Jumaat, 29 Mac 2013

Rita Rudaini Ada Alasan Sendiri





salam jumaat . . 
pastinya semua org dh thu kan mengenai kemelut rumah tangga
 Rita Rudaini dan Aidil Zafuan.
Rita menerangkan yang dia ada alasan tersendiri mengapa tidak lagi mahu mengikut arahan suaminya.
apakah alasan rita rudaini itu  ?





Walaupun ramai yang berpendapat Rita harus mengikut segala arah suaminya
 yang selagi mereka berdua masih bergelar suami isteri,
 Rita menjelaskan apa yang dilakukan adalah demi anak-anaknya. Kata Rita:-
Sekarang ini, Rita ada sebab untuk tidak ikut cakap Aidil. Kalau dia sudah tidak bertanggungjawab lagi, buat apa Rita nak tunduk dengan perintah dia. Dalam undang-undang pun ada menyebut, seorang isteri boleh tidak ikut cakap semua kalau suami itu bermasalah. Orang boleh senang-senang tuduh saya macam-macam. Saya sudah ditinggalkan dia selama setahun. Duit juga bukannya boleh jatuh ke riba dengan mudah. Saya buat sekarang demi anak-anak







Malah Rita juga memberitahu yang dia sangat sedih dan terkilan dengan apa yang terjadi sekarang ini. Kata Rita lagi:-
Sebelum ini, Rita tidak pernah mengeluh selepas Aidil meminta Rita untuk tidak berlakon dengan pelakon tersebut. Rita hanya ikut permintaan dia sebab sebagai isteri Rita perlu turutinya. Pun begitu, sekarang ini Rita rasa sangat terkilan. Pada waktu bersama, Rita telah meletakkan perkara yang paling Rita sayang iaitu berlakon di tangga yang ketiga semata-mata kerana perkahwinan. Bagaimanapun, perkara yang Rita korbankan selama ini telah dipersiakan. Rita rasa sedih sangat dan dissapointed







2 ulasan:

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !