Isnin, 1 Mei 2017

TIPS MEMILIH SOTONG YANG SEGAR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

TIPS MEMILIH SOTONG YANG SEGAR | Ini namanya sotong cumi atau sotong putih.  Sotong ini banyak dijual di pasar termasuklah di beberapa pasaraya besar. Harganya sekitar RM12 hingga RM60 sekilo bergantung pada saiz dan tahap kesegaran.Memilih dan membeli sotong segar memerlukan sedikit ilmu dan ketelitian. Disini CCL nakxshare serba sedikit ciri ciri sotong segar yang boleh dijadikan panduan.




tips memilih sotong segar , resepi sotong masak tepung , resepi sotong , sotong sumbat , sotong masak sambal , ketupat sotong , kerabu sotong , tips kekalkan kesegaran sotong , gambar sotong , jenis sotong


1. Badannya kenyal dan tidak lembik apabila ditekan. Kepala dan badannya juga tidak tertanggal apabila diangkat. Satu lagi, mata sotong yang segar kelihatan cantik dan tidak sembab seperti mata kau. Okay, gurau je. Hihi.

2. Badan berwarna putih bening dan hanya ada sedikit bintik hitam(Kecuali sotong merah/cabai). Sotong ini masa dalam laut badan dia lutsinar. Maknanya boleh nampak semua organ dia. Tetapi bila naik ke darat, ia akan bertukar putih.(Seperti dalam gambar)

Apabila dibiarkan terlalu lama atau terluka, kulit luar sotong akan bertukar merah keunguan. Ramai yang menyangka sotong begini segar walhal tidak sebenarnya. Tetapi walaupun kesegarannya sudah berkurangan, manis sotong itu tidaklah hilang terus dan masih sedap dimakan jika pandai masak.Cuma, elakkanlah membeli sotong yang kulitnya sudah terobek lesu dan berwarna ungu tua. Itu betul punya sotong lama.

3. Sotong segar juga tidak berbau hanyir dan ada sejenis lendir yang menyelaputi badannya.


4. Tidak direndam atau diletakkan dalam ais. Sotong segar biasanya dijual dengan cara membiarkannya terdedah diatas meja atau dalam pinggan. Ada dua sebab kenapa sotong diletakkan bersama ais. Pertama, untuk mengekalkan kesegaran. Kedua, untuk menyembunyikan kecacatan sotong. Apapun rujuk semula point 1,2, dan 3.



Jadi, begitulah serba sedikit tips untuk mengenal sotong segar. Semoga membantu korang untuk lebih bijak membeli makanan laut di pasar. Yang segar segar ini biasanya manis dia perghh lain macam sikit. Tak percaya pergilah cari sotong segar esok!




14 ulasan:

  1. Panduan yang lengkap CCL.. Saya memang penggila seafood. Lepas ni boleh hati2 time nak beli sotong.. Tq for sharing

    BalasPadam
  2. Good tips Cik CL..
    Tengok gambar pun tau segar sotong tu Cik CL..
    Sis suka makan sotong, hurrmmm mulalah teringin sotong goreng tepung nih, yum yum..

    BalasPadam
  3. terima kasih untuk tips ni. sangat berguna untuk membeli sotong :)

    BalasPadam
  4. terima kasih tip ni CCP

    BalasPadam
  5. Dah jarang2 nak jumpa sotong yang benar2 segar.
    kalau duk tepi laut mungkinlah.

    BalasPadam
  6. bagus tips ni... CCL ni buat Eyda teringin pulak nk mkn sotong.. hehehe

    BalasPadam
  7. thanks for sharing these useful tips ^^ walaupun fae tak brp suka makan sotong tapi these tips might be needed in future kan ^^

    BalasPadam
  8. Saya selalu guna sotong masuk dlm bihun goreng/nasi goreng je, kalau nak masak lauk tak pandai lagi, hihihi.

    BalasPadam
  9. Nany pun tak pandai pilih sotong. Selama ni main beli ajer. Now dah ader tips macam ni. InshaALLAH..saya akan cuba ingat. Thanks for sharing yer! tips yang berguna.

    BalasPadam
  10. Siqah selalu beli sotong kat pasaraya. Memang dah diletakkan dengan ais lah. Huhu.. btw, thanks for sharing the tips ya CCL 😊 Kena pergi pasar lah pasni. Hii

    BalasPadam
  11. Xpndai sgt jgk pilih sotong sbb tu jarang beli.hee

    BalasPadam
  12. sotong antara yg selalu aida beli.
    anak2 suka makan lauk sotong :)
    tq for sharing.

    BalasPadam
  13. Baru tahu sotong cumi ini adalah sotong putih

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...