TEMPLATE BLOG CIKCAPPUCCINOLATTE BERWAJAH BARU


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 





TEMPLATE BLOG CIKCAPPUCCINOLATTE BERWAJAH BARU  | Dah tiga hari kita semua melangkah ke tahun baru 2018 , syukur Alhamdulillah Allah swt masih panjangkan umur kita semua, masih lagi terus bernafas , masih lagi buka mata boleh lihat keindahan dunia . Syukur tak terhingga. Rasanya belum terlambat untuk CCL ucapkan ' Happy New Year 2018 & Selamat Menyambut Tahun Baru 2018 ' . CCL doakan semua berada dalam kalangan hamba Allah yang baik , sentiasa berjaya di dunia dan di akhirat , dan sentiasa sukses selalu . 

Alhamdulillah azam tahun 2017 , banyak jugak yang tercapai dalam wishlist walaupun tak semua , selebihnya yang tak sempat nak capai CCL akan carry forward ke azam tahun 2018 serta tambahkan azam yang baru .




Sempena tahun baru 2018 ni , bukan sahaja azam je baru , template blog pun kenalah baru . Barulah rasa bersemangat nak teruskan blogging ni . So langkah pertama untuk segarkan balik blog CCL ni sempena tahun 2018 adalah dengan menukar template blog , sebenarnya jarang sekali CCL tukar template blog ni , sebabnya tak pandai sangat bab - bab coding blog  , tapi kali nih blog CCL di designkan oleh rakan blogger CCL iaitu SIS HAWA . 

Sebenarnya template kali ini disponserkan oleh blogger POKUCU dan didesign oleh SIS HAWA  .Kenapa dan bagaimana blogger POKUCU boleh sponser template blog untuk CCL , korang boleh terjah entri INI dan INI.  Dah baca kan ? Ok terima kasih . 




Kalau korang nak kenal blogger Pokucu , boleh lah singgah ke blog beliau DI SINI . Memang tak jemu kalau singgah blog Pokucu, sebabnya pelbagai entri yang berinformasi korang boleh dapat diselitkan dengan entri- entri yang tak membosankan apabila membaca . 

Berbalik kepada template blog , Sepanjang berblogger ni , template dan tema blog ni mesti wajib ada warna pink , kalau tak pink terang, warna pink pudar . Kalau tak banyak , sikit pun tercalit jugak warna pink . Blog dan pink macam tak boleh pisahkan pulak , hakikatnya warna kegemaran CCL bukanlah pink . Blog ni haa nak sinonim sangat dengan warna pink ,untuk template tahun baru 2018 ni , CCL  request pada Sis Hawa untuk memilih tema coklat ala- ala cappuccino sikit . Nak susunan template yang kemas, soft color dan sedap mata memandang dan yang paling penting mesra SEO . 

Alhamdulillah , setelah bagi detail serba - sedikit gambaran template baru pada Sis Hawa untuk blog CCL ni , CCL bagi penuh kepercayaan untuk Sis Hawa makeoverkan blog , setelah selesai Sis Hawa pasang template baru , godek coding html sikit- sikit , CCL pulak rasa tak sabar nak tengok blog sendiri . alhamdulillah hasilnya macam korang lihat sekarang , susunan blog CCL sekarang lebih teratur . Akhirnya penangan makeover dari Sis Hawa sekali gus melupuskan warna pink dalam blog CCL .hehe .  CCL amat berpuas hati dengan hasil kreativiti Sis Hawa. Diharapkan pemasangan template blog yang baru ni sekaligus CCL dapat apply adsense semula . InsyaAllah . 

Rasanya rakan blogger  yang CCL kenal dan selalu CCL singgah blog diorang , rata- rata memang banyak dah gunakan perkhidmatan makeover blog dengan Sis Hawa , design-design pun meletup - letup belaka . Rambang mata dibuatnya bila tengok , semua cantik . Sis Hawa bukan sekadar makeover blog , beliau juga ada buat perkhidmatan makeover watermark , logo, header blog dan facebook header 




Kepada korang yang tengah mencari template blog idaman yang cun melecun  boleh la cuba perkhidmatan design blog dari SIS HAWA . 




4 KESILAPAN BESAR PENGGUNA SEMASA MEMBELI ACTION KAMERA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 




4 KESILAPAN BESAR PENGGUNA SEMASA MEMBELI ACTION KAMERA  Biasa la, orang nak ada action camera kita pon nak ada jugak, "eh best la dia tu pergi bercuti menyelam pakai kamera kecit je, kalis air plak tu" Memang la best cik hakak dan  cik habang, tapi jangan main beli je, Cuba baca apa yang ingin CCL kongsikan , kesilapan kesilapan yang biasa pengguna buat sebelum nak beli



tips membeli gopro , tips membeli action kamera , action kamera yang bagus , gopro yang tahan lama , tips memilih action kamera , cara penggunaan gopro , action kamera , tips travel ,


1. TAK RESEARCH PASAL BRAND
tak dinafikan berlambak jenis kamera ade kat dalam pasaran, kalau rajin sikit bole baca review bertulis atau video tentang kamera aksi yang bakal korang beli tu. Lain jenama, lain kualiti, lain juga layanan lepas jualan, nak puas hati beli dari jenama yang dah bertapak lama, ade ramai pengguna, jadi kalau ade masalah senang nak cari rujukan. Simple!



2. ASE MURAH JE ON
pantang nampak harga murah , pantang nampak sale kaw - kaw diskaunnya .ni lagi satu masalah ngeri, asal  nampak murah je, haa ni la yang terbaik sekali! murah, gambar and video tiptop! ade ke? dah beli pastu nyesal tak sudah, terus rasa macam "baik aku amek gambar guna phone lagi clear" haha, ade sebab kadang-kadang sesuatu kamera aksi tu mahal, dari segi spesifikasi dalaman yang bermutu dan dari segi features yang canggih dan lain lain, so kene bijak memilih!



3. TAKTAU FEATURES
ada kamera aksi yang features dia paduuuu beb! ada yang biasa biasa, dah features pon gempak harga mesti mahal, tapi tengok juga.. pastikan features dalam kamera aksi yang gempak tu berguna untuk aktiviti korang. contoh features : EIS/Gyro Antishake kegunaan untuk kurangkan gegar video, tapi kalau korang gune untuk selfie je baik cari kamera yang takda features tu, boleh jimat sikit. Lagi contoh macam 4K Video, kalau da 4K mesti la makan memory space banyak, pastu nak play kat laptop pon senggugut laptop tu nak play, dah dimarah plak seller asal aku beli kamera 4K takley record 4K?? Ko rase!?



4. MALU BERTANYA
haaa ni la paling ajaib sekali,sikap sesetengah manusia kita ni sifat  malu bertanya.tak cakap korang aje , kadang-kadang CCL pun ada sifat sebegitu rupa lumrah , tapi dalam bab-bab nak memilih barangan ni CCL nasihatkan korang kena rilex je  PM korang nak bertanya semua tentang kamera aksi.. dah biasa da korang survey survey pastu beli kat tempat lain haha, tapi tak apa, ilmu yang bermanfaat harus dikongsi bersama, so kalau berkenan nak mencuba kamera aksi, masih blur2 sotong taktau nak pilih mana, harap entri CCL kali ni boleh hilangkan blur - blur korang . 

BESTNINE CARA MUDAH CHECK GAMBAR PALING BANYAK LIKE DI INSTAGRAM SEPANJANG TAHUN 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 

BESTNINE CARA MUDAH CHECK GAMBAR PALING BANYAK LIKE DI INSTAGRAM SEPANJANG TAHUN 2017  Bestnine ? korang pernah dengar tentang bestnine  ? bestnine adalah salah satu laman web di mana ia akan menunjukkan ranking likes tertinggi melalui  laman sosial media Instagram . Bestnine ini akan memilih 9 ranking yang mempunyai likes tertinggi sepanjang tahun . Alang - alang sekarang sudah pun di punghujung tahun 2017 jum la kita check ranking like gamabr - gambar yang korang upload di laman sosial media instagram yang mendapat jumlah likes paling tertinggi , dengan adanya Bestnine ni memudahkan korang , tak payah terjah satu - satu gambar untuk cari . 

caranya cukup mudah . 

1. korang klik https://2017bestnine.com/ ( macam gambar yang tertera dibawah ) 



bestnine , bestnine instagram , apa itu bestnine , apps bestnine , cara mudah check bestnine , instagram ,


2. Langkah yang kedua ,korang masukkan INSTAGRAM ID korang dengan ejaan yang betul dan klik GET

3. Tunggu beberapa minit untuk bestnine ni menilai likes - likes tertinggi korang . dan hasilnya ...taraaaa !!!

nampak tak , ini antara Bestnine photo instagram yang mempunyai likes yang tertinggi  . Thanks you all yang sudi singgah wall instagram CCL dan hadiahkan love pada setiap gambar  , tanpa korang tak mampu dapat like banyak - banyak tau . 


bestnine , bestnine instagram , apa itu bestnine , apps bestnine , cara mudah check bestnine , instagram ,
korang yang masih belum follow CCL di laman sosial media Instagram CCL boleh la terjah  https://www.instagram.com/irryanna/ dan follow , kalau rajin tue sumbangkan sedikit like , CCL sentiasa like back dan komen-komen gambar korang . ibarat win-win situation gitu 

bestnine korang macam mana ? dah check belum ?

TIPS PEMAKAIAN SERUM DENGAN BETUL


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

TIPS PEMAKAIAN SERUM DENGAN BETUL Apa itu Serum dan Kebaikan Serum?Serum adalah produk yang mampu merawat kulit dan mampu melembabkan kulit dengan bahan-bahan yang kuat.Kebaikan serum Serum mengandungi molekul kecil yang dapat meresap ke dalam lapisan kulit terdalam dan membawa bahan aktif dengan tindakbalas yang cukup efektif.Berkat kemampuannya untuk meresap secara menyeluruh, serum dapat dijadikan alat paling efektif untuk mengatasi masalah pada kulit seperti kedutan dan sebagainya.


Pemakaian serum bermanfaat untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, sehingga sel-sel kulit mati akan digantikan dengan lapisan kulit haru dan menjadikan kulit muka lebih halus lembut dan bersinar serta bebas dari masalah kedutan. Serum juga bertindak lebih kuat dari pelembab kerana bahannya bersifat mudah meresap dan dapat membantu meningkatkan produksi kolagen pada kulit, sehingga kulit muka menjadi lebih anjal, segar serta selalu nampak awet muda. Serum muka juga sesuai dipakai bagi anda yang suka memakai mekap kerana kandungan serum boleh membuatkan kulit muka kelihatan lebih flawless ketika mengenakan mekap.

tips kecantikkan . serum , apa itu serum , cara pakai serum , pentingnya serum , kelebihan serum untuk kulit ,


Cara Menggunakannya:
1.Kebaikan serum serum digunakan sebanyak dua kali sehari. Serum adalah produk pertama yang sebaiknya terapkan di kulit muka setelah membersihkan muka.

2.Terapkan serum dengan menggunakan satu atau dua jari sahaja. Kawasan yang penting seperti bawah mata tidak boleh diketepikan daripada pemakaian serum. Apatah lagi, jika anda tidak menggunakan krim mata.

3.Pastikan titik-titik serum harus tepat supaya merata ke seluruh bahagian muka. Selain itu, jangan lupa pakai serum sehingga ke bahagian leher.

4.Cara pemakaian serum yang betul, 30 minit sebelum tidur supaya ia meresap ke dalam kulit dan tidak melekat pada bantal dan sebagainya ketika anda terlelap.


Antara Kebaikan Serum Kecantikan Muka:
✔Membuat struktur kulit lebih tegang dan anjal
✔Melembabkan kulit muka.
✔Menyamarkan kedutan pada muka hingga leher.
✔Mencegah penuaan semulajadi.
✔Menutrisikan kulit.
✔Memberikan sensasi kulit muka yang lebih bersinar dan cerah.
✔Menghaluskan serta mencerahkan warna kulit muka yang kusam.
✔Menghilangkan tompok-tompok hitam pada muka.


Kebaikan serum memang tiada tandingannya. Memakai serum secara rutin dapat membuatkan kulit muka kita lebih lembab dan dapat menyamarkan pelbagai macam tanda-tanda penuaan.

CARA MEKAP YANG BETUL & BAGI MEKAP TAHAN LAMA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Tipa mekap tahan lama, cara mekap yang betul, tips kecantikkan, tips makwup tak bercapuk, makeup kekal tahan lama,serum muka,pelembap muka, face primer, concealer, compact powder,loose powder, pemilihan foundation

CARA MEKAP YANG BETUL & BAGI MEKAP TAHAN LAMA Korang yang baru nak main main dengan alat makeup, baru nak belajar belajar makeup tu kan.
Penting untuk korang tahu step yang betul dalam bermekap supaya hasil nanti lebih kemas, lepas tu takde la bercapuk muka tu nanti.Jadi macam mana nak mula? Meh CCL share apa yang perlu 


(1) PELEMBAP
Pelembab penting kerana berfungsi melindungi kulit dari kotoran dan pencemaran di luar, serta melembapkan kulit.Pilih pelembap yang sesuai dengan kulit sama ada dalam bentuk water based, oil based


(2) SERUM & ESSENCE
Item ini depends kepada keadaan kulit korang.
Kedua dua produk ni banyak fungsinya terutama dari segi merawat kulit dari dalam.Kalau korang dah masuk 30-an, bawak-bawaklah pakai serum, kalau takut kulit cepat tua dan berkedut.


(3) PRIMER
Primer ni antara step penting yang tak boleh skip tau kalau nak mekap korang tahan lama.Bergantung kepada jenis primer yang korang guna, mekap akan bertahan berjam jam tanpa cair dan bercapuk. Primer  bertindak sebagai ‘base’ yang akan membuatan mekap ‘cling’ pada kulit lebih lama.


(4) CONCEALER
Concealer ni tak wajib kalau kulit korang cantik elok je, tapi kalau dah penuh dengan segala cela macam bekas parut jerawat, mata panda haruslah pakai concealer.Concealer ni pekat likat berbanding foundation, jadi apply sedikit jer pada tempat yang problem, dan blend sehingga cela tak kelihatan. Untuk korang yang jenis kulit cerah hingga kuning langsat boleh pilih concealer yang mempunyai tone kuning, untuk kulit sawo matang hingga gelap boleh pilih tone kemerahan.


(5) COMPACT / LOOSE POWDER
Tujuan utama powder ini adalah untuk kurangkan kesan lekit pada foundation khususnya foundation jenis cecair.Ia tak sama dengan jenis two-wayc cake,  sebab bedak kompak boleh digunakan sebagai foundation dan juga loose powder.Nak pakai ke tak nak, terpulang pada korang.


(6)PEMILIHAN FOUNDATION
Memilih foundation yang betul salah satu langkah penting untuk bagi mekap tahan lama.Pilih foundation yang betul berdasarkan jenis shades,  coverage, dan juga finishing yang tepat.Untuk nak bagi mekap tahan lama boleh pilih foundation yang berjenis long wearing


(7) SETTING/ MAKEUP SPRAY
Last step yang sangat penting, tapi ramai yang pandang remeh. Finishing spray ini bertindak sebagai final touch yang akan bantu ‘hold’ kesemua produk mekap yang telah diletak atas kulit. Fungsi finishing spray buat mekap nampak lebih glowing dan fresh. Korang boleh cari finishing spray yang boleh beri kelembapan pada kulit sekali. Untuk bagi mekap tahan lama dan tak bercapuk, yang sebaiknya kita jaga kulit dari dalam.


Step basic penjagaan kulit wajah seperti mencuci muka, pakai toner, serum, skrub dan pelembap adalah step wajib. Bila skin dah flawless automatik makeup pun lebih cantik.

PHOTO POLAROID MURAH DARI BLOGGER AZHAFIZAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera .



Photo polaroid, tutorial print photo polaroid, gambar polaroid murah, diy photo polaroid, cara mudah print gambar polaroid, polaroid, kertas glossy paper

PHOTO POLAROID MURAH DARI BLOGGER AZHAFIZAH  | Nak beli kamera polaroid mahal, tapi teringinkan gambar berbentuk polaroid. Tapi sekarang ni dengan teknologi yang seba canggih setiap orang tak perlu ada sebuah kamera polaroid untuk dapatkan gambar polaroid , kita kena lebih kreatif untuk dapatkan gambar polaroid. Caranya mudah untuk buat gambar polaroid dengan kos yang rendah dan murah. Ambil gambar menggunakan kamera biasa , atau kamera handphone, edit gambar dalam photoscape, adjust gambar jadi vintage or ikut saiz yag korang na, lepas tue korang boleh print atas kertas photo dengan saiz polaroid . Kalau tak pandai nak edit gambar atau malas nak leceh- leceh , sekarang ni banyak juga servis untuk buat ggambar polaroid . 

Hari ni CCL nak promote bisnes member a.k.a rakan blogger CCL . Dia ada buat bisnes gambar polaroid. Ingat lagi dulu kita biasa print gambar di kedai lepas habis ambil gambar satu roll film kamera, memang lagend sangat masa tu sekarang ni dah tak ada orang pakai film roll untuk ambil gambar, majoriti semua ambil gambar pakai digital kamera tak pun rata-rata CCL nampak semua orang pakai kamera handphone je sekarag termasuk CCL jugak . Kamera handphone lagi senang , mdah nak bawa dan boleh pilih gambar yang cantik- cantik 

Photo polaroid, tutorial print photo polaroid, gambar polaroid murah, diy photo polaroid, cara mudah print gambar polaroid, polaroid, kertas glossy paper

Disebabkan CCL dah lama tak print gambar , itu pun last print gambar zaman sekolah menengah dahulu . Baru- baru ni CCL tengok ramai yag terjebak dengan gambar polaroid ni . Dah menjadi trend remaja-remaja. CCL turut tidak melepaskan peluang memiliki 20keping gambar polaroid . Itu pun rezeki menang Giveaway dari blogger Azhafizah . 

Kualiti gambar polaroid dari blogger Azhafizah memang puas hati . Memang sangat berbaloi dengan hasi yang petig gambar kena jelas dan tak kabur barulah polaroid korang cantik dan comel. So korang yang suka jalan-jalan , travel ke merata tempat mesti banyak gambar kenangan yang korang ambilkan . Cuba bayangkan setahun lepas tue korang belek-belek album ada gambar kenangan korang kat tempat korang travel, mesti seronok. So jom lah berpolaroid dari simpan dalam handphone lagi cantik kalau korang print dalam bentuk polaroid yang comel 

Ciri-ciri photo polaroid 

> High Quality Glossy Paper
> gambar tak blurr
> 100% gambar tak pecah
> RM 0.80 / pcs
> Minimum print serendah 20pcs
> 200pcs dapat RM0.70/pcs
> saiz gambar 2R (6CM X 9CM)
> siap dalam 1-2 hari

Info lanjut boleh baca entri PRINT GAMBAR POLAROID MURAH


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/


SENARAI PEMENANG ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


ABK17, anugerah bola sepak kebangsaan 2017, senarai pemenang anugerah bila sepak kebangsaan 2017, keputusan anugerah bola sepak kebangsaan 2017

SENARAI PEMENANG ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 2017  Majlis penganugerahan Bola Sepak Kebangsaan 2017 berlangsung di One World Hotel Kuala Lumpur 


Anugerah mesra media  Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017)
- K.Thanabalan

 Anugerah pemain mudah harapan  Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017)
-Adam Nor Azlin 

 pemain import terbaik  Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017)
- Liridon krasniqi

 Pemain Paling Popular Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017) 
- Liridon Krasniqi

Anugerah komuniti  Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017)
- Sunny Shalesh

Anugerah Persahabatan  Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017)
- Cheong Jun Hoong 

 penyokong terbaik  Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017)
- Kedah 

 pasukan terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017)
- Kedah

Anugerah Kasut Emas  Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017)
- Ghuilherme  De Paula 

  Penjaga gol terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017)
- Ifwat Akmal

 Anugerah Pertahanan terbaik   Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017)
- Matthiew Davies

 Anugerah pemain tengah Terbaik   Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017)
- Baddrol Bakhtiar 

Anugerah  Penyerang Terbaik  Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017)
-  Shahril Fikri Fauzi

 Jurulatih Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017)
-  B Satiananthan

 pemain paling bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017)
- baddrol Bakhtiar


SEGMEN 24JAM BLOGLIST #28 MIALIANA.COM



Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2018 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2017, iaitu tepat jam 6.00 petang sehingga hari esok, 6.00 petang 20 Disember 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2017.



HOTPANTS JONLIVIA S+ PAKAIAN PALING SELESA KETIKA BERSENAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 




Hotpants, hotpants jonlivia, jonlivia, pakaian senaman, seluar dapat membakar lemak, seluar senaman jonlivia, seluar senaman terbaik, tips kesihatan,

HOTPANTS JONLIVIA S+ PAKAIAN PALING SELESA KETIKA BERSENAM  | Bila nak bersenam kenalah ada pakaian yang sesuai dengan aktiviti senaman korang . Bila korang dah berjaya memilih pakaian yang sesuai barulah korang boleh melakukan aktiviti senaman dengan lebih baik sekaligus dapat memberikan keselesaan kepada korang . Hakikatnya pemilihan pakaian yang sesuai juga dapat membantu wningkatkan prestasi diri sekaligis membuatkan tubuh rasa selesa terutama apabila korang berada dalam keadaan berpeluh . Sebelum memulakan aktiviti bersenam CCL amat titikberatkan pakaian yang sesuai . Apa kata korang cuba seluar senaman hotpants . Activpants Hotpants Jonlivia S+ . Hotpans ni seluar panas ke ? Haa memang panas pun sebab ianya panas sehingga membakar lemak-lemak dari paha betis dan pinggul .



Hotpants, hotpants jonlivia, jonlivia, pakaian senaman, seluar dapat membakar lemak, seluar senaman jonlivia, seluar senaman terbaik, tips kesihatan,

APA ITU HOTPANTS JONLIVIA S+ ? 
Jonlivia dengan bangganya memperkenalkan Activepants Hotpants. Seluar pelangsing popular yang diperbaharui dengan kaedah premieum. Jonlivia adalah jenama number satu yang terkenal dalam pengeluaran Healthy Active Lifestyle. Rekaan Hotpants Jonlivia berkualiti dan selesa untuk melakukan aktiviti bersenam. 



Hotpants, hotpants jonlivia, jonlivia, pakaian senaman, seluar dapat membakar lemak, seluar senaman jonlivia, seluar senaman terbaik, tips kesihatan,


FUNGSI HOTPANTS JONLIVIA S+

Hotpans Jonlivia S+ mampu membakar kalori jika korang selalu memakainya. Hotpants Jonlivia S+ juga berfungsi membantu dan mengawal haba dalam badan korang dengan baik semasa korang bersenam , bersukan dan berjalan . Ianya juga digunakan untuk membakar lebih banyak kalori dan mengekalkan air yang berlebihan dalam badan daripada kebiasaan.


CIRI-CIRI HOTPANTS JONLIVIA S+



Hotpants, hotpants jonlivia, jonlivia, pakaian senaman, seluar dapat membakar lemak, seluar senaman jonlivia, seluar senaman terbaik, tips kesihatan,

1.Hotpants Jonlivia S+ ni diperbuat 100% daripada genuine neoprene iaitu sejenis kain yang begitu elastik . Kain jenis ni adalah kain yang mudah menyerap haba dan menyerap peluh .Fabriknya juga lembut dan begitu elastik.



Hotpants, hotpants jonlivia, jonlivia, pakaian senaman, seluar dapat membakar lemak, seluar senaman jonlivia, seluar senaman terbaik, tips kesihatan,

2. terdapat poket kecil pada bahagian pinggang dalam Hotpants Jonlivia s+. So mudah la korang nak letak something dalam poket tersebut contohnya kad pengenalan , duit, lesen memandu dan juga kunci kereta . Adanya poket kecil ni memudahkan korang juga, time senaman ni rasa selamat sikit barang - barang yang tersimpan dalam poket . Tak macam seluar biasa yang longgar boleh buat barang jatuh pulak nanti . Korang juga boleh pilih sama ada nak ada yang poket kecil di dalam seluar ni ataupun memilih tidak ada poket. 




Hotpants, hotpants jonlivia, jonlivia, pakaian senaman, seluar dapat membakar lemak, seluar senaman jonlivia, seluar senaman terbaik, tips kesihatan,

3.Hotpants Jonlivia s+ direka khas dengan lapisan pada struktur seluarnya .Selain daripada dua lapisan pada pinggul yang menjadikan Hotpants Jonlivia ni tak mudah koyak  dan jugak tak mudah kembang walaupun korang memakainya berulang kali . Hotpants ni juga memiliki ketebalan 25mm dan ianya amat berkualiti . 




Hotpants, hotpants jonlivia, jonlivia, pakaian senaman, seluar dapat membakar lemak, seluar senaman jonlivia, seluar senaman terbaik, tips kesihatan,

4. Jahitan pada seluar ni juga cukup kemas. Flat lock seam jahitan yang rata dan tak akan menyebabkan  seluar ini terkoyak walaupun korang melalukan aktiviti yang begitu lasak . 



Hotpants, hotpants jonlivia, jonlivia, pakaian senaman, seluar dapat membakar lemak, seluar senaman jonlivia, seluar senaman terbaik, tips kesihatan,

5. Bagi korang yang nak memiliki Hotpants Jonlivia ni tak perlu risau tentang saiz sebabnya Jonlivia ini mengeluarkan pelbagai saiz dari saiz xs- 4xl . 



KEISTIMEWAAN HOTPANTS JONLIVIA s+

Hotpants ini mempunyai inner layer yang dapat mengekalkan suhu badan. Jenis kain yang digunakan juga memberikan kesan pengudaran yang baik. Fabrik yang berudara bebas . Walaupun  mempunyai empat lapisan material seakan nampak tebal dan individu yang memakai akan nampak selesa


Hotpants, hotpants jonlivia, jonlivia, pakaian senaman, seluar dapat membakar lemak, seluar senaman jonlivia, seluar senaman terbaik, tips kesihatan,

Empat lapisan material :-

Lapisan pertama : Fabrik luar 
Lapisan kedua : fabrik neoheat yang berprestasi tinggi
Lapisan ketiga :: fabrik dalaman yang  bersifat penyerapan haba
Fabeik keempat : fabrik yang berudara khas 


KELEBIHAN HOTPANTS JONLIVIA S+



Hotpants, hotpants jonlivia, jonlivia, pakaian senaman, seluar dapat membakar lemak, seluar senaman jonlivia, seluar senaman terbaik, tips kesihatan,



● membantu menghilangkan lemak di bahagian perut dan mengecilkan paha
● membentuk pembakaran lemak dengan lebih pantas lam aktiviti harian mahupun senaman
● membantu korang berpeluh secara efektif
●rekaan neoheat membolehkan meningkatkan suhu badan dan mengalakkan  korang berpeluh
● menyerap peluh tapi kekal kering di luar tanpa sebarang kesan peluh 
● mudah melakukan regangan dalam aktiviti senaman
● rekaannya boleh disesuaikan dengan apa jenis pakaian .


bagi korang yang berminat nak mencuba hotpants jonlivia ni . boleh dapatkan maklumat lanjut di bawah :-


Facebook : Jonlivia
Instagram : @jonlivia

4 TIPS TAMBAH KOLEKSI PAKAIAN TANPA MEMBAZIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 

4 TIPS TAMBAH KOLEKSI PAKAIAN TANPA MEMBAZIR  | Selain musim cuti sekolah,Disember juga cukup sinomin sebagai bulan berbelanja . Sebab apa CCL cakap bulan Disember sebagai bulan belanja ? Banyak buti di pusat beli-belah mengadakan promosi Y.E.S ( Year End Sale ) sebagai jualan hujung tahun dengan tawaran harga hebat. Sekaligus akan mempengaruhi korang untuk berbelanja dan kalau tak pandai kawal nafsu berbelanja , sah-sah ada yang membeli di luar kemampuan . So penting tau ukur baju tu di badan sendiri bukan badan orang lain , jangan terikut- ikut dengan trend dan jangan terikut-ikut dengan orang yang lebih berkemampuan kalau kita sendiri tak mampu nak berbelanja sebegitu banyak. 

Siapa cakap, kalau tak ikut trend kita akan ketinggalan zaman dek fashion-fashion yang keluar dek goreng pisang hangat gitu , siapa cakap kalau tak ikut trend kita tak boleh dressing segak-segak , smart- smart gitu kan . Sebenarnya ada cara untuk tambah koleksi pakaian korang dalam almari tue .. tanpa perlu membazir .. 

bijak berbelanja, bundle, koleksi pakaian, pakaian bundle, tips jimat berbelanja, Tips tambah koleksi pakaian tanpa membazir, trend pakaian,


JANGAN MALU BELI PAKAIAN BUNDLE
dulu wujud segelintir golongan yang anggap bundle ni sebagai golongan low class. Tapi kini siapa sangka disebaliknya  lebih ramai remaja diluar sana cenderung membeli baju ,seluar dan barangan terpakai sebagai salah satu cara untuk jimat. Bukan tue saja peminat-peminat bundle juga semakin berkembang maju.dengan kewujudan festival tahunan yang menghimpunkan pengumpul dari seluruh negara. So tak hairanlah kalau ada antara pakaian  bundle yang dijual dengan harga tinggi kerana pakaian tersebt berstatus vintage. So jangan malu untuk membeli di bundle dan menjadikannya sebagai port berbelanja .. 

TUKAR BAJU DENGAN ADIK-BERADIK
bertukar baju juga salah satu kaedah untuk tambah koleksi pakaian korang tanpa rasa membazir dan tanpa berbelanja . Jimat kan , tapi berganrung kepada korang juga . Kalau rasa selesa boleh saja cuba cara ni . Lebih menjimatkan,  tapi make sure sebelum nak tujat baju dengan adik-beradik mestilah saiz badan yang sana. Barulah rasa selesa bila pakai. 

BIJAK BANDINGKAN HARGA
tak salah kalau korang ada simpanan lebih nak berbelanja di butik pakaian dalam pusat beli-belah tapi CCL  nasihatkan supaya bijak banding harga. Ingat bukan semua pakaian dijual dengan harga diskaun. So korang perlu ambil masa untuk mencari pakaian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan duit poket ya . Jangan pula tergoda dengan tawaran garga runtuh terus aje beli tak fikir nak banding harga dengan butik-butik lain.

BELI SECARA DALAM TALIAN 
Jadikan platform jual beli atas talian atau lebih mudah sebagai online shopping sebagai salah satu cara terbaik untuk korang berbelanja , sebabnya kadang kala ada harga lebih murah berbanding di butik . Pikihan juga lebih banyak dan menarik cuma korang kena membayar kos pakaian dan koa penghantaran kepada penjual dan tunggu saja barang yang dipesan tiba di rumah . Mudah dan tak perlu bersusah payah. 

COMEBACK GIVEAWAY BY RAYDAH ALHABSYI


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 




The rules are simple (Malaysian's only):

1. Follow my BlogGoogle+ & Instagram. (This one is compulsory)
2. Create an entry titled "Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi"
3. Copy the banner and backlink to this entry.
4. Don't forget to leave your link in the comment below. I'll be sure to visit each one of you. ^^

1 lucky winners will be chosen randomly using True Random Number Generator. List of participants will be updated soon. Feel free to join everyone. If there's a big number of participants I might consider to add more lucky winners. Who knows? hehe Mmuah


Gift
The lucky winner will get to choose
 a jar of Organic Hair Removal by Norah

Ends on 20 december 2017 

SEGMENT: INCREASE YOUR FOLLOWERS


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

SEGMENT: INCREASE YOUR FOLLOWERS



Rules:
  • Follow blog ini *wajib
  • Follow semua peserta segmen. List akan diupdate dari masa ke semasa.
  • Tulis entry yang bertajuk Segment: Increase Your Followers by Que
  • Letakkan banner dan backlink kan ke sini.
  • Letak blog ID di entry.
  • Letak link entry beserta anda di ruangan komen.
  • Segmen ini akan tamat pada 13 Jan 2018

ID BLOG 4752697300844579790


RESEPI : IKAN BAWAL MASAK SOS CILI THAI


Assalamualaikum dan salam sejahtera .



gambar ikan bawal, harga ikan bawal, Ikan bawal goreng, ikan bawal hitam, ikan bawal putih, ikan bawal sos cili thai, resepi ikan bawal, resepi ikan bawal goreng, resepi masakan,


RESEPI : IKAN BAWAL MASAK SOS CILI THAI  | Ada antara korang disini penggemar ikan bawal ? CCL salah sorang pengemar ikan bawal , Ikan bawal memang sedap kalau di goreng garing makan panas- panas . Terliur bukan . Selalunya CCL akan goreng garing aje , tapi hari ni CCL nak bagi menu ikan bawal ni menarik sikit .

Follow resepi di bawah


gambar ikan bawal, harga ikan bawal, Ikan bawal goreng, ikan bawal hitam, ikan bawal putih, ikan bawal sos cili thai, resepi ikan bawal, resepi ikan bawal goreng, resepi masakan,



BAHAN- BAHAN


  1. ikan bawal
  2. Bawang merah 
  3. Bawang putih
  4. Bawang besar
  5. Sos cili thai 
  6. Garam
  7. Minyak masak
  8. Air
  9. Cili besar
  10. Daun bawang / daun ketumbar

CARA PENYEDIAAN

1.  Panaskan minyak . Tumis bawang merah bersama bawang putih yang telah ditumbuk sehingga nampak kekuningan .

2. Masukkan sos cili thai dan masukkan sedikit sahaja air agar sos tidak terlalu melekat ketika memasak. Kalau nak lebihkan kuah boleh masukkan lebih sedikit air. 

3. Masukkan sedikit garam secukup rasa , dan masukkan ikan bawal yang telah siap digoreng garing ke dalam kuah bersama bawang besar yang dipotong bulat , cili besar dan masukkan daun bawang ataupun daun ketumbar . 

4. Biar kuah tersebut disaluti pada ikan . Siap dan boleh dihidangkan . 

Anggaran bahan mengikut kuantiti ikan yang digunakan . 

Selamat mencuba . 

MYSTERY GIVEAWAY BY WWW.MYAFARISHA.COM

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Klik banner untuk join
Cara penyertaan:
  • Mesti menetap dalam Malaysia
  • Boleh pilih untuk join di blog atau di instagram atau kedua-duanya. Tapi, Mya akan pilih salah satu kalau nama terpilih untuk dua-dua penyertaan.
  • Untuk penyertaan blog, 
    • Mesti follow blog Mya dan instagram Mya
    • Like page Mya *untuk memudahkan komunikasi*
    • Buat entri dengan tajuk "Mystery Giveaway by www.myafarisha.com".
    • Copy and paste code yang diberikan di bawah ni dan publish.
    • Tinggalkan link entri dalam bahagian komen.
  • Untuk penyertaan instagram, boleh rujuk di post ini.
Hadiah:
  • Mystery box bernilai RM100 untuk setiap pemenang.
Tempoh:
  • Bermula 8 Disember 2017 sehingga 8 Januari 2018