Sabtu, 20 Mei 2017

LIMA PERSEDIAAN SEBELUM TIBANYA BULAN RAMADHAN


Assalamualaikun dan Salam Sejahtera


1 ramadhan 143H, bulan puasa bagi umat islam, Persediaan menjelang bulan ramadhan, persedian bulan puasa, ramadhan, tips bulan ramadhan, tips dalam bulan ramadhan,


LIMA PERSEDIAAN SEBELUM TIBANYA BULAN RAMADHAN  Salam Sabtu 20 Mei 2017. Hari ini Sabtu terakhir sebelum kita mula menyambut 1 Ramadan 1438 H yang jatuh pada Sabtu depan. Bersamaan dengan 27 Mei 2017.Tidak lama. Kira-kira seminggu sahaja lagi. Debaran sudah terasa. Bagaimana dengan persediaan mental dan fizikal. Sudah bersedia atau belum?

Jadi apa persediaan kita seminggu sebelum Ramadan? Adakah ke pasaraya untuk membeli makanan basah seterusnya disimpan dalam peti sejuk? Atau buat endah tidak endah sahaja. Sampai masa pergilah beli. Atau beli sahaja di bazaar Ramadan.Atau ada yang sudah siap-siap beli baju raya dan tempah tiket bas balik kampung.Tidak salah. Beli baju raya awal senang. Selepas ini tidak kalut lagi. Boleh fokus puasa. Tiket pun perlu beli awal. Supaya tidak  menangis di stesen bas.

Sebenarnya, ada beberapa persediaan yang boleh lakukan sebelum Ramadan memunculkan diri. Antaranya:

1. Ganti Puasa yang Tertinggal Tahun Lepas
Berapa hari tertinggal? Sebab apa? Kalau tertinggal banyak, mungkin sudah lewat. Tapi kalau tertinggal dua tiga hari masih sempat lagi hendak qada'.

2. Memperbanyak Puasa Sunat Sebagai Persediaan
Kadang-kadang terkejut juga 1 Ramadan terus puasa. Sebab itu kita sering letih dan tidak bermaya di hari pertama puasa. Malah ada yang pengsan.Pertama, betulkan niat puasa sunat untuk mendapatkan keredhaan Allah. Dalam masa yang sama, kita boleh jadikan puasa sunat sebagai persedian awal.

3. Belek Semula Bahan Bacaan Berkaitan dengan Ramadan
Kita berpuasa setahun sekali. Kadang-kadang banyak yang sudah kita lupa. Apa perkara yang wajib, apa perkara yang sunat, apa perkara yang haram dan sebagainya.Selongkar semula buku, majalah, keratan akhbar atau google sahaja.Seminggu inilah masa terbaik untuk menelaah semula. Baca tatacara solat Terawih, niat puasa dan sebagainya. Biasalah setahun sudah tinggal. Niat pun sudah lupa. Nanti hendak niat puasa. Tapi terniat mandi wajib.

4. Bayar Fidyah dengan Nilai Sepatutnya
Ada beberapa sebab yang menyebabkan kita mungkin meninggalkan puasa pada tahun lepas. Pertama, mungkin faktor fizikal (contohnya orang tua) yang menyebabkan kita tidak berupaya berpuasa.Kedua, ibu yang tengah mengandung atau menyusukan bayi dan bimbang akan memudaratkan kesihatan dan bayi yang menyusu. Kalau puasa pengsan. Atau kalau puasa susu tidak keluar.Jadi, orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikannya sehingga masuk Ramadan perlu membayar Fidyah.

5. Rancang Pelan Ibadat Sepanjang Ramadan 1438 H
Ya, pelan Ibadat sepanjang Ramadan pun perlu dirancang. Contohnya jadual perjalanan harian. Pelan Terawih. Pelan membaca dan tadabbur al-Quran. Majlis berbuka puasa. Sedekah. Dan lain-lain.

Perlu. Supaya ibadat kita tersusun dan berjalan dengan lancar.

Sekian, salam Sabtu. Sedang buat apa tu?

8 ulasan:

  1. kejap je dah nak masuk ramadhan :)

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut puasa. Terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  3. tq for reminding, ccl.
    sabtu sekali lagi da ramadhan.
    da start kena latih diri ekk...
    especially tips ke 5 tu.
    our lifestyle akan berubah... dan moga ia berkekalan selepas ramadhan :)

    BalasPadam
  4. Berguna tips tu. Cepat je dh nk smpi bulan ramadhan, so memang kena prepare dah ni

    BalasPadam
  5. alhamdulillah bab ganti puasa dah siap2 awal2 selepas raya ritu lagi...malas nak tangguh2

    BalasPadam
  6. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq Cik CL..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...