Assalamualaikum dan salam sejahtera
JANGAN TERLALU FOKUS PADA KESALAHAN TAPI KENANGKAN JUGA KEBAIKKAN MEREKA Pernah tak ada yang berbuat salah pada awak? Pernah tak rasa dalam hati untuk marah dan tidak mahukan kesalahan mereka?Mesti pernah kan? Sebenarnya punca hati tidak bahagia ialah terlalu mudah marah dan berdendam dengan orang. Dan ia juga antara penyebab kenapa manusia suka bergaduh.
Jadi untuk elak daripada sakit hati kerana kesalahan orang, apa kata awak fikirkan kebaikan yang mereka pernah lakukan. Dan jangan lupa, kita juga pernah melakukan kesalahan. Jangan nak berlagak suci. Hihi.
Point CCL ialah, maafkan mereka. Tidak rugipun kalau awak maafkan, dan yang paling best, awak akan bina hubungan yang baik dengan orang lain. Awak maafkan orang, orang akan maafkan awak.
Jadi CCL nak minta maaf kepada semua yang kenal CCL. CCL tahu kadang-kadang bukan baik sangat. CCL pun ada buat silap.

