Assalamualaikum dan Salam sejahtera
SYARAT-SYARAT SIMPLE
5. Buat entri bertajuk "Giveaway Comel By Syahirah Valiant" , letak banner di atas serta backlinkkan ke sini.
6. Dah siap? Letak link entri korang dekat komen ye ^^
Giveaway Date : 9 September 2017 - 9 October 2017
Nak join ? Klik banner di atas
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
RESEPI CILI JERUK TAHAN LAMA DAN RANGUP |Bagi penggemar cili jeruk, korang boleh cuba buat sendiri sebab cara yang nak CCL kongsikan ini sangat mudah! Ok, jom semak apa bahan yang diperlukan dan petua yang CCL gunakan.
Bahan-bahan:
●Cili hijau (ambil yang segar/keras)
●Gula
●Garam
●Cuka
Cara membuat
1. Pastikan cili hijau kering ye. Kalau lepas basuh dan tak larat nak tunggu lama, lap pakai tisu. Apa yang penting kering.
2. Bila dah kering, potong ikut suke ya. Nak cantik, pakai pisau yang betul-betul tajam. Lepas dah siap potong, jampi-jampi sikit. Eh, tampi bagi biji-biji dia keluar.
3. Masukkan dalam botol kaca ye, kalau botol lain saya tak jamin fresh.
4. Masukkan cuka sehinga 2/3 botol. Takyah bubuh penuh cukanya, nanti susah nak ceduk. Membazir pun ada.
5. Dah siap,tutupkan botol kaca tu, tunggang terbalikkan botol untuk sebatikan garam gula cuka.
6. Tada!!! dah siap,esok dah boleh makan. InsyaAllah tahan lama dan rangup. Kejadiannya setelah hampir 24jam. Dah boleh makan!
Tips:
●botol & cili tu kena betul-betul kering, kalau tak cili jeruk anda akan diselaputi lapisan putih (kulat).
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
KENAPA SELALU SALAHKAN ORANG LAIN TAPI TAK SALAHKAN DIRI SENDIRI ?Cuba belajar hidup tanpa salahkan orang lain, cuba salahkan diri sendiri.Kau kene tipu, kau salah kan dia. Tapi sebenarnya kau sendiri yang bagi kebenaran dia tipu kau, kau yang tak hati-hati , kau yang percaya dia bulat-bulat .
Bila kekasih curang, kau salah kan dia. Pernah tak kau pikir? Kenapa dia curang? Kenapa dia ada orang lain? Entah-entah sebab kau buzy, sebab kau tak bagi perhatian, sebab kau endah tak endah.Bila dia dah tawar hati dengan kau, kau salah kan dia. Sedangkan? Kau yang
tak hargai setiap peluang yg dia pernah beri .
Kau yang ulangi kesilapan berulang kali sehingga dia bosan menahan sakit di hati.
Bila kene marah, kau salahkan dia asik nak marah marah kau. Cuba pikir balik? Kenapa dia marah? Apa punca dia marah? Sebab kau buat benda yang dia tak suka, sebab kau buat benda yang tak elok. Bila dia diam, kau salah kan dia. Cuba mengalah, kenapa kau yang taknak tegur dia dulu? Kenapa kau pun sama nak ego? Bila dia minta putus, kau salahkan dia, caci, maki dia sebab kata dia ada orang lain, dia tak tepati janji, tapi penah kau pikir? Sebenarnya kau yang buta, kau yang pura-pura sayang dia, sedangkan kau tak hargai pun kehadiran dia.
The end, kadang
punca datangnya dari diri sendiri, tapi kita buta kan mata, pekak kan telingga, bisu kan mulut untuk menunding jari kepada diri sendiri. Kita lebih memilih untuk salahkan orang lain berbanding diri sendiri. Kau kene ingat dalam dunia ni semua manusia dicipta ada kekurangan, kau sendiri ada kekurangan.
Jadi berhenti la menyalahkan orang, cermin dulu diri kau sebelum kau salahkan orang.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
syarat
1. Buat entry mengenai "COMEBACK GIVEAWAY"
2. Tampalkan banner "COMEBACK GIVEAWAY"
3. Follow blog cikbelbel
4. Like Facebook Bells Signature dan Instagram Bells Signature (boleh search)
5. Tag 3 kawan fb/blog
6. Komen entry korang di komen.
hadiah menanti pemenang
Giveaway ni akan tamat pada 30 September 2017
cara nak join klik banner kat atas
CCL tag 3 orang blogger untuk join
1.http://nadhiewueen.blogspot.my
2.http://kebaikankeindahan.blogspot.my/
3.https://robiahtul.blogspot.my/
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
MEMANG VOUCHER BERNILAI RM50 DARI PRINTCIOUS BUAT KALI KEDUA | Dua hari lepas printcious ada buat satu contest melalui facebook . Contest yang amat mudah . Syaratnya hanya like page printcious, jawab soalan yang dikemukakan pihak printcious , tag pada rakan-rakan dan share page tersebut di wall facebook . Disebabkan syarat yang simple so CCL pun join , dengan harapan boleh menang . Terima kasih juga pada rakan blogger CCL yang sudi mentions nama facebook CCL untuk join .
Untuk join contest ini PrintciousGifts kemukakan soalan yang cukup mudah , hanya kemukakan jawapan yang terlihat dalam banner disediakan . Throw pillow,tshirt,phone case dan mug . PeintciousGifts mencari 100 pemenang yang pertama berjaya jawab soalannya dengan betul
CCL tak pasti contestnya berakhir bila, yang pasti petang semalam pihak PrintciousGift dah reply komen CCL siap congratulations to be our winner . Alhamdulillah ini bermakna CCL akan dapat voucher RM50 , yeahh tak sabar rasanya nak shopping . Voucher yang pertama hari tue pun belum reedem lagi . Boleh baca
Disini dan ini merupakan kali kedua CCL dapat voucher dari puhak PrintciousGift . Tarikh voucher pertama untuk reedem sehingga 31 Dec 2017 manakala tarikh reedem untuk voucher kedua sehingga November 2017 .
Barang yang CCL tengah plan dalam kepala nak reedem adalah throw pillow & tshirt haa .. dalam proses memikir design nih . Nantikan CCL dah siap reedem boleh CCL kongsi disini . Dan uolls yang masih lagi tertanya-tanya apa itu PrintciousGift , mai terjah
https://www.printcious.com/my macam-macam barangan menarik yang ada dan lagi menarik uolls boleh DIY sendiri design-design .
Apa tunggu lagi jum terjah PrintciousGifts .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
5 TIPS MUDAH MERAWAT BIBIR KERING DAN MEREKAH. | Bibir kering dan merekah berlaku akibat beberapa faktor antaranya, kurang minum air putih, sikap suka menjilat bibir, faktor genetik dan sebagainya. Bila bibir kering, pakai lipstik memang nampak comot dan tak cantik. So hari ni CCL nak bagi tips mudah untuk merawat bibir kering dan merekah. Jejomzz!
1. SAPUAN GEL ALOEVERA
Bagi merawat bibir kering dan merekah, boleh sapu krim atau pelembap dari aloevera kerana aloevera bersifat memberi kelembapan semulajadi pada kulit.
2. MADU
Madu juga boleh merawat bibir kering dan merekah secara alami. Sebab itulah banyak lipstick atau lipbalm sekarang dihasilkan menggunakan madu kerana berupaya merawat bibir. So kena pandai pilih okey.
3. MENTEGA
Sapukan mentega pada bibir kering dan merekah. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan bibir yang lembut.
4. TIMUN
Timun merupakan bahan alami yang berupaya merawat bibir. Hiris timun secara halus kemudian sapukan pada bibir. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air.
5. JELI PETROLEUM VASELINE
Sapukan jeli petroleum beberapa kali sehari agar bibir anda dilindungi. Sapu juga pada waktu malam sebelum tidur agar bibir kelihatan lembap.
Ini adalah antara tips mudah merawat bibir kering dan merekah. Dan pastikan minum air putih secukupnya.Antara kelima-lima tips di atas, CCL selalu amalkan tips yang kelima . Sapu jeli petroleum vaseline pada bibir . Memang berkesan .
Selamat mencuba 🤗
Assalamualaikum dan salam sejahtera
VOUCHER RM50 DARI PRINTCIOUS.COM | Agak sibuk sikit CCL seminggu ni sampaikan blog pun tak sempat nak terjah, nak blogwalking kawan-kawan pun terstop sementara.tapi tapi dont worry CCL tetap terjah entri korang semua berbekalkan data dan wifi yang laju confirm tak mati mood CCL untuk terus blogwalking . Ok tak nak bebel banyak-banyak, straight to the title kat atas, CCL berjaya dapatkan voucher RM50 dari printcious.com .

Bagaimana caranya CCL dapatkan ? Rasanya semua dah tahu , tapi CCL tetap nak kasi tahu korang jugak . Printcious.com ni ada masuk pertandingan SITEC 2017 . So sesiapa yang vote printcious.com ni, pihak printcious.com akan bagi voucher RM50 sebagai tanda penghargaan . Wah baguskan ! Pertandingan pun dah tamat . Bukan senang-senang nak dapat voucher RM50 ni . Walaupun RM50 tapi CCL bersyukur alhamdulillah seadanya .Mulanya CCL fikir CCL tak berjaya dapatkan voucher ni . Sedih jugak bila baca entri blogger-blogger lain ada yang dah dapat..dan ada jugak dah tebus barang dari pihak printcious.com . Tapi tak mengapa, CCL anggap itu semua rezeki .
Hari ini ada masa terluang, CCL sengaja check email yang belum dibaca entah berpuluh-puluh email. Gigih jugak CCL baca satu persatu sehinggalah mata CCL terpandang pada email printcious.com . Buka email printcious.com dengan lafaz bismillah .wah congrate untuk diri sendiri akhirnya dapat jugak voucher RM50. Tarikh untuk tebus voucher ini ujung tahun , bermakna masih lama lagi, dan CCL boleh fikir lagi barang apa yang nak ditebus .
Korang yang belum pernah terjah laman printcious.com boleh terjah
SINI ! Apa yang menariknya printcious.com ni . Ia merupakan sebuah laman web cenderamata, yang bestnya koranng semua boleh designkan sendiri barang-barang cenderamata yang korang pilih . Berangan la jadi designer kejap kan . Printcious.com juga menyediakan percetakkan hadiah barangan seperti mug, fridge magnet, bantal,keychain and etc la . Nak tahu lebih lanjut boleh terjah laman web printcious.com .
Barangan yang macam mana CCL akan redeem agak-agaknya ? Dalam kepala terfikir nak redeem throw pillow . Tengok ramai jugak blogger yang redeem bantal tue . Cantik-cantik . So CCL kena la perah idea yang cantik-cantik untuk cetak gambar atas bantal .
Korang semua yang dah reedem voucher printcious ? Barangan yang macam mana korang reedem adakah pillow , mug , keychain, fridge magnet,toto bag, tshirt . Meh kongsi dengan CCL ..
Akhir sekali tengkiu so much pada pihak printlicious.com .nantikan barangan yang bakal CCL redeem ya . Moga perniagaan printcious.com akan bertambah maju.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
MINI GIVEAWAY BY NADIA
Syarat
1. Follow blog / twitter / instagram / youtube
2. Add fb / google plus
3. Like fbpage
4. Buat satu entri berkenaan giveaway ini
Hadiah
●3 pemenang × topup RM10
●4 pemenang × topup RM5
Giveaway berlangsung sehingga
● 31 ogos 2017
Cara join
● klik banner di atas
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
TIPS SIMPAN SANTAN AGAR TAHAN LEBIH LAMA Hari ini CCL nak share cara betul simpan santan. CCL dapat tips ni daripada penjual santan di pasar. Dia pulak dapat tau daripada penjual nasi lemak.. hihi.Dia cakap kalau nak santan lebih lama dan pekat dia mantain, korang kena ikut macam nih.
Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan. Kemudian balut santan tu. Letak dalam freezer.. orang tu kata nanti
yang beku tu kertas tu, santan dalam tu mantain segar dan tahan lama. Santan tetap beku tapi fresh. Dia tak akan ade lebihan air.. Kalau macam biasa santan di bawah, air di atas kan? kalau yang ni semuanya santan pekat.
Tips ni sesuai la nak dekat raya nanti.. beli lambat stok santan habis..huhu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
TIPS HILANGKAN PARUT JERAWAT MENGGUNAKAN ASAM JAWA today CCL nak share dengan korang satu tips untuk menghilangkan parut jerawat degil di kulit muka korang , of course la korang kat luar sana nak kan kulit muka yang flawless gitu kan .. tiada jerawat dan parut sebagainya .Petua ini petua orang tua- tua dulu kala , CCL dapat petua ni pun dari tok CCL .Petua ini memang CCL dah amalkan dari zaman remaja lagi ..(eh tapi sekarang pun still remaja lagi okeyh ) . Kalau nak nampak marvelous kena amalkan setiap malam ya,pastikan korang rajin , insyaAllah parut akan hilang atas keiizinan Allah dan atas usaha serta kerajinan diri kita . bahan-bahan pun senang , semuanya non natural chemical uolls..
1 st step - sediakan bahan-bahan
1.Asam jawa apa apa jenama pon boleh
2.Bedak sejuk
3.Air kosong
●step kedua - ambil sedikit asam jawa ikut rasa hati..
●Then Tambah air kosong jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat
● selepas digaul , kemudian ambil bedak sejuk campur sekali dengan pes asam jawa tadi..kalau trlalu pekat uolsss jangan lupa tambah air sikit
● bila dah campur semua gaul2 sampai sebati..taraaa dah siap..macam nak buat kek pon ada..Hahaha then,apply kat tempat yang berparut..klau rajin nak apply 1 muka pon boleh .Biarkan sehingga Kering. Seelok elok nya buat waktu malam sebelum tido.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
REZEKI TOP COMMENTOR BLOGGER SHIKIN RAZALI Entri kali khas CCL tujukan pada blogger Shikin Razali . Korang rakan blogger lain yamg masih tak kenal lagi , korang boleh la terjah blog Sis Shikin Razali di SINI . Korang tertanya - tanya tak kenapa entri kali ini CCL buat khas untuk Sis Shikin Razali . Sebabnya CCL tersenarai Top Ten Commentor dalam blog Sis Shikin . Selalu terjah dan drop komen blog sis Shikin . So kali ini sis Shikin nak kasi hadiah untuk top ten top commentor blog .
Ini hadiah yang CCL terima . Hadiah berupa penjagaan rambut . Serum rambut . Bukan sahaja serum rambut, jugak diselitkan dengan secebis nota tambahan dan name card . By the way hari ini CCL sempat pakai serum rambut ini , seriuslly wangi sangat . Rambut jadi lembut .
Terima kasih sis Shikin untuk hadiah ini , CCL hargai sangat- sangat . CCL doakan sis Shikin sentiasa murah rezeki .
CCL berada di tangga last sekali yang ke sepuluh . CCL tak kejar top commentor , tapi CCL sentiasa blogwalking blogger-blogger lain . Tapi kalau ada rezeki macam ni CCL say alhamdulillah .
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
FAITH FLEUR HAIR SERUM ATASI MASALAH KULIT KEPALA DAN RAMBUT ! hai uolls semua . hari ini CCL berbesar hati nak share satu produk yang CCL tengah gunakannya . ok sebelum uolls teruskan membaca entri ini , CCL nak tanya korang , korang pernah alami masalah kulit kepala atau masalah rambut ? tak kisahlah rambut berkelemumur , kulit kepala gatal , rambut kering dan bercabang .. kalau pernah meh sini CCL nak sharekan korang satu serum yang murah dan berkesan .
apa itu 'faith fleur hair serum'?
Faith Fleur Hair Serum merupakan satu produk serum rambut yang berasaskan air dan sangat sesuai untuk uolls yang ada masalah rambut dan kulit kepala .Serum ini juga berasaskan minyak dan ia sangat mudah menyerap terus ke rambut dan kulit kepala .Ianya tak seperti serum yang lain ..yang pasti serum ini bebas dari sebarang chemical dan produk yang mesra wuduk .
bahan-bahan yang terkandung dalam faith fleur hair serum.
Cyclomethicone
Memberi Kelembutan Bak Sutera, Rasa Licin Dan Menjadikan Rambut Lembut Luar Biasa Apabila Basah.
Cyclopentasiloxane
Memberi Kelembutan Dan Kilauan Sinar Pada Rambut. Bertindak Sebagai Conditioner. Membaiki Tekstur Rambut Yang Telah Rosak Dari Bahan Kimia
Perfume
Wangian Yang Menusuk Kalbu, Lembut Dan Digemari Ramai.
cara penggunaan 'faith fleur hair serum'
titikan dua titis serum ke atas tapak tangan kemudian sapu pelahan-lahan pada rambut dan juga kulit kepala . serum tersebut tak perlu dibilas . biar ia kekal wangi dan lembut pada rambut , cara penggunaannya boleh tahan dua hingga tiga bulan mengikut kekerapan penggunaan .
kelebihan penggunaan 'faith fleur hair serum ?
- merawat rambut kasar
- rambut berbau wangi
- rambut senang diurus
- merawat kegatalan kulit kepala
- merawat masalah rambut gugur
- merawat masalah kulit kepala kelemumur
- menggalakkan pertumbuhan anak rambut
- merawat rambut rosak
harga 'faith fleur hair serum'
harga hair serum ini sememangnya sangat murah dan berbaloi . satu botol hanya RM10 dengan botol 65ml . murah bukan ? pelajar-pelajar sekolah pun mampu beli serum ni uolss . biar murah asalkan kesannya yang superb gempak dan tiada bahan chemical .
CCL dah try produk hair seru ini , memang berbaloi kesannya , murah pulak tue , kalau uolls yang baru - baru nak mencuba serum ni , mungkin ada yang was-was disebabkan harganya yang cukup murah , korang boleh tengok testimoni faith fleur hair serum di TESTIMOSI FAITH FLEUR SERUM
Uolls yang berminat nak order boleh terjah - terjah facebook AZIE AZIZAN