cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us


Giveaway fidge magnet padang besar,contest blogger,padang besar,fidget magnet,fridge magnet dari padang besar,koleksi fridge magnet
Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Kisahnya di SINI.


Siapa nak ole-ole dari Padang Besar? Ada 30 fridge magnet berbentuk selipar pelbagai warna.  Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia Liana ya...

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 13 Mac 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2017.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...


GIVEAWAY LINK WITH ME  | Assalamualaikum semua...Kali ni CCL  join giveway dari blogger  SIS HAWA...Tentunya setiap contest yang dianjurkan oleh para blogger sememangnya akan ada hadiah berbentuk penghargaan ..

So tuan punya giveaway nak hadiahkan 'sidebar button' .. untuk pemenang terpilih..so sesiapa  yang nak boleh join giveaway ni boleh refer link
https://sishawa.blogspot.my/2017/03/giveaway-link-with-me.html

Giveaway ni bakal tamat 24 mac 2017 ..
Meh ramai -ramai kita join


Giveaway sishawa,contest blog 2017,giveaway 24 mac ,giveaway syarat yang simple

Semoga rezeki menyebelahi CCL ..aamiin. 





YANG TUA TAK SENTIASA BETUL,YANG MUDA TAK SEMESTINYA SALAH | Kita takkan pernah maju dan berubah selagi kita sendiri tak ubah mentaliti.. Kalau kita memikirkan penilaian org kita takkan pernah maju..Walaupun kita berbeza umur, tak semestinya yang tua sentiasa betul dan tak semestinya yang muda sentiasa salah..


penulisan, qoutes kehidupan, qoutes life, semoga Allah redha, semoga Allah sayang, tips kehidupan, yang muda tak semstinya salah, Yang tua tak sentiasa betul,



hanya yang tua sahaja betul. Yang betul, yang tua dihormati, yang muda disayangi. Kalau yang tua, tak semestinya sentiasa betul untuk yang muda. Ada benda kita kena give and take.Raikanlah pendapat yang muda. Orang putih kata ' tolerate baa'... Kang ada yang jawab, "kami makan garam dulu, kami tau la mana betul mana salah"



soalan



siapa suruh makan garam? gula ada, susu ada..kenapa tak makan? biskut cicah susu, perghh sedap woo dari makan garam..oh biskut



ok, back to the topic



Kalau hanya yang tua je betul, mana mungkin Islam sampai kepada kita umat hari ini? Tak kira muda atau tua, dengarlah pendapat orang lain dan cuba menerimanya. Jangan anggap diri masing-masing  sentiasa betul. Tiada yang sempurna.bukankah yang tua, yang banyak pengalaman, yang makan garam dulu itu yang menentang Rasulullah SAW yang muda? Fikir-fikirkan..



Tepuk debu,buka buku,tanya guru,gali ilmu

Semoga Allah Redha, Semoga Allah Sayang





PENCARIAN BLOGLIST SESI MARCH - APRIL 2017 ,SEGMEN DARI BLOGGER , CARA MUDAH BLOGWALKING , BLOGLIST , PENCARIAN BLOGLIST, SENARAI BLOGGER


Assalamualaikum uolls ..selamat berhujung minggu ...
memandangkan hari ni hari sabtu .. hari minggu la katakan so CikYana spend time hadap blog ni ...
tengah-tengah blogwalking petang-petang yang panas jugak cuacanya di Perlis ni .. CikYana terpandang satu 'segmen' dari blogger NUR ATIRAH

Si blogger Nur Atirah tengah mencari bloglist untuk blog beliau ..
meh kita support beliau . mana tahu blog kita bertuah untuk tersenarai dalam bloglist  blogger Nur Atirah ..syarat yang dikemukan sangat simple .. hanya 'follow' dan 'like' sahaja . 

segmen ni bakal tamat pada 8 mac 2017 ..
ayuh !! join segmen ni ,klik sini 

http://coretan-athirah.blogspot.my/2017/02/pencarian-bloglist-sesi-mac-april-2017.html





Alhamdulillah surat permohonan BRIM  dah sampai | semenjak sebulan dua bulan ni topik BR1M  masih hangat diperkatakan ..sampai sesetengah isu ni ada yang dah menjadi viral ...ada yang terima BR1M.. ada yang belum terima .. pada yang dah terima BR1M dengan saluran yang mudah tahniah CikYana ucapkan . Pada yang belum terima harap-harap bertabahlah uolls.hehe 

Macam mana sistem saluran pemberian BRIM  di negeri uolls ? Disebabkan CikYana anak jati Negeri Utara Semenanjung, Perlis Indera Kayangan .. so sistem pemberian BR1M untuk tahun ni memang boleh dikatakan susah sikit .. sebab apa susah ? 
Okeyh..tahun-tahun lepas pemberian duit BR1M  terus ja masuk ke dalam akaun bank .. that means kita tak perlulah buang masa beratur panjang untuk ambil duit ..pada yang muda remaja yang masih kuat berdiri ok la..tapi pada warga tua ..tambah yang uzur mampukah mereka berdiri lama-lama dengan kesesakkan orang ramai .. so tahun ni bagi rakyat perlis sistem pembahagian BR1M diberikan secara manual ..mungkin ada yang panas hati bila diperlakukan sebegini ..sehinggakan dikatakan negeri perlis dah tak ada bank sebab itu sistem BR1M diberi secara manual ..

Memandangkan CikYana masih lagi bercuti di luar Perlis ..Adik pulak whatsapp CikYana mengatakan surat permohonan BR1M CikYana dah sampai di rumah ..that means diorang dah tentukan tarikh dan tempat nak gi ambil seperti yang tertera di gambar bawah ..



Bantuan rakyat satu malaysia 2017,pemberian BR1M 2017,proses pemberian BR1M,tarikh pemberian BR1M,BR1M negeri perlis,cara permohonan BR1M,Cara semak status permohonan BR1M


Mungkin pihak kerajaan Negeri Perlis ada alasan tertentu kena BR1M tahun ini diberikan secara manual .fikirlan yang baik-baik aja .. 


Bantuan rakyat satu malaysia 2017,pemberian BR1M 2017,proses pemberian BR1M,tarikh pemberian BR1M,BR1M negeri perlis,cara permohonan BR1M,Cara semak status permohonan BR1M



Bantuan rakyat satu malaysia 2017,pemberian BR1M 2017,proses pemberian BR1M,tarikh pemberian BR1M,BR1M negeri perlis,cara permohonan BR1M,Cara semak status permohonan BR1M


Uolls penerima BR1M ..sama date and venue ...
So selamat beratur CikYana ucapkan ..hehe .. 
Sistem Pemberian BR1M di negeri Perlis diberi secara manual ..di negeri uolls pulak macam mana? Kongsikan ... 






listerine,tips dari listerine, kegunaan listerine,rawat mulut guna listerine,harga listerine,listerine percuma



1. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu.


2. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.


3. Membasmi kuman di mangkuk tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.


4. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang.  Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.


5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.


6. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.


7. Membasmi kuman di berus gigi
Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.


8. Bersihkan skrin tv atau monitor computer
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.


9. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah.
Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.


10. Melegakan masalah kaki anda
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu  tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.



Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.




Sumber : majalah kesihatan 





Setia,tips perhubungan,tips kesetiaan,kesetiaan siti sarah,lirik lagu kesetiaan,setia elizabath tan dan faizal tahir,lirik lagu setia hez hazmi,hati berbolak balik,kenapa hati berbolak balik,tips rumah tangga,cinta dan iman,tentang kesetiaan,maksud setia



Setia itu adalah perbuatan dan perasaan.

Setia itu akan ada bila kita terima baik buruk seseorang itu tanpa bandingkan dengan yang lain.Setia itu bukan bermakna setia dalam ungkapan 'sayang' sahaja,tapi setia itu bila kita sanggup berubah demi yang kita sayang.setia dalam baiki keadaan diri.Dari dulu perangai cepat marah tapi diubah kepada lebih penyabar.Konsep setia ini luas.persefahaman dan saling mempercayai juga penting dalam suatu hubungan itu.

Kita setia dalam berkata hal yang sama tapi adakah semua rasa itu akan kekal seperti kali pertama diungkapkan hal yang sama itu.??
kalau hati dan rasa itu masih sama,maka setia itu akan kekal.Mungkin akan tetap sama tapi akan ada satu masa itu,sudah tidak ada rasa seperti kali pertama diungkapkan.

Sebab manusia ini,hatinya bersifat berbolak balik.

Firman Allah swt :
“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”(QS Al-An’am: 110)

YAA MUQALLIBAL QULUUB,TSABBIT QALBII'ALAA DIINIKA WA'ALAA THOO'ATHIK.
Artinya;wahai yang membolak balik-balikkan hati,tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu

  
Hati berbolak balik ini bukan limited kepada perasaan cinta atau iman sahaja malah dalam kehidupan kita seharian pun ada berlaku. Apa perlu kau lakukan,fix your heart and everthing ok..Rasa juga kadang berbolak balik.Bila ada sesuatu yang kita tahu ditambah dengan perasa yang lain.Maka,adakah itu ujian atau permainan syaitan,Al haq yang jitu kita lupa,yang syaitan kita pegang dan mainkan segala.

Dan terpulang kepada kita bagaimana nak menghadapi situasi dan menilai sejauh mana kita kenal dan percayakan  seseorang itu.sejauh mana kita sayangkan seseorang itu.Even ditambah perasa dan ujian datang sekali pun,kita takkan percaya pada tokok tambah tersebut.sebab itu,cuma yang tulus sayangkan seseorang itu sahaja akan faham erti SETIA.





Wahh banyak betul boleh buat dengan uncang teh ni ek!

Uncang teh yang dah dipakai rupanya ada fungsi dan manfaat berguna kalau korang nak tahu. Bukan sekadar untuk hasilkan air teh semata-semata , tapi ada banyak sebenarnya manfaat dan sangat berkesan jika diamalkan. Nak tahu apa? Jom baca kat bawah ni


uncang teh .tea lipton,kelebihan uncang tea,tips kecantikkan,tips kecantikkan dari tea ,




1)Boleh hilangkan bau kaki yang berpeluh
 Ambil uncang teh terpakai korang letak dalam besen yang berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit. Kemudian bersihkan kaki. Lebih bagus lakukan sebelum tidur.



2) Menghilangkan Eye Bag
Korang rendam uncang yang dah diguna dalam air sejuk, kemudian letak pada mata. Biarkan semalaman ketika waktu tidur




3) Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan
uncang teh yang sudah diguna boleh menghapuskan bau yang tidak senang dalam peti ais ? Ya, ambil sahaja beberapa uncang teh terpakai dan letak dalam peti sejuk.




4)Mengatasi masalah jerawat
gosok uncang teh pada muka anda dan biarkan seketika




5)Mencuci peralatan dapur
Ya, uncang Teh terpakai boleh menghilangkan kesan minyak yang melekat pada alatan di dapur. Cara seterusnya, jika bekas atau periuk dipenuhi dengan lemak, rendam sahaja dengan air panas dan letak beberapa teh uncang yang dah dipakai. Hasilnya, lemak dan kotoran degil akan hilang !




6) Baja tanaman

hampas teh sangat berguna untuk tanaman dan ia akan bertukar sebagai baja organik sekaligus akan menyuburkan tanaman. Korang tabur sahaja ke dalam pasu dan lihat manfaatnya sendiri.




7) Menghilangkan Sunburn
Ambil hampas teh yang dah diguna dan gosok untuk menghilangkan kesan terbakar pada kulit muka.






resepi buttermilk chicken,buttermilk chicken,resepi sedap,cara membuat buttermilk chicken,buttermilk chicken rice , menu buttermilk chicken,blog resepi




Bahan-bahannya:



  • Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
  • 1 sudu besar serbuk kari (saya guna cap Alagapas)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
  • 3 sudu butter
  • Daun Kari
  • 3 biji bawang merah (- hiris atau potong dadu. aku guna setengah bawang holand)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk2 jer)
  • 6 biji cili api hijau
  • Minyak untuk goreng ayam

Cara masaknya :



  • Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
  • Goreng ayam sehingga masak .Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
  • Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
  • Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
  • Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
  • Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat gituuu..Tapi saya suka kuahnya cair sikit. So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit2 jer.

selamat mencuba resepi buttermilk chicken



Dah lama agaknya CikYana undur diri untuk join segala segmen , contest , giveaway yang dianjurkan oleh blogger - blogger .. bukan sengaja undur diri ..cuma hanya kekangan masa ....so hari nieyh free CikYana join satu segemn yang simple nieh .. 

Segmen dari blogger NUR SYAHIRAH.. Segmen yang diberi nama SEGMEN REVIEW BLOG BY SYAHIRAHVALIANT.COM..

Syarat yang cukup simple ... segmen nieh berlangsung selama sebula , bermula 12 februari 2017 sehingga 12 march 2017 .. 

tak rugi kalau join segala segmen ni...dapat jugak meningkatkan followers blog .. dapat jugak kenal dengan blogger- blogger kan ..

so kalau teringin nak join korang boleh terjah sini SEGMEN REVIEW BLOG BY SYAHIRAHVALIANT.COM


SEGMEN REVIEW BLOG BY SYAHIRAHVALIANT.COM , SEGMEN DARI BLOGGER , TIPS TAMBAH FOLLOWERS BLOG , TIPS TAMBAH TRAFIK , TIPS MESRA SEO , CARA TINGKATKAN TRAFIK BLOG , CONTEST BLOG , SEGMEN  BULAN FEBRUARI , SEGMEN REVIEW BLOG










Bila hati bertaut pada seseorang,keikhlasan hati,hati tenang,tips dari hati,dari hati ke hati , lirik lagu dari hati ke hati,dari hati ke hati gamma1,kenapa hati berbolak-balik,doa untuk tenangkan hati,hati gelisah,doa hati tenang,cara mendidik hati,hati seorang perempuan,luahan hati seorang perempuan

 Bila dah jumpa seseorang yang kita berkenan ataupun kita suka . First kita kena take a note dalam diri mungkin dia jodoh kita, mungkin tidak ... Lalu kita tunggu dia seumur hidup kita..kita cuba sedaya upaya nak dapatkan hati dia tanpa sedikit pun niat mengunakan apa yang syirik .. Kita lindungi dia seperti seorang Ayah kepada anak perempuannya ..

Lalu akhirnya jodoh tiada antara kita , lalu kita kecewa tetapi waras masih ada di akal kita...

 Ingatlah disaat Allah s.w.t tahu kita sedangkan cintakan sesuatu lebih dari-Nya lalu dia timpakan sesuatu yang sulit dan sukar bagimu iaitu sebuah penantian dimana , Dia tahu kita akan segera mengingati diri-Nya .. 

Ingat juga , tiada istilah berpasangan yang bukan halal dalam istilah Islam maka halalkan hubungan dengan sebuah perkahwinan


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatikupadanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku padaseseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agartidak lalai aku merindukan syurga-Mu.Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnyabermunajat di sepertiga malam terakhirmu.Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, janganbiarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalananpanjang menyeru manusia kepada-Mu.Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakanaku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telahberhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa padataat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU,telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kokohkanlah yaAllah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilahjalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Muyang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kamidengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahanbertawakal di jalan-Mu.Amin.....





CENDOL SEMPOI DI WARUNG ABANG MAT CURUT

Bagi pengemar-pengemar cendol yang menetap di utara semenanjung..tak kira laa penduduk negeri perlis mahupun negeri kedah .. meh sini CikYana share dengan uolls semua cendol memang superb lahh bagi tekak CikYana...

cendol,resepi cendol,cendol buah,cendol pulut,cendol laici ,pelbagai aneka resepi cendol,cendol menarik ,makanan menarik di kedah ,cendol viral di kedah ,warung abang mat curut,cendol abang mat curut ,alor setar,cendol alor setar,gambar cendol,cendol hipster,




Ok laaa disebabkan ramai dok tanya kedai ni tang mana meh nak habaq kat ampa. Kedai cendoi sedap ni kat Warung Abg Mat Curut (2) Kg Berjaya Jalan Putra sebelah pejabat pos, bertentang dengan Persatuan Kang Har Tong Aloq Setaq . 


cendol,resepi cendol,cendol buah,cendol pulut,cendol laici ,pelbagai aneka resepi cendol,cendol menarik ,makanan menarik di kedah ,cendol viral di kedah ,warung abang mat curut,cendol abang mat curut ,alor setar,cendol alor setar,gambar cendol,cendol hipster,



Sedap ka dak? Tobat sedap! Macam2 cendoi ada. Hat ni cendoi buah. RM4.50 ja..murahnyaaa...opsss !!! Janyan salah sangka ya... bukan 4 mangkuk cendul nieyh berharga rm4.50 ...no ! .. no !! ... satu mangkuk cendol berharga RM4.50 -RM5.00 ..hahhh ..murah bukan ? ..berpatutan dengan cendol-cendol bersama ingrediants  yang ada dalam cendol tue .. panas-panas..layan cendol sempoii nieyh ..sejuk tekak ..

Cendol sempoi kat warung abang mat curut nieyh Bukak Ahad sampai Jumaat, 10 pagi sampai 10 malam.  ..so uollss yang teringin nk merasai cendol sempoii nieyh elakkan pergi pada hari sabtu ok .. sebab sabtu warung nie bercuti ..

So uolls pengunjung-pengunjung dari negeri lain ..yang sedang travel ke utara semenanjung tak salah singgah sini untuk rasa cendol sempoii ..

Cendol sempoii warung abang mat curut !Kampung berjaya jalan putra alor setar kedahLandmark bersebelahan pejabat pos  & bertentang Persatuan  kang Har Tong Alor Setar Masa beroperasi : Ahad-Jumaat (sabtu cuti ) 10pagi-10malam ..






 Tarikh-Tarikh Penting Sesi Akademik 2017/2018 



Tarikh penting sesi akademik 2017,tarikh penting sesi akademik 2018,permohonan upu tahun 2017,permohonan upu tahun 2018,permohonan upu secara online,online upu ,borang permohonan upu 2017,tarikh permohonan upu sesi 2017,tarikh permohonan upu sesi tahun 2018

👉🏼 06 February
Permohonan UPUOnline dan Jualan unik ID BSN DIBUKA


👉🏼 30 March
🌴 Jualan unik ID BSN DITUTUP


 👉🏼 31 March  
🌴 Permohonan UPUOnline DITUTUP


👉🏼09 Apr ~ 15 Apr
🌴 Semakan Panggilan Temuduga Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier


👉🏼 21 May ~ 27 May 
🌴 Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier


 👉🏼 21 May ~ 27 May 
🌴 Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA


👉🏼 21 May ~ 27 May
🌴 Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA


👉🏼 28 May ~ 31 May
🌴 Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA


👉🏼 11 Jun ~ 17 Jun
🌴 Semakan Panggilan Temuduga (Pendidikan) bagi Lepasan STPM/Setaraf


👉🏼 28 May ~ 31 May 
🌴 Semakan Panggilan Temuduga (Bukan Pendidikan) Ujian MEdSI bagi Lepasan STPM/Setaraf


 👉🏼18 Jun ~ 24 Jun  
🌴 Hebahan Keputusan Rayuan Permohonan bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA


 👉🏼 12 June
🌴 Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DIBUKA


 👉🏼 22 June  
🌴 Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DITUTUP


 👉🏼 06 Aug ~ 12 Aug
🌴 Hebahan Keputusan Permohonan bagi Lepasan STPM/Setaraf


👉🏼 06 Aug ~ 12 Aug 
🌴 Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM/Setaraf


👉🏼 13 Aug ~ 19 Aug 
🌴 Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM/Setaraf


 👉🏼 27 Aug ~ 31 Aug 
🌴 Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf


👉🏼 17 Sep ~ 23 Sep
🌴 Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM/Setaraf





Hidup kita ibarat pinggan..Andaikan 3 individu berbeza meminjam  sebiji pinggan daripada kita..

Selang beberapa tempoh masa,

individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan  bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus  meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan  asalnya..


Individu kedua pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh..  Pinggan tersebut tempatnya adalah di sinki dan akan dibasuh sehingga bersih, kemudian  barulah ianya diletakkan di tempat yg  sepatutnya..


Individu ketiga pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan  lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada  nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..


Begitulah  jua halnya dengan Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam  keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan  terus meletakkan kita di tempat dimana kita berasal, yang baik dan tempat yang  selayaknya bagi kita.. iaitu syurga..


Namun jika Kita  kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan  ’basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum  memasukkan Kita ke dalam syurga..


Tetapi jika Kita  kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak  dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan  teragak2 untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang  hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai  lagi..





Nak Kulit Muka Putih Gebu Gebas? Pakai Satu Bahan Ni Jer, Memang Berkesan uolss...

Bahan apa yang berkesan sangat tue ? ..hah tak perlu ke sephora,guardian,watson and etc ...korang kena ingat nak cantik tak perlu laburkan duit beribu riban ...sesetengah kosmetik tak semua sesuai dan selamat untuk kulit muka kita..kadang kita pun tak tahu menahu bahan apa yang diletakkan dalam kosmetik yang kita pakai tue kan..ada kosmetik yang kita pilih  selamat dan bebas tanpa mekuari ..kira okeyh la..

Tips yang CikYana nak share dengan korang semua ..sama ada korang dah tahu or tak tahu CikYana tetap nak share jugak ..heheh.. tips yang murah semurahnya..korang just masuk dapur cari je tepung beras .. tak pun jenguk-jenguk je tepung beras kat kedai tue ...tapi jangan jenguk-jenguk je..beli tau ..

sebenarnya tepung beras nie bukan saja boleh dibuat kuih-muih ..sebenarnya banyak kebaikan dan manfaat yang kita tak tahu ..Salah satu contoh, tepung beras boleh buat kulit muka jadi putih malah gebu! ..flawless gitu uolls...dengan harga yang murah..tepung beras bebas kimia  ,bebas mekuari..dan dijamin selamat digunakan...

Meh sini CikYana share cara masker tepung beras..

Tips nak kulit muka putih gebu,tips kecantikkan,tips kulit muka flawless,tips muka putih gebu,tips kulit muka licin,kecantikkan muka,cara penjagaan kulit muka,bahan bebas mekuari ,bahan bebas kimia,masker muka,tips membuat masker muka,tips masker ,cara membuat masker muka,masker muka dari tepung beras,tepung beras,kosmetik bebas bahan kimia,masker dari tepung beras,tips kecantikkan murah,masker murah,


1)Ambil satu sudu tepung beras dan letak dalam mangkuk

2) Campurkan sedikit air dan bagi nampak pekat. Nak campur dengan serbuk kunyit pun boleh tau,bukan sahaja kunyit, nak campur dengan madu, yogurt, putih telur ,serbuk kayu manis pun boleh.  Tapi, kalau korang nak pakai harian, tak perlu campur apa- apa bahan pun okay.

3) Ambil  acuan tepung beras dan sapu pada muka. Buat macam korang pakai masker . Biar hingga kering dan basuh, ataupun korang boleh pakai sampai keesokan hari...

4)Amalkan setiap hari kalau nak lihat keberkesanannya. Yang pasti, kulit muka akan jadi lebih lembut dan cerah tau!..

Haaa mudah kan?? Korang tak perlu berbelanja lebih pun nak cantik ni. Selamat mencuba okay!






MANUSIA MUDAH LUPA DENGAN KESENANGAN DAN KEINDAHAN YANG DIBERIKAN.







Manusia mudah lupa. Kesenangan dan keindahan yang dimiliki sering membuatkan kita lupa bagaimana untuk mensyukurinya. Kita mudah mengabaikan dan kadang kala menidakkan apa yang sebenarnya telah menjadi milik kita. Kita tak peduli kita tak hairan kita tak kisah akan kehilangan waktu itu. Semua ni terjadi sebab kita berasa dah TERLALU SELESA dengan kesenangan yang dimiliki. Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mau pun kelebihan, seharusnya kita perlu bersyukur.



Tapi, macam mana pulak kalau kita diberikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?
Tepuk dada, tanya iman?
Fikirkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu jugak sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tak sempurna. Ingat kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri.



Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah penghalang untuk kita berjaya dan lemah semangat sebab suatu hari nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa. Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?



Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaanNya. Kebaikan mahupun keburukan.

:)

Anugerah  Juara Lagu  yang ke 31 .. berlangsung pada 22 Januari 2017.. Alhamdulillah memandangkan hari ni dah settle kerja .. so boleh layan AJL  secara live ok... tapi bukanlah live di dewan sana..cuma live di kaca tv3 ....

So sesape yang tak sempat tengok uolls boleh guna teknologi hujung jari .. youtube semua adakan ..just perlukan internet ... bagi sape-sape yang nak tahu keputusan pemenang Anugerah Juara Lagu ke 31 .. meh sini CikYana umumkan senarai pemenang




Anugerah juara lagu ke31,AJL31,senarai finalis AJL31,pemenang Anugerah juara lagu ke31,senarai pemenang AJL ke31,tonton AJL  ke31 secara live, live steaming AJL31,gambar AJL ke 31 , persembahan terbaik AJL ke31 , vokalis terbaik AJL ke31, red carped anugerah juala lagi ke31,gamabr finalis anugerah juara lagu ke31






♡JUARA ANUGERAH JUARA LAGU KE31

- Lelaki teragung (Dayang nurfaizah)


♡NAIB JUARA ANUGERAH JUARA LAGU KE31

-Terimaku Seadanya (hafiz & misha omar )


♡TEMPAT KETIGA ANUGERAH JUARA LAGU KE31

-Sudah ku tahu (projector band)


♡PENYANYI VOKAL TERBAIK ANUGERAH JUARA LAGU KE31

-Lelaki teragung (Dayang Nurfaizah )


♡PERSEMBAHAN TERBAIK ANUGERAH JUARA LAGU KE31

- Hang pi mana (khalifah)


Tahniah untuk ke semua finalis Anugerah Juara Lagu ke31






Kebiasaanya roti jala berwarna kuning dan dicicah bersama kuah gulai atau pun sardin ... now CikYana tampilkan roti jala versi baru ... ala-ala dessert gitu ..ala-ala waffle pun ada ... resepi yang diberi nama "roti jala coklat "


Roti jala,resepi roti jala ,roti jala coklat ,resepi roti jala coklat,roti jala unik ,waffle coklat,carian resepi ,menu roti jala ,cara membuat roti jala,tutorial roti jala , bahan membuat roti jala



Bahan-bahan

- 3 cawan tepung gandum
- Telur sbiji
- Serbuk koko 3sudu besar
- Sedikit garam
- 2sudu minyak msak 
- Air ikut kepekatan


Cara membuat 

Satukan semua skali.. kacau biar sebati kemudian tapis... guna botal lubang 3.. kat kedai eko ada jual.. rm2.12

Makan dgn cicah sos coklat atau susu pekat. 
Lagi senang cicah susu coklat pekat saji atau susu pekat biasa.



Roti jala,resepi roti jala ,roti jala coklat ,resepi roti jala coklat,roti jala unik ,waffle coklat,carian resepi ,menu roti jala ,cara membuat roti jala,tutorial roti jala , bahan membuat roti jala

Selamat mencuba 






"ORANG TAKKAN HARGAI KERJA KAU"




Duk sembang dengan member. Pasal kerja.

Dia kata,

"Memang susah nak dapat kerja sekarang. Bila dapat kerja makan gaji, tak kiralah dengan swasta atau gomen, hadap sajalah segala yang depa tetapkan.

Dalam sektor pekerjaan,  jangan harapkan much appreciation dari orang atasan tau.

Contohnya, kita buat kerja sampai malam sekalipun, peluh keringat sebaldi dah, kita jangan expect kita akan dapat penghargaan tinggi dari orang sekeliling.

Kerja kosong,jawatan kosong ,kerja kosong 2017,mencari kerja kosong,kerja kerajaan,kerja swasta,borang permohonan kerja kosong,borang kerja kosong 2017


Rakan-rakan kerja kita cuma jadi saksi kita buat kerja rajin. Tapi, mereka tidak akan backup kita atau sampaikan kerajinan kita pada bos, CEO, pentadbiran dan pihak yang bagi kita gaji.

Jangan pernah bergantung pada mana-mana kawan kerja untuk jadi bahan bukti, saksi segala kerja yang kau buat untuk tempat kerja kita. Mereka tidak akan masuk campur urusan kita.Tapi sesetengah manusia la ada jugak yang rajin kacau tepi kain orang lain ..  Mereka juga nak jaga periuk nasi sendiri.

Tapi, kalau kita buat silap atau tak hadir kerja sekali dua atau beberapa kali -- tak kiralah apa jua sebabnya termasuk sakit -- orang akan cepat pandang serong kau. Kita takkan lagi tergolong dalam pekerja yang baik walaupun kita memang pekerja yang rajin.

Mungkin di sesetengah company yang bagus, swasta misalnya, bila kita rajin, menonjol dan memang penglibatan kita dalam apa-apa projek tu memberangsangkan serta memberikan pulangan yang baik pada syarikat, kita akan dapat promotion. Mungkin. Ada la juga penghargaan.

Tapi, kalau kita berada di sektor kerajaan, susah beb. Rajin macam mana pun, gaji kita tetap sama. Kuat berusaha pun, belum tentu kita dapat anugerah pekerja cemerlang. Sebabnya, campur tangan politik, birokrasi dalaman, kabel-kabel, serta benda yang paling biasa sekali dalam line pekerjaan tak kira di mana-mana tempat di negara kita ni adalah --- mulut busuk orang. Rajin pun orang mengata, disampaikan benda-benda tak elok tentang kita pada pihak pengurusan atasan.

Last sekali apa dapat, kita yang tak ada kenalan dato datin yang berhormat itu ini, kita tetap di bawah. Hirarki pekerjaan di tampuk sama."

CikYana angguk je la. Betul juga apa yang dia kata.

"Habis tu, elok kerja kat mana?"

Dia jawab,

"Kerja mana-mana pun kita kena sabarlah. Ni kunci utama. Berlambak orang muda yang masuk kerja, dapat tekanan sikit, terus nak berhenti kerja. Tak sabar. Yang kena duga sikit masa kerja, terus naik marah bila dikritik dan ditegur cara prestasi kerja. Melenting tidak akan buat imej kita lebih baik. Malah, lebih buruk. Orang pun tak suka simpan kita lama-lama kalau bikin banyak masalah dengan pentadbiran.

Kerja sendiri berniaga pun kena sabar. Tak sabar, kejap tutuplah bisnes. Bisnes kena pandai promoting dan lebarkan networking. Kena pandai rolling modal bukan dapat untung terus bermewah beli kereta baru menunjuk-nunjuk. Lingkuplah niaga.

Tips dari CikYana sendiri berdasarkan pandangan kawan-kawan

Satu, kerja tu pergi balik on-timelah. Sebab kerja sampai lebih masa pun, tak guna juga. Kerja takkan habis sampai bila-bila.

Dua, hubungan dengan Tuhan tu wajiblah jaga. Utamanya solat fardhu lima tu jangan tinggal. Solat tahajjud dan duha tu buatlah selalu biar jadi amalan harian.

Ketiga, sabar dan senyum selalu. Jangan banyak cakap benda tak penting di tempat kerja. Jangan cakap pasal pentadbiran bagai. Buat kerja kita je. Sebab, kalau nak bertekak hal ni, baik kau masuk politik ubah sistem terus.

Keempat, doa selalu biar Allah lindungi dan limpahi rezeki. Kerja dengan orang, bila-bila boleh kena buang. Kerja sendiri, bulat-bulat bergantung tuah rezeki setelah usaha.


Kelima, jangan cakap pasal orang lain. Rajinkan diri improve diri sendiri. Playsafe selalu."


 senyum je dengar  nasihat. No wonder ramai suka dia. Kerja memang bagus dan tak cakap banyak.

So, CikYana kongsikan semua ni balik dengan korang.



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ▼  2026 (84)
    • ▼  Mac (30)
      • Biskut Raya 2026 | Tart Nenas
      • Tembikai Rose Sparkling | Khairul Aming
      • Biskut Raya 2026 | Samperit Susu
      • Biskut Raya 2026 | Chocolate Cornflakes Chruncy
      • Semaian Biji Benih Tembikai Susu
      • Moreh Satay Lepas Jalan Bazar
      • Biskut Raya 2026 | Biskut Makmur
      • Jus Tembikai Oren | Khairul Aming
      • Udang Masak Tempoyak Petai| Khairul Aming
      • Biskut Raya 2026 | Biskut Mazola Kacang Peas
      • Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
      • Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Na...
      • Wordless Wednesday | Backdrop Raya
      • 10 Mac 2026 | 2 Tahun Tanpa Raut Wajah Susuk Bada...
      • Rupa Puding Karamel , Menjadi Ke Tidak ?
      • Spaghetti Bolognese | Khairul Aming
      • Pretzels | Khairul Aming
      • Bumi Perlis Hujan
      • Chocolate Mousse | Khairul Aming
      • Misi Pencarian Serbuk Kacang Hijau & Kacang Badam ...
      • Udang Masak Tempoyak Petai | Khairul Aming
      • Tauhu Sumbat Crispy | Khairul Aming
      • Shopee Live 1 Pagi, Tercheckout Tumbler ZUS Coffee...
      • Wordless Wednesday | Gerhana Bulan 13 Ramadan 1447H
      • Siakap Stim Bersantan | Khairul Aming
      • Juara Ruang Komen Februari 2026 : Blogger Roziah @...
      • Aiskrim Goreng | Khairul Aming
      • Mineral Bubble 0² & Collagen Plus Bird Nest
      • Gulai Ayam Padang | Khairul Aming
      • Hadiah Screenshot Pageview Blog Kak Cie Dah Sampai!
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (473)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (62)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

SUBSCRIBE & FOLLOW

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

BLOGLIST

  • Hidup Itu Indah
    Pulang Kampung
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Menu Sahur 29 Ramadan 1447H
  • Mulan
    DARI PERTH AUSTRALIA KE KUANTAN PAHANG
  • SURIA AMANDA
    Jammed Arah Selatan
  • Blog Begins At Forty
    March 18, 2026
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: PENGURANGAN TOL 50% :.
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Biskut Chocolate chips dan Resepi
  • cikcappuccinolatte
    Biskut Raya 2026 | Tart Nenas
  • Nieyl's Life Story
    Menu Berbuka Puasa Day 21
  • Bola Katok
    Beli air kotak White Peach Tea dari Yeo's.
  • Drawing the Words
    Terima Parcel Kejutan Daripada Kak Notie
  • KakmimDotCom
    Beli Apa di Tiktok
  • Sii Nurul
    Terima Hadiah dari Blogger Etuza
  • Ciktom
    Rakam Kenangan Raya Anda di The Empire Studio – Studio Baru di Pulai Perdana
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Duit raya
  • Coffee Break With Me
    Progress Larian #4
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

MOST VIEWED POST

  • Semaian Biji Benih Tembikai Susu
  • PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2018
  • Biskut Raya 2026 | Chocolate Cornflakes Chruncy
  • KACANG BUNCIS GORENG SOS TIRAM
  • RUTIN GOSOK KAKI MENGGUNAKAN SKRUB ST.IVES
  • SALAM AIDILFITRI DARI BLOGGER CIKCAPPUCCINOLATTE
  • Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
  • RESEPI DONUT CHEESE LELEH
  • Biskut Raya 2026 | Biskut Mazola Kacang Peas
  • Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik

MARCH 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte