Assalamualaikum dan salam sejahtera . .
RESEPI AIR ASAM TELUR REBUS Salam Ramadhan hangpa . Selamat berpuasa . Sudah di penghujung kita semua berada dalam bulan yang mulia ini . Harap-harap dapat keberkatan . Hari ni CCL nak kongsi satu resepi yang sangat mudah untuk hangpa semua ..
Sebenarnya resepi ini , arwah tok CCL yang ajarkan . Disebabkan terlalu rindu, lama tak balik ziarah kubur arwah tok hanya kiriman doa tiap kali lepas solat . So CCL decide untuk membuat resepi mudah berbuka puasa hari ni, iaitu air asam telur rebus . Resepi ni sangat simple ,yang penting boleh buatkan hangpa tambah nasi berpinggan - pinggan
Bahan-bahan
Telur rebus
Cili besar
Cili merah
Air asam jawa
Belacan
Gula dan garam
Air
Tomato
Bawang merah / bawang besar
Cara membuat
Gaul semua bahan dia atas secukup rasa .
Potongkan telur yang sudah direbus dan masukkan ke dalam air asam .
Selamat mencuba

