Assalamualaikum dan salam sejahtera
KEMATIAN KETIGA COVID-19 DI MALAYSIA DICATAT DI SABAH Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.
Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.
Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
KEMATIAN KEDUA COVID-19 DI MALAYSIA DI CATAT DI JOHOR Seorang lelaki warganegara Malaysia yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling menjadi mangsa kedua meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19.
Mangsa berusia 34 tahun yang merupakan kes ke-178 mula mengalami gelaja demam mulai 5 Mac 2020.
Beliau mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020