Assalamualaikum dan salam sejahtera .
DRAMA TERBARU SLOT AKASIA TV3 : SABARLAH DUHAI HATI Drama Sabarlah Duhai Hati merupakan drama bersiri televisyen Malaysia yang akan mula ditayangkan bermula 28 April 2021 melalui slot Akasia TV3 dan juga secara online di iQIYI Malaysia. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Tak Sempurna Mencintaimu sebelum ini. Drama ini juga merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Sabarlah Duhai Hati‘ karya Mimie Afinie yang telah diterbitkan pada tahun 2015.
BARISAN PELAKON
Antara pelakon utama yang membarisi drama ini ialah Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Puteri Sarah dan ramai lagi. Pastinya dengan barisan pelakon yang hebat ini akan memberikan jalan cerita yang lebih mantap .
Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Puteri Sarah, Iman Suhana, Aiman Badrul, Datin Fadilah Mansor, Emelda Rosemila dan ramai lagi.
Amyra Rosli sebagai SYAFIRA/FIRA
Saharul Ridzwan sebagai AFFAN
SINOPSIS NOVEL SABARLAH DUHAI HATI
Sabarlah Duhai Hati mengisahkan tentang Nur Syafira dan adiknya, Danish yang telah kehilangan kedua orang tua disebabkan kemalangan. Ketika itu, Danish baru berusia empat tahun dan Fira sudah berusia 24 tahun. Danish terlalu sayangkan kakaknya dan baginya Fira adalah segala-gala buat dirinya. Sebelum kehilangan ibu bapa, Fira seorang yang ego dan kelahiran Danish amat menyakitkan hatinya. Baginya dia kehilangan hak sebagai anak tunggal. Tetapi setelah pemergian ibu dan ayah, Fira membuka mata dan hatinya untuk menerima Danish.
Fira mempunyai teman baik iaitu Dian. Dian sering ingin memadankan Fira dengan abangnya, Affan walaupun dia tahu Fira begitu tidak selesa dengan abangnya. Affan juga seperti tidak mahu melayan Fira. Hanya Affan dan Fira sahaja yang tahu mengapa mereka tidak begitu mesra.
Ibu Affan ada masuk meminang Fira. Fira terpaksa menerima lamaran itu setelah berfikir hidupnya yang sebatang kara. Tetapi lamaran itu mendapat tentangan hebat daripada Nadia, sepupu Affan yang mahu dijodohkan dengan Affan oleh opah. Affan tetap mahu memilih Fira sebagai isterinya dan mahu bertanggungjawab menjaga serta membesarkan Danish bersama-sama Fira.
Fira dan Affan berkahwin walaupun tiada bibit-bibit cinta dalam hubungan mereka. Disangkanya bahagia tetapi semuanya musnah dek hsutan Nadia kepada Dian. Dian yang percaya sahaja kata-kata Nadia bertindak menghalau kakak iparnya ketika Affan ditimpa dugaan besar. Ketika dihalau Fira sedang berbadan dua dan Affan sedang bertarung dengan sakit. Fira dan adiknya terpaksa keluar dari rumah itu.
Ke manakah Fira menghilangkan diri? Berjayakah Affan bertemu semula dengan isterinya yang telah hilang. Adakah sinar bahagia di akhir kisah hidup mereka?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
DRAMA TERBARU SLOT LESTARY TV3 : KISAH CINTA RUMI Drama terbaru slot lestary yang akan bersiaran di kaca TV3 bermula 24 April 2021 menampilkan barisan pelakon antaranya Khai Bahar, Sharifah Rose , Riena Diana , Hariz Hamdan, Dynas Mokhtar, Louisa Alisa Chong dan ramai lagi . Drama ini akan ditayangkan di kaca TV sebanyak 13 episod hasil karya arahan Sutradara Idora Abdul Rahman terbitan produksi Creative Skill Solution.
SINOPSIS DRAMA KISAH CINTA RUMI
Kisah cinta pasangan kekasih Mika (Khai Bahar) dan Runisa (Riena Diana) yang penuh liku kehidupan dan cabaran . Mereka berdua datang daripada darjat kehidupan yang sangat berbeza.
Mika anak Mahmud , seorang pemandu teksi yang sering berjudi sehingga mengakibatkan keluarganya diburu oleh Ah Long . Sejak dari kecil Mika diajar oleh ayah beliau iaitu Mahmud untuk melakukan apa sahaja asalkan dapat duit .
Tak cukup dengan itu Mika juga membesar dengan budak-budak nakal yang sering menghabiskan masa bersama rakan-rakan jalanan .
Kerana ingin menyara kehidupan keluarganya, termasuk ingin melangsaikan hutang bapanya Mika yang tidak mempunyai pekerjaan akhirnya terjerumus ke dalam kancah aktiviti meragut.
Kemudiannya Mika Runisa anak keluarga berada berusia 23tahun yang mempunyai minat dalam bidang lukisan . Walaubagaimanapun Runisa berhasrat untuk menyambung perjuangan keluarganya dalam menguruskan syarikat arwah papanya. Runisa sering bergaduh dengan keluarganya kerana terlalu mementingkan soal status dan kedudukan keluarga , sehinggalah ibu Runisa tidak meyenangi perhubungan antara Runisa dan Mika . Lantas pelbagai macam cara dan usaha ibu Runisa untuk memporak perandakan perhubungan mereka .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
BEKALAN OKSIGEN MAMPU BERTAHAN 72JAM SAHAJA. APA NASIB KRU KAPAL SELAM KRI NANGGALA 402 YANG HILANG DI DASAR LAUT ? Dah lebih 24 jam hilang. Sebuah kapal selam jenis KRI Nanggala 402 milik Tentera Laut (Navy), Tentera Nasional Indonesia (TNI) masih lagi hilang dan belum dijumpai. Ada 53 orang kru dalam kapal selam. Moga mereka semua selamat.
Sebelum hilang, kapal selam itu dikatakan menjalani latihan tembakan torpedo di perairan Bali. Ada yang mengatakan kapal selam itu tenggelam pada dasar lautan melebihi 700 meter. Kedalaman itu sudah melebihi kapasiti dan keupayaan kapal selam tersebut untuk menyelam.
Laporan berita BBC melaporkan hanya ada baki 72 jam bekalan oksigen. Kapal selam itu perlu dijumpai secepat mungkin. 6 kapal perang termasuklah dari Malaysia dan Singapura sedang membantu mencari sekarang. Ada tumpahan minyak dikesan pada satu permukaan lautan. Pencarian cuba dibuat di kawasan tersebut namun tidak berjaya setakat ini. Kawasan tumpahan minyak tersebut adalah terlalu dalam. Usaha mencari masih belum berhasil.
Setakat ini, belum dijumpai lagi kapal selam KRI Nanggala 402. Nasib kesemua 53 orang kru masih menjadi tanda tanya.
Teruskan berdoa!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
CERITA RAMADHAN : ALHAMDULILLAH DAPAT BERKUMPUL BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA Hari ini Ramadhan ke 10 jatuh pada tarikh 22 April 2021 . Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan ini kali pertama dalam tahun ini dapat berbuka puasa dengan semua family , tak ketinggalan jugak Ramadhan ke-10 ini juga kali pertama CCL berpeluang iftar bersama suami . Memandang masing-masing PJJ , tetapi alhamdulillah ada juga ruang dan waktu untuk berbuka sekali .
Tak ketinggalan jugak hari ini tokwan dan juga mak menakan pun datang ke rumah untuk berbuka sekali beramai-ramai . Tahun-tahun sebelum ni ada jugak memori berbuka puasa bersama-sama family , termasuk arwah tok ketika arwah masih ada . .memndangkan tahun lepas 2020 memang tak berkesempatan nak berbuka puasa bersama sebab masing-masing tak boleh rentas negeri disebabkan lockdown Covid-19 . Tetapi pada tahun ni alhamdulillah, syukur dapat berkumpul sama-sama menjamu selera juadah berbuka walaupun tanpa arwah tok . Rindu tetap ada . Dah berap bulan tak balik ziarah kubur arwah tok . Rindu sangat . Kenangan yang tak boleh dilupakan .
Menu yang simple juga untuk berbuka hari ni . Ada yang masak dan ada juga yang beli di bazar Ramadhan .
- Ikan terubuk bakar
- Ikan gerut masak 3 rasa
- Pajeri buah janguih
- Air asam perut
- Kerabu jantung pisang
- Kurma telur
- Sambal ikan
- Sayur campur
- Kurma
- Murtabak
- Kuih muih
Alhamdulillah rezeki Allah Taala bagi cukup untuk CCL sekeluarga .
Alhamdulillah
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
ALHAMDULILLAH DATO SERI SITI NURHALIZA SELAMAT MELAHIRKAN BAYI LELAKI . Pagi 7 Ramadhan ni , Dato Seri Siti Nurhaliza , serta suaminya Dato Seri Khalid dan tak ketinggalan juga team Siti Nurhaliza Production menkongsikan berita gembira di laman sosial media . Apa yang gembiranya ? Dato Seri Siti Nurhaliza sudah selamat melahirkan anak . Bertambah lagi ahli dalam keluarga diorang kan . Aafiyah pun dah jadi kakak .
Dato Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.48kilogram pada 19April 2021 di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21pagi . Bayi lelaki yang sihat seberat 3.48 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan .
Alhamdulillah bayi serta Dato Seri Siti Nurhaliza berada dalam keadaan sihat . Tahniah CCL ucapkan untuk keluarga mereka.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
PADLOCK PAGAR BERKARAT DAN SUSAH NAK BUKA ? INI PENYELESAIANYA GUNA BAHAN TERBUANG SAHAJA Padlock berkarat ? Alamak susah la nak lock lepas ni . Hurmm hangpa mesti ada masalah macam ni kan . Terutamanya padlock pagar di rumah hangpa yang asyik berkarat . Dah berapa lama berkarat tu ? Mesti sisah nak lock kan . Kalau dah berkarat mesti hangpa akan tukar baru , tak ke membazir je kan .
CCL nak share satu tips dengan hangpa . Lepas ni hangpa dah tak layah susah-susah beli baru padlock pagar tu . Atasi padlock dari berkarat hanya mengunakan bahan terbuang sahaja iaitu botol mineral .
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
CERITA RAMADAN : BAZAR RAMADAN DALAM NORMA BARU Tahun kedua sambut bulan Ramadan dalam keadaan Malaysia dalam pandemik covid-19 . Kalau tahun lepas memang tiada sebarang anjuran bazar Ramadan di seluruh negeri , tapi pada tahun ini alhamdulillah bazar Ramadhan dijalan sepertia biasa tetapi dalam norma baharu demi memastikan rantaian covid-19 dapat diputuskan .
Hari ini CCL berpeluang kunjung salah satu bazar Ramadan yang diaadakan di negeri Perlis ini . Sampai di tapak bazar Ramadhan pada jam 4.30 petang . Suasana bazar dipenuhi orang ramai , serta peniaga-peniaga juga sudah mula berniaga . Tidak terkecuali jugak ramai yang mula beratur mengikut SOP yang ditetapkan .
Had pengunjung di dalam kawasan bazar Ramadan seramai 200 orang dalam satu masa . Dengan adanya beberaa orang anggota RELA dan anggota Polis keadaan bazar teratur dan tidak sesak dengan pengunjung . Pengunjung yang mengunjungi bazar Ramadan perlu beratur mengikut giliran dengan jarak yang ditetapkan, scan code mysejahtera, check suhu , memakai pelitup muka dan jaga jarak 1m . Ini adalah salah satu perkara asa yang hangpa perlu patuhi
Sama-samalah kita semua jaga diri daripada munculnya kluster bazar .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
CERITA RAMADHAN : RM10 CUKUP UNTUK 3 MENU BERBUKA PUASA ? Tak hairanlah setiap kali bulan Ramadhan, bazar Ramadhan tumbuh bagai cendawan dan lebih menariknya di situlah tempat reunion makanan-makanan. Kenapa CCL gelar tempat reunion makanan-makanan ? Hah di Bazar Ramadhan lah kita akan boleh lihat pelbagai jenis makanan yang susah nak jumpa tapi bila jejak kaki di bazar , segala makanan ada . Menyelerakan tengok semua makanan dan minuman.
Tapi kebanyakan dari kita membeli kerana nafsu. Mana tak nya , tengok kiri makanan sedap , tengok makanan pun makanan sedap sehingga confius nak makan apa, sehinggalah ada yang membuat keputusan untuk beli sahaja juadah yang diingini . Maka berlakulah pembaziran .
![]() |
Memandangkan hari first Ramadhan berbuka puasa dengan officemate . So buat keputusan untuk jejak kaki ke bazar Ramadhan dengan niat membeli makanan hanya berbekalkan RM10 . Jadilah RM10 untuk sorang makan je kan .. CCL berbelanja RM10 dan dapat tiga menu sahaja. Iyalah ekonomi sekarang tak macam zaman dulu-dulu .. Zaman dulu RM10 mampu bertahan berhari-hari dan dapat beli barang dengan kuantiti yang banyak . Zaman sekarang RM10 hanya sehari.
Menu apa yang CCL dapat berbekalkan RM10 ? CCL dapat beli nasi kerabu , cappuccino ice dan kuih lapis sebagai pemanis mulut. Alhamdulillah sebelum melangkah ke tapak bazar Ramadhan dah niat dalam hati nak berbelanja RM10 sahaja. Alhamdulillah. Syukur atas rezeki Allah Taala . Walaupun tak banyak tapi dah rasa cukup tanpa sebarang pembaziran . Lepas ni boleh latih diri untuk berbelanja ala kadar .
Assalamualaikum dan salam Sejahtera .
SALAM RAMADHAN 1442H Alhamdulillah tahun ini Allah masih pinjamkan nyawa untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan .Syukur yang tak terhingga . Seperti biasa sambutan ramadhan kali ini masih lagi dikelilingi dengan orang-orang yang tersayang terutamanya keluarga sendiri , dan lagi bertambah tahun ini sambut ramadhan bersama suami . Memandang CCL masih lagi bekerja shift, seperti biasa tahun ini juga Ramadhan pertama berbuka puasa bersama rakan-rakan sekerja di tempat kerja . Begitu juga, lepas kahwin memandangkan CCL dan suami masih lagi PJJ tak berpeluang juga berbuka puasa Ramadhan 1 bersama-sama . InsyaAllah akan ada hari yang boleh berbuka bersama-sama keluarga dan suami .
Ramadhan 1442H norma baru, kalau tahun lepas tiada sebarang bazar Ramadhan yang beroperasi , tapi pada tahun ini alhamdulillah rata-rata negeri sudah dibenarkan pengoperasian bazar Ramadhan mengikut SOP yang ditetapkan kecuali negeri Kelantan kerana kes Covid-19 masih naik . Rindu tak rindu nak pergi bazar Ramadhan ? Sememangnya mesti rindu, rindu nak melihat pelbagai juadah berbuka . Semoga kita samacsama dapat patuhi SOP di mana-mana sahaja .
Di kesempatan Ramadhan pertama untuk tahun ini , CCL ingin memohon maaf andai terkasar bahasa, terkomen yang tak kena . Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun yang lepas . Semoga tahun ini kita sama-sama dapat tingkatkan amal ibadat . Aamiin..aamiin .
Selamat berpuasa my followers .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SHOPEEPAY FOR A DONUT HUNT Donuts and coffee - the essential breakfast, tea or even snack on the go which is stereotypically American due to television. If you’re hunting for an evening snack or looking for a sweet treat for iftar, come join us in the urban jungle on the hunt for donut bargains using mobile wallet, ShopeePay.
Malaysians can now enjoy these sugary treats with promotions featuring brands like Krispy Kreme, Big Apple Donuts and J. Co Donuts.
Krispy Kreme
Krispy Kreme relaunched their Nutella filled ring donuts due to popular demand, and recently opened a branch in Bangsar South.
Add on an Iced Hazelnut Latte to chill out on the hot afternoons - for a minimum spend of RM10, earn RM4 cashback when using ShopeePay.
Big Apple Donuts
Not to be outdone, Big Apple Donuts is opening a branch at Bandar Mahkota Cheras, and is also offering Nutella filled treats with their Stella Nutella and Captain Nuts donuts.
Earn yourself RM3 cashback with a minimum spend of RM15 - we recommend the box of 4 for sharing - or maybe stress eating, we won’t judge.
J. Co Donuts
While the other two go nuts, J. Co decides to spill the tea - literally. Visit your nearest branch and try out their recently introduced Houjicha lattes, frappes and, of course, the donut - which is selling like hot cakes.
Use ShopeePay and earn RM4 cashback when you spend a minimum of RM10 at your nearest J. Co branch. Or, buy a ShopeePay Voucher for 5 sen on your Shopee app, and claim a 40 percent cashback of up to RM4 at your nearest outlet, exclusively when you pay with ShopeePay.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
syarat mudah
1. Buat satu entry bertajuk : Giveaway Sampul Raya Hipster
2. Letakkan banner dan backlink kan kepada link entry ini
3. Publish entry dan letakkan link penyertaaan blog dalam entry ini
Hadiah untuk pemenang Giveaway Sampul Raya Hipster
Hadiah pertama
50 pcs Sampul duit raya hipster
Hadiah kedua
40 pcs sampul duit raya hipster
Hadiah ketiga
30 pcs sampul duit raya hipster
Nak join ? Tekan banner kat atas
Assalamualaikum dan salam sejahtera
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1442H / 2021 BAGI SELURUH NEGERI PERLIS
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
SINOPSIS DRAMA TAK SEMPURNA MENCINTAIMU Cerita ini merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama, "Tak Sempurna Mencintaimu" karya Rehan Makhtar yang diterbitkan pada tahun 2018. Selepas kejayaan antara novel best seller ketika itu, dan kini diangkat ke kaca TV pula. Antara pelakon hebat yang terlibat dalam drama ini seperti Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry, Rita Nadira dan ramai lagi.
BARISAN PELAKON
Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry dan Rita Nadira. Ianya dibantu oleh Dato’ Tamimi Siregar, Wan Maimunah, Nafiez Zaidi, Aniq Suhair, Azza Elite, Ali Reza, Shah Khan, Scha Elinnea, Naim Shamshol dan ramai lagi.
WATAK
Redza Rosli sebagai MUSTAQIM
Intan Najuwa sebagai SIRATUL
Fendy Bakry sebagai EPUL
Rita Nadira sebagai MELISSA
Nafiez Zaidi sebagai FIQRI
Aniq Suhair sebagai SAFWAN
Azza Elite sebagai KAK SITI
Ali Reza sebagai KYLE
Shah Khan sebagai KUCA
Scha Elinnea sebagai MAWARDAH
Naim Shamshol sebagai RUDY
SINOPSIS
Drama Tak Sempurna Mencintaimu mengisahkan tentang Mustaqim dan Siratul yang masing-masing menjaga diri antara satu sama lain, dan sama-sama membentuk diri kearah kebaikan. Mustaqim berpewatakan seorang yang agak nakal dan panas baran manakala Siratul pula seorang yang penyabar, tabah dan lurus. Siratul bekerja keras demi mencari rezeki tanpa bergantung pada sesiapa pun.
Pertemuan Mustaqim dan Siratul pada awalnya penuh dengan amarah tetapi akhirnya jatuh cinta.
Kisahnya bermula apabila adik Siratul telah melanggar motor kesayangan Mustaqim menyebabkan dia marah dan dengan lantang menghina gadis itu. Tapi walaupun dalam keadaan marah dia mengikuti Sidratul, menggantikan perbelanjaan motor yang telah hancur dan rosak dan menghantar gadis itu pulang ke rumah dengan selamat.
Mengenali Siratul membuatkan Mustaqim mula merasa tenang setelah 10 tahun hatinya terluka akibat pengkhianatan yang dilakukan oleh Melisa. Melisa merupakan seorang gadis yang amat menyukainya tetapi cinta itu tidak dibalas oleh Mustaqim. Lantas untuk membalas dendam Melisa berkahwin dengan ayah Mustaqim. Difitnahnya Mustaqim sehingga ayahnya menghalau keluar dari rumah dan dia tidak pernah pulang lagi selama 10 tahun.
Dengan adanya Siratul, hati yang beku itu perlahan-lahan cuba melupakan kesilapannya semalam. Tanpa sedar, cinta mula berputik antara mereka. Namun, cinta mana yang tidak diuji? Hadirnya Melisa tanpa diduga, membuatkan kisah cinta mereka benar-benar dipukul badai.
Adakah Siratul dan Mustaqim dapat bersatu pada pengakhirannya? Dapatkah Mustaqim memaafkan dan kembali semula pada ayahnya? Jangan lupa menonton drama ini sehingga penghujung episod .
QOUTES
ABOUT ME

FOLLOWERS
JOURNALIST
-
▼
2026
(84)
-
▼
Mac
(30)
- Biskut Raya 2026 | Tart Nenas
- Tembikai Rose Sparkling | Khairul Aming
- Biskut Raya 2026 | Samperit Susu
- Biskut Raya 2026 | Chocolate Cornflakes Chruncy
- Semaian Biji Benih Tembikai Susu
- Moreh Satay Lepas Jalan Bazar
- Biskut Raya 2026 | Biskut Makmur
- Jus Tembikai Oren | Khairul Aming
- Udang Masak Tempoyak Petai| Khairul Aming
- Biskut Raya 2026 | Biskut Mazola Kacang Peas
- Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
- Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Na...
- Wordless Wednesday | Backdrop Raya
- 10 Mac 2026 | 2 Tahun Tanpa Raut Wajah Susuk Bada...
- Rupa Puding Karamel , Menjadi Ke Tidak ?
- Spaghetti Bolognese | Khairul Aming
- Pretzels | Khairul Aming
- Bumi Perlis Hujan
- Chocolate Mousse | Khairul Aming
- Misi Pencarian Serbuk Kacang Hijau & Kacang Badam ...
- Udang Masak Tempoyak Petai | Khairul Aming
- Tauhu Sumbat Crispy | Khairul Aming
- Shopee Live 1 Pagi, Tercheckout Tumbler ZUS Coffee...
- Wordless Wednesday | Gerhana Bulan 13 Ramadan 1447H
- Siakap Stim Bersantan | Khairul Aming
- Juara Ruang Komen Februari 2026 : Blogger Roziah @...
- Aiskrim Goreng | Khairul Aming
- Mineral Bubble 0² & Collagen Plus Bird Nest
- Gulai Ayam Padang | Khairul Aming
- Hadiah Screenshot Pageview Blog Kak Cie Dah Sampai!
-
▼
Mac
(30)




































