APPS PLAY STORE YANG TENGAH TOP


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Application play store,tutorial edit gambar menggunakan fokus and filter,gambar fokus and filter,tutorial gambar,tutorial watermark


TUTORIAL APPLICATION FOCUS AND FILTER MELALUI PLAY STORE |Application Play Store, semestinya pengguna handphone wajib ada . Kalau tak ada play store tak boleh la nal download application yang awak semua nak .Masuk tahun 2017 ini , CCL  boleh kira dengan jari jemari ini berapa kali CCL  godek-godek aplikasi play store atau pun google play ni .

Awal Januari 2017 , CCL  hanya sekali sahaja jenguk play store ini . Itu pun disebabkan nak download game.Memang jarang sangat-sangat CCL  jenguk ..dua tiga hari ni CCL  terpandang satu art yang boleh dikatakan menarik dan cantik bagi mata CCL  . Seperti gambar yang CCL letak di atas . So CCL  gigih juga mencari application apa yang diorang guna melalui play store..yeahh melompat lebih tinggi bila CCL  dah jumpa application tersebut ..

Application yang tengah top sekarang dipanggil application Fokus & Filter .Application ini salah satu seni, seni di ujung jari . Tulis nama dengan fokus and filter .Zaman dah moden sekarang . Sekarang seni bukan hanya di atas kertas lukisan putih, sekarang seni melalui handphone pun dah boleh


Application play store,tutorial edit gambar menggunakan fokus and filter,gambar fokus and filter,tutorial gambar,tutorial watermark


Caranya mudah sahaja . Masuk ke play store dan search focus n filter . Tekan download, semestinya korang kena tunggu download tue sampai habis.lepas tu korang boleh guna application focus n filter ini..edit ikut kreativiti masing-masing .Melalui application ni jugak CCL rasa boleh create watermark untuk blog.hehe .. selamat mencuba 




GIRLS ANAK TUDUNG KORANG LEVEL MANA ?



Assalamualaikum & salam sejahtera para readers.


Tips pemakaian anak tudung, anak tudung , tutorial tudung, tips pemakaian tudung,jenis anak tudung,cekup kepala,serkup kepala,anak tudung murah


JENIS CEKUP KEPALA KORANG LEVEL MANA ?  |Entri kali ini khas untuk kaum hawa ..tapi kalau kaum Adam nak baca pun CCL tak kisah ..tapi entri kali ini memang CCL tekankan pada kaum Hawa diluar sana .. Entri kali ini berkisahkan tentang 'serkup kepala' , 'cekup kepala' dan ada yang panggil ' 'anak tudung' . Kaum Hawa pun tahu kan apa itu anak tudung so tak perlu CCL panjang lebar lagi untuk berikan penjelasan yang panjang .

CCL  nak throwback kembali atau pun nak imbas kembali kenangan zan sekolah dahulu ..zaman-zaman baju kurung putih , berkain biru muda dan bertudung putih.pelajar sekolah ..kisahnya zaman-zaman sekolah dahulu CCL  pakai tudung ,tapi tak pakai anak tudung, hah pelik kan ? Korang pernah alami tak ? Dari zaman sekolah rendah sampailah ke zaman sekolah menengah seingat CCL  ,CCL tak pernah pakai anak tudung sebelum sarungkan tudung . Hah bagi CCL  itu perkara biasa,namun bagi orang laib memang diorang akan tanya 'Eh, yana kenapa tak pakai anak tudung ?' Jawapan yang mampu CCL jawab hanyalah perkatan 'Tak selesa' .Zaman sekolah rendah alhamdulillah lagi sebab cikgu-cikgu tak ada yang menegur CCL kenapa tak memakai anak tudung .. Tapi bila dah meningkat ke zaman sekolah cikgu-cikgu dah mula tegur ..

Masuk zaman sekolah menengah..tiap kali hari Isnin merupakan hari wajib perhimpunan atau lebih dikenali perjumpaan cikgu-cikgu bersama semua pelajar-pelajar . Memang hari Isnin tue wajib pakai pakaian lengkap dan mematuhi semua peratursn sekolah ..sebabnya ..lepas sahaja perhimpunan ..maka cikgu-cikgu pun akan memulakan kerja sambilannya sebagai polis trafik . Sebab apa CCL  kata sebegitu . Mana tidaknya setiap kali habis perhimpunan semua pelajar akan dikenakan spotcheck oleh cikgu-cikgu..

Maka tibalah giliran CCL  kena spotcheck dengan cikgu..firstly cikgu akan check kasut sekolah .pastikB semuanya putih dan tak terdapat satu line warna pun pada kasut. Lepas tue cikgu alan check stokin.stokin dibenarkan pakai warna hitam & putih dan panjang stokin hendaklah melepasi buku lali..dah lepas part tue ..of course cikgu perempuan akan check tudung setiap pelajar . Pastikan labuh mengikut standart pelajar sekolah..anak tudung dibenarkan pakai warna putih dan hitam sahaja.ok CCL  tersangkut part anak tudung ni .bila cikgu tanya 'kenapa tak pakai anak tudung so macam-macam alasan yang berlegar-lefat dalam fikiran ni ha ...CCL pun sampai terlupa alasan apa yang CCL pakai.maka CCL pun terpaksa dengar tarbiah dari cikgu tersebut .." bila rambut panjang awak tak ikat dengan betul dan tak kenakan anak tudung, kamu pakai tudung terlihat disitu rambut awak' hah lebih kurang begitu la ..

So start dari tingkatan berapa CCL  dah pun tak ingat.CCL usahakan juga bagi serasi.CCL  cari anak tudung yang hanya separuh sahaja. Alhamdulillah selesa jugak pakai anak tudung tue.tapi bila nak buka mulut nal makan .silap-silap anak tudung tu pun boleh gerak-gerak pada kedudukan yang tak betul.
Masuk sahaja tingkatan 4, CCL  dah mencuba pakai anak tudung yang penuh.mulanya agak janggal.lama-kelaman dah ok .satu usaha yang berjaya kan ..sampai sekarang even nak pergi mana-mana pun CCL akan pakai anak tudung dahulu sebelun pakai tudung yang molek-molek.



Anak tudung ni lama-lama pakai keluasannya akan jadi longgar . So CCL  level macam number dua tue.bila dah pakai tarik bagi ketat end then ikat dengan getah. Tapi time nak buka anak tudung tu sakit yang amat, mana taknya ..ikat sekali anak rambut tue.memang sakit lah.Tapi sekarang CCL pilih level satu . Lagi mudah dan takkan sakit . Hanya pakai tarik pada kedudukan yang sesuai..letak je kerongsang . Mudah pun..level 3 dan level 4 tue tak pernah lagi CCL  pakai sampai jadi tahap itu..tapi sekarang pun zaman dah makin up . Pelbagai jenis anak tudung yang dipasarkan ..

So girls .. CCL  level number 1 ... uolls pulak dimana tahap pemakaian anak tudung.. ?

LEMPENG KUAH DURIAN


Assalamualaikum ..

LEMPENG DURIAN ATAU SERABAI DURIAN Kuih tradisi masyarakat Pulau Pinang , lempeng durian atau nama femesnya yang lebih dikenali dengan serabai durian .Mungkin  ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tak pernah dengar nama kuih tersebut .Kalau di negeri Perlis Indera Kayangan ini susah sikit nak jumpa gerai-gerai yang jual lempeng durian atau serabai durian ni.Selalunya zaman-zaman dahulu , zaman tok-tok kita yang pandai sediakan lempeng durian atau serabai durian ni .

Rasanya ini kali pertama CCL  berpeluang menikmati kuih asli ini .Lempeng durian atau serabai durian ini hasil air tangan oleh tok sebelah mak CCL .Kalau tak ada tok CCL ..maka rasanya CCL pun tak sempat menikmati makanan  yang tradisional ini. Serabai durian ni bentukknya macam lempeng.. dan dimakan dengan kuah durian .. kat bawah CCL ada share resepi lempeng durian / serabai durian . 



Resepi,lempeng durian,serabai durian,resepi kuih tradisional,resepi kuih melayu asli,resepi kuih melayu,blog resepi,1001 resepi



BAHAN-BAHAN:
  •  2 cawan tepung beras.
  •  1/2 cawan nasi sejuk.
  •  1/2 cawan santan pekat.
  •  1 sudu kecil yis segera.
  • 2 sudu gula.
  • 1 1/2 cawan air.
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN SERABAI /LEMPENG:
1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit.
2. Masukkan nasi dalam blender kisar dengan 1 cawan air sehingga hancur, masukan juga garam dan tepung beras. Kisar sehingga sebati.
3. Keluarkan dari balang pengisar dan masukkan dalam sebuah bekas dan tuang campuran yis bersama gula tadi. Gaul serata. Peramkan selama beberapa jam ( 2 jam lebih). Jangan terlalu lama, adunan akan masam.
4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable). Liserkan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Tutup api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh.
5. Masak dengan apai perlahan sehingga masak.

PENYEDIAAN KUAHNYA:
BAHAN-BAHAN:
– 1 cawan gula perang.
– 1 cawan santan.
– 1/2 cawan air.
– 2 biji telur.
– 1 cawan santan pekat dan masukan 1 sudu besar tepung jagung – bancuh.
– 2 helai daun pandan di simpul.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan gula , air dan telur dan pukul rata.
2. masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali yang sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini..bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung.
3. Masak hingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pada berapa lama anda masak. perlu ingat..bila sejuk kaya ini alan pekat dua kali dari masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.

CARA MENYEDIAKAN SERAWA DURIAN:
BAHAN-BAHAN:
– 2 cawan santan.
– 100 gm isi durian.
– 80 gm gula pasir.
– 1/4 sudu kecil garam.
– 1 helai daun pandan.
– 1 biji putih telur di pukul.

CARA PENYEDIAAN:
1. Sebatikan semua bahan-bahan hingga mendidih. Masukkan putih telur terkemudian.
2. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Kuah dah tersedia.

PENCARIAN BLOGLIST APRIL 2017 BY www.aerilhassan.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pencarian bloglist bulan April 2017 bagi blog www.aerillhassan.com bermula 28 Mac 2017 sehingga 3 April 2017.  Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk join.

Cara-caranya :-



  • Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2017 by www.aerillhassan.com
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist www.aerillhassan.com. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 April 2017. Terima kasih.

*Kredit to Mialiana.com


Sekian, terima kasih.

3 RAHSIA ALLAH DITUTUP RAPAT-RAPAT



Tiga rahsia dari Allah,Jodoh Rahsia Allah,Rezeki Rahsia Allah,Ajal maut Rahsia Allah,doa murah rezeki,tips kehidupan,keberkatan hidup,ajal maut seseorang


1. Rahsia Allah dari segi jodoh
Takda siapa yang  tahu siapa jodoh kita dan takda siapa boleh tentukan siapa jodoh kita.. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana nak berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat oleh Allah..Jodoh itu rahsia Allah..Kat mana? Allah dah tentukan.Bila? Allah dah tetapkan..Sweetkan Allah.Allah nak bagi surprise dekat kita semua.. sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga.Ada orang bercinta bertahun tapi kahwin dengan orang lain..Ada orang tak bercinta pun tetiba kahwin..Jodoh tu rahsia Allah , ajal pun sama.. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh...doakan CCL Jadi yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.


2. Rahsia Allah dari segi rezeki
Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.Rezeki tu rahsia Allah ..Kuat mana pun kita usaha, kalau Allah kata bukan rezeki kita, maka bukan. Sebab tu usaha disulamkan doa dan tawakal.

3. Rahsia Allah dari segi ajal maut
Ajal dan maut kita tidak tahu bila. Semua itu rahsia Allah.Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur.Kadang orang tu yang dah lama sakit tapi orang yang tak sakit tu mesti meninggal dulu. Allahu, Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh sebab pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.


SEGMEN 24JAM BLOGLIST #25 MIALIANA.COM


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

SEGMEN BLOGWALKING JANJI KITA



Assalamualaikum ..

Segmen blogwalking,cara nak blogwalking,cara nak tingkatkan trafik blog,cara backlink blog,contest blogger, tigkatkan trafik blog,

Segmen Blogwalking Janji Kita | segmen ni datangnya dari blogger Janji kita .. blogwalking ni di mana salah satu cara mengunjungi blogger- blogger lain sekaligus dapat mengeratkan silaturahim.

Bagi CCL  segmen blogwalking  ni banyak manfaat yang tersendiri .. salah satunya sebagai media untuk membangunkan tali silaturrahim antara blogger lain..so tak rugi rasanya kalau join segmen macam ni ..sekalihus dapat mempromosi blog kepada blogger yang lain dan boleh dapat pengunjung-pengunjung yang baru .. 

So,disini CCL boleh katakan memang takkan rugi punya .. segmen ni berlangsung sehingga  5 April 2014 . Meh kita support-support segmen dari blogger kita . Nak join boleh klik SINI . Syarat pun cukup mudah hanya follow blog,add circle google,follow instagram, like fb page .. 

Dalam segmen ni pemenang yang bertuah bakal dapat hadiah misteri dari tuan segmen .. 

KEK PISANG COKLAT MOIST


RESEPI KEK PISANG COKLAT MOIST Biasanya kita pernah dengar 'Kek Pisang' dan ' Kek Coklat Moist'  ni dua nama resepi yang berbeza ..tapi kali ini CCL nak share dua resepi kek ini menjadi satu sahaja  yang dipanggil 'Kek Pisang Coklat Moist '


Kek pisang,kek coklat moist,kek pisang coklat moist,resepi kek pisang coklat moist,resepi kek


Bahan-bahan yang diperlukan

  • 4 biji pisang
  • 2 biji telur
  • 2/3 gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/3 mentega
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 koko
  • 1/2 cawan serbuk koko

Cara membuat 

1. Hancurkan 4 biji pisang, kemudian masukkan 2 biji telur, 1/3 mentega yang telah dicairkan .masukkan 2/3 gula perang,1 sudu kecil esen vanila,soda bikarbonat, serbuk penaik dan juga 1 sudu kecil garam. Gaulkan bagi sama rata bahan tersebut sehingga sebati.

2.Masukkan 1 cawan tepung jagung bersama 1/2 cawan serbuk koko  bersama 1/2 koko dan bahan tersebut digaul sehingga sebati .

3.Masukkan bahan yang telah siap digaul dengan sebati ke dalam bekas untuk dibakar.dan taburkan kepingan koko.

4.masukkan ke dalam oven,dan dibakar pada suhu 180c selama 45minit.dan siap di makan 

Selamat mencuba resepi kek pisang coklat moist.yang penting resepi yang sangat simple..


KIFARAH ITU PASTI TANPA ADA KAKI DAN KITA TAK BOLEH LARI



"Kifarah Itu Pasti Tanpa Ada Kaki Dan Kau Tak Boleh Lari"



Kifarah ,maksud kifarah,hukum kifarah,harapan pada orang,cinta vs harapan,tips hubungan ,hubungan cinta,hubungan jarak jauh,tips kekeluargaan,kifarah


Kalau kita buat perkara baik maka kita akan terima ganjaran kita yang baik-baik . Tapi kalau kita buat jahat balasan itu sangat dasyat sampai kita sendiri boleh jatuh sehingga menongkat..Hari ini kita persampahkan manusia tanpa ada sedikit pun rasa bersalah.Manusia itu bukan boneka yang boleh kita permainkan sehingga kita rasa kita puas hati  lalu kita campak sesuka hati.Mungkin kita telah biasa anggap manusia itu adalah permainan hidup. Sehingga kita lupa kita juga manusia yang sedang hidup di dunia nyata.Sebab itu jadi manusia tak perlu hidup dalam kepura-puraan kerana bila sampai masanya kau sendiri tidak akan mampu untuk melarikan diri.
Kita yang telah wujudkan kifarah itu sama ada baik atau pun buruk dan jangan pernah kita menyalahkan takdir ilahi.

"Kifarah itu adalah hadiah buat diri sendiri untuk kita muhasabah diri"


DONUT SEBIJI RM3,SUSHI RM2 TAPI BILA KUIH TEPI JALAN 50 SEN SEBIJI MAHAL ?


Scroll wall facebook ..terpandang dekat satu wall ni tentang rezeki seorang peniaga kuih tepi jalan ..so CCL kongsikan untuk uolls semua


Resepi kuih muih,rezeki,rezeki seseorang



"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.

"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu.

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji."

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.

"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu.

"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula.

"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik.

Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?" tanya makcik itu.

"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora.

"Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu.

"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya makcik itu lagi kepada Nora.

"5 suku," jawab Nora.

"Adik pelanggan kedua makcik hari ni," jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20."

Nora diam sahaja.

"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20."

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.

"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"

"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?"

Makcik itu merenung muka Nora.

"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab makcik itu. "Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. "

Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, "tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik."

Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu Cik?"

"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," Makcik itu senyum.

Nora terdiam lagi.

"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?"  tanya makcik itu tiba-tiba.

"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.

"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu.

Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.

"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata makcik tu.

"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu.

"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.

"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.

"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu.

"Kenapa pula makcik?" tanya Nora kehairanan.

"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita," jawab makcik itu.

"Saya mampu makcik," balas Nora.

"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas.

Sumber:facebook



LAZADA BIRTHDAY 5th BLOGGER CONTEST




Lazada birthday blogger contest,lazada online shopping,cara mudah beli dalam lazada,perkhidmatan lazada,kebaikkan lazada,kekuranggan lazada




| LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST | Nampaknya lazada ada buat contest khas untuk blogger-blogger .Dah lama CCL  nampak contest ni berjalan-jalan time CCL blogwalking. Ramai jugak blogger yang tak melepaskan peluang ini untuk join . Dan ada juga yang dah dapat suprise dari pihak Lazada .Haishh semakin cemburu pulak CCL  tengok .. so disaat-saat akhir CCL  memutuskan untuk relakan diri join jugak contest ni . Mana tahu rezeki kan ..nak merasa jugak suprise box dari Lazada ni memandangkan CCL  ni boleh dikatakan tiap-tiap bulan akan shopping dalam Lazada .walaupun barang yang CCL shopping tue tak banyak .At least lazada jugak pilihan shopping online dihati dan dimata CCL ..Lazada tetap dihati ..

So setiap contest yang korang nak join semestinya ada syarat ..dan ada hadiahnya 

Lihat senarai hadiah. Teruja tak..Lazada Malaysia mencari 30 pemenang bertuah.

1. Less than 50 Participants (10 winners) 

1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200 
3rd Prize: 6 x RM100 

2. More than 50 and less than 100 Participants (20 winners) 

1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 

3. More than 100 Participants (30 winners) 

1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 


So tanpa buang masa lagi ..CCL sahut contest lazada ni .kena jawab 3 soalan dari pihak lazada ...mana tahu kalau ada rezeki untuk menang . Harap-harap CCL  pun dapat jugak suprise box dari lazada 




a)  What do you love about Lazada Malaysia?
b)  Top three product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)
c)  How do you think Lazada Malaysia can improve?
d)  What is your birthday wish to Lazada Malaysia?


Apa yang anda suka tentang Lazada?


a)Dari segi harga
Apa yang boleh CCL  jelaskan ..dari segi harga memang murah.kadang CCL  ada jugak servey-servey harga di kedai dan di dalam lazada . Ternyata dalam lazada harganya murah sedikit berbanding luar.so terlihat disitu penjimatan bukan ..lagi berganda murahnya bila Lazada adakan sale kaw-kawa ..alahai rambang mata CCL  dibuatnya..eh barang murah kualitinya macam mana ? InsyaAllah ..kualitinya ok ..setakat sekarang CCL  shopping tak pernah lagi ada barang yang rosak ..barang yang paling besar CCL  pernah beli adalah Almari Baju 3 pintu ..korang nak tahu harganya berapa ? Hanya rm159 ..murah bukan ? Sampai sekarang almari tue masih kukuh berdiri ..materialnya woodboard ..macam almari biasa ..

b)Dari segi penghantaran

Kalau yang selalu shopping dalam lazada ni.korang akan perasan ada dua jenis penghantaran ..maksud CCL  disini ..penghantaran dari dalam negeri ..dan penghantaran dari luar negara ..kalau korang beli barang daei luar negara ..korang jangan merungut cakap lama .dah nama pun luar negara so korang kena la tunggu 1 minggu atau pun 2 minggu ..insyaAllah barang korang akan selamat sampai olwh pihak posmen. Penghantaran yang kedua dalam negeri .hah ini ambil masa yang ekspress.kadang order petang ni.esoknya barang dah sampai . Lagi menariknya lazada ni ..setiap barang yang kita nak beli..CCL suka letakkkan poskod rumah ..dan boleh tahu jangka masa penghantaran barang yang CCL nak order tue ..

C) Dari segi postage

Hah..ini satu lagi yang CCL tertarik dan sayang dengan lazada..kebanyakkan barangan dalam Lazada ni free postage uolls.menarik kan ..dah tue jimat lagi .tapi korang jangan anggap CCL cakap semua barang free postage .tapi ada sesetengah barang sahaja ..kita sebagai customer just buat payment barang saja..harap pihak lazada dapat kekalkan barang-barang yang dah free postage memandangkan ekonomi sekarang semakin meninggi..semestinya harga postage semakin hari semakin naik ..

3 Produk yang diidamkan dari Lazada Malaysia 

A) Xiomi Yicam camera
Sebenarnya CCL kaki bergambar .tak kira la bergambar dengan rakan-rakan ataupun selfie.segala gambar boleh disimpan jadikan kenangan pada masa akan datang . Sesetengah gambar ada juga CCL uploadkan dalam media laman sosial instagram .So tak salahlah kalau CCL idamkan xiomi Yicam Camera ni .kalau dapat satu ni pun dah cukup bersyukur alhamdulillah . 


Lazada birthday blogger contest,lazada online shopping,cara mudah beli dalam lazada,perkhidmatan lazada,kebaikkan lazada,kekuranggan lazada

B)Microwave oven
Barangan kedua yang CCL idamkan  adalah microwave oven . Disebabkan CCL suka mencuba resepi biskut-biskut yang simple.so CCL dengan microwave oven memang tak boleh dipisahkan kalau nak homade biskut ..tapi yang sedihnyaa ..microwave oven kat rumah baru saja rosak .so kena beli pulak yang baru ..tergendala plan-plan nak try buat biskut baru ..


Lazada birthday blogger contest,lazada online shopping,cara mudah beli dalam lazada,perkhidmatan lazada,kebaikkan lazada,kekuranggan lazada



C)Analog 3D mirror Peacock Clock
Alamak .tengah-tengah godek laman lazada ..mata CCL terpikat pulak dengan jam dinding ni ..menarik dan begitu cantik sangat ..kalau lazada kasi suprise kat CCL wah ..memang cantik lah ..sebab di rumah CCL semua jam dinding tak berdesign.semuanya berbentuk bulat.so kalau ada jam sebegini boleh letak kat ruang tamu sekali gus jadi penghiasa pada dinding

Lazada birthday blogger contest,lazada online shopping,cara mudah beli dalam lazada,perkhidmatan lazada,kebaikkan lazada,kekuranggan lazada




Pendapat supaya lazada ditingkatkan lagi mutu perkhidmatan 

Bertanyakan tentang apa yang pihak lazada perlu pertingkatkan dari segi perkhidmatan ..fikir lama jugak CCL  untuk memberikan jawapan . Sebab selama CCL  menjadi pelanggan setia Lazada . Pihak lazada sentiasa memberikan feedback yang cepat.so untuk pendapat CCL.. CCL harap pihak lazada dapat kembangkan lagi perkhidmatan Cash On Delivery (COD) ke serata kawasan . Setakat sekarang CCL  belum pernah lagi COD  barang dalam lazada . So mana tahu kalau Lazada perkembangkan lagi COD ..makin bertambah customer untuk shopping..

Ucapan Birthday untuk Lazada

CCL nak ucapkan "Happy Birthday 5th To Lazada". Semoga lazada Malaysia dapat menjadi salah satu syarikat online shopping number satu di Malaysia juga di serata pelusuk negara. Semoga Lazada Malaysia terus berkembang maju dengan jayanya

Lepas dah jawab semua soalan, korang kena hantar link post korang ke email contest@lazada.com.my dengan tajuk Lazada Birthday Blogger Contest... Mudah je kan.


ORANG YANG BERPURA BAIK LEBIH MENAKUTKAN DARI ORANG JAHAT





Orang jahat tu tak menakutkan sangat..sebab apa CCL  katakan 'orang jahat tak menakutkan sangat ... sebabnya segala perbuatan jahatnya kita dapat lihat depan mata kita sendiri .. kita tak dengar dari mulut orang lain .tapi terbukti orang yang buat jahat tue ada di depan mata..banyak benda dalam dunia ni yang kita tak sangka..kadang kadang orang tu je nampak baik.. tapi sebenarnya dialah yang suka berpura pura.

Yang menakutkan tu, Orang yang berpura-pura baik..yang boleh CCL  katakan orang zaman sekarang ni berpura pura baik ibarat macam bidadari yang ada sayap cantik yang turun dari syurga..takutnyaa..Sebab apa CCL  cakap 'orang yang berpura-pura baik' tue lebih menakutkan ? Depan bukan main baik,Belakang kita...dia lah tukang simbah minyak, jadi batu api.dia lah yang menjadi talam dua muka malahan ada jugak yang bermuka-muka ..

Tips dalam berkawan,tips perhubungan,kawan tikam belakang,sikap berpura-pura,hindar kawan yang suka tikam belakang


hidup ini bukan tentang siapa yang terbaik.. bukan tentang siapa yang jahat ..bukan tentang sesiapa yang berpura-pura jadi baik ..tapi soal siapa yang boleh jadi orang baik-baik..dan berbuat baik bukan berpura-pura baik..Bagi CCL buat apa nak berpura pura baik, sedangkan ada orang yang boleh terima buruk baik kau.Burukkan orang lain sebab tak suka tengok kebahagiaaan orang tu.

Berubahlah, kifarah tu ada, awak.

What goes around comes around, tau?

Macam mana yang awak buat kat orang tu, macam tu jugaklah yang awak akan dapat.sebahaya-bahayanya orang jahat, yang lebih bahaya itu orang yang berpura-pura baik padahal aslinya jahat !Insya-allah..kalau awak buat baik, lebih baik ganjaran yang ALLAH bagi awak...sebahaya-bahayanya orang jahat, yang lebih bahaya itu orang yang berpura-pura baik padahal aslinya jahat !
Okay?

Tolong kunyah pelan-pelan dan telan sampai kenyang...


THE SUNSHINE BLOGGER AWARD TAGGED BY MELLYACRAYOLA


Assalamualaikum uolls .. Salam petang Khamis

Minggu ni banyak pulak entri 'The Sunshine Blogger Award' berlegar- legar .. thanks a lot to blogger ' MellyaCrayola' yang sudi tag CCL  untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan .. sebenarnya dah dua tiga hari blogger MellyaCrayola tag CCL .. baru hari ni CCL  berkesempatan nak menjawab 11 soalan tersebut ...

Nak tahu apa yang blogger MellyaCrayola tanya.uolls boleh  terjah entri ni ..


Blogger awards , the sunshine blogger award,cabaran blogger


Soalan dikemukakan dalam bahasa inggeris .tapi CCL macam tak da keyakinan sangat nak jawab dalam bahasa inggeris .. takut nanti berterabur setiap ayat haa..so izinkan CCL  menjawab dalam bahasa melayu ya ..


What would you do if you had one million ringgit? 
Firstly kalau dapat 1 milion ni.niat CCL pergi bersama family tunaikan umrah dan haji . Niat yang kedua nak beli rumah sendiri.al-maklum la harga rumah semakin hari semakin tinggi.Niat yang ketiga CCL  nak sedekahkan pada anak-anak yatim & orang miskin . Rezeki yang kita dapat lebih berkat bila dikongsi bersama ..



What would your ideal day be like? 
Hari yang paling ideal bagi CCL ..hari minggu sabtu dan ahad ,sebabnya pada hari tue terasa diri dekat dengan family masing-masing bebas dengan kerja.Tak lupa juga Hari Jumaat hari yang barakah yang sangat istimewa walaupun kita lalui setiap minggu ..



Your best memory? 
Memori yang paling best dalam kehidupan yang masih segar bugar dalam hidup CCL ialah memori bersama Family..dapat berkumpul ramai-ramai 



Would you rather visit the past or the future (of your own life)? 
Masa lalu tempat yang paling bagus untuk melawat tapi tak good place to stay.Masa lalu jangan dikenangkan sangat bak orang tua-tua cakap.Melawat masa depan mungkin kita boleh merancang masa depan yang bakal datang tapi diingatkan kita hanya merancang Allah yang akan menentukan segalanya.so teguhkan iman untuk terus ke hadapan



Favorite social media platform? 
Facebook .sebabnya melalui facebook boleh dapat pelbagai maklumat yang berlaku di dalam malaysia mahupun di luar negara .
Blogger.sebabnya CCL suka membaca sekali gus suka menulis so platform ni memang sesuai untuk CCL.
Instagram.CCL seorang kaki shoot gambar ..kaki selfie.so platform instagram CCL  gunakan untuk upload gambar-gambar..CCL lebih suka uploas di instagram berbanding dalam facebook.



If you had the chance to meet an author or celebrity, who would you choose? 
Kalau berpeluang jumpa pengarang.CCL  pilih nak jumpa 'Adnin Roslan' ..yang tak kenal Adnin Roslan boleh la google search..Adnib Roslan ni penulis buku 'Tarbiah Sentap' .memang CCL tertarik dengan gaya penulisan beliau ..walaupun gaya penulisan yang simple ..tapi dia punya deep tue memang menusuk la..
Kalau berpeluang jumpa selebriti ..CCL akan pilih berjumpa dengan 'Aeril Zafril' .Baru-baru ni ada tengok blogger-blogger hi-tea dengan dia..alahai jelous yakmat tau tak..huhu.

Do you prefer talking or texting?
CCL lebih suka texting berbanding talking .salah satu sebabnya CCL  bukan kai gayut ..so kalau nak on call handphone ni memang perkara yang importance ja..selebihnya CCL lebih suka texting.



How did you come up with the name for your blog?
Firstly mula menapak dalam dunia blog ni .. blog CCL  dinamakan http://cyanxkamo.blogspot.com ..so tahun lepas CCL ambil keputusan untuk tukar link blog yang CCL tengah guna sekarang . Nama dapatnya nama blog n8 sebenarnya CCL seorang coffee lover ..so terbinalah blog CikCappuccinoLatte .



What is your advice for those trying to get into the world of blogging?
Bagi blogger-blogger yang baeu nak bina tapak dalam dunia blogger .teruskanlah ..jangan berhenti.biarlah isi yang ada dalam blog tue bermanfaat isinya..jangan sekadar mengejar gosip-gosip artis semata-mata .cara penulisan biarlah diredhai Allah ..jangan menulis sampai membuka aib seseorang .



Beyond blogging, what do you (as a job)?
Kalau tak blogging mungkin CCL  akan penuhkan masa yang ada dengan melukis doodle art design ..urmm dah lama jugak tinggal dunia doodle art ni .selain tue CCL suka buat quiling art design ..main dengan kertas-kertas warna warni gitu ..hilang tension ..



If you could live in any country, which one would it be?
Urmm.mungkin CCL  akan pilih negara Istanbul.walaupun tak pernah berangan nak jejak kaki ke sana ..tapi pernah tengok keindahan negara tersebut ..ada air hot ballon tepi-tepi gunung , ladang bunga tulip ..dan seni bina masjid yang cantik-cantik


Hah already done CCL jawab 11 soalan tersebut .hehe ..
Stay tune CCL akan jawab 11 lagi soalan dari blogger seterusnya ... 

SEGMEN BLOGLIST APRIL 2017 by Farah Shahidah


SEGMEN BLOGLIST APRIL 2017 by Farah Shahidah

Assalamualaikum ...
Tengah-tengah sesi CCL  blogwalking ..mata terpandang pulak dengan segmen ni ..so CCL  secara lajunya terjah support segmen ni ...

Segmen,cara blogwalking,tips tambah follower,tips tingkatkan trafik blog,tips mudah berblogwalking


Segmen ini dianjurkan oleh Farah Shahidah.. CCL first time terjah blog Farah Shahidah ..sekali gus kena patuh syarat-syarat yang tuan segmen anjurkan .. hanya follow blog & like fb page ... syarat yang simple ..semua orang boleh lakukan ... 

Kalau uols nak join boleh terjah link ni 

Opss !! Sebelum korang nak join ... CCL  nak kasi tahu .. segmen ini terbuka untuk kaum hawa sahaja .. kalau korang tanya CCL kenapa segmen ni terbuka untuk kaum hawa ..tak dapat CCL nak menjawabnya .. 

Dalam segmen ni tuan punya segmen nak tahu apa kategori blog CCL nieh .. yang boleh CCL perjelaskan ..blog CCL dalam kategori bebas ..kenapa bebas ? Sebab macam-macam cerita CCL publishkan ..

Tentang kehidupan
Kadang-kadang blog ni la jadi diari online CCL .kalau dulu tulis dalam buku.apa segala perasaan ditulis dalam buku.kini zaman dah moden ..diari kita online kan ..

Review produk dan makanan . 
Kekadang tue CCL ada juga review produk-produk berkesan pada diri CCL.macam produk-produj kecantikkan kesihatan .. bukan setakat produk aje. Makanan pun CCL  review jugak .terselit jugak tempat-tempat makanan yang best dan resepi-resepi.

Sekian sahaja CCL jelaskan blog sendu CCL  ni ..