Memaparkan catatan dengan label sinopsis novel tak sempurna mencintaimu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sinopsis novel tak sempurna mencintaimu. Papar semua catatan

SINOPSIS DRAMA TAK SEMPURNA MENCINTAIMU

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera .


DRAMA, INFO, SINOPSIS DRAMA, TAK SEMPURNA MENCINTAIMU, SINOPSIS NOVEL TAK SEMPURNA MENCINTAIMU, FULL EPISOD DRAMA TAK SEMPURNA MENCINTAIMU, PELAKON DRAMA TAK SEMPURNA MENCINTAIMU


SINOPSIS DRAMA TAK SEMPURNA MENCINTAIMU Cerita ini merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama, "Tak Sempurna Mencintaimu" karya Rehan Makhtar yang diterbitkan pada tahun 2018. Selepas kejayaan antara novel best seller ketika itu, dan kini diangkat ke kaca TV pula. Antara pelakon hebat yang terlibat dalam drama ini seperti Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry, Rita Nadira dan ramai lagi.


BARISAN PELAKON

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry dan Rita Nadira. Ianya dibantu oleh Dato’ Tamimi Siregar, Wan Maimunah, Nafiez Zaidi, Aniq Suhair, Azza Elite, Ali Reza, Shah Khan, Scha Elinnea, Naim Shamshol dan ramai lagi.



WATAK

Redza Rosli sebagai MUSTAQIM

Intan Najuwa sebagai SIRATUL

Fendy Bakry sebagai EPUL

Rita Nadira sebagai MELISSA

Nafiez Zaidi sebagai FIQRI

Aniq Suhair sebagai SAFWAN

Azza Elite sebagai KAK SITI

Ali Reza sebagai KYLE

Shah Khan sebagai KUCA

Scha Elinnea sebagai MAWARDAH

Naim Shamshol sebagai RUDY






SINOPSIS

Drama Tak Sempurna Mencintaimu mengisahkan tentang Mustaqim dan Siratul yang masing-masing menjaga diri antara satu sama lain,  dan sama-sama membentuk diri kearah kebaikan. Mustaqim berpewatakan seorang yang agak nakal dan panas baran manakala Siratul pula seorang yang penyabar, tabah dan lurus. Siratul bekerja keras demi mencari rezeki tanpa bergantung pada sesiapa pun. 


Pertemuan Mustaqim dan Siratul pada awalnya penuh dengan amarah tetapi akhirnya jatuh cinta.

Kisahnya bermula apabila adik Siratul telah melanggar motor kesayangan Mustaqim menyebabkan dia marah dan dengan lantang menghina gadis itu. Tapi walaupun dalam keadaan marah dia mengikuti Sidratul, menggantikan perbelanjaan motor yang telah hancur dan rosak dan menghantar gadis itu pulang ke rumah dengan selamat. 


Mengenali Siratul membuatkan Mustaqim mula merasa tenang setelah 10 tahun hatinya terluka akibat pengkhianatan yang dilakukan  oleh Melisa. Melisa merupakan seorang gadis yang amat menyukainya tetapi cinta itu tidak dibalas oleh Mustaqim. Lantas untuk membalas dendam Melisa berkahwin dengan ayah Mustaqim. Difitnahnya Mustaqim sehingga ayahnya menghalau keluar dari rumah dan dia tidak pernah pulang lagi selama 10 tahun.


Dengan adanya Siratul, hati yang beku itu perlahan-lahan cuba melupakan kesilapannya semalam. Tanpa sedar, cinta mula berputik antara mereka. Namun, cinta mana yang tidak diuji? Hadirnya Melisa tanpa diduga, membuatkan kisah cinta mereka benar-benar dipukul badai.


Adakah Siratul dan Mustaqim dapat bersatu pada pengakhirannya? Dapatkah Mustaqim memaafkan dan kembali semula pada ayahnya? Jangan lupa menonton drama ini sehingga penghujung episod . 



NOVEL : TAK SEMPURNA MENCINTAIMU



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA .



koleksi novel, novel, novel 2018 , penulis novel rehan makhtar, tak sempurna mencintaimu,sinopsis novel tak sempurna mencintaimu,novel terbaru, novel keluaran 2018



Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tak indah.  Ianya menyakitkan.  Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa.  Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu.  Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu saja.  Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam!  Dia juga pernah menjadi mangsa.  

“Kau sindir aku lagi, kan?”  - Mustaqim
“Tak… kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan.” – Siratul

Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim.  Tapi entah mengapa… yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.  

 “Aku buat kau gila dekat aku.  Baru kau tahu…”  - Mustaqim
“Memang dasar orang gila!”  - Siratul

Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati… lelaki itu berdusta dengannya.  Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.  

“Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!  - Siratul

“Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul…”  - Mustaqim

Mustaqim bingung.  Tak… Dia merancang yang indah sebenarnya.  Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.    

Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu.  Cinta dusta yang menghantui hingga kini.   
 
 “Kalau dia tu, pedang yang menghunus… saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan.” – Siratul

Tapi, benarlah.  Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza.  Mustaqim sekali bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa… hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.  

“You pergi dulu, Taqim.  I akan menyusul…”  - Melisa
“Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga…”  Siratul
“Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau…” - Mustaqim

Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan.  Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul.  Namun, adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bila perisainya tumbang?  Dia sendiri tak pasti.