Live Streaming Pahang vs Felda United 26 April 2013 - Liga Super 2013

Live Streaming Pahang vs Felda United 26 April 2013 - Liga Super 2013

  Pertemuan antara pasukan Pahang vs Felda United pastinya menjadi tumpuan pada malam ini. Perlawanan antara Pahang vs Felda United akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Pahang pada jam 8.40 malam.

Bagi yang tidak dapat turun ke Stadium, anda boleh juga menyaksikan perlawanan Lions XII vs ATM secara langsung di Astro Arena 801 pada jam 8.40 malam dan boleh jugak di tonton melalui online live streaming 

time blogwalking






alhamdulillah. . hujan pun dah berhenti .
boleh la upadate blog dengan hati yang senang,,
bukan apa bila online time-time hujan nie takut jugak laa..

mana la tahu tiba-tiba kila guruh datang..
tak ker meletop si lappy nieyh
jadi macam laptop nie..
ha takut tak kalau laptop anda meletop..
mesti la kan. . 
so jangan online time hujan-hujan



baru malam nieyh 
ada masa untuk blogwalking . . 
so  kepada yang dh follow yaan tinggalkan jejak
kat cbox yana. . 
kejap lagi yana terjah korang balik erk, , 
jangan risau. . . 
hehehe. . . 







tanpa membuang masa lagi, , 
yana nak terjah blog-blog lain,,hehehe. . 
nk terjah blog sape yer. . 
blog-blog yang menarik perhatian yana
yana akan terjah, ,  
jemput singgah-singgah ke blog serba pink yana yer..

gwiyomi versi FBI






kalau terlepas melihat gwiyomi atris-artis lain. . 
boleyh klik kat atas untuk tengok video2
yg semestinya cute..

so kali nieyh yana nk bagi korang tengok gwiyomi lagi. . 
kali nieyh demam gwiyomi turut melanda
kepada FBI. . 
sapa yg x kenalkan ,,suaranya selalu ke udara di 
hot fm, , 

selamat menonton video gwiyomi dari FBI..
semoga terhibur

3 HADIAH DARI BLOGGER EJULZ

hari nieyh yana dapat hadiah hasil join segmen . . 
nak tahu yana dapat hadiah dari blogger mana. . 
ok,,yana dapat  3 hadiah kat atas tue dari blogger
ejulz. . hasil join segmen dye ari tue. . 
dapat lha 3 barang kat atas nieyh..
first time taw menang segmen 3 hadiah yg diberikan..

alhamdulillah semua hadiah-hadiah dah selamat
sampai kepada yana hari nieyh..
dah lama menunggu ,, :)


button badges. . dari ejulz, , 
kat situ siap ada nama sponse button badges lagi
taw. . paz tue ada link blogger ejulz, , 
wah boleyh buat kenang-kenangan nieyh. . 
button badges warna purple lembut..
actually ejulz memang suka warna purple kowt..
sebab blog dye pown ada warna purple jgk,,heeh



kayu apa nieyh.. . . 
oooo, , ini bukan kayu ok,,ini pen sarawak, , 
made  in sarawak,,
kena pe g sarawak dulu baru boleyh dapatkan
pen nieyh. . yana xpernah sampai sarawak lgi
dah dapat pen nieyh..



nieyh pulak keychain..
made in sarawak jugak, , 
yana dh ada dua keychain
dari bumi sarawak,,
satu keychain akak yana bagi bentuk kucing. . 
keychain kat atas dari ejulz, ,
keychain burung kenyalang. . 

apa-apa pown tQ ejulz dan para sponser. . 





Jom reramai follow









klik banner

expired date 10 mei 2013

hadiah menanti pemenang

 1 x 1 Korean Blouse

1 x 1 kotak Cocoa Collagen Power Plus
- 1 x 1 shawl awesome


- 1 x 1 Fridge Magnet from (Dubai & Taman Negara)
- 1 x 1 Pouch Syiling Panda (sgt comei)!
- 1 x 1 Penyangkut handbag

2 x 2 Keychain cupcake & Love


LETUPAN BOM TEMPAT PERDANA BN BERCERAMAH DI NIBONG..(PRU-13)








Ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibong Tebal di Jawi di sini malam tadi dikejutkan dengan insiden letupan mengakibatkan seorang petugas parti cedera.

Letupan berlaku pukul 10.15 malam di kawasan longgokan sampah terletak kira-kira 10 meter dari pentas utama berhampiran Bilik Gerakan Pilihan Raya BN Nibong Tebal.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap di depan hampir 3,000 hadirin.




Turut hadir calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.




Seorang pekerja parti berusia 35 tahun dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap kerana mendapat kecederaan di betis kanan akibat terkena serpihan paip plastik dan mangsa dirawat sebagai pesakit luar.

Pada 29 Mac lalu, tersebar risalah mengandungi cara untuk mewujudkan ketegangan oleh sebuah parti pembangkang di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu semasa pilihan raya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya percaya insiden letupan itu didalangi kumpulan profesional berikutan penemuan jerangkap letupan rekaan (IED) dalam bahan letupan.

"Siasatan polis mendapati letupan tersebut menggunakan dua IED yang dibungkus dan diletakkan dalam longgokan sampah di belakang pentas utama.



"Polis juga menemui satu lagi bahan IED yang kemudiannya diletupkan oleh Unit Pemusnah Bom pada pukul 3 pagi ini," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata, motif kejadian adalah untuk menakutkan orang ramai bagi menimbulkan suasana huru-hara di kawasan ceramah.

Berikutan insiden itu, Abdul Rahim memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mewujudkan suasana tidak aman di negeri itu.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana keadaan keselamatan dan ketenteraman di negeri itu terkawal.

"Sebuah pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah telah ditubuhkan untuk menyiasat dan mengesan pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah berkenaan.

"Setakat ini, polis telah merekodkan keterangan daripada tujuh saksi yang berada di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6, Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman didenda RM10,000 dan penjara tujuh tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan...

MSAM DI PERLIS (PART 4)




first time pergi MSAM. . 
memang x tahu apa nak dibuat selepas dapat
pasport untuk masuk. . 
tertengok gelagat rakyat perlis ape yg diorang buat. . 
so bila tengok,,
macam dh thu, , 
rupanya kita hanya mencari cop di setiap bank,..
oh macam tue yer. . baru paham. . 

rasa best sangat. . nak cari pown mudah, , hanya ikutkan petunjuk tapak kaki jew. . 
macam main explore pulak . . 
apa pown memang best. . badut-badut. . 
maskot-maskot banyak jugak kat sana, , 
perjalanan nk mencari cop-cop bank, , 
terasa jauh tmbh-tmbh lgi berjalan kaki. . 
so dah nampak kaunter cenderahati. . 
cepat-cepat terjah. . 
sebelum tue kena check dulu. . 
cukup semua x cop bank yg kita cari,,
kalau x cukut korang terpaksa lalu laluan tadi pulak..
baru lha korang boleyh tebus hadiah. . 

yana dh pown tebus hadiah,,
dapat beg dengan payung,,
berbaloi jugak tue, , 
balik umh pown dh lewat, , 
terasa penatnya. . tpi best. . 

yang mana masih belum pergi dijemput pergi lha yea..heheh







MSAM DI PERLIS (PART 3)




ha,,petang kelmarin yana & kawan-kawan 
pergi MSAM kat dewan 2020..
dekat jugak dengan rumah yana. . 
bila dah sampai sana..nak oiii...
oorg boleyh dikatakan berjuta kowt. . 
sangat sesak. . 

first sampai, , yana tertarik kpda satu benda,,
iaitu laluan pejalan kaki, ,
xsempat pulak nk snap pic. . 
laluan pejalan kaki , ,siap red carpet lgi tw. .
kalau-kalau hujan boleyh pakai laluan pejalan kaki. . 
mungkin kebanyakan ramai artis yg datang..
so diorang buat laluan pejalan kaki , ,untuk sampai ke kaunter pendaftaran. .panjang giler,,,

ok,,makcik , pak cik ,kakak ,abang,,
yg belum pergi lagi boleyh lha pergi,,
mana thu boleyh bawa blik periuk nasi,kereta moto..
mcm2 hadiah yg ditawarkan





ok, , sebelum nak masuk kena buat pendaftaran dulu, , 
beratur dan tunjukkan ic, , 
thne lepas tue akan dapat pasport untuk masuk ke dalam..
cewahh ada pasport pulak kan..
jangan risau,,pasport percuma taw,,xperlu bayar..

hari pertama kalau korang pergi boleyh dapa bju tshirt dan kipas. . 
tpi yana terlepas hadiah tue,,sedihh.. . 

MSAM 2013 DI PERLIS (PART 2)




 MSAM 2013 DI PERLIS (PART 1)

belum baca MSAM 2013 DI PERLIS PART I
boleyh tekan kat atas. . 

apa yang kita boleyh dapat
pergi MSAM ..?
kita boleyh tambahkan ilmu pengetahuan..
selok belok tentang saham-saham nieyh..

macam-macam bank yg ada di situ taw. . 
so boleyh lha jugak kenali bank-bank kat sana, , 

bukan saja boleyh tambah ilmu pengetahuan . . 
hadiah free pulak diberi kepada pengunjung yg hadir taw..
awesome, , pengunjung yg datang,  
tak saha kalau balik umh , ,kt tangan dua tiga beg dipegangnya, 
mcam baru balik shoping




MSAM 2013 DI PERLIS (PART 1)






MSAM ? apa tue ?
ok yang mana tah tahu lagi apa itu MSAM..
MSAM tue shortform dari
'Minggu Saham Amanah Malaysia'
MSAM berlangsung kat perlis selama seminggu. . 
bermula dari 20 april hingga 27 april. . 
tinggal lagi beberapa hari aje kan, , 
majlis penutupan MSAM akan melabuhkan tirai. . 

so rakyat perlis ayuh ke dewan 2020..
macam-macam aktiviti yang ada, , 
berbaloi sesape yg pergi, , 
dapat barang free, , , 

tunggukan entri MSAM  part 2 :)

Erin Malek bercuti di Bali, Indonesia

Erin Malek telah berkongsi beberapa gambar percutian mereka di Bali, Indonesia bersama adiknya, Afiqah Malek dan rakan sekerja, Azizul Helmy melalui akaun Instagram. Nampaknya, mereka bertiga kelihatan begitu happy dan enjoy dengan lawatan itu, namun sesuatu yang agak pelik dilihat dalam gambar-gambar berkenaan ialah penampilan Erin Malek yang jauh berbeza dengan adiknya, Afiqah Malek.