Assalamualaikum dan salam sejahtera .
SALAM AIDILFITRI DARI BLOGGER CIKCAPPUCCINOLATTE .Salam Aidilfitri buat semua rakan serta sahabat online, blogger ,pembaca dan pengunjung laman blog CCL ini . Sempena masih lagi di bulan Syawal yang mulia ini , CCL ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua rakan-rakan dan sahabat "Maaf Zahir & Batin".
Alhamdulillah, hari ini dah pun masuk syawal yang kelima, masih lagi dalam mood berhari raya walaupun tahun ini CCL turut bekerja dihari raya.Alhamdulillah juga raya tahun ini dapat berkumpul bersama family selesai solat hari raya aidilftri.Pagi hari raya amat bermakna bagi CCL berkumpul bersama sanak -saudara , walaupun masih bekerja, CCL dapat jugak luangkan masa untuk family dan jugak sahabat handai .
Mood raya tahun ini meriah macam setiap tahun, masing-masing berkumpul di rumah nenek CCL . maka selepas itu perancangan beraya ke rumah sanak saudara diteruskan . Tema tahun ini untuk family CCL , CCL pilih warna royal blue untuk gandingan dalam pagi syawal ,sememangnya tiap-tiap tahun CCL akan memilih tema warna raya untuk dipakai, korang pulak baju raya tahun ini macam mana ? Jenis apa ? Tema warnanya pulak ? .
Apa pun pakaian korang dihari raya , harap-harap pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat .Akhir kata , CCL ďisini nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua yang mengenali CCL . Mohon maaf atas segala kesilapan .salam 0-0 yer .























