Semakan Keputusan Permohonan IPTA Politeknik Premier Secara Online Dan SMS





Semakan Keputusan Permohonan IPTA Politeknik Premier Secara Online Dan SMS



 Para pelajar lepasan SPM 2012 , STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya yang telah membuat permohonan UPU (IPTA) kemasukan ke SPM,STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf bagi sesi 2013/2014.

Anda boleh buat semakan pada :

Lepasan SPM 2012/ Setaraf :
Para Pelajar lepasan SPM/ Setaraf Permohonan Kemasukan ke IPTA / Politeknik / ILKA / Matrikulasi Sesi Akademik 2013/2014 yang memaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan boleh dibuat pada minggu ke-3 pada bulan Mei 2013 ini iaitu pada 17 Mei 2013 bermula jam 12 tengah hari.

Lepasan STPM 2012/Setaraf :
Para pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Politeknik Premier bagi sesi 2013/2014 dijangka boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka pada minggu ke-2 pada bulan Julai 2013

Semakan Keputusan Ke IPTA
Cara Semakan UPU Secara Online :
Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web rasmi kemasukan IPTA dihttp://upu.mohe.gov.my/
Cara Semakan UPU Melalui SMS :
Taip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888
Tarikh Keluar Keputusan IPTA :
Semakan keputusan permohonan Anda boleh Buat pada minggu ke -2 pada bulan Julai (STPM)
Semakan keputusan permohonan Anda boleh Buat pada minggu ke -3 pada bulan MEI (SPM) iaitu 17 Mei 2013 bermula jam 12 tengah hari.
Note : Calon boleh mendapatkan maklumat itu melalui hotline 03-8870 6767, helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766.

Semakan Kemasukan Ke Politeknik Primeir
Cara Semakan Politeknik Primeir SMS :
Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web rasmi kemasukan Politeknik Primeir dihttp://upu.mohe.gov.my/
Cara Semakan Politeknik Primeir SMS :
Taip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888
Tarikh Semakan Politeknik Primier :
Semakan keputusan permohonan Anda boleh Buat pada 17 Mei 2013

Semakan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional
Cara Semakan Politeknik Online :
Layari Politeknik Online Semakan
Tarikh Semakan Politeknik :
Semakan keputusan permohonan Anda boleh Buat pada 24 Mei 2013 
Talian Politeknik : 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313 

sinopsis novel : sebab saya suka dia

Dia seorang gadis yang sempurna serba-serbi sehinggalah Muhammad Amirul Adib muncul dalam hidupnya dan merosakkan segala-gala yang telah dirancang rapi.

“Awak tahu tak betapa berdosanya seorang isteri jika menyimpan perasaan istimewa terhadap lelaki lain yang bukan suami? Afrina Airisya, saya tak nak jadi suami dayus! Ya, hubungan ni baru sahaja nak bernafas. Tapi tak bermakna awak boleh lakukan apa yang awak nak! Saya tak nak terjerat sama dalam jurang maksiat yang bakal awak lakukan dengan bekas tunang awak tu!”
“So? Aku bukannya milik kau, Amirul Adib! Bukan milik kau untuk kau paksa aku buat itu dan ini!”
“Kau milik aku, Afrina Airisya. Semuanya milik aku. Jangan paksa aku untuk tuntut apa yang sepatutnya aku dapat malam semalam! Aku suami kau, ingat tu.”

Tidak . Tidak dan tidak mungkin dia akan mencintai Muhammad Amirul Adib sedangkan dia percaya bahawa hatinya telah kukuh bersama lelaki yang mencintainya sepenuh hati, Afif Ezaniey. Ya , Adib pernah menjadi lelaki yang didambanya suatu ketika dahulu tetapi itu adalah cerita yang lama dan dia harus bangkit daripada terus mencintai lelaki yang tidak mungkin akan mencintainya kembali.

“Adib, awak tak cintakan saya. Dan saya pun tak cintakan awak. Kenapa masih hendak teruskan perkahwinan ini? Saya pun ada life! Saya pun hendak hidup macam orang lain! Jadi, lepaskanlah saya. Saya yakin saya boleh hidup bahagia dengan Ezaniey!”
“Apa dia? Saya tak cintakan awak dan awak pun tak cintakan saya. Siapa awak nak duga hati saya?

Adakah hubungan mereka akan menemui kegagalan pada akhirnya? Mampukah mereka melengkapi antara satu sama lain? Adakah Ezaniey akan kekal di hati Afrina Airisya atau Amirul Adib yang sentiasa berada di sudut hati Afrina Airisya yang paling dalam? Sebab saya suka dia… empat sebab saya suka dia…

“Sebab saya suka dia... Pertama, tiada sebab. Kedua, tiada sebab. Ketiga, tiada sebab. Dalam cinta, tak sepatutnya ada sebab mengapa kita cintakan dia kerana jika benar kita cintakan seseorang itu, kita tidak akan memandang segala kelebihan dan kekurangannya. Airisy cuma sayangkan abang dan jangan harap abang boleh tinggalkan Airisy.”

Tarikh Keputusan permohonan ke Politeknik


Keputusan permohonan ke Politeknik Premier sesi Jun 2013 
Calon lulusan SPM yang memohon ke Politeknik Premier boleh membuat semakan keputusan mulai 17/05/2013.
 

  
Keputusan permohonan ke Politeknik Konvensional/METrO sesi Jun 2013 
Calon lulusan SPM yang memohon ke Politeknik Konvensional/METrO boleh membuat semakan keputusan mulai 24/05/2013.


Keputusan permohonan ke Program Diploma Lanjutan & Diploma bagi lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA Sesi Jun 2013 
Calon lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA yang memohon ke program Diploma Lanjutan & Diploma boleh membuat semakan keputusan mulai 24/05/2013.

Shila Amzah Dapat Status Penduduk Tetap Di China







Tahniah kepada penyanyi bertaraf antarabangsa kebanggaan Malaysia yang seorang ini, Shila Amzah kerana telah mendapat status penduduk tetap (PR) di China


Berita itu disahkan sendiri oleh juara Asian Wave 2012 itu ketika menjadi artis jemputan untuk Carta ERA 40 di radio ERA fm, hujung minggu lalu.
“Saya sekarang duduk (tinggal) di Shanghai dan kerana bekerja di’sana, saya telah dapat PR (status penduduk tetap),” jelas Shila.
Shila juga berkata, peminat disana senang menerima kehadirannya mungkin kerana gaya bertudung dan juga cara nyanyiannya yang nampak berlainan daripada penghibur-penghibur sedia ada di sana.

Dalam perkembangan lain, Shila bakal melancarkan album penuh terbarunya pada awal Jun depan. Album tersebut mengandungi 6 buah lagu dan kesemuanya adalah ciptaan Shila sendiri.

Siti Nurhaliza Anggap Tindakan Sharifah Sakinah Hanya Imaginasi

Beberapa hari ini kecoh diperkatakan mengenai pelakon, Sharifah Sakinah yang beraksi keterlaluan dengan memuat naik video Keek yang telah mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak.
Video 1
Video 2
Tidak cukup dengan penggunaan bahasa yang kurang sopan, adik kepada Sharifah Sahira ini turut memetik beberapa nama artis tempatan di dalam video berkenaan. Salah seorang daripadanya ialah Datuk Siti Nurhaliza.
“Apa yang saya faham dia cuba meniru suara saya ketika merakamkan ‘voice over’ untuk Jusco dulu. Saya tidak rasa yang dia mahu kaitkan nama saya dengan aksi seterusnya.
“Saya menganggap rakaman itu imaginasi dia sahaja. Tidak mengapa lah. Budak muda kan, mungkin tengah seronok, “jelas Datuk Siti Nurhaliza seperti yang dilaporkan Media Hiburan online.

drama teduhan kasih










Drama Sedetik Cinta bakal melabuhkan tirainya di Slot Akasia tidak lama lagi dan bakal disusuli dengan drama terbaharu bertajuk, TEDUHAN KASIH.

Teduhan Kasih merupakan sebuah lagi drama bersiri yang diadaptasi dari novel cinta popular nukilan Marissa, terbitan Karyaseni.




Drama bersiri terbitan Primeworks Studio ini dibawah arahan Jamal Khan dan skrip digarap oleh Mufid Suhaimi ini dibintangi pelakon Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan Julia Ziegler.

Teduhan Kasih bakal bersiaran mulai 15 Mei 2013, setiap Isnin hingga Khamis jam 7malam di Tv3.




Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.
Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 
Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 
Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.
Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.
Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.


SINOPSIS ONE DAY YOU'LL BE MINE








SINOPSIS :

Secebis kenangan, sebuah kesetiaan untuk sesuatu bernama… cinta

Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna! 

Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka. 

“Kau pekak ek?”

“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”

“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”

“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.” 

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu! 

“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”

“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”

“Pergi mampus.”

“Terima kasih, I love you too.”

Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku. 

Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.

Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?

Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir. 

“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”




apa response anda tentang sinopsis ni ?
tinggalkan ulasan anda di kotak komen 





apa itu gushcloud , churp-churp dan says














Perbandingan GushCloud berbanding ChurpChurp dan SaysMY
  • Gushcloud berasaskan pay per task dengan kerja mudah seperti LIKE facebook page, follow akaun twitter, post update ke twitter dan lain-lain lagi. Churpchurp dan saysmy pula berasaskan pengiklanan sebagai aktiviti utama,
  • GushCloud membayar dalam USD.
  • Sama dengan saysmy dan berbeza dengan churpchurp GushCloud juga ada sistem kumpul mata yang dikenali sebagai Karma Point (KP). Karma point ini boleh digunakan untuk redeem hadiah menarik.
  • Gushcloud boleh terima bayaran menggunakan paypal manakala dengan churpchurp guna cek, kena tunggu lama sedikit untuk cek sampai.
  • Ada yang kata sangat susah untuk mendapatkan klik untuk iklan churpchurp dan saysMY. Saya tak pasti, tetapi Gushcloud bukan berasaskan pay per click. Anda buat kerja, anda dibayar.



Kelebihan GushCloud Berbanding Sistem Kerja Online Yang LainDalam sistem kerja online yang saya pernah lihat, prosesnya lebih kurang begini:
  1. Lihat tawaran kerja
  1. Terima kerja
  1. Buat kerja seperti yang diarahkan
  1. Hantar bukti samaada link, screenshot dan lain-lain.
  1. Tunggu pengesahan daripada ‘majikan’


Yang menariknya, Gushcloud menjadikan sistem kerja online :
  • Automatik dimana anda boleh menyiapkan kerja-kerja mudah tanpa perlu menghantar bukti kerana ianya automatik.(+1)
  • Cepat. Tidak sampai 1 minit untuk menyiapkan kerja. Perlu klik-klik sahaja.
  • Kebanyakan kerja tidak perlukan pengesahan ‘majikan’ pun.
  • Boleh lihat terus peningkatan jumlah wang dalam akaun (kecuali untuk kerja yang perlukan approval).

JOM DAFTAR GUSH AD

nampaknya yana ada jumpa acc baru untuk tambahkan earning
yana nak kongsi satu peluang buat duit dengan social media.
 Mungkin masih ramai yang belum tahu tentang program buat duit ni.
yana pown baru aje tahu tentang gush ad nieyh . 
tadi ada sorang blogger ajk yana try jana wang dengan gush ad

 Kalau belum tau, Gush Ad nie same macam Churp Churp, Nuffnang dan lain-lain. Tapi yang special pasal Gush Ad nie, korang tak payah nak suruh orang lain klik untuk tambah earning korang. Pastikan korang ade TWITTER. Dan yang best lagi, Gush Ad nie RM20 dah boleh cash out ! :) Easy rite ?


Gushcloud merupakan satu program buat duit menggunakan sosial media Twitter dan Facebook. Bagi korang yang dah biasa dengan program buat duit Churp2 mungkin mudah bagi korang untuk faham macam mana Gushcloud ni berfungsi.
 Konsep buat duit dengan Gushcloud ni hanya memerlukan kita kongsi sebarang iklan yang ada di Gushcloud.com
Kemudian kita akan terima bayaran dalam bentuk RM,USD atau apa matawang yang anda pilih..


Step 1 : Klik Gush Ad. Korang boleh sign up guna emel or twitter. Lepas sign up, isi bahagian setting.



Step 2 : Lepas dah siap isi semua tu, korang tengok iklan yang ade. Ikut arahan yang kena buat. Kebanyakannya kite kena tweet.



Tekan TWEET, ikut arahan seterusnya.
Bila korang dah ikut semua arahan, dah siap TWEET, nanti earning korang akan bertambah. Dan iklan yang korang promote tadi, akan ada tanda  , bermakna korang dah selesai promote iklan tu. Bolehlah tengok earning korang. Senang je kan. Bila dah cukup RM20, bolehlah korang cash out :) 


nak tahu lebih lanjut..
http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/05/apa-itu-gushcloud-churp-churp-dan-says.html


Semakan Program Temuduga IPTA 2013/2014

    Tarikh Semakan Temu Duga Dibuka
    • 13 Mei 2013
    Tarikh Temu Duga Dijalankan Bermula
    • 20 Mei Hingga 30 Mei 2013
    Semakan Panggilan Temu Duga Program Pengajian bertemu duga (BUKAN PENDIDIKAN) Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014 boleh dibuat mulai 13 Mei 2013 
    • Temu Duga akan dijalankan pada 20 hingga 30 Mei 2013.
    • 17 MEI 2013 - Semakan Panggilan Temu Duga Program Pengajian Pendidikan (LULUS Ujian MEdSI Sahaja) 
    Program Pengajian bertemu duga bertanda “#” di hujung nama program tersebut. Sila rujuk slip permohonan anda utk mengetahui jika anda telah memilih program pengajian yg bertemu duga atau tidak. 

    Hanya pemohon yang melepasi Syarat Khas Program dengan merit tinggi SAHAJA yg akan dipanggil utk ke temu duga. Bagi pemohon yg tidak dipanggil temu duga BUKAN bermakna anda gagal. Pihak UPU akan memproses permohonan anda bg pilihan program pengajian yg lain.

    Keputusan Temu Duga TIDAK akan dimaklumkan kepada calon. Calon boleh terus menyemak menyemak terus keputusan permohonan kemasukan ke IPTA pd minggu ke2 Julai 2013.

    KEPUTUSAN PANGGILAN TEMU DUGA BAGI PROGRAM SARJANA MUDA UiTM SESI 1 2013/2014







    KEPUTUSAN PANGGILAN TEMU DUGA BAGI PROGRAM SARJANA MUDA UiTM SESI 1 2013/2014 BOLEH DISEMAK MULAI 13/5/2013 JAM 05.00 PETANG. SEMAKAN BOLEH DIBUAT MELALUI online.uitm.edu.my . WALAU BAGAIMANAPUN PANGGILAN TEMU DUGA BAGI PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN UiTM AKAN DIUMUMKAN PADA 17 MEI 2013. 




    gwiyomi versi kumpulan xoxo

    korang tengok x persembahan kumpulan xoxo 
    dalam bintang mencari bintang. . 
    ada lawak, , ada nyanyi cikit-cikit. . 
    x terlepas peluang jugak si kumpulan xoxo nieyh
    turut terkena serangan gwiyomi semasa persembahan dijalankan. . 
    apa-apa pown memang awesome gwiyomi diorang. . jom layan

    MAKLUMAT PELAKSANAAN UJIAN MEdSI SESI AKADEMIK 2013/2014


    1. Semakan Panggilan Ujian MEdSI hanya boleh dibuat di laman Web UPSI di http://akademik.upsi.edu.my/kemasukan/MEdSI.html 

    2. Hanya calon yang memohon program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di UPSI, UPM, UKM, UUM, UIAM, UiTM, UM, UTHM dan UMS sahaja dipanggil menduduki MEdSI berdasarkan tapisan yang dibuat oleh IPTA-IPTA tersebut. USM tangguh ujian MEdSI.

    3. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

    4. Kaedah Ujian - UJIAN MEdSI secara Atas Talian/Online di Makmal-makmal komputer di Pusat-Pusat yang ditetapkan.

    5. Permohonan untuk ubah/tukar Pusat, Sesi atau Tarikh : Hubungi UPSI melalui talian 05-450 6932/ 6930/ 6029

    6. Hebahan Keputusan Ujian :
    Keputusan Ujian MEdSI TIDAK akan dimaklumkan kepada calon. Calon boleh terus menyemak untuk panggilan temu duga pada 17 Mei 2013 melalui laman web IPTA yang mereka pohon semasa mengisi online UPU. Walau bagaimana pun, terdapat universiti yang mengadakan temu duga dahulu tanpa menunggu keputusan ujian MEdSI dari UPSI bagi mempercepatkan proses. Bagi kes calon ditemu duga terlebih dahulu, calon hanya perlu menyemak status jaya IPTA apabila hebahan dibuat oleh UPU dan IPTA nanti.

    7. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.