Tag Berantai | Selamat Berkenalan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tag Berantai | Selamat Berkenalan Baru je nak ada mood blogwalking, tiba-tiba terbaca di ruangan komen… eh eh ada dua orang blogger tag CCL untuk join tag berantai edisi Jom Berkenalan! 

Terima kasih banyak kepada Blogger LZ & Blogger Cuya sebab sudi tag CCL. Rasa macam “terpanggil” pula untuk join sekali!

Join tak? Of course laa CCL takkan lepaskan peluang! Lagi-lagi bila tengok ramai blogger lain dah join… CCL ni je baru nak menyelit last minute ..

cikcappuccinolatte, blog cikcappuccinolatte, tentang blog cikcappuccinolatte,

Okay first sekali… CCL memang jatuh cinta dengan vibe gambar ni soft, calm, dan penuh dengan aura positif..Konsep infographic dia nampak sangat tersusun dan hidup. Dari tajuk Cik Cappuccino Latte tu pun dah bagi rasa aesthetic. Warna pastel pulak tu sama tema dengan blog CCL.

CCL suka qoutes yang ada dalam gambar ni, kadang tu kita terlalu sibuk kejar kehidupan yang sempurna sampai kita terlupa apa yang kita tengah ada sekarang ni kan ..Nak semuanya cukup. Nak hidup ikut plan. Nak jadi macam yang kita bayangkan. Tapi bila satu benda tak jadi, terus rasa macam semuanya tak kena..hidup memang takkan pernah sempurna. Akan ada hari yang serabut, hari yang penat, hari yang kita sendiri pun tak faham kenapa rasa down ..Belajar untuk hargai yang ada, walaupun tak banyak.

Belajar untuk terima hari-hari yang tak sempurna tu sebagai sebahagian dari perjalanan.

Untuk u guys yang nak join, syarat dia simple je tau tapi wajib ada apps ChatGPT dalam phone ..

Okay, ini langkah-langkahnya:

1.Login akaun ChatGPT anda

2.Upload gambar anda

3.Taip:

"Knowing everything you know about from my blog (tulis nama blog anda), make an infographic of me in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style."

4.Tekan ENTER untuk generate image

5.Save gambar dan post di blog masing-masing

CCL tag 5 sahabat blogger yang lain

Mama Tisya

Puan Hazel

Mulan

Dana

Rabia

Menarik kan? Macam trend viral versi blogger pula..apa-apa pun, seronok juga aktiviti macam ni. Boleh kenal lebih ramai blogger & tengok kreativiti masing-masing..

0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan