Ohana Kitchen, Gerai MPK corner | Nasi Goreng Tomyam

 Assalamualaikum dan hai semua

Ohana Kitchen, Gerai MPK corner | Nasi Goreng Tomyam Kerja-kerja juga, tapi dalam sibuk tu kena jugak curi masa kejap untuk rehat,makan . Menu makan malam hari ni simple iaitu nasi goreng tomyam..


nasi goreng tomyam, resepi nasi goreng tomyam , nasi goreng tomyam viral, ohana Kitchen

First time cuba nasi goreng tomyam ni . Ya Allah sedap betul sampai rasa macam nak order lagi sebungkus  ..macam tak puas makan . Tapi biasalah sebelum makan dah baca bismillah,tapi tak rasa betul-betul kenyang ..sebab lapar sangat ke sebab nasi goreng tomyam ni terlalu sedap ehh ..

Yang bestnya nasi goreng ni memang rasa tomyam dia cukup padu . Bau daun limau purut dengan serai tu memang naik selera betul . Dalam tu pun ada macam-macam seafood dan lauk..ayam, sotong dengan udang . Memang cukup rasa semuanya, pedas dia ngam-ngam, tak terlebih tak terkurang ..


nasi goreng tomyam, resepi nasi goreng tomyam , nasi goreng tomyam viral, ohana Kitchen

Macam biasa CCL order guna Grab . Harga nasi goreng tomyam RM9.90 je, delivery pulak 50 sen . Memang berbaloi lah bagi CCL.

Nasi goreng tomyam ni CCL order dekat salah satu kedai favourite . Mana taknya, setiap kali order memang sedap dan menepati selera . Kalau dah repeat order berkali-kali tu faham-faham je lah macam mana sedapnya ..

Kalau uguys teringin nak makan masakan panas goreng-goreng atau menu berkuah, boleh lah try Ohana Kitchen , Gerai MPK Corner . Memang recommended bagi CCL

0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan