Assalamualaikum dan salam sejahtera
KEUNIKKAN MASJID AR-RAHMAN , PULAU GAJAH SABAK KELANTAN Salah satu tempat menarik kalau korang jejak,kaki ke Negeri Kelantan, wajib singgah Masjid Ar-Rahman di Pulau Gajah, dekat Sabak, di sini tersergam indah dengan keunikan dan kehalusan seni bina Melayu, sekali gus memukau setiap mata yang memandang.
Dari reka bentuk luaran hingga perincian dalaman, setiap butiran seni bina mencerminkan kedamaian dan ketenangan, malah binaan turut dikelilingi hutan dan parit mewujudkan panorama semula jadi.
Masjid Ar-Rahman mula dibina pada awal 2016 untuk menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah, selepas melihat keadaan masjid lama Pulau Gajah yang semakin sempit.
Pembinaan masjid di atas tapak seluas 0.8 hektar itu mengambil masa kira-kira dua tahun dan kini ia mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa.
Uniknya, khidmat 10 pekerja dari Indonesia diguna pakai untuk menghasilkan lebih 90 peratus ukiran tangan pada masjid, separuh daripadanya ukiran ayat suci al-Quran.
Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman, Hasan Mahmood, berkata pembinaan masjid dengan kos lebih RM6 juta itu hasil sumbangan penderma individu, malah pelan serta idea pembinaan juga cetusan daripada hamba Allah itu.
Seni bina empat negara
Menariknya, beliau berkata, binaan Masjid Ar-Rahman ini, ia turut mempertontonkan gabungan hiasan dari sekurang-kurangnya empat negara, selain seni bina Melayu.






