Assalamualaikum dan hai semua
Dah 3 hari masuk bulan Oktober. Pejam celik pejam celik, tak lama lagi nak hujung tahun 2025 dah pun. moga setiap hari yang terisi segala aktiviti mendapat keberkatan dari Allah SWT ... Mood nak menulis blog baru pun datang balik. Bulan September memang bulan paling sibuk… sibuk kerja, sibuk dengan macam-macam hal. Kadang rasa stress sampai tahap nak burnout. Ditambah pula dengan sakit badan, demam beberapa hari, lepas tu first time hilang suara dua hari. Memang ambil masa jugalah untuk rehat sebelum sambung kerja semula.. Nasib baik sempat juga curi masa pergi bercuti kejap outstation, jalan-jalan, makan-makan. Lepas tu rasa lega sikit, dapat buang segala tekanan kerja.
Masuk 1 Oktober, kembali ke ofis macam biasa. Walaupun tengok jadual bulan ni penuh setiap minggu, harap dapat hadap dengan tenang tanpa stress.. Cerita pasal kerja, masih lagi dalam fasa training sistem baru e-invoice tu. Fuhh… memang complicated betul. Last-last boss decide tak nak teruskan dulu, pakai balik sistem lama. Diorang nak buat survey dulu sebelum finalize. Alhamdulillah lega sangat ..
Apa pun, welcome Oktober! Harap bulan ni lebih tenang, lebih banyak senyum, dan lebih banyak rezeki.



8 Ulasan
moga dipermudahkan dan lancar urusan october ccl ye
BalasPadamSemoga terus bersemangat! 👍
BalasPadamCepatnya masa berlalu. Selamat tinggal September. Selamat datang Oktober. Moga yang baik-baik sahaja untuk semua.
BalasPadamSemoga baik-baik sahaja di bulan Oktober.
BalasPadammoga yg baik2 saja utk kita semua..aamiin...
BalasPadamSistem baru kalo masih banyak bug atau eror, memang buat stress. Ingat dulu bank tempat saya kerja, saat integrasi dengan bank lokal, beuuugh systemnya masih banyak eror sana sini. Butuh lama utk bisa sinkronisasi dengan system yg baru.
BalasPadamSemangat kak CCL. Semoga Oktober bisalah agak santai yaaa ☺️
Oktober pun akak sangat busy...macam- macam nak kena buat sempena sambutan 50 Tahun Company
BalasPadamSemoga yang baik-baik untuk kita semua di bulan Oktober ni.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan