Coklat Lagend Dulu-Dulu : Lucky Cocoa Candy

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Coklat Lagend Dulu-Dulu : Lucky Cocoa Candy  Pergi kedai runcit dalam kampung berdekatan rumah CCL ni, keluar beli telur masa nak bayar mata terpandang pulak balang coklat yang elok tersusun berdekatan dengan meja Cashier . Pandai  pakcik ni susun kan . 

Antara salah satu teknik marketing juga . Letak balang yang terisi coklat berdekatan meja cashier, masa  pakcik tengah kira-kira barang, mata terintai-intai coklat , lalu ambil dan bayar sekali .. bukan sekadar di kedai runcit ni jer, rata-rata kedai pasaraya pun macam tu juga kan . Pandai diorang alihkan perhatian . 

coklat lagend dulu-dulu, coklat lucky cocoa candy, lucky cocoa candy, harga lucky cocoa candy

 
Sebenarnya ada beberapa jenis lagi coklat lagend yang ada . Tapi CCL ambil Lucky Cocoa Candy ni . Malas nak memborong coklat banyak-banyak risau tak termakan pulak nanti . 

4 kotak Lucky Cocoa Candy ni dendan harga RM1 ..Hahh murahkan coklat lagend ni . Eh mana pegi lagi sekotak ?? Sekotak dah makan dan buang, baki tiga kotak baru teringat nak snap gambar . Sebenarnya dalam satu kotak ni jangan expect kuantitinya banyak penuh kotak tau !! Kuantitinya sikit sahaja . Berbaloi la dengan harga .. 

Nak cari coklat-coklat lagend dulu-dulu ni kena rajin pergi kedai-kedai runcit di kampung-kampung . Pasti ada terjual ..


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Terus teringat zaman kanak kanak dulu..

    BalasPadam
  2. Sekarang makanan² lejen dulu² muncul balik... Kdg² jumpa juga dekat kedai² 2 ringgit :)

    BalasPadam
  3. coklat legend ni paling fav, kalau jumpa je mesti nak beli. sedap. sekarang ni susah sikit nak jumpa. kalau beli online rasanya mahal sikit

    BalasPadam
  4. Dah lama tak makan coklat legend ni. Hehehe ada lagi yaaa

    BalasPadam
  5. Kalo lucky ini saya tak pernah lihat. Tp memang ada beberapa snack jadul (jaman dulu) yg saya sukaaaa beli 😄. Rasanya tiap makan ini JD teringat masa2 saat sekolah kan

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan