Nasi Lemak & Paru Goreng Kunyit

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Nasi Lemak & Paru Goreng Kunyit Ceritanya breakfast pagi tadi tak sempat nak update blog . Menu breakfast tadi nasi lemak dengan paru goreng kunyit . 

Ni kali kedua CCL try nasi lemak paru goreng kunyit . Bila dah try yang kedua kalinya sudah semestinya sedap .. kalau sedap repeat .kalau tak sedap tak repeat . Begitulah ..

nasi lemak, menu nasi lemak , nasi lemak paru goreng, nasi lemak sambal paru, nasi lemak paru goreng kunyit , Paru goreng kunyit

Nasi lemak paru goreng kunyit ni memang sangat sedap . Murah pulak tu . Sebungkus ni RM6 . Lauk pun banyak tau , telur rebus sebiji . Paru yang diletakkan pun banyak . Siap boleh ratah-ratah lagi 

Sini sapa suka makan nasi lemak paru goreng kunyit or tak kisah lah sambal paru ker ? Sedap kan ? 

Alhamdulilllah untuk rezeki pagi tadi .



Beli Susu Farm Fresh Dalam Shopee

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Susu Farm Fresh Dalam Shopee Beberapa minggu ni CCL rajin sangat la angkut susu kotak Farm Fresh ni, dah macam kanak-kanak ribena  sehari sekotak atau dua kotak wajib minum . Dah tu dua atau tiga hari sekali lepas balik keja kena singgah topup stock farm fresh la kan . So CCL terus godek-godek susu farm fresh ni dalam Shopee .. haa bila dah buat kira-kira harga berbaloi atau tak untuk beli di Shopee baru lah terus checkout . 

Susu kotak farm fresh , susu farm fresh coklat , susu farm fresh cafe latte

Susu farm fresh yang CCL order melalui Shopee dah selamat sampai  tanpa sebarang kemek pada air kotak tu tau . CCL order dua karton terus haa .. setiap satu karton ada 12 air kotak .. kalau dua karton so total semua 24 air kotak . CCL beli dua perisa .. coklat dan juga cafe latte . CCL memang suka susu farm fresh ni berbanding Dutch Lady . Beli kotak kecil ni sensng nak minum , kalau beli terus kotak besar kalau dah buka penutup kotak susu tu kena cepat-cepat habiskan . Susu kan tak elok simpan melebihi dua tiga hari . Rasanya pun dah jadi lain nanti .

Susu kotak farm fresh , susu farm fresh coklat , susu farm fresh cafe latte

Harga lebih kurang beli di kedai juga . Tapi kat kedai susah nak ada jual yang satu karton ni , tapi kalau jenama Dutch Lady ada pulak jual satu karton ..pelik juga .. nak beli ni Kena pandai cari voucher untuk free shipping . 


Dapat juga Hannah Delisha & Nora Danish !

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Dapat juga Hannah Delisha & Nora Danish ! CCL jumpa artis ke ?? Ehhh tidakkkk laa awak .. tapi tajuk tu macam jumpa artis .. hahhh tidak sama sekali ya .. sini nak cerita niii .  Kisahnya terjadi bila feed ig LeeyanaRahman , ya LeeyanaRahman ala brand tudung dan baju kurung ratus-ratus tu .. haa kalau korang follow setiap design tudung yang LeeyanaRahman keluarkan  korang mesti dah boleh agak  ada apa dengan Hannah Delisha dan Nora Danish ..

Bulan lepas, brand LeeyanaRahman ni ada keluarkan tudung edisi Mono Claire dan duta utama tudung untuk bulan lepas adalah Hannah Delisha .. CCL ada juga grab sehelai design bulan lepas ..mono claire code anna .. u guys boleh tengok design tu di Entri ini , CCL ada cerita .. tapi tu laa ada satu lagi design hot yang CCL berkenan warna meroon iaitu code Lela .. haishh awal-awal sebelum release hari tu macam tak berkenan .. ni alih-alih berkenan pulak . Design nampak cantik ..  

Kisah si Nora Danish ni pulak .. bulan ni brand LeeyanaRahman keluarkan design baru pulak u guys ..edisi Veil of Demura .. duta untuk edisi kali ni of course Nora Danish  .. edisi tudung ni akan release pada 27 Oktober, tapi design paling hot kali ni memang susah sangat nak battle .. at seller yang naikkan sedikit harga .. ada yang jual combo dengan code lain .. aaahhh  

Tapii .. tapiii 

tudung LeeyanaRahman, bawal LeeyanaRahman, tudung monogram LeeyanaRahman LeeyanaRahman edisi mono claire, LeeyanaRahman edisi veil of demure

Akhirnyaa ... cari dan gali lagi .. fuhhh dedua design dapat haaa .. kedua-dua design hot.. dapat beli per item  bukan combo ok ..   lepas cari design veil of demura code Marilyn tu tak dapat .. bukan tak dapat, tapi cari yang berbaloi . Banyak seller yang jual combo dengan design lain .. ada juga seller yang naikkan harga untuk design hot ni ..  so tak mengapalah .. 

Cari lagi.. eh terjumpa pulak dengan Hannah Delisha ..edisi mono claire code lela ni ..harha pun macam biasa laa ..terus checkout haaa ..tunggu lagi ..memang takkan tunggu laa sebab dah beberapa minggu cari tauuu .. lepas checkout Hannah Delisha .. scrolll lagi dan lagi ehhh terserempak dengan Nora Danish code design hot tu .. terus checkout haaa .. surut laa duit ujung bulan ni yer .. tapi tak apalah demi kepuasan untuk diri sendiri .. 

tudung LeeyanaRahman, bawal LeeyanaRahman, tudung monogram LeeyanaRahman LeeyanaRahman edisi mono claire, LeeyanaRahman edisi veil of demure

tudung LeeyanaRahman, bawal LeeyanaRahman, tudung monogram LeeyanaRahman LeeyanaRahman edisi mono claire, LeeyanaRahman edisi veil of demure

Dah dapat beli dua helai ni terus senyum bahagia .. begitulah perempuan .. kadang diri sendiri kena cipta kebahagiaan tanpa mengharapkan orang sekeliling . 






Shopping Di Eco : Total Lost RM86, Beli Apa ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Shopping Di Eco : Total Lost RM86, Beli Apa ?? Setiap bulan wajib terjah eco , dah menjadi slaah satu tempat  untuk healing- healing habiskan duit . Tapi bukan habiskan duit untuk beli benda-benda yang tak berfaedah tau .. Eco pun dah upgrade sikit tau ..dulu hanya bekalkan raga sahaja untuk beli barang , sekarang nahhh diorang dah sediakan troli .. makin sakan laa nak memborong silap-silap boleh penuh troli kan .. aduhhh ..racun betul .. 

Masa pegi Eco ni banyak juga barang-barang yang diorang baru restock .. bekas organizer, tools makeup, cermin makeup cantik- cantik .. tapi tak beli pun just cuci-cuci mata jer .. pegang, tengok letak balik tempat asal. Dalam hati meronta-ronta nak beli tapi pujuk hati sabar, sebab point utama nak masuk eco nak restock coklat dan jajan-jajan untuk dibawa ke office sebagai kudap-kudapan masa buat kerja .. 

Nak tengok CCL shopping apa untuk bulan ni 

shopping di eco , eco haul, barang eco, barang eco murah

Semua barang ni muat-muat ja dalam satu bag Eco tu . 

  • Sabun pencuci pinggan
  • Tisu muka
  • Berus
  • Getah pengikat rambut
  • Span makeup 
  • Tisu kitchen cleaner
  • Hand towel
  • Sticky note 
  • Liquid paper
  • Sos tiram
  • Coklat
  • Keropok
  • Plastik sampah 
Total lost RM86.40


Spring Cleaning Karpet Ruang Tamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Spring cleaning , cuci karpet velvet, cara cuci karpet velvet

Tengahari tadi CCL bagi karpet ni healing tengah panas, lepas sental-sental dengan air sabun , sidai dekat ampaian luar rumah lalu cuci dengan air bersih . Karpet ni jenis karpet velvet , so nipis dan tak tebal so nak keringkan tue mudah sahaja , make sure cuaca kat luar tu matahari tengah terik la . Mudah nak keringkan .. lepas basuh hanya biar kena cahaya matahari .. kering laa sendiri nanti ..

Haritu CCL dah spring cleaning  karpet dalam bilik . Hari ni cuci karpet ruang tamu pulak . Saja tak guna vakum sesekali kena basuh guna air sabun juga baru bersih sikit kan .


Menu Picnic Petang Isnin

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Menu picnic

Selalunya kalau plan lama-lama, set tarikh itu ini memang takkan jadi .. so kita plan je lah last minit ..ehh last minit ? Tak ada laa last minit sangat .. dua hari lepas plan nak picnic, ok plan itu dah settle petang isnin yang indah langit nan biru gitu .. alhamdulillah .. 

Dapat berkumpul semua , makan-makan  . Menu ala kadar sahaja banyak-banyak kang nanti tak habis membazir . Masing-masing bawa sorang sikit . Set makanan ni makan biar habis tak nak ada yang lebih . So kenyang atau terlampau kenyang tetap la kena makan dengan habis . 

Menu picnic petang isnin 
  • Roti jala kari ayam & kentang 
  • Cucur jagung 
  • Vietnam roll
  • Takoyaki 
  • Apam gula hangus
  • Teh o panas
  • Air anggur 
Alhamdulillah atas rezeki untuk petang tadi . 



Might White | Butterscotch Vanilla

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


mighty white butterscotch vanilla, butterscotch, butterscotch vanilla, perisa butterscotch

Kali ni CCL cuba roti keluaran Mighty White gabungan perisa butterscotch bersama perisa vanilla . Sedap ! Memang kena dengan tekak . Gabungan perisa butterscotch dan perisa vanilla yang sama banyak cukup rasa dan tidak terlampau manis . So manis dia ni light-light sahaja .. 

Nak repeat lagi tak ? Of course laa repeat sebab dah kena dengan selera anak tekak CCL kan .. 

Sebelum ni CCL pernah cuba perisa yang rare .. strawberi laici .. boleh baca di entri Might White | Strawberry Lychee


Certot : Keluarga Jagung

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Certot : Keluarga Jagung

Pak Ilman dan isterinya, Mak Amna merupakan pengusaha jagung dan mempunyai empat orang anak. Aman, Amani, Iman dan Imanina.

Aman mempunyai ladang ternakan ayam. Makanan untuk ayam-ayamnya diperbuat daripada jagung milik Pak Ilman dan Mak Amna.

Amani sangat pandai memasak. Amani sudah terbiasa memasak pelbagai makanan menggunakan jagung sebagai bahan utama. Dengan kelebihannya itu, Amani membuka gerai makan di lokasi strategik. Menu istimewa gerainya ialah nasi goreng jagung.

Iman pula seorang penggemar air jagung. Disebabkan dia menggemarinya, Iman membuka gerai air jagung dan perniagaannya kini telah mempunyai banyak cawangan.

Imani seorang pempengaruh terkenal di media sosial. Imani selalu membuat rakaman dan perkongsian mengenai ladang jagung serta kegiatan adik-beradiknya berkaitan jagung. Video-video yang dihasilkan Imani semuanya terlihat menarik memandangkan dia ialah pelajar jurusan Multimedia Kreatif.

Hasil kerjasama adik-beradik, mereka berjaya mencipta sebuah perniagaan yang maju dan terkenal dengan nama Keluarga Jagung. Hanya dengan jagung, mereka bukan sahaja berjaya memperoleh pendapatan, tetapi juga membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.



Certot : Cicak

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Cicak

“Aduh, laparnya….”

Aku menggosok-gosok perut yang berbunyi. Itulah… kawan-kawan ajak makan, aku buat tak kisah sahaja. Maklumlah, makanan di asrama ini bukannya sedap sangat. Menu pun sama sahaja setiap hari.

Aku pun mula membuka almari. Mujurlah mak membekalkan aku banyak makanan seperti mi segera, susu segar dan Koko Krunch.

“Ahh… malaslah nak basuh cawan. Lagipun, cawan ni bersih lagi.” Aku monolog sendiri.

Aku ambil Koko Krunch dan tuangkan ke dalam cawan.

Tak semena-mena, ada bunyi aneh sewaktu aku hendak meletakkan susu segar. Seperti ada yang bergerak-gerak di dalam cawanku.

“Kak Sya!” panggilku sedikit kuat.

Terpaksa aku seru dia kuat-kuat. Aku dah tahu rutin dia malam-malam begini. Menelaah pelajaran sambil mendengar radio menggunakan earphone. Kalau aku panggil dia lembut-lembut, dia takkan dengar.


“Apa?”

“Sini kejap,” panggilku dengan perasaan cemas.

“Ada apa?” tanyanya, lalu berdiri di sebelahku.




“Akak boleh tolong tengok tak ada apa dalam cawan ni? Saya rasa ada benda bergerak dalam tu,” kataku dan cepat-cepat menghulurkan cawan itu kepada Kak Sya.

Gadis itu teragak-agak nak ambil. Aku rasa dia pun takut nak tengok apa yang ada di dalam tu.

Sememangnya Kak Sya ini ditugaskan untuk menjaga kami yang OKU penglihatan ini. Namun begitu, Kak Sya pun OKU penglihatan juga seperti aku dan rakan-rakan yang lain. Cumanya, mata dia terang banyaklah daripada kami.

“Wei!”

“Ha, ada apa? Ada apa?” tanyaku cemas.

“Ada cicak! Arghhh!” Spontan dia melempar cawan yang berada di tangannya.

Aku pun apa lagi, tak peduli dengan Koko Krunch yang berterabur sana sini, terus memanjat katil kawan sebelah.

“Wei, cicak!”

Dah… tak pasal-pasal satu bilik menjerit. Masalahnya, cicak tu di mana sekarang? Masing-masing takut nak tengok bawah.

Satu lagi masalah, siapa pula yang nak sapu Koko Krunch yang berterabur tu?

Err… malas nak fikir!


Bawal Printed LeeyanaRahman MonoClaire Series | Code Anna

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Bawal printed LeeyanaRahman, bawal monogram LeeyanaRahman, tudung LeeyanaRahman, bawal MonoClaire LeeyanaRahman

Tambah collection tudung lagi . Kali ni bawal printed dari LeeyanaRahman . Edisi MonoClaire design-design monogram juga . Jatuh hati pada corak monogram LR ni . gabungan warna pun memikat mata CCL tau .. perempuan kan , selagi tak beli selagi tu la akan buka tengok sehinggalah tekan proceed checkout .  Sebenarnya dari sebelum tarikh release haritu lagi memang dah aim tudung monoclaire design ni . Elok-elok jer release terus proceed checkout . Hahh terus rasa bahagia . Haaaa .. 

Material tudung kali ni memang sangat best menggunakan material dari chiffon velvet . Awning senang bentuk . Material tak jarang , berat dah sangat terletak elok tau . Kualiti design printed ni pun sangat fall in love . Macam biasa hujung tudung ada signature dan tagging dari brand LeeyanaRahman . Keluaran kali ni baby seam pada kekemasan tepi tudung . Bukan laser cut tau .. 

Selain dari material tudung chiffon velvet yang memukau tu , ia juga hadir dengan packaging yang ekslusif iaitu hadir dengan ziplock bag . Paling best bau tudung ni luxurious scent tau .. bau wangi ..bau ala-ala orang kaya .. bidang tudung ni macam biasa 45 .. 

Edisi MonoClaire ni ada lagi design lain . Semuanya cantik-cantik . CCL idok laa nak memborong semua , kang tak sempat nak memakai haaa .. Design yang CCL beli ni MonoClaire code Anna ..

U guys yang berkenan design ni pergi checkout dekat LeeyanaRahman , atau boleh beli dengan agent-agent diorang di platform media sosial 





Adik Request Roti Jala

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Adik Request Roti Jala Sejak dua tiga hari ni adik CCL asyik share link resepi roti jala. Roti jala versi klasik , roti jala versi moden semuanya dia share link hantar dekat CCL .tu bermakna bukan dia saja-saja hantar tau . Dia request untuk kakak dia buatkan . 

Tengahari tadi mak CCL ada masak menu gulai ayam dengan kentang . Masa makan tengahari dia asa bertanya dekat CCL 'bila kita nak buat roti jala'. CCL jawab nanti la mood rajin tiba .. 

Lepas makan tengahari tadi, CCL siap-siap keluar COD barang kejap, sambil-sambil tu jalan-jalan la kejap cuci mata, adik CCL wassap lagi tanya bila nak buat roti jala .. hahhh nak tak nak kena buat juga la kan ..kesian pulak . Disebabkan CCL kat luar , CCL minta dia la yang check bahan-bahan kat dapur tu sama ada cukup atau tak . Balik dari COD barang kena buat juga la dekat adik CCL sorang ni . 

Roti jala gulai ayam , roti jala lembut, roti jala tanpa telur, roti jala

Setibanya di rumah terus masuk dapur, capai bahan-bahan roti jala ni . Bahan pun tak susah hanya kena sediakan telur, tepung gandum, air, kunyit atau pewarna kuning dan minyak . Hahhhh cukup bahan-bahan tersebut menjadi la roti jala ni . 

Berentap la kitaorang berdua dekat dapur, CCL sediakan bahan, kiraikan roti jala . Lart gulung roti jala ni CCL pass dekat adik CCL .. buat sesama ni seronok juga yer .. 

Mula tu macam nak buat sambal sardin untuk cicah dengan roti jala ni , tapi tue la mood malas nak menumis bahan-bahan sambal sardin ahhh cicah gulai ayam tu laa ..sedap juga kan .. 

Settle permintaan adik CCL untuk hari ni 



Fit Malaysia Sempena Hari Sukan Negara 2024 Di Perlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Fit Malaysia Sempena Hari Sukan Negara 2024 Di Perlis  Minggu lepas sibuk sikit dengan kerja yang ada . Minggu lepas blog pun kurang update, bermakna entri blog untuk bulan ni seakan kurang dari bulan lepas . Selalunya kalau ada sahaja idea-idea CCL terus draft dalam blog dan publish mengikut masa yang sesuai . ini bukan setakat draft sahaja tak buat , nak ziarah blog kawan-kawan pun tak sempat .. tapi semalam ada juga CCL ziarah tiga , empat blog rakan blog sambil-sambil tiggalakn komen . Sorry guys kalau CCL terbanyak pulak komen di entri u guys .. tak nak terlepas kereta api githu . Acewahh ! 


Hari sukan malaysia, hari sukan malaysia 2024, fit malaysia, fit malaysia 2024, fun run 2024

Ok back to tittle . Weekand lepas sabtu ahad ada event Hari Sukan Negara . CCL juga tak terlepaskan peluang untuk join . Tahun lepas tak sempat and tahun ni alhamdulillah  ada juga yang nak pergi ..


Hari sukan malaysia, hari sukan malaysia 2024, fit malaysia, fit malaysia 2024, fun run 2024

Seperti biasa sebelum memulakan aktiviti kena laa warm-up dulu , kangg u guys terus pecut berlari terkejut pulak badan kan ..  pagi yang indah-indah . Cuaca pun bagi kerjasama yang elok. , ramai juga yang turun padang sertai Hari Sukan Negara . Macam-macam aktiviti yang ada .. time ni warm-up badan dulu . Pastu ada zumba .. zumba pun best juga setp yang diberikan sangat mudah untuk diikut digabungkan pula dengan alunan muzik yang rancak kan .. tak lari lagi pun dah keluar keringat peluh .


Hari sukan malaysia, hari sukan malaysia 2024, fit malaysia, fit malaysia 2024, fun run 2024

Join Fit Malaysia 2024 , settle lekatkan number pada baju .. bergambar la dulu kita orang bertiga .. sebenarnya berkumpul lima orang, lepas-lepas ambil kit race ni entah berpecah ke mana . Yang sorang ke toilet, yang sorang pergi simpan barang hahh lama menunggu kita bertiga snap gambar dulu laa. 


Hari sukan malaysia, hari sukan malaysia 2024, fit malaysia, fit malaysia 2024, fun run 2024

Selesai fit for run , Fit Malaysia Negeri Perlis untuk tahun ni . Pemegang medal pertama untuk tahun ni tau .. lama betul CCL tak join fun run ni, sesekali join semput juga laa . Join untuk support event ni memandangkan ramai yang masa lapang why not kita gathering kat event ni sambil bakar lemak . Settle fun run 6KM dapat medal cantik ni !! 

Rasanya nak kena mula balik join fun run nii bukan setakat dapat baju cantik ..medal pun cantik tau ..



Tudung Bawal Shawl Publika Timeless Monogram | Code Off White

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


tudung shawl publika, bawal shawl publika, bawal monogram , shawl publika timeless monogram, tudung bawal monogram

CCL nak share koleksi tudung lagi ..jangan jemu untuk singgah dan baca celoteh CCL ni . Semalam CCL ada kongsi dengan u guys  tudung bawal  keluaran dari Shawl Publika Edition Timeless Monogram . 

CCL ada beli dua helai , satu code sand boleh tengok di Tudung Bawal Shawl Publika Timeless Monogram | Code Sand dan helaian kedua ni CCL pilih code off white . U guys kat luar sana yang macam tak berapa nak confident nak pakai tudung putih . CCL syorkan u guys beli sehelai tudung printed ni . Design oun minimalist . Design monogram signature dari brand SP . Cantik tau .. 

Based tudung ni warna off white dan design monogram signature SP warna coklat .  So corak ni memang agak timbuk sedikit la berbanding korang pilih code sand . Apa-apa pun memang CCL sangat fall in love . 


Tudung Bawal Shawl Publika Timeless Monogram : Code Sand

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


tudung shawl publika, bawal shawl publika, bawal monogram , shawl publika timeless monogram, tudung bawal monogram

Sekarang ni CCL banyak pakai tudung bawal berbanding shawl . Kalau ada design yang berkenan di mata CCL beli juga laa sehelai dua macam tu , lagi-lagi kalau design monogram macam ni memang fall in love sangat tau . 

Beberapa minggu lepas tudung bawal Shawl Publika ada keluarkan series Timeless Monogram . Cantik !  . CCL tertarik dengan corak yang ekslusif tu , design monogram signature dari Shawl Publika . Material tudung ni dari premium cotton voile , senang bentuk tau .  Bidang macam biasa bidang 45 . Ada signature tagging shawl publika pada hujung tudung dan juga jahitan tepi yang sangat kemas  . 

Tudung bawal Shawl Publika edisi Timeless Monogram ada banyak pilihan warna tau . Semua cantik memang rambang mata laa . Untuk kali ni CCL memilih code sand . Warna lembut earth tone gitu .. 

U guyss suka dengan tudung bawal corak monogram yang minimalist ni boleh terjah Shawl Publika . 


Mighty White | Cream Roll Strawberry Lychee

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Mighty White, roti might white, mighty white cream roll Strawberry Lychee, mighty white strawberi laici

CCL memang suka roti keluaran Might White . Bagi CCL setiap keluaran flavour roti ni memang unik .. ini kali ketiga CCL try roti dari Might White Cream Roll Strawberry Lychee . Kalau dah tiga kali repeat sudah semestinya sedap kan .. 

Flavour roti ni pun luar biasa.   Strawberi tu biasa tapi bila ada gabungan laici tu roti ni dah menjadi luar biasa dia punya rasa kan . Flavour yang bagi CCL sangat rare .  

Sedap !! Tak manis seakan makan jem strawberi tu .. manis-manis manja gitu . Ada rasa strawberi dan ada rasa laici. 



Beli Casing Phone | Design Bunga

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Casing phone, casing phone corak bunga , casing phone design bunga, casing pohne murah, beli casing handphone

Dah lama tak tukar casing phone . Sebelum- sebelum ni banyak casing phone CCL plain sahaja. Kali saja nak cari design bercorak pulak. Macam biasa godek-godek di dalam Shoppe.. harga pun lebih murah berbanding kalau beli di luar siap laa RM10  ke atas kan.

Cari punya cari dah jumpa design yang CCL berkenan .terus add to cart dan terus checkout . Sebab casing ni dari oversea so perjalanan nak sampai tu lambat sedikit .ambil masa lebih kurang 4 ke 5 hari macam tu ..

CCL memilih casing phone warna soft nude . Warna nude yang betul-betul soft  nak ke arah warna putih dah .. ada design bunga-bunga hitam .. cantik kan . Harga casing phone ni murah saja . RM4 lebih . Shipping RM1.50 sebab dah tolak voucher. So total lost untuk casing ni tak sampai RM 6 .. 

nak beli 2 atau 3 casing , tapi yang berkenan hanya design di atas  sahaja ..ada design lain tapi model phone berlainan..

So checkout satu je..


Mixue : Ice Cream Toffee Hazelnut Latte

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Mixue : Ice Cream Toffee Hazelnut Latte Penghujung September yang lalu Mixue ada launch coffee lovers ! Bagi CCL yang penggemar kopi sudah semestinya laa tak lepaskan peluang untuk cuba flavour baru ni . Hari ni baru berpeluang cuba Ice Cream Toffee Hazelnut Latte 


Mixue coffee flavour, mixue coffee series, mixue toffee hazelnut latte, rasa mixue toffee hazelnut latte, harga mixue, harga mixue toffee hazelnut

Lepas dah cuba ice cream toffee hazelnut latte ni dah menjadi one of my favorites menu dalam mixue ni ..memang kena dengan citarasa tekak CCL . 

Rasa kopi yang padu dan kaw . Letak pulak aiskrim  . Gabungan kopi dan aiskrim tu memang bagi rasa creamy sangat .. tapi bagi CCL  manis sikit laa.. tapi yang paling CCL suka diorang letak jelly ..sambil minum sambil kunyah jelly ..sedap !! 

Maybe next time nak repeat boleh la request lee sugar supaya rasa manis tu tak ada laa terlalu manis .. 


Top Commentator Of September 2024 : Tahniah Blogger Fanny !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Top Commentator

Tiap kali awal bulan macam biasa . Entri wajib yang CCL umumkan iaitu Top Commentator untuk setiap bulan .. untuk bulan September Blogger Fanny menjuarai carta pertama .. tahniah untuk blogger Fanny yang nun jauh di negara seberang . Seperti top Commentators  yang lepas sesiapa yang menjuari carta paling atas CCL akan kongsi rezeki  sebagai tanda penghargaan .. tak lepas peluang juga untuk blogger Fanny .tapi tu laa blogger Fanny nun  jauh di seberang negara . Kawan alam maya CCL yang berasal dari Indonesia . Tak tahu bagaimana cara nak pos hadiah untuk blogger Fanny .. eh u guys yang tahu cara nak postage ke negara seberang beserta kos penghantaran boleh kongsi dengan CCL tak ?

InsyaAllah kalau ada rezeki kita bertemu pastinya CCL akan bagi hadiah tanda penghargaan . Next entri sebagai penghargaan CCL untuk blogger Fanny , CCL akan review blog beliau .. 

Top 5 commentator of September 
  1. Fanny_dcatqueen
  2. Mummy Ayu
  3. Azhafizah MN
  4. Rabiatul Adawiyah
  5. Dear Anies

Terima kasih juga top 5 top commentator untuk bulan September ni , juga terima kasih juga buat rakan blogger yang tidak tersenarai .. setiap komen amatlah CCL hargai .. terima kasih selalu singgah ruangan blog CCL .. 

Soon , untuk next month siapakah yang bakal menjuarai top commentator ?


Hari Kopi Sedunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari kopi sedunia, selamat hari kopi sedunia , coffee lovers


Hari Kopi Sedunia Hari ni, 1 Oktober, kita sambut Hari Kopi Sedunia! Kopi hanyalah kopi, sama macam teh, sama macam yang lainnya bagi orang tertentu. Dan kopi adalah 1001 rasa bagi orang  yang menggemarinya. Ada orang minum kopi untuk menghilangkan dahaga. Ada orang minum kopi sebab suka-suka. Ada juga orang minum kopi sebab tiada apa-apa.

Kopi hanya kopi. Penggemar kopi kata kopi ada seni. Eh, yaka? Soal orang yang sebaliknya pula. Siapa kopi, andalah yang tentukannya. Tak kira apa jenis kopi yang jadi kegemaran korang. Kopi O, latte, atau espresso, hari ini adalah masa terbaik untuk nikmati secawan kopi panas. Dari kedai kopi kampung sampai ke kafe hipster, kopi menyatukan kita semua. 


Kopi, ibarat kehidupan seharian – pahit pada awalnya, namun kita teguk dengan tenang, perlahan-lahan hingga ke akhirnya. Setiap hirupan membawa kita kepada pelajaran baru – menghargai keindahan di sebalik setiap kepahitan.


Namun, manisnya kopi kerana gula kadang-kadang merosakkan rasa asli kopi, sepertimana dalam hidup, kemanisan berlebihan boleh membuat kita lupa akan kepahitan dan susah payah. Kopi di pagi hari menyegarkan, di siang hari mendebarkan, dan di malam hari mungkin menggusarkan. 


Begitulah kehidupan – penuh dengan perubahan dan emosi yang tak terduga, namun tetap kita jalani, kerana di sebalik setiap kepahitan, tersimpan kemanisan yang kita nantikan.Begitulah kehidupan.


Hari kopi sedunia, selamat hari kopi sedunia , coffee lovers

Sempena Hari Kopi Sedunia , pilihan kopi CCL untuk hari ni adalah Kopi Saigon .. u guyss coffee lovers apa pikihan kopi uguys untuk hari ni ya ?? 

Selamat Hari Kopi Sedunia