rezeki rm30 cash

hari nieyh seronok sangat. . 
nak tahu apa. . 
sepanjang yana join contest dalam blog nieyh . . 
hadiah nieyh yang paling mahal yana bakal terima. . 
duit rm30 cash. . . 

berkat jom  Simple Giveaway & Contest by MSH Productions 
melalui GA nieyh. . 
yana menang dua kategori. . 



yana dapat top referral tempat kedua
so bakal dapat rm30 cash. . 
harap-harap sponser yang janji tue. . 
segera tunaikan janjinya kepada pemenang. . 
xnak ditipu lagi...



kategori kedua. . 
yana menang blog review lagi...
oleh sponser yang sama



alhamdulillah rezeki awal bulan mei. . 

kepada yang terlepas pandang dengan senarai
pemenang,, boleyh  klik sini




video saiful bukhari sumpah laknat

SAIFUL BUKHARI : SUMPAH LAKNAT 2 KAABAH, MASJIDIL HARAM | "Setelah setahun saya membuat sumpah laknat di depan Baitullah, Alhamdulillah tiada apa yang berlaku (kepada saya) dan membuktikan kebenaran bahawa saya telah diliwat.

"Ini adalah benteng terakhir saya untuk teruskan perjuangan saya kepada kebenaran," katanya pada sidang akhbar itu dengan ditemani peguamnya Zamri Idrus.

Mohd Saiful Bukhari pertama kali membuat sumpah laknat, iaitu mengangkat sumpah mengikut syariat Islam, bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh  Anwar lebih empat tahun lepas, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada 15 Ogos, 2008.

Mohd Saiful Bukhari berkata sumpah keduanya itu dibuat bagi membuktikan kepada umat Islam di seluruh dunia bahawa dakwaannya itu benar, dan tanpa dipengaruhi oleh  mana-mana pihak untuk melakukan konspirasi politik menjatuhkan Anwar.

TONTON VIDEO SAIFUL BUKHARI SUMPAH LAKNAT 2 DEPAN KAABAH, MASJIDIL HARAM DI BAWAH.

follow atau tidak follow







wah, , tengok gambar kat atas , , cantik gitu. . 
apasal mukanya cenggitu hehe. . 
faham-faham sendiri lha..


kalau tengok tajuk kat post title
'follow @ tidak follow'



kisahnya macam nieyh. . 
tunggu kejap sebelum tue yana
ada nak bagi korang tengok satu benda . . 
yang yana print screen...
tengok dan baca taw




petang tadi yana ada ping entry kat
satu group di fb. . 
group mana yer?
eh banyak sangat group blogger sampai tak ingat hihih..
ok korang dh baca kan, , 
apa yang blogger yang yana highlight merah tue. . 

blogger yang yana highlight merah tue. . 
yana ingat, , nak tahu kenapa ?
beliau dah 3x tinggalkan komen
kat ping entri. . .dia cakap dia dh follow yana..
gambar kat atas yana baru print screen petang tadi taw..
blogger nieyh , , bulan lepas pown ada jugak. . 
komen yang dia dh follow yana dan dia suruh yana follow balik
ala macam yang dia tulis kat atas tue, , 

so  hari tue yana pown follow lha dia. . 
so..ptg tdi tgk, , dia komen lagi. . .
yana buka link blog dia, , 
nak tengok sekali lagi..
la,,blogger nieyh lagi. . 
so mula lha sesi soal jawab dengan yana ,. .
macam kat atas tue..




dia cakap dia baru saja follow blog yana. . 
bila yana tanya follow yang keberapa. . 
dia cakap tak ingat . . 
alahai baru sekejap kowt xkn ta ingat. . .
yana try check follower blog yana,,
mana tahu bertambah sorang petang tadi kan,,
tengok xdew jugak. . 




so nampak sangat blogger nieyh ta jujur. . 
hanya nak follower yang banyak jew. . 
kalau nak follow tue biar lha jujur. . 
jangan cakap aje dah follow ..
hanya follow di mulut sahaja, , 
 tadi , ,x follow pown, , 




apa salahnya kita follow blog orang lain..
sedangkan tuan punya blog belum follow
blog kita. . to blogger tue jangan lha kedekut
follower yew. . . 
rajin-rajin lha followe blogger lain jugak, , 
jangan menipu lagi. . 
diorang pasti xthu taktik kamu. . 
tapi yana dapat kesan taw. . 
allah nampak apa yang kamu buat ..
 :)


USTAZ SEKOLAH PONDOK KEJAM PUKUL PELAJAR

Video ini memaparkan aksi seorang ustaz memukul pelajarnya tanpa belas kasihan. Mungkin ada sesuatu yang membuatkan ustaz ganas ni marah seperti pelajar terbabit kantoi hisap rokok atau kencing tak basuh.

Kejadian dipercayai berlaku di Sekolah Yayasan Khairah Kampung Pisang, Kubang Baling.

Tak tahulah. Kita mana tahu. Kita layan aje la.

TONTON VIDEO USTAZ GANAS BANTAI PELAJAR SEKOLAH PONDOK DI BAWAH.

Punca sebenar dakwat kekal PRU 13 mudah hilang







Punca sebenar dakwat kekal PRU 13 mudah hilang akibat kesilapan petugas SPR.  Kegagalan untuk mematuhi prosedur penggunaan dakwat tersebut adalah penyebab dakwat itu boleh tanggal. Botol dakwat yang tidak digoncang akan menyebabkan dakwat silver nitrate hilang dengan begitu mudah.

SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang bo tolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.

Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa. SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pen dedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya

Dakwat Kekal PRU Rupanya Tidak Kekal Lama? Penjelasan Dari SPR

dakwatkekal-hilang-2


Rasanya semua sudah tahu mengenai dakwat kekal yang perlu dicalit pada jari yang pertama kali digunakan semasa pilihanraya di Malaysia dan pada kali ini menurut Peraturan 19A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan  Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 menetapkan bahawa seseorang pengundi yang datang ke Tempat Mengundi dan yang meminta  dikeluarkan kertas undi, adalah diwajibkan jari telunjuk kirinya dicalitkan dengan dakwat kekal sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi berkenaan.
dakwatkekal-hilang


Tetapi baru-baru ini selepas selesai proses mengundi awal untuk polis dan tentera, ada yang membuat laporan bahawa dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun. Mula-mula kami tidak percaya juga dengan gambar dan video yang dipaparkan di laman Facebook,tetapi bapa penulis merupakan seorang pegawai tentera yang mengundi awal iaitu pada 30 April 2013, dan memang benar warna dakwat kekal yang dicalitkan pada jari tidak kekal lama. Warnanya pudar selepas sehari iaitu pada 1 Mei 2013.  Tidak seperti yang diwar-warkan akan kekal paling kurang 3 hari selepas calitan.



Penjelasan SPR ( Bernama ) :
1. SPR menjelaskan bahawa dakwat kekal yang dicalitkan ke atas sesetengah jari pengundi yang hilang/luntur selepas dicuci adalah kerana kegagalan kakitangan SPR mematuhi prosuder yang telah ditetapkan.
2. Kajian mereka menunjukkan bahawa calitan dakwat kekal tahan lebih lama jikalau botol digoncang berbanding tidak digoncang.
3. Namun begitu SPR menjelaskan bahawa pengundi2 awal yang telah melakukan pengundian awal tidak dibenarkan mengundi sekali lagi memandangkan nama mereka tiada dalam rekod pengundian umum pada 5 mei ini.




credit to mrs w

tutorial energy saving mode





pernah dengar mengenai energy saving mode? contohnya korang letak energy saving mode kat blog korang. bila orang lain buka blog korang dan dia tinggalkan blog korang terbuka (contohnya beliau nak pegi masak air, ataupun pegi tandas), maka dalam masa beberapa minit, energy saving mode akan diaktifkan dan blog korang akan ditutupi dengan satu layer gelap macam ni:



itu la yang dipanggil energy saving mode. untuk menghilangkan layer tersebut, korang perlu menggerakkan cursor korang diatas layer gelap tu. energy saving mode ni akan membuatkan blogger tersebut nampak lebih prihatin dan mesra alam. :)

macamana nak buat energy saving mode ni?

1. login akaun blogger korang > Template > tekan ‘Backup/Restore’ > Download Full Template > Edit HTML > Proceed > tick Expand Widget Templates

2. tekan Ctrl+F atau F3, dan cari kod ni:
</head>

3. copy kod kat bawah ni, dan paste kat atas/sebelum kod kat step 2 tadi :
<script language='javascript' src='http://nikbir09.ws/scriptforenergy.js' type='text/javascript'/>


4. klik 'save template'... dah siap.. :)



tu je la kot. selamat mencuba energy saving mode

Cara semak daftar undi SMS dan ONLINE PRU13


Cara semak daftar undi SMS dan ONLINE PRU13 - Undi pengundi pengundi di seluruh Malaysia terutama pengundi baru bakal menentukan jatuh bangunnya negara Malaysia. Berikut merupakan cara menyemak daftar undi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan sama ada anda layak mengundi atau tidak pada pilihan raya kali ini.

Cara semak daftar undi melalui SMS

  • Taip SPR SEMAK *jarak* NO.IC
  • Hantar Ke : 15888
Contoh : SPR SEMAK 780121043322

Cara semak daftar undi secara ONLINE


Hanya masukkan nombor kad pengenalan anda dan sistem akan memaparkan maklumat yang anda inginkan. Selamat mengundi semua - Cara semak daftar undi SMS dan ONLINE PRU13

tutorial scroll box pada widget label




kalau korang tengok sidebar widget label 
blog yana nieyh amat panjang kan..
so yana dh buat scroll box. . 

tengok,,daripada panjang tadi. . 
dah pown jadi pendek kan..
boleyh jimat ruang kat sidebar kalau pakai scroll box nieyh. . 



macam mana buat scroll box pada widget label. . 

  • seperti biasa korang mesti pergi ke dashboard -> template->edit html->expand widget->crtl+f

  • korang cari code  ]]></b:skin>

  • then copy code nieyh
#Label1 .widget-content {height:200px; overflow:auto;}



  • paste kan code yg copy tadi diatas ]]></b:skin

  • hasil code korang akan jadi macam nieyh 
  • #Label1 .widget-content {height:200px; overflow:auto;}              ]]></b:skin

  • so..preview dulu sebelum save



label box korang akan jadi macam gambar kat atas. . 
tappi pastikan label box korang melebihi 10 label..
baru jadi,,nanti korang tertanya-tanya pulak nape x jadi sedangkan dh ikut step by step

selamat mencuba


tutorial : Scroll Di Kotak Komentar Blog

TUTORIAL BLOG, sroll box pada kotak komen , tutorial kotak komen



yana nak tunjukkan tutorial buat scroll pada kotak komen..
ini memudahkan penggomen tegar anda tinggalkan komen..


Pertama anda masuk dulu ke  Blogger > Templates > Edit HTML >

 Kemudian anda cari kode 

#comments h4{ 


bila kode #comments h4{ sudah jumpa  letakkan kode di bawah ini tepat di atas kode #comments h4{

.comments {height:300px;overflow:auto;} 
ps / : ingat yer letak code kat atas #comments h4{

dah boleyh save..    

mudahkan,,selamat mencuba


SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!!

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "

"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ..

10 Fakta Tentang Kelahiran Yang Patut Kita Tahu

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya..

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.




5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.




7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


menang topup lagi

alhamdulillah. . sekali yana menang topup. . 
kalau tadi yana menang topup rm5 dari segmen 
zuhri. . kali nieyh yana menang topup rm5 jugak. . 
dari mega GA fy & neb. . 
sesapa yg masih belum berkesempatan @
terlepas pandang dengan pemenang mega,,
boleyh tekan sini
alhamdulillah,,,join GA nieyh . . 
yana menang topup 


dan menang review blog



alhamdulillah rezeki bulan mei. . 
tahniah jugak kepada pemenang lain