Assalamualaikum dan salam sejahtera
PUCUK PAKU GORENG BELACAN | Semalam makan pucuk paku goreng belacan terasa macam terlajak sedappp laa pulak . Itu pun jiran sebelah yang bagi merasa masakan dia sikit . Pucuk paku ni susah sikit nak jumpa , alang-alang jiran dah bagi menu ni , apa tunggu lagi nikmati dengan nasi putih panas-panas sedap . Sempat juga bertanya jiran sebelah rumah ni mana dia dapat pucuk paku , katanya dia ada beli di Pasar tani .jadi hari ni, CCL pergi pasar & beli pucuk paku lagi utk digoreng belacan lagi.. alhamdulillah rezeki menyebelahi CCL mujur ada pucuk paku , segar segar pulak tue . Jom ikut CCL nak masak pucuk paku.
Bahan yang digunakan
● 2 ikat pucuk paku
● 2 tangkai cili merah
● 2 ulas bawang merah
● 3 ulas bawang putih
● 1 sudu kecil udang kering
● 1 sudu kecil belacan
● Garam dan perasa(ajinomoto)
● Minyak masak
● Udang / sotong
Cara membuat
1. Pucuk paku disiang, jangan ambil bahagian batang yang keras dan daun yang tua. tapi ambil yang pucuk dan daun muda sahaja.
2.Bahan-bahan yang ditumbuk ialah cili merah,bawang merah,bawang putih,udang kering dan belacan ditumbuk hingga lumat
3. Panaskan minyak dalam kuali , tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan udang kecil , kacau sehingga bahan tersebut naik bau dan sedikit kekuningan warnanya .
4. Perlahankan api dan masukkan pucuk paku , jangan lupa masukkan sedikit garam dan ajinomoto. Kalau sudah rasa secukup rasa dah tak payah tambah garam sebab belacan dan udang kering tu dah cukup masin . Ikut citarasa .
5.Gaul rata sehingga masak . Bagi yang suka berkuah boleh letakkan sedikit air . Dah siap bileh hidangkan dengan nasi putih
Selamat mencuba



























