Birthday Mak Tahun Ini Dapat Hadiahkan Umrah

 Assalamualaikum dan hai semua 

Birthday Mak Tahun Ini Dapat Hadiahkan Umrah

Hari ni, 9 Julai, genap usia baharu buat insan yang paling CCL sayang. Selamat Hari Lahir, Mak!


Tahun ni sambutan hari lahir mak lain sikit.. sebab kami sekeluarga berjauhan. Walaupun tak dapat sambut sama-sama, CCL tetap rasa seronok dan tenang sebab mak CCL sekarang ni tengah menunaikan umrah di tanah suci . 

Alhamdulillah, tahun ni juga CCL dan adik dapat sponser mak tunai ibadah umrah. Bagi CCL, tahun ni hadiah hari lahir yang paling istimewa dan paling bernilai yang pernah CCL berikan pada mak sepanjang hidup CCL untuk mak yang dah banyak berkorban untuk CCL sekeluarga.. 

Sebenarnya mak CCL dah pun berangkat ke Tanah Suci pada 2 Julai yang lalu. Insya-Allah, beberapa hari lagi mak akan berangkat  balik  ke Malaysia. Semoga segala ibadah mak diterima Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan pulang dengan membawa umrah yang mabrur.

Selamat Hari Lahir sekali lagi, Mak. Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tak pernah putus buat anak-anak.Semoga Allah SWT panjangkan usia mak dalam keberkatan, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, melimpahkan rezeki, serta sentiasa memelihara dan membahagiakan mak di dunia dan di akhirat...Semoga mak CCL pulang dengan selamat dan memperoleh umrah yang mabrur..

Selamat hari lahir buat mak!


0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan