Assalamualaikum dan salam sejahtera .
SALAM AIDILFITRI DARI BLOGGER CIKCAPPUCCINOLATTE .Salam Aidilfitri buat semua rakan serta sahabat online, blogger ,pembaca dan pengunjung laman blog CCL ini . Sempena masih lagi di bulan Syawal yang mulia ini , CCL ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua rakan-rakan dan sahabat "Maaf Zahir & Batin".
Alhamdulillah, hari ini dah pun masuk syawal yang kelima, masih lagi dalam mood berhari raya walaupun tahun ini CCL turut bekerja dihari raya.Alhamdulillah juga raya tahun ini dapat berkumpul bersama family selesai solat hari raya aidilftri.Pagi hari raya amat bermakna bagi CCL berkumpul bersama sanak -saudara , walaupun masih bekerja, CCL dapat jugak luangkan masa untuk family dan jugak sahabat handai .
Mood raya tahun ini meriah macam setiap tahun, masing-masing berkumpul di rumah nenek CCL . maka selepas itu perancangan beraya ke rumah sanak saudara diteruskan . Tema tahun ini untuk family CCL , CCL pilih warna royal blue untuk gandingan dalam pagi syawal ,sememangnya tiap-tiap tahun CCL akan memilih tema warna raya untuk dipakai, korang pulak baju raya tahun ini macam mana ? Jenis apa ? Tema warnanya pulak ? .
Apa pun pakaian korang dihari raya , harap-harap pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat .Akhir kata , CCL ďisini nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua yang mengenali CCL . Mohon maaf atas segala kesilapan .salam 0-0 yer .
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
RM5 BOLEH DAPAT 120 KEPING SAMPUL DUIT RAYA Harini CCL nak share cara nak buat sampul duit raya. Sangat senang. Semua orang boleh buat. Yang penting jimat, dan satu lagi yang penting mestilah rajin .Zaman Bangjib ni kena la berjimat cermat. Ni kalau beli RM3 baru dapat 8 keping. So tak payah nak membazir sangat sebab ending dia dalam tong sampah jugak. Isi dalam tu penting.not bad la kan walau takde tulis selamat hari raya. Dah cakap kan isi dalam tu penting.
BAHAN
1. Kertas pembalut hadiah (beli je kat mana-mana yang korang rasa paling murah. Beli satu packet terus. Kalau beli satu-satu mahal. Satu packet ada 10 keping rate harga RM4-7 je.
2. Pisau
3. Gam
Step 1: Lipatkan kertas pembalut hadiah kepada 4 bahagian macam dalam gambar. Nampak kan.
Step 2: Haa dah elok sama boleh la potong. Jadi la 4 keping macam dalam gambar. (TBH dengan Aniena tu pelakon pembantu je taknak bagi terbang
Step 3: Ok ni pulak lipat kepada 3 bahagian. Make sure sama ye. Then potong.Jadi 3 keping macam dalam gambar tu. 3x4=12 kan. So dapat 12 keping sampul raya. Ngam ngam je tak membazir.
Step 4: Lipatkan bahagian kanan dan bawah. Lipat kecik je macam dalam gambar.Then lipat macam gambar sebelah tu
Step 5: Ok yang bahagian atas tu potong sikit. Pandai-pandai la kemaskan nak lipat jadikan penutup.
Step 6:Dah boleh gam. Jangan letak gam banyak sangat nanti tak cantiksss
Haa dah siap
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SOLOK LADA Hari ini CCL kongsikan Resepi membuat Solok Lado
Bahan-bahan
7 tangkai cili hijau
1 ekor ikan kembung
3 sudu besar kelapa parut yang telah di sangai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inc halia
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
asam limau
Cara membuat
Cili hijau kita belah tengah dan buang bijinya
Ikan kembung rebus dan asingkan isinya
Kelapa parut di sangai ~ ambil dari sangai kelapa parut untuk sambal kelapa.
Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung. Tumbukkan juga kelapa yang telah di sangai tadi.Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasaJika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam
Lada kita belah 2 dan buang biji tengahnya
Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh. Susun dalam periuk.Tuangkan santan.Rebus hingga masak. Boleh juga di kukus.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Syarat
- follow blog nina
-Buatkan satu entri tentang segmen ini
Hadiah
-kad raya untuk 21 pemenang
Bagaimana nak join ?
Klik
SINI atau boleh klik pada banner di atas
Tarikh tamat GA
-16 jun 2017 -18 jun 2016
Ayuh ramai-ramai meriahkan ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY NANIENA.COM
Ucapan Hari Raya khas buat blogger naniena
Begitu hening subuh di pagi raya
hati sayu teringatkan rakan seraya
walau hanya berjauhan cuma
lantas hati seraya berkata
jauh jauh hanya dimata
dihati tersisip rindu bermakna.
Berbaju indah cantik menawan
berjalan bertandang ke rumah kawan
salah silap tinggal kenangan
berjabat tangan saling bermaafan.
Kuih raya jadi santapan bonda
kemana pergi si anak dara
ketupat rendang jangan dilupa
adat kita menjamu selera
tetamu meriah sanak saudara
mengeratkan hubungan sesama keluarga.
Syawal dirai syukuri illahi
ramadhan pergi sayu dihati
keberkatan lailatul qadar harus dicari
semoga suci jiwa sejahtera harmoni.
Sempena mulianya aidilfitri
ku mohon maaf andai disakiti
bukan sengaja hakikat duniawi
nafsu syaitan kuasai diri
begitulah kita hamba madani
teguhkan ukhwah bangkit membina diri.
Salam Aidilfitri ..
Sila klik banner untuk join segmen ini
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Haiii,Selamat Tengahari dan selamat berpuasa.. today CCL nak ajak korang join satu segmen .. CCL pun baru aje follow blog blogger shahirah army ni .. so dia ada anjurkan satu segmen ..ayuh ramai-ramai join .
Syarat
- Follow blog beliau dan follow blog semua peserta yang join segmen ini
- Buatkan satu entri untuk segmen ini
- Letakkan id blog 《blogID=4752697300844579790 blog id CCL 》
Tarikh tamat segmen
- 29 June 2017
Menariknya segmen ini
- InsyaAllah sesape yang join segmen ini akan dapat meningkatkan follower blog ..sape yang tak nak kan follower blog yang ramai , kita juga boleh kenal dengan blogger- blogger yang baru nak mencipta nama dalam dunia blog ini ..
Cara mudah nak join
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
TIPS STEAM WAJAH,JANGAN HARI-HARI Siapa sini yang suka steam muka ? Angkat tangan ..Macam CCL suka jugak steam muka ni selepas cuci muka bebas segala kotoran .Kekerapan CCL steam muka dalam seminggu itu boleh dikatakan dua atau tiga kali seminggu mengikut kerajinan jugak . Steam muka jangan buat hari hari. Kulit boleh kering. 2 kali seminggu should be enough. Kenapa nak kena steam muka? Steam muka helps in opening your pores. So anything yang kita apply lepastu akan jadi lebih effective.Dan jugak akan lebih mudah untuk cleanse impurities yang trapped inside pores kita. Selain tu, steam muka akan bantu lembutkan bumps yang ada underneath your skin. Bumps lembut, lebih mudah untuk scrub and extract.
Cara nak steam muka
1.Amik besen yang bersih and letak air panas dalam tu. Agak agak lah banyak mana tapi biar cerdik sikit. Lepas dah isi air tu,amik tuala and selubung kepala and dekatkan muka dengan besen tadi tu. Pastikan kepala selubung dengan besen tu untuk perangkap haba. Barulah namanya steam. Kalau biar haba tu lepas tak jadilah steam.
2. Duduk je situ diam diam untuk 8-10 minits. Dalam air panas tu boleh je nak letak tea tree oil sikit. Ataupun epsom salts. Nak calming effect letak EO lavender oil. Atau chamomile.
3.Lepastu boleh proceed pakai masker atau scrub. Lepas dah settle pakai masker atau scrub semua tu tadi make sure splash dengan cold water atau pun pakai toner. Untuk tutup balik pores.
4. Nak lagi rasa syok, buatlah ice rub. Lagi seronok. Tapi pastikan balut ice tu guna tissue atau clean towel.
Tapi sekarang dah moden .CCL tengok di sosial media ada barangan berfungsi sebagai steamer muka dah dijual. So uolls semua selamat steamkan muka uolls. Tapi dingatkan jangan buat hari-hari .
Tak pernah lagi mencuba produk perlashine ?
Apa kata kita register PerlaShine ini,Safiey Ilias nak bagi percuma untuk 1000 orang yang pertama.klik banner !!
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
PENTINGNYA TONER SELEPAS CUCI MUKA Hai semua..entri kali ini bersiaran mengenai tips kecantikkan untuk wanita-wanita yang sudah semestinya sukakan kecantikkan . CCL nak cakap pasal toner & mungkin khas untuk yang dah putus asa dalam mencari toner yang sesuai dan best. Mungkin untuk species kedekut jugak.
Cleansing your face ialah part paling penting untuk jaga kulit. Cuci muka and toning ni go in hand sebenarnya. Tiap kali lepas cuci muka tu janganlah seronok sangat sebab dah takda step seterusnya. Semestinya ada. Kata nak cantik? Dahtu takkan cuci muka je dah glowing. Cuci muka je tak cukup untuk get rid impurities yang ada dekat muka. So toner akan bantu untuk remove any leftover product yang cleanser tak berjaya nak cuci.
Toner jugak sejenis cecair yang tolong untuk restore balik pH kulit muka kita. Walaupun rupa dia macam air tapi dia sangat bermanfaat dan mendatangkan hasil untuk dituai kulit. CCL Nak inform siap siap, sebelum proceed dengan homemade remedies, sila buat patch test. What works on others might go as a curse for you 😎
1. Toner for oily skin (Epsom salts toner)
1tsp epsom salts + mineral water
Mix dua dua bahan ni dalam spray bottle lepastu goncang untuk bagi dia larut. Mineral water tu sampai maximum volume spray bottle tu. Once dah larut,bolehlah guna as toner atau face mist. Epsom salts ada deep reach actions in which dia boleh penetrate pores korang and buat kerja kerja mencuci. So epsom salts ni akan absorbs excess oil and dehydrates bacteria yang grow in clogged pores
2. Dry and Normal skin (Rose water toner)
Banyak je orang jual benda ni. Beli rosewater dekat kedai pastu mix dgn 200ml air. Toner boleh guna cotton pad dulu. Lepastu baru dab kat muka. Nak spray terus pun boleh. Rasa rasa malas tu beli je toner & transfer dalam bottle spray. Lepastu tinggal spray je kat muka
So lepas ini , agak-agak ramai tak yang akan pakai toner lepas mencuci muka ? ..
Tak pernah lagi mencuba produk perlashine ?
Apa kata kita register PerlaShine ini,Safiey Ilias nak bagi percuma untuk 1000 orang yang pertama.klik banner !!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
To all yang belum lagi mencuba produk PerlaShine ayuh ramai-ramai join Giveaway yang Safiey anjurkan .. 1000 PerlaShine percuma untuk 1000 pemenang ..setiap PerlaShine bernilai RM140
Syarat
- Register detail korang kat SINI
Giveaway bakal tamat pada 9 Julai 2017
Bagaimana nak join
Assalamualaikum & salam sejahtera
Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani
Sempena bulan Ramadhan ini bukan main rancaknya rakan -rakan blogger anjurkan segmen duit raya , kad raya , sampul raya ...
Kali ini CCL join GA dari blogger kasihkuamani ..
Hadiah yang menanti peserta yang join GA ini berupa
- 8 set sampul duit raya beserta 8 keping kad raya pada setiap pemenang
- 12 keping kad raya untuk pemenang saguhati ..
Giveaway bakal tamat pada 7Jun 2017 ..
ayuh ramai-ramai join .
P/s: tekan banner kat atas
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SEGMEN "SAYA NAK KAD RAYA" BY DUNIASHIDA.COM
syarat untuk join segmen ini
- follow blog DuniaShida
- create satu entri tentang segmen ini
- nyatakan sebab-sebab kenapa blog DuniaShida unik
hadiah menanti para pemenang
- 1x pemenang bertuah akan dapat duit raya
- semua peserta segmen ini akan dapat kad raya dari blogger DuniaShida
nak join :
- tekan SINI atau klik banner di atas
pesanan penaja
- jangan lupa submit entri ini ke email shidaeasyprint@gmail.com detail (NAMA, LINK ENTRY & ALAMAT PENUH)
keunikkan blog DuniaShida bagi mata CCL
- dari CCL mula follow blog ini , sta menggunakan tema warna biru
- blogger DuniaShida juga dapat jadi sifu pada CCL untuk mengorek ilmu- ilmu berkaitan dengan tutorial blog .
- blog DuniaShida juga terselit dengan pelbagai tips yang berguna