas berasap.Dia dikelilingi dengan surrounding yang boleh membahayakan diri dia sendiri.
  • Pergi ke dapur, tengok paip sinki tak tutup air. dia da cuba panjat tapi tak sampai nak tutup.
  • perut lapar. nampak ada capati. nak makan tapi kena panaskan dlu. isi dalam oven. main tekan je tau-tau rentung capati tu. next option yg pihu ada, bakar atas dapur. dia pulas semua tombol dapur tu. empat2 nyala. dia tepek je capati tu atas dapur. terbakar. rentung juga. api tak padam ye. biar gitu je.
  • Haus pulak nak minum susu, tengok ada botol tu warna putih air dia. dia ingt susu. dia tuang  botol berisi sabun tu dalam botol susu dia. naseb baik botol tu tumpah. Tak jadi dia minum.
  • Makan ubat-ubat yang jatuh ke lantai, Pihu ingatkan coklat yang pahit tapi masih jugak masukkan ke dalam mulut.


Pihu cuma anggap mak dia tidur je. banyak kali dia kejut tapi tak bangun. Pooja sebenarnya depressed dengan keluarga dia sendiri dan sikap suami dia. dekat cermin solek dia, dia tulis guna lipstik "Gaurav aku bergaduh dengan keluarga aku demi berkahwin dengan kau, namun apa yang kudapat. kau kata akan pulang saat kumati"

Apa saja yang Pihu buat dalam movie ni memang sangat-sangat tak menyenangkan sebab berbahaya. budak umur 2 tahun. apa dia tahu sangat.

K-DRAMA : SINOPSIS THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE


Assalamualaikum dan salam sejahtera


K-DRAMA : SINOPSIS THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE


K DRAMA, THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE, SINOPSIS THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE, FULL EPISOD THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE


Ji Sunwoo (Kim Heeae) ialah seorang doktor perubatan keluarga. Mempunyai suami, Lee Taeo (Park Haejoon) dan seorang anak lelaki, kehidupan wanita ini adalah sangat sempurna. Tetapi panas tidak sampai ke petang apabila wanita hebat ini telah dikhianati oleh suaminya sendiri serta orang terdekat.

Kesemuanya nampak indah sehinggalah pada suatu hari dia terperasan ada sehelai rambut panjang lain di skarfnya. Sunwoo mula membayangkan bahawa suaminya sebenarnya mempunyai perempuan simpanan. Apabila meluahkan mengenai kerisauannya kepada rakan baiknya iaitu Dr Seol Myungseok (Chae Gookhee), namun wanita itu menolak dan mengatakan bahawa dia hanya berfikir perkara yang bukan-bukan.



Disebabkan masih ragu-ragu, Sunwoo telah mengikuti Taeoh untuk berhadapan dengan lelaki itu dan berasa malu apabila suaminya telah ke hospital yang menempatkan ibunya. Tambahan pula, suaminya habis jam kerja jam 5 petang tetapi hanya sampai rumah lebih kurang 7 petang. Suaminya menjelaskan bahawa dia sering ke hospital untuk melawat ibunya sejak Januari lagi. Namun bahagia Sunwoo hanya sementara apabila jururawat di situ mengatakan bahawa pasti ibunya akan gembira kerana anak lelakinya sudah lama tidak melawat dan hanya bersembang di telefon sahaja.
Menggunakan khidmat salah seorang pesakitnya iaitu Hyeonseo (Shim Hyunwoo), wanita itu memintanya mengekori segala gerak-geri suaminya. Daripada situ dia mendapat maklumat bahawa suaminya ada ke sebuah perumahan mewah dan meluangkan masa yang lama di sana. Meskipun tidak mendapat gambaran wajah skandal suaminya dengan jelas, dia mengetahui maklumat nombor pendaftaran kereta wanita itu.

K DRAMA, THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE, SINOPSIS THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE, FULL EPISOD THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE

Semasa di sambutan parti hari jadi Taeoh, Sunwoo sudah boleh bau suaminya itu curang bersama dengan Dakyeong (Han Seohee) iaitu anak kepada pesakitnya, Sunkyung (Uhm Hyojung) yang merupakan bekas Miss Korea. Menerusi informasi Hyeonseo, wanita itu mendapatkan kunci kereta suaminya dengan alasan untuk mendapatkan kamera walhal dia mahu menggali isi beg yang disorokkan oleh lelaki tersebut. Daripada situ, dia dapat menyelongkar pelbagai barangan peribadi seperti pakaian dalam, kondom dan barangan bilik mandi.
Lebih memeranjatkan apabila kesemua rakan yang dikenalinya seperti Myungseok sebenarnya tahu mengenai hubungan sulit suaminya. Mereka semua menipu dia hidup-hidup meskipun mengakui sebagai teman baiknya. Myungseok jugalah yang memaklumkan kepada Taeoh bahawa isterinya seperti sudah dapat menghidu kecurangannya selain memberi kemas kini waktu pulang Sunwoo hampir setiap hari.
Dokyeong dan Taeoh juga dalam diam memegang tangan masing-masing meskipun berada di tempat umum. Lagi pula, Dokyeong meminta kekasihnya itu supaya meninggalkan Sunwoo selain melakukan adegan intim yang dalam diam sebenarnya telah dirakam oleh seorang lagi pesakit Sunwoo iaitu Dongshik. Sunwoo jadi tak tentu arah apabila perempuan simpanan suaminya telah datang ke tempat kerjanya untuk mendapatkan rawatan. Mengejutkan apabila gadis itu kini sedang mengandung dan dia semakin kecewa dengan aturan hidupnya.



RESEPI : SAMBAL TELUR PECAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera

RESEPI : SAMBAL TELUR PECAH



RESEPI, RESEPI MUDAH, MENU BERBUKA PUASA, MENU BERSAHUR, SAMBAL TELUR PECAH, SAMBAL TELUR HANCUR, SAMBAL

BAHAN-BAHAN
  • minyak masak
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Air asam jawa
  • Belacan
  • Garam/gula
  • Air
  • Telur

CARA-CARA


RESEPI, RESEPI MUDAH, MENU BERBUKA PUASA, MENU BERSAHUR, SAMBAL TELUR PECAH, SAMBAL TELUR HANCUR, SAMBAL

1. Blendkan cili kering, bawang putih 

2. Panaskan minyak, dan masukkan bahan-bahan yang diblend tadi . Masak  sambal tersebut sehingga betul-betul masak.

3. Masukkan sedikit gula , garam ,air asam jawa dan juga sedikit belacan, masak sebati sehingga sambal pecah minyak


RESEPI, RESEPI MUDAH, MENU BERBUKA PUASA, MENU BERSAHUR, SAMBAL TELUR PECAH, SAMBAL TELUR HANCUR, SAMBAL

4. Pecahkan telur ke dalam kuah sambal dan masukkan sedikit air

5. Kacau-kacau bahagian putih telur sehingga nampak sedikit hancur, biar sebati dengan kuah




6. Dah siap ! Sambal telur pecah . Pecah telur iku citarasa korang macam CCL hanya hancurkan telur putih sahaja, telur kuning dibiarkan separuh masak .

Selamat mencuba

WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH PERLIS

WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 BAGI NEGERI SELANGOR