Assalamualaikum dan salam sejahtera
KES KEMATIAN KE-18 COVID-19 DI JOHOR Kes kematian ke-18 merupakan kes ke-1625, lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor pada 20 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 2.00 pagi.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
DIY TOPENG MUKA DARI TISU BASAH MUDAH DAN JIMAT Sejak-sejak COVID-19 melanda beberapa negara , tak ketinggalan juga Malaysia turut terkena tempias virus tersebut . makin hari jumlah yang terkena COVID-19 semakin meningkat . Jumlah kematian akibat virus COVID-19 semakin meningkat .Apa yang seluruh rakyat negara patut jalankan tanggungjawab masing-masing adalah "stay at home " . untuk elakkan diri masing- masing terkena jangkitan virus COVID-19
Langkah pencegahan virus COVID-19
- sentiasa memakai hand sanitizer sebelum memegang sesuatu barang
- memakai penutup mulut dan hidung ketika menjalan sebarang tugas mahupun keluar ke tempat lain
- sentiasa mencuci tangan
- menjauhkan jarak 1meter dari orang sekeliling
so sekarang rata-rata orang mencari 'hand sanitizer" dan juga "face mask" sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan wabak virus COVID-19 tersebut . tapi sekarang dalam perintah kawalan mana nak cari barang-barang tersebut . Rata-rata tempat barang-barang tersebut kehabisan stock . Ada yang terpaksa pre-order barang-barang tersebut dalam tempoh 2 minggu .
Ada juga segelintir penjual yang mengambil kesempatan untuk menjual hand sanitizer yang "fake" tidak memberi apa-apa pelindungan kepada pemakai . Ada juga yang menjadi scammer menjual facemask dan hand sanitizer ,pembeli beria-ria membeli dengan harga yang ditetapkan , tiba-tiba penjual tersebut diam tidak menghantar barang tersebut . Tak cukup dari tu ada juga yang menjual barang terbut dengan kadar harga yahudi , terlalu mahal . Tolonglah , sekarang semua orang perlukan barang tersebut untuk pelindungan mereka . janganlah ambil kesempatan disaat genting macam ni. fikirlah nyawa mereka jangan pentingkan nilai keuntungan semata-mata .
Disebabkan kehabisan stok facemask , malas nak preorder bagai ! So CCL DIY face mask dari tisu wet . mudah dan jimat .
bahan-bahan
- tisu basah
- getah
- clip paper
- stapler
cara DIY face mask dari tisu basah
- CCL menggunakan 2keping tisu basah cukup untuk ketebalan tersebut. 2 keping tisu dilipat panjang menyerupai bentuk kipas , make sure tisu tersebut sudah kering sedikit .
- kepilkan getah di kiri dan kanan menggunakan stapler, adjust panjang getah tersebut mengikut keselesaan pemakai.
- disebabkan CCL pakai tudung so, untuk memudahkan mask tersebut dipakai buang , so CCL kelipkan getah tadi bersama clip paper .
taraaa . dah siap ! mudah dan jimat kan .
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
KERABU TAUGEH BERSAMA BUNGA BETIK, PUCUK KADUK DAN JANTUNG PISANG Hari ni hari kelima perintah kawalan kuarintin " stay at home " . Duduk rumah je. Pagi tadi jenguk-jenguk tepi rumah nampak pulak bunga betik kemain banyak .mula laihh idea ni timbul dalam fikiran "kalau direbus sedap jugak ni , buatkan dengan air asam ikan rebus " auchhh tambah berpinggan nasi tu .
Jenguk sana pulak nampak jantung pisang dengan pucuk kaduk ..huhh mula terbayang kalau buat kerabu pun sedap ni . Kutip-kutip bunga betik, jantung pisang dengan pucuk kaduk .
Ok plan nak buat kerabu . Mula geledah dalam peti ais , eh ! Ada taugehh laa . Maka jadilahh kerabu campuran ..
Bahan-bahan
- Taugeh
- Bunga betik
- Jantung pisang
- Pucuk kaduk
- Cili padi
- Santan
- Kerisik
- Gula dan garam
- Bawang besar
- Belacan
- Air limau nipis/ air asam jawa
Cara membuat
1. Rebuskan bunga betik dan jantung pisang agar dia layu .
2. Celur taugeh dan pucuk daun kaduk hanya sekejap sahaja
3. Asingkan bunga betik dari tangkai dan potong jantung pisang .
4. Satukan bahan yang direbus dan dicelur tadi ke dalam satu bekas .
5 . Kisar bawang merah, cili dan juga belacan . Bahan yang telah siap dikisar dimasukkan ke dalam bahan yang siap direbus dan dicelur tadi .
6. Masukkan santan, kerisik,air limau nipis, gula dan garam secukup rasa dan gaul rata .
Siap .
Selamat mencuba
Assalamualaikum dan salam sejahtera
KEMATIAN KETIGA COVID-19 DI MALAYSIA DICATAT DI SABAH Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.
Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.
Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
KEMATIAN KEDUA COVID-19 DI MALAYSIA DI CATAT DI JOHOR Seorang lelaki warganegara Malaysia yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling menjadi mangsa kedua meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19.
Mangsa berusia 34 tahun yang merupakan kes ke-178 mula mengalami gelaja demam mulai 5 Mac 2020.
Beliau mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020