Assalamualaikum dan hai semua
Blog Archive Mac 2026 | Pageview & Entri Blog
Sebenarnya awal tahun, bermula Januari haritu CCL nak buatkan entri mengenai blog archive pada setiap bulan. Entah terlupa ke macam mana… bulan ni baru teringat haaa ..Alang-alang dah teringat tu, memang tak peram laa terus buat juga entri ni.
Untuk bulan Mac, alhamdulillah blog CCL menunjukkan peningkatan yang agak best dari segi pageview . Jumlah tatapan mencecah sekitar 167K, naik hampir dua kali ganda berbanding bulan Februari. Memang seronok laa bila tengok angka macam ni, ada juga hasil konsisten update blog walaupun kadang tu curi-curi masa nak menulis ..
Kalau tengok pada graf, ada beberapa hari yang melonjak tinggi sampai lebih 20K views. Rasanya masa tu entri berkaitan puasa dan raya dan makanan tengah banyak orang cari. Biasalah, lagi-lagi musim piasa kan, Selebihnya trafik harian pun agak stabil sekitar 3K hingga 5K, kira okay dan maintain juga.
Dari segi entri blog, sepanjang bulan Mac CCL berjaya publish sebanyak 33 entri. Banyak juga sebenarnya! Kebanyakan entri bulan ni lebih kepada perkongsian resepi dan idea juadah. Kalau perasan CCL banyak kongsikan resepi dari Khairul Aming ..tu pun ada beberapa entri lagi belum publish ..mengenai resepi ni memang sesuai sangat dengan suasana bulan puasa dan menjelang raya..Selain tu, CCL ada juga selingan entri santai macam aktiviti harian dan perkongsian biasa. Saja bagi variasi sikit supaya blog tak terlalu fokus pada satu topik saja ..
Secara keseluruhan, bulan Mac memang agak aktif untuk blog CCL, bila tengok hasil pageview tu, terus jadi semangat balik nak update lagi ..tapi start raya haritu seminggu juga CCL hilang ..baru dua tiga hari ni comeback semula..Harap bulan seterusnya dapat kekalkan momentum ni, dan kalau boleh nak lebih konsisten untuk hasilkan lebih banyak entri yang bermanfaat.
Terima kasih juga pada semua yang sudi singgah, baca dan tinggalkan komen di blog CCL. Support korang memang sangat dihargai




