Assalamualaikum dan salam sejahtera
5 TIPS MUDAH MERAWAT BIBIR KERING DAN MEREKAH. | Bibir kering dan merekah berlaku akibat beberapa faktor antaranya, kurang minum air putih, sikap suka menjilat bibir, faktor genetik dan sebagainya. Bila bibir kering, pakai lipstik memang nampak comot dan tak cantik. So hari ni CCL nak bagi tips mudah untuk merawat bibir kering dan merekah. Jejomzz!
1. SAPUAN GEL ALOEVERABagi merawat bibir kering dan merekah, boleh sapu krim atau pelembap dari aloevera kerana aloevera bersifat memberi kelembapan semulajadi pada kulit.
2. MADUMadu juga boleh merawat bibir kering dan merekah secara alami. Sebab itulah banyak lipstick atau lipbalm sekarang dihasilkan menggunakan madu kerana berupaya merawat bibir. So kena pandai pilih okey.
3. MENTEGASapukan mentega pada bibir kering dan merekah. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan bibir yang lembut.
4. TIMUNTimun merupakan bahan alami yang berupaya merawat bibir. Hiris timun secara halus kemudian sapukan pada bibir. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air.
5. JELI PETROLEUM VASELINESapukan jeli petroleum beberapa kali sehari agar bibir anda dilindungi. Sapu juga pada waktu malam sebelum tidur agar bibir kelihatan lembap.
Ini adalah antara tips mudah merawat bibir kering dan merekah. Dan pastikan minum air putih secukupnya.Antara kelima-lima tips di atas, CCL selalu amalkan tips yang kelima . Sapu jeli petroleum vaseline pada bibir . Memang berkesan .
Selamat mencuba 🤗

