Assalamualaikum dan salam sejahtera
Beberapa bulan jer lagi nak masuk tahun 2025 . Kasut yang selalu CCL pergi kerja masih belum tukar lagi .. rasa selesa pakai kasut dari jenama XES , tapak kasut pun masih elok , tak ada tanda-tanda nak tercabut . Cumanya material kasut tu sahaja dah makin haus, warna pun dah tak sekata . So decide untuk beli kasut baru ..
Kali ni saja nak memilih untuk beli kasut heel yang tinggi sikit berbanding kasut yang sebelum ni . Bila pakai of course la ketinggian CCL bertambah tinggi ..
Material kasut ni sangat cantik .. tapak dalam pun lembut, CCL beli ni saiz 37 .. memang selalu pakai saiz 36 atau 37 ikut design kasut juga . Kali ni ambil saiz 37 agak longgar sikit, tapi masih lagi boleh pakai ..cumanya nak kena cari padding adjustable untuk diletakkan dalam kasut supaya dapat melangkah dengan selesa . Begitu lah kalau beli dalam online ni tak boleh cuba-cuba . Kalau longgar sedikit tu tiada masalah ..
Harga pun tak sampai RM40 . Memang berbaloi beli .. kualiti kasut pun cantik tau ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
REVIEW : KASUT XES LADIES CLOSED TOE WEDGES Dah lama CCL idamkan untuk beli kasut baru untuk pakai kerja . Disebabkan 2 bulan lepas lockdown dan CCL terpaksa cuti juga selama 2 bulan , maka niat nak beli kasut kerja yang baru terpaksa ditangguhkan , dan sekarang bila syarikat dah beroperasi semula CCL mula berhasrat untuk membeli sepasang kasut baru .Nak dicari di mall-mall yang di negeri Perlis tak ada la sehebat negeri-negeri lain . Banyak design yang CCL agak tak berkenan memandangkan CCL suka pakai kasut jenis wedges untuk keselesaan kaki CCL . So CCL terpaksa beli dalam shopping online menerusi Shopee . Apa yang CCL risau bila beli kasut melalui Shopee adalah takut bila kasut yang dibeli tak muat, ketat ataupun longgar walaupun dah ukur saiz tapak kaki .
KASUT XES WEDGES MENJADI PILIHAN HATI
Merata CCL search kasut wedges menerusi aplikasi Shopee , akhirnya CCL berkenan dengan kasut keluaran XES . Setelah CCL perhatikan design serta ciri-ciri kasut ini CCL terus add to cart dan teruskan checkout pembelian tersebut .
KASUT XES LADIES CLOSED TOE WEDGES HANYA RM29.90
Kasut ini walaupun designnya nampak simple elegant, tetapi harga sangat berpatutan dan bagi CCL amat murah m sepasang kasut ini hanya RM29.90 . Murah bukan ?
SELESANYA PAKAI KASUT XES LADIES CLOSED TOE WEDGES
Penghantarannya sangat cepat . Selesai CCL submit oder tunggu 2 e hari parcel tersebut terus mendarat ke pintu rumah . Packaging pun menarik, kasut tersebut hadir sekali dengan kotak kasut . Sampai dalam keadaan yang elok . Apa lagi CCL pun unboxing tanpa rasa sabar . Alhamdulillah mujur saiz yang CCL pilihkan ngam-ngam je dengan kaki . Saiz kasut yang sesuai dengan kaki CCL adalah saiz 38 . Selesa je pakai , tak luas dan tak longgar memang sangat-sangat selesa . Lagi selesa pada bahagian dalam tapak kasut amat-amat lembut . Bila berjalan rasa soft je . Kasut wedges ni hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan soft pink . So CCL pilih warna hitam untuk pakai bekerja .
Korang yang mencari kasut-kasut yang simple dan selesa boleh membuat pembelian XES ladies closed toe wedges menerusi LINK INI