Gambar Terakhir Kenangan Dengan Arwah Wan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Gambar Terakhir Kenangan Dengan Arwah Wan

family ,

Gambar ni di ambil pada 28 June 2021 . Gambar ni ada 1001 kenangan yang susah untuk diungkapkan . Gambar ni juga terselit pelbagai memori bersama arwah Wan . Gambar ni juga gambar terakhir dengan arwah Wan sebelum arwah Wan pergi menjemput illahi . 

Ya . Gambar ni gambar terakhir  . Maka selepas tarikh 28 June 2021 tiada lagi gambar kenang-kenangan bersama arwah Wan. Hari ni 28 June 2024 . Genap tiga tahun ya kenangan yang ada dalam gambar ni .Rindu segala kenangan bersama arwah Wan takkan pernah sesekali kami semua lupa . 

Hari ni juga di Facebook throwback memories yang lepas-lepas untuk tarikh ni , scroll-scroll dan naik gambar ni , berkaca mata . 

Allahuakbar !

Terus teringat semua kenangan mahupun kenangan manis dan pahit takkan pernah sesekali lupa . Manis yang sentiasa buat hati gembira tertawa . Pahit untuk ditelan dengan apa yang terjadi . Sakit untuk belajar redha . Redha itu perlukan masa  . Tapi sekarang dah redha ,  begitu susah nak pujuk hati untuk belajar redha dengan pemergian arwah Wan . 

Tiap hari juga la pujuk hati .. pujuk dan pujuk . Alhamdulillah .. doa semoga arwah Wan  sentiasa tenang disana . 


Al-fatihah untuk arwah Wan .


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. semoga tenang arwah Wan di sana...rindu yg tidak bertepi..

    BalasPadam
  2. Semoga arwah Wan tenang di sana, terhimpun dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Amin.

    BalasPadam
  3. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh.

    BalasPadam
  4. innalillahiwainnailaihirojiuunnnn

    BalasPadam
  5. Tentu CCL sangat rapat dengan arwah Wan dan arwah pastilah orang yang sangat baik. Moga Allah merahmati roh arwah Wan.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan