Assalamualaikum dan salam sejahtera .
DESIGN SENDIRI TSHIRT HANYA DI WEBSITE PRINTCIOUS.COM DAH SAMPAI | Hari isnin yang lalu, CCL ada uploadkan satu gambar di dalam laman sosial media facebook dan instagram CCL berkenaan satu parcel kiriman dari pihak printcious . Sesiapa yang menjadi rakan CCL di facebook mahupun follower CCL dalam instagram boleh tahu la apa pekembangannya . Acewahhh femes -femes gitu . Berangan kejap . Ok hari ini baru CCL ada masa lapang nak draft satu entri berkaitan parcel yang CCL terima.
Hari tue abang posmen datang hantar parcel, tengok-tengok kirimannya dari Printcious.Wah senyum gembira tak terkata lah parcel yang ditunggu-tunggu selamat tiba . Al-kisahnya ini pertama kali CCL berurusan online shopping dengan laman web prìntcious . Berkat CCL menang satu contest, so CCL ada redeem barang dari pihak Printcious . Nak tahu CCL redeem apa guna voucher tue ?
Taraaa !!! Seperti gambar diatas, CCL redeem sehelai tshirt DIY berwarna putih . Cantik ke tidak ?? Kalau korang nak tahu printcious adalah salah satu website dimana korang boleh customized sendiri apa yang kita nak , ala-ala DIY gitu . Macam design baju CCL ni memang berkurun minggu jugak CCL fikirnya . Dah macam designer to be . Bukan senang nak jadi designer baju yang tak berpengalaman ni . Tapi CCL cuba, walaupun berminggu juga CCL fikir akhirnya CCL dapat hasilkan satu design yang bagi CCL nampak simple dan tak berserabut .
Dah lama CCL nak hasilkan satu baju khas untuk diri CCL yang berkecimpung dalam bidang blogger ni walaupun sehelai alhamdulillah printcious.com dah memenuhi keinginan CCL , boleh DIY baju walaupun sehelai sahaja . Kalau korang nak banyak-banyak pasang pun boleh lagi pihak-pihak printcious suka . Disebabkan blog CCL bertemakan warna soft pink . So design pada baju ini pun CCL gabungkan tiga warna putih , hitam dan pink . Maka terhasilah seni kreativiti CCL atas tshirt tersebut . Bila dah sampai ke tangan CCL rasa macam nak letak dalam frame je, sayang pulak nak pakai .
Ok . Kalau korang yang berminat nak DIY tshirt sendiri dengan design-design yang korang berkenan , korang boleh terjah https://www.printcious.com/my
apa yang menariknya bila korang tempah tshirt ini melalui Printcious
1.Jenis baju , Saiz dan materialmelalui website Printsious ini ada tiga kategori tshirt yang korang boleh pilih antaranya Contton Tshirt , Graphic Tee dan Graphic Tee khas untuk kanak - kanak.Macam pemilihan CCL tshirt di atas , CCL memilih tshirt Graphic Tee bersaiz XS , disebabkan tubuh badan CCL yang kecil ni haa , lebih selesa mengenakan saiz yang sesuai .Alhamdulillah saiz baju tidal terlalu besar dan tidak terlalu kecil bila disarungkan pada tubuh badan , Disebakan CCL memilih Graphic Tee , warna tshirt yang available hanya warna putih sahaja , tapi korang jangan risau , korang boleh memilih tshirt bewarna dengan material kain cotton . oh lupa pulak CCL nak nyatakan disini , pemilihan material kain unutk tshirt yang CCL tempah adalah polyster spandex . sedap dipakai tak panas .
2.Kualiti Printing .Nampak tak logo dan words pada tshirt tu ? CCL yang customized sendiri ok . sengaja CCL design tshirt ini sebagai kenangan , Puas jugak CCL perah idea macam mana nak design tshirt seelok ini , eh elok ke ? cantik ke ? tapi semestinya sangat simple bukan . Simple But Beautiful . Semestnya CCL amat berpuas hati atas kualiti printing pada baju tersebut . Kualiti printingnya bukan biasa - biasa tapi luar bisa , nak tau luar biasanya macam mana jom terjah link ini https://www.printcious.com
3. HargaDari segi harga amat berpatutan dengan kualiti , disebabkan CCL pakai voucher yang diperoleh dari pihak printcious , so CCL hanya bayar baki yang berlebihan sahaja
'precious gifts form your heart'


