Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI KUIH KASIDAH BERSAMA BAWANG GORENG Memandangkan musim PKP ni ,memang kena cari kerja untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumahkan . Scroll di wall fb ternampak pulak kuih kasidah ni . Alahai lamanya tak makan . Cari-cari resepi kuih kasidah ni ok mudah juga. Bahan-bahan pun semua ada je kat dapur . Ini first time CCL nak try buat kuih kasidah ni ikut resepi yang diberi .
Alhamdulillah, mudah juga rupanya resepi ni.bahan-bahan pun tak banyak .part yang paling mencabar ialah part kacau adunan tersebut di atas api . Memang tak boleh tinggal , kena start kacau sehinggalah adunan menjadi pekat.make sure keadaan api kena pelahan je tau .
So korang yang tak pernah mera kuih kasidah.boleh la follow resepi kat bawah yer .
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 ulas bawang besar @ bawang merah
- Minyak
- Garam
Cara-cara
Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan bawang yang telah dihiris halus.
Bawang goreng yang sudah siap digoreng
Masukkan 2 cawan tepung, 3 cawan air, 1/2 cawan gula dan sedikit garam blend sehingga sebati . Selepas semuanya sebati tapis adunan tersebut supaya dapat asingkan adunan yang berketul-ketul
Masukkan adunan tersebut didalam kuali dengan api yang perlahan, kacau rata sehingga adunan tersebut nampak pekat macam dalam gambar.
Adunan yang telah siap dikacau sehingga pekat tadi dimasukkan ke dalam loyang .sebelum tu sapukan sedikit minyak kedalam loyang tersebut dan masukkan acuan tadi ke dalam loyang dan ratakan.sapukan sedikit minyak diatas kasidah dan taburkan bawang goreng di atasnya .
Biarkan kasidah sejuk barulah boleh dipotong supaya kasidah membentuk dengan elok .
Selamat mencuba !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SINOPSIS DRAMA AKASIA : IRONI KASIH Nantikan drama bersiri Ironi Kasih di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Fauziah Ahmad Daud , Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana dan Fizz Fairuz. Drama terbitan Wira Nusa Production, arahan Nazir Jamaluddin. Bakal menemui penonton bermula 2 April 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3
JUDUL : IRONI KASIH
EPISOD : 15 episod
TAYANGAN : 2 hingga 22 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal, Mama Bella
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
PRODUKSI : Wira Nusa Production Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Ramona Zamzam, Afifah Nasir, Syafi Tee DFKL, Sarah Malisa DFKL, Ogy Ahmad Daud, Nazia Mustafa
WATAK PELAKON
Intan Najuwa sebagai Kasih
Aqasha sebagai Johan
Intan Ladyana sebagai Emilia
Fizz Fairuz sebagai Noh
Isaac Iman sebagai Danish
Ramona Zamzam sebagai Suri Athirah
Afifah Nasir sebagai Maya
Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Salmah
SINOPSIS IRONI KASIH
Kasih yang pada awalnya bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan telah digaji untuk menjadi pengasuh kepada anak Johan dan Emilia. Kasih menjalankan tugasnya dengan baik, mereka menjadi semakin mesra. Emilia bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka. Namun hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Noh. Johan yang merasa tercabar terus menceraikan Emilia. Rupa-rupanya Kasih amat gembira di atas penceraian. Apakah muslihat Kasih yang sebenarnya?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang dapat membantu semua lapisan rakyat di negara Malaysia yang ketika ini dilanda wabak covid-19
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada
RM128 bilion disalurkan untuk. melindungi kebajikan rakyat
RM100 bilion untuk menyokong
perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS)
- RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
- RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.
Bantuan Prihatin nasional untuk golongan M40
- RM1600 meliputi 4 juta isi rumah dengan gaji bawah 4000. Pembayaran RM1000 pada April 2020 dan RM600 pada Mei 2020
- RM1000 kepada isi rumah berpendapatan RM4000-RM800 . Pembayaran RM500 pada April 2020 dan RM500 pada Mei 2020
- RM800 untuk individu bujang berumur 21tahun ke atas dengan gaji RM2000 kebawah. Pembayaran RM500 pada April 2020 dan RM300 pada Mei 2020
- RM500 untuk individu bujang dengan gaji RM2000-RM4000 . Pembayaran RM250 pada April 2020 dan pada Mei 2020
Senarai bantuan COVID-19 untuk rakyat
- Penangguhan bayaran balik MARA, PTPTN, dan pinjaman bank
- Diskaun bil elektrik selama 6bulan
- Pengeluaran KWSP akaun 2 sebanyak RM500
- Bantuan khas PERKESO sebanyak RM600
- Bantuan khas agensi pengurusan bencana
- Bantuan JKM dipercepatkan
- Bantuan zakat negeri
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
SEGMEN BLOGLIST 2020 BY IBUCIDA
Tekan link kat banner untuk join
Syarat
- Follow blog Ibucida
- Update entri mengenai segmen ini
- Drop url peserta di kotak komen
Syarat pun mudah kan ..ayuhh join .
Tarikh tamat segmen ini pada 31MAC 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera
KES KEMATIAN KE-18 COVID-19 DI JOHOR Kes kematian ke-18 merupakan kes ke-1625, lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor pada 20 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 2.00 pagi.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
DIY TOPENG MUKA DARI TISU BASAH MUDAH DAN JIMAT Sejak-sejak COVID-19 melanda beberapa negara , tak ketinggalan juga Malaysia turut terkena tempias virus tersebut . makin hari jumlah yang terkena COVID-19 semakin meningkat . Jumlah kematian akibat virus COVID-19 semakin meningkat .Apa yang seluruh rakyat negara patut jalankan tanggungjawab masing-masing adalah "stay at home " . untuk elakkan diri masing- masing terkena jangkitan virus COVID-19
Langkah pencegahan virus COVID-19
- sentiasa memakai hand sanitizer sebelum memegang sesuatu barang
- memakai penutup mulut dan hidung ketika menjalan sebarang tugas mahupun keluar ke tempat lain
- sentiasa mencuci tangan
- menjauhkan jarak 1meter dari orang sekeliling
so sekarang rata-rata orang mencari 'hand sanitizer" dan juga "face mask" sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan wabak virus COVID-19 tersebut . tapi sekarang dalam perintah kawalan mana nak cari barang-barang tersebut . Rata-rata tempat barang-barang tersebut kehabisan stock . Ada yang terpaksa pre-order barang-barang tersebut dalam tempoh 2 minggu .
Ada juga segelintir penjual yang mengambil kesempatan untuk menjual hand sanitizer yang "fake" tidak memberi apa-apa pelindungan kepada pemakai . Ada juga yang menjadi scammer menjual facemask dan hand sanitizer ,pembeli beria-ria membeli dengan harga yang ditetapkan , tiba-tiba penjual tersebut diam tidak menghantar barang tersebut . Tak cukup dari tu ada juga yang menjual barang terbut dengan kadar harga yahudi , terlalu mahal . Tolonglah , sekarang semua orang perlukan barang tersebut untuk pelindungan mereka . janganlah ambil kesempatan disaat genting macam ni. fikirlah nyawa mereka jangan pentingkan nilai keuntungan semata-mata .
Disebabkan kehabisan stok facemask , malas nak preorder bagai ! So CCL DIY face mask dari tisu wet . mudah dan jimat .
bahan-bahan
- tisu basah
- getah
- clip paper
- stapler
cara DIY face mask dari tisu basah
- CCL menggunakan 2keping tisu basah cukup untuk ketebalan tersebut. 2 keping tisu dilipat panjang menyerupai bentuk kipas , make sure tisu tersebut sudah kering sedikit .
- kepilkan getah di kiri dan kanan menggunakan stapler, adjust panjang getah tersebut mengikut keselesaan pemakai.
- disebabkan CCL pakai tudung so, untuk memudahkan mask tersebut dipakai buang , so CCL kelipkan getah tadi bersama clip paper .
taraaa . dah siap ! mudah dan jimat kan .