RESEPI : DESSERT SAGU BERSAMA SUSU CAIR BERKRIM
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
RESEPI : DESSERT SAGU BERSAMA SUSU CAIR BERKRIM selalunya menu ni dipanggil sebagai "Sagu gula melaka " disebabkan bekalan untuk gula melaka memang tak ada di dapur ni .so CCL tukar kepada penggunaan susu cair dan susu pekat .
BAHAN-BAHAN
- Sagu
- Susu cair
- Susu pekat
- Daun pandan
- Pewarna
- Air
- Garam
- Rendamkan biji sagu dalam 15 minit.
- Masukkan sagu ke dalam air yang tengah mendidih. Kacau perlahan-lahan sehingga sagu berwarna putih tadi bertukar menjadi jernih . Boleh tambah air mengikut sukatan sagu.
- Kacau perlahan-lahan sagu sehingga sagu menjadi likat dan boleh masukkan sedikit pewarna
- Sagu yang siap dimasak hendaklah di ditapis untuk membuang lebihan kanji yang ada pada sagu,dan jiruskan sedikit air ke atas sagu yang di tapis. barulah nanti sagu nampak cantik,dan masukan ke dalam acuan dan disejukkan
- Masukkan susu cair dan susu pekat sedikit sahaja ,kacau sehingga sebati atas api yang perlahan.
- Masukkan secubit garam dan masukkan daun pandan untuk menaikkan lagi aroma .kacau sehingga mendidih.
- Susu tersebut boleh dibiarkan sejuk seketika barulah dihidangkan bersama sagu yang telah disejukkan tadi
Selamat mencuba .
RESEPI : NASI GORENG AYAM BERSAMA DAUN KUCAI
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI : NASI GORENG AYAM BERSAMA DAUN KUCAI
BAHAN-BAHAN
- Bawang merah
- Isi ayam
- Nasi putih
- Minyak
- Daun kucai
- Daun limau purut
- Pes cili boh
- Sos cili
- Kicap / kicap soya
- Gula/garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak, masukkan bawang bersama isi ayam dan masukkan sedikit pes cili boh bersama daun limau purut untuk naikkan aromanya.
2.masukkan nasi , kicap,sos cili , perisa tambahan serta sedikit lagi pes cili boh . Kacau rata.
3. Masukkan daun kucai dan kacau rata .
4.siap untuk dihidangkan .
RESEPI KUIH KASIDAH BERSAMA BAWANG GORENG
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, mudah juga rupanya resepi ni.bahan-bahan pun tak banyak .part yang paling mencabar ialah part kacau adunan tersebut di atas api . Memang tak boleh tinggal , kena start kacau sehinggalah adunan menjadi pekat.make sure keadaan api kena pelahan je tau .
So korang yang tak pernah mera kuih kasidah.boleh la follow resepi kat bawah yer .
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 ulas bawang besar @ bawang merah
- Minyak
- Garam
Cara-cara
Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan bawang yang telah dihiris halus.
Bawang goreng yang sudah siap digoreng
Masukkan 2 cawan tepung, 3 cawan air, 1/2 cawan gula dan sedikit garam blend sehingga sebati . Selepas semuanya sebati tapis adunan tersebut supaya dapat asingkan adunan yang berketul-ketul
Masukkan adunan tersebut didalam kuali dengan api yang perlahan, kacau rata sehingga adunan tersebut nampak pekat macam dalam gambar.
Adunan yang telah siap dikacau sehingga pekat tadi dimasukkan ke dalam loyang .sebelum tu sapukan sedikit minyak kedalam loyang tersebut dan masukkan acuan tadi ke dalam loyang dan ratakan.sapukan sedikit minyak diatas kasidah dan taburkan bawang goreng di atasnya .
Biarkan kasidah sejuk barulah boleh dipotong supaya kasidah membentuk dengan elok .
Selamat mencuba !
SINOPSIS DRAMA AKASIA : IRONI KASIH
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SINOPSIS DRAMA AKASIA : IRONI KASIH Nantikan drama bersiri Ironi Kasih di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Fauziah Ahmad Daud , Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana dan Fizz Fairuz. Drama terbitan Wira Nusa Production, arahan Nazir Jamaluddin. Bakal menemui penonton bermula 2 April 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3
JUDUL : IRONI KASIH
EPISOD : 15 episod
TAYANGAN : 2 hingga 22 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal, Mama Bella
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
PRODUKSI : Wira Nusa Production Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Ramona Zamzam, Afifah Nasir, Syafi Tee DFKL, Sarah Malisa DFKL, Ogy Ahmad Daud, Nazia Mustafa
TAYANGAN : 2 hingga 22 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal, Mama Bella
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
PRODUKSI : Wira Nusa Production Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Ramona Zamzam, Afifah Nasir, Syafi Tee DFKL, Sarah Malisa DFKL, Ogy Ahmad Daud, Nazia Mustafa
WATAK PELAKON
Intan Najuwa sebagai Kasih
Aqasha sebagai Johan
Intan Ladyana sebagai Emilia
Fizz Fairuz sebagai Noh
Isaac Iman sebagai Danish
Ramona Zamzam sebagai Suri Athirah
Afifah Nasir sebagai Maya
Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Salmah
Aqasha sebagai Johan
Intan Ladyana sebagai Emilia
Fizz Fairuz sebagai Noh
Isaac Iman sebagai Danish
Ramona Zamzam sebagai Suri Athirah
Afifah Nasir sebagai Maya
Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Salmah
SINOPSIS IRONI KASIH
Kasih yang pada awalnya bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan telah digaji untuk menjadi pengasuh kepada anak Johan dan Emilia. Kasih menjalankan tugasnya dengan baik, mereka menjadi semakin mesra. Emilia bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka. Namun hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Noh. Johan yang merasa tercabar terus menceraikan Emilia. Rupa-rupanya Kasih amat gembira di atas penceraian. Apakah muslihat Kasih yang sebenarnya?


















































