Assalamualaikum dan salam sejahtera
5 TIPS BISNES ONLINE UNTUK NEWBIE Zaman sekarang walaupun seseorang tu dah ada kerjaya, tetapi tetap jugak nak buat dua atau tiga kerja sampingan kerana ekonomi kita yang tak stabil. Dan kebanyakannya memilih bisnes online kerana mudah untuk berurusan. Tapi sebelum memulakan bisnes online, jom kita teliti apa yang perlu korang buat pada permulaannya.
Ok ni part yang paling penting. Sebelum memulakan apa-apa bisnes, pastikan ada minat dalam diri korang. Minat untuk berniaga, minat untuk menolong orang lain dan minat untuk memudahkan orang lain. Bila ada minat, kita akan makin bersemangat dan seronok untuk menjalankan bisnes yang kita ceburi. Kalau ada cabaran sekalipun, kita tak mudah untuk down. Biasanya, kalau di awalnya kita rasa terpaksa dan tak minat, bisnes tu takkan kekal lama.
1. MINAT
Dah nama pun bisnes online. So wajib ada gadget. Tak perlu yang terlalu canggih atau mahal. Cukuplah pada permulaan ni, guna apa yang ada asalkan ia boleh menjadi medium untuk kita melakukan urusan jual beli bersama bakal pelanggan kita.
2. GADGET
3. PERMINTAAN PRODUK YANG TINGGIZaman sekarang terlalu banyak produk-produk baru yang muncul sampaikan kita sukar untuk memilih produk apa yang bagus untuk dijual. Jadi sebelum memulakan bisnes online, kaji dahulu apa produk yang kita nak jual tu. Adakah tinggi permintaannya?
4. SKOPKAN GOLONGAN PELANGGANSebelum memilih produk apa yang hendak dijual, skopkan golongan pelanggan yang hendak membeli produk kita. Contohnya barangan bayi. Jadi, pelanggan kita adalah golongan ibu dan kita perlu lebih fokus kepada golongan tersebut.
Modal yang rendah merupakan titik permulaan untuk kita berniaga. Jika kita memilih bisnes yang modal rendah, kita tak perlu menanggung kerugian yang besar jika produk yang kita pilih itu tak dapat dijual. Dan untuk permulaan, lebih baik menjadi dropship kepada produk orang lain kerana dropship tidak memerlukan sebarang modal dan keuntungan adalah 100% milik kita.
5. MODAL YANG RENDAH
Sangat penting untuk kita tahu semua perkara diatas supaya kita tidak tersilap langkah pada permulaannya. Semoga apa yang CCL kongsikan bermanfaat untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes online.

