Memaparkan catatan dengan label Aku Mahu Hidayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku Mahu Hidayah. Papar semua catatan

HIDAYAH DATANG MENGETUK PINTU HATI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 



Aku Mahu Hidayah, hidayah, hidayah diri, tips dapat hidayah dari Allah, tips keagamaan,


HIDAYAH DATANG MENGETUK PINTU HATI Hidayah datang mengetuk pintu hati kita kerana kita yang mengizinkan dia masuk.Bukan dia sendiri datang. Sebab hidayah tak datang offer diri. Bukan hidayah zara zya yang berlakon dalam cerita hidayahMu ramadhan tu. Tapi hidayah iaitu petunjuk. Kita kena usahakan hidayah tu.Lainlah soal jodoh. Perlu tunggu. Kadang perlu usaha. Tapi cukup sekadar doa, "Allah, moga jodohku seseorang yang meletakkan Engkau nombor satu. Agar CCL Dapat menumpangnya sekali ke syurga. Dan seseorang yang indah budi dan akhlaknya" Aminkan untuk diri sendiri ya..Berbalik pada tajuk kita okey sayang semua , Sakitkan bila kita nak sambut hidayah tu? Lepas sambut pun still sakit. Tapi, manisnya. Subhanallah. Lebih manis dari gula kapas.


JADIKAN ALLAH SEBAGAI ' FIRST LOVER ' AWAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . 

JADIKAN ALLAH FIRST LOVER ALLAH   Entri kali ini CCL berkisarkan tentang 'first lover ' atau pun orang yang pertama yang uolls sayang - menyayang ..ataupun lebih lagi dikenali macam someone special la.. Bila ada yang bertanya siapa someone special di hati CCL ? Meskipun saat ini hati CCL belum lagi dimiliki oleh kaum Adam ..tapi bagi CCL tetap meletakkan Allah sebagai cinta hati pertama di dalam hati di dalam hidup CCL . Bila CCL meletakkan Allah SWT pada carta yang paling tertinggi dalam hati CCL, maka CCL akan melihat masalah-masalah yang mendatang hanyalah sebagai satu perkara yang kecil sahaja.Kerana CCL sedar, CCL masih ada DIA Yang Maha Besar untuk membantu.




jadikan Allah first lover kita,tips kehidupan , Allah cinta pertama , kehidupan disisi Allah , Aku Mahu Hidayah

Walau tersungkur jatuh atau lemah berkali-kali bila dilanda ribut Ujian, CCL akan bangkit kembali meneruskan perjalanan.Sebab  apa ? Sebab  'First Love'  CCL tadi lah yang bagai menyuntik kembali kekuatan dan semangat kita yang mulai meruntum goyah.Cuba bayangkan, apa yang terjadi seandainya kita semua  anggap Makwe atau Pakwe kita sebagai Cinta yang paling utama ?Lalu Cinta Allah diketepikan ?Huh !..Tak perlu bayangkan.Sebab sekarang pun mungkin ada yang tengah lalui perkara itu kan ?Kita,Yang sering melebihkan Cinta Nafsu semata.Sedang Cinta Yang Esa hanya dibiar merata.

" Ya Rabb, ampunkan kami. "