Memaparkan catatan dengan label review minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review minuman. Papar semua catatan

MASUK HARI KEDUA DAN KETIGA SUSU SEGAR KURMA TERUS BERTUKAR RASA . KENAPA ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Susu segar kurma, susu segar , sususegar farm fresh , kurma farm fresh, agent susu segar kurma, harga susu segar kurma, dimana jual susu segar kurma,minuman berkhasiat, review minuman,

MASUK HARI KEDUA DAN KETIGA SUSU SEGAR KURMA TERUS BERTUKAR RASA . KENAPA ?  Hai uolss ,Salam pagi Khamis yer, pada yang bekerja selamat bekerja CCL  ucapkan . Amboii dah macam DJ radio pulak rasanya kan . Okay uolls seperti tajuk yang CCL create diatas . Pagi ni CCL nak review satu produk minuman susu segar, seperti gambar diatas ' susu segar '  yang pernah viral satu ketika dahulu . CCL pasti ada pembaca dah pernah minum minuman tersebut . 

Al-kisahnya  susu segar kurma ni memang susah dapat, memang limited sangat-sangat. Sewaktu minuman berkhasiat ni tengah top di laman-laman sosial media, CCL pun berkeinginan untuk merasa perisa kurma ni . .Puas CCL terjah di pasaraya terkemuka, malangnya stok tak banyak ,yang tinggal hanya perisa lain . Okay nak dijadikan cerita si wife kepada kawan CCL ni sedang pregnant dan mengidam pulak nak minum susu segar kurma ni . Kawan CCL pun minta tolong CCL carikan untuk wife dia, CCL ham situasinya nak cari minuman ni bukan mudah . Kadang itu nasib sahaja, so CCL mula research  susu segar kurma ini ., mana tahu ada delivery or agent2 untuk farm fresh ni , boleh la CCL merasa sekali . Research sana-sini melalui laman sosial facebook .,alhamdulillah terjumpa jugak CCL dengan seorang agent farm fresh ni,segera CCL call bertanyakan stok masih ada atau tidak .Alhamdulillah mungkin berkat CCL nak tolong wife kawan CCL yang sedang pregnant Allah permudahkan segalanya. Selesai order 3 botol , agent tersebut akan delivery kat tempat kerja CCL .

Sebotol susu fresh kurma ini CCL beli berharga RM8 . Order 3 botol untuk kawan CCL dua botol dan CCL hanya mencuba sebotol sahaja,biasalah percubaan pertama kena sebotol dulu .Kalau sedap baru boleh repeat .Susu segar kurma dah bertukar tangan..

Apa komen CCL bila CCL  rasa susu segar kurma ni ? Adakah sedap ? Ok ini bagi citarasa CCL lah . First time CCL minum tak sampai setengah botol . Ok first rasanya bagi CCL memang ok , tak manis memang kena dengan tekak ni, selebihnya CCL simpan dalam peti sejuk . Keesokkan paginya  CCL bangun lepas je sarapan pagi , CCL cuba minum susu segar kurma yang selebihnya . Apa yang CCL rasa lepas minum , hahhh rasanya sedikit pahit , tak seperti mula-mula CCL minum . Ok fikirnya memang rasanya sebegitu kot !! .semalam sebelum nak tidur CCL minum lagi yang selebihnya sebab tak nak simpan lama-lama biasa la susu segar ni tak tahan sangat even kita letak dalam peti sejuk . Ok CCL  minum seteguk..apa yang dirasanya memang lagi pahit dari semalam . Tekak CCL mula tak boleh terima rasa tersebut , semakin hari rasanya semakin pahit entah apa yang tak kena.

CCL cuba tengok expired date pada botol mana tahu expirednya hampir-hampirkan . Malangnya expired date lambat lagi . So CCL putuskan untuk buang aje yang selebihnya . Bila CCL kongsi cerita ini dengan kawan CCL , kawan CCL pun turut mengalami nasib yang sama .. fresh farm milk ni bila dah buka kena habiskan . Kalau disimpan 2 3  hari hasilnya tak sedap . 

So disini CCL boleh cakapkan kali pertama CCL minum susu segar kurma dan kali terakhir CCL akan rasa susu segar kurma ini . Seperti yang CCL cakapkan citarasa lidah manusia ini masing-masing lain rasanya . Ada yang suka , ada yang boleh terima dan ada yang tak suka dan tak boleh terima . Itulah serba sedikit review tentang susu segar kurma ini ikhlas dari hati . 

Uolls yang pernah minum susu segar kurma ini ,boleh la share apa rasanya lepas korang minum .sedap or tak sedap ?