Assalamualaikum dan hai semua
Juara Ruang Komen Ogos 2026 | Blogger Syaz Rahim
First of all, minta maaf atas kelewatan untuk CCL umumkan Juara Ruang Komen bagi bulan Ogos 2026. Sebenarnya CCL dah screenshot keputusan ni pada awal bulan September lagi… cuma macam biasalah, screenshot dah ada, entri pula yang tak sempat nak tulis.. Ok, tak nak bebel panjang-panjang… jom kita tengok siapa yang berjaya menduduki Top 10 Ruang Komen CCL untuk bulan Ogos 2026.
Seperti yang uguys nampak, tangga pertama dimenangi oleh Blogger Fanny. Tahniah akak! ..Tapi memandangkan Akak Fanny nun jauh di Indonesia, CCL pun fikir-fikir juga tentang urusan nak postage hadiah nanti. Jadi, untuk bulan Ogos ni CCL decide untuk memilih juara ruang komen di tangga kedua, iaitu Blogger Syaz Rahim
Tahniah akak Syaz.. Terima kasih banyak-banyak singgah dan tinggalkan komen dekat blog CCL. Kepada akak Syaz, boleh emailkan detail kepada CCL di virgoyana61@yahoo.com untuk urusan CCL pos sedikit hadiah tanda penghargaan. Tak besar mana pun hadiahnya, sekadar tanda terima kasih sebab sudi support blog CCL..
Dan tak lupa juga, tahniah dan terima kasih kepada Top 10 yang tersenarai untuk bulan Ogos..Terima kasih sebab masih sudi singgah, baca entri-entri CCL dan tinggalkan komen..
Untuk bulan September pula…CCL nak kongsi hadiah dengan siapa pulak eh?..Kita tunggu dan tengok siapa yang paling rajin singgah ruang komen bulan ni. Hehehe…


0 Comments
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan